You are on page 1of 17

1-Kemasukan pendatang asing tanpa izin menimbulkan pelbagai kesan sosial kepada

Malaysia. Justeru, pelbagai pihak perlu mengambil langkah untuk mengatasi


kemasukan pendatang asing ini. Jelaskan.(2+3/ 3+2)

Kesan sosial PATI


1)Peningkatan kadar jenayah
• Mereka yang gagal peroleh pekerjaan libatkan diri dalam kegiatan jenayah
• Sebagai contoh, wanita asing sering terlibat sebagai pelacur
2)Menjejaskan kesihatan rakyat
• Tidak melalui pemeriksaan kesihatan yang ketat
• Membawa penyakit berjangkit ke Negara ini
3)Mewujudkan kawasan petempatan haram
• Mendirikan rumah setinggan di pinggir Bandar
• Tidak ada kemudahan asas seperti bekalan air dan sanitasi
• Timbul masalah kesihatan dan mencemarkan imej Negara

Langkah oleh pelbagai pihak


1)Pihak kerajaan

• Mengetatkan penguatkuasaan undang-undang.


• Kenakan hukuman denda yang tinggi dan hantar pulang ke Negara asal
• Tingkatkan rondaan di perairan Negara untuk mengekang kemasukan PATI
2)Pihak swasta / majikan
• Tidak mementingkan keuntungan sahaja
• Harus mengambil pekerja asing secara sah dan kalau boleh galakkan pengambilan
pekerja tempatan untuk menambah peluang perkerjaan
3)Pihak Masyarakat

• Menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat PATI


• Elakkan diri daripada bersekongkol dengan PATI
4)Pihak media massa

• Melaporkan kesan PATI terhadap Negara


• Menyedarkan rakyat dan majikan tentang tanggungjawab untuk menjaga keamanan
negara
PENDAHULUAN:………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Kemasukan pendatang tanpa izin telah memberi kesan sosial kepada peningkatan
kadar jenayah.Hal ini dikatakan demikian kerana,mereka yang gagal memperolehi pekerjaan
akan melibatkan diri dalam kegiatan jenayah contohnya wanita asing sering terlibat sebagai
pelacur manakala lelaki warga asing pula sering terlibat dengan kegiatan samun,rompak dan
bunuh.Perkara/kegiatan ini jika tidak dibendung ke peringkat akar umbi akan menyebabkan
nama negara Malaysia tercemar di mata pelancong asing.Para pelancong akan takut untuk
datang ke Malaysia dan seterusnya akan menjejaskan ekonomi negara.
Selain itu,kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menjejaskan kesihatan
rakyat.Perkara ini boleh berlaku kerana pendatang asing tanpa izin tidak melalui pemeriksaan
kesihatan yang ketat.Mereka yang masuk ke Malaysia tanpa sebarang permit yang sah tidak
mendapat vaksinasi seperti penduduk di Malaysia.Justeru,PATI akan membawa penyakit
berjangkit ke negara ini . Sebagai contoh penyakit TIBI,hepatitis dan lain-lain seterusnya
penyakit berjangkit ini akan turut menular dalam kalangan masyarakat.

PENUTUP:……………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..

❖ 1 PENDAHULUAN
❖ 5 ISI
❖ 1 PENUTUP
2-Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam menangani masalah penderaan
kanak-kanak, namun kes ini masih meningkat. Bincangkan punca-punca yang
menyebabkan kes ini terus berleluasa dalam negara kita.( 5+0)

Punca .
1.Kurangnya pengetahuan ibu dan bapa
• Tidak memahami dan menghayati sepenuhnya tanggungjawab sebagai ibu atau bapa
• Tidak menganggap anak sebagai amanah dan mesti ditunaikan tanggungjawabnya
• Ibu bapa kurang pengetahuan keibubapaan
2.Kegagalan institusi kekeluargaan

• Ibu bapa bercerai, konflik, gaduh, tidak bersefahaman


3.Kurang penghayatan agama & nilai murni
• ibu bapa hilang pertimbangan bertindak mendera anak-anak
4.Persekitaran yang kurang kondusif
• keadaan rumah yang sempit dan ahli keluarga ramai (cth: petempatan setinggan, tidak
selesa / bising
5.Tekanan ekonomi yang dihadapi

• Kos hidup semakin tinggi


• Masalah kewangan sering berlaku menyebabkan ibu bapa berasa terbeban. Semua ini
dilepaskan kepada anak kecil
• Menghadapi tekanan kewangan
6.Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
• Pihak bertanggungjawab tidak mengambil tindakan yang sewajarnya dengan undang-
undang
• Ibu bapa atau penjaga mendera kanak-kanak sepatutnya diberikan hukuman yang
setimpal.
3- Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam, pelbagai inisiatif telah diambil oleh
kerajaan. Jelaskan (5+0)

INISIATIF

Pengenalan
Perkhidmatan awam merupakan salah satu peranan kerajaan dalam memberi kemudahan
kepada setiap rakyat. Pelbagai kementerian dan jabatan terlibat dalam memberikan
perkhidmatan yang baik dan berkesan. Oleh itu dalam merealisasikan hal ini kerajaan telah
mengadakan pelbagai tranformasi dalam perkhidmatan awam.

BIL ISI/ IDEA HURAIAN

1 Meningkatkan potensi --Melahirkan penjawat awam berdaya saing dan berilmu

-Penjawat awam yang lebih mahir dan kompeten dalam


bidang tugas mereka
2 Memperkasa/menambahbaik Organisasi lebih dinamik/fleksibel/maju
organisasi Menambah baik sistem, strategi, kepimpinan
dan struktur organisasi
3 Mengutamakan pelanggan Menitik beratkan pemantapan kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam

Perkhidmatan berasaskan pelanggan dan responsif

4 Membudayakan nilai murni Penerapan nilai murni pada kakitangan awam


supaya lebih berintegriti
Mematuhi kod tingkah laku yang menjadi garis
panduan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
Memahami tanggungjawab dan nilai merupakan
satu set pegangan yang membentuk sikap dan
perlakuan individu
5 Memperluaskan jaringan Kolaborasi dengan negara luar (intra organisasi)
kerja/ profesionalisme Dalam organisasi (inter organisasi)
6 Meningkatkan penggunaan/ Penggunaan ICT dapat menjadikan kerja lebih
penguasaan ICT cekap/ menjimatkan masa urusan/
mengurangkan karenah birokrasi
Dapat mengurangkan kesilapan manusia
Meningkatkan kepuasan pelanggan
7 Menambahbaik kebajikan Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada
penjawat awam mereka yang cemerlang dalam perkhidmatan
Menyediakan kemudahan kesihatan kepada
kakitangan
Menambah peluang kenaikan pangkat

Penutup
Tranformasi dalam perkhidmatan awam penting agar negara lebih berdaya saing.

4- Pembangunan sesebuah negara amat mementingkan tadbir urus yang baik.


Jelaskan . (5+0)

KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK

Idea Huraian
Tadbir urus baik membolehkan agensi-agensi kerajaan menyediakan
1 Memajukan program pembangunan ekonomi kepada rakyat Malaysia pelbagai
ekonomi negara etnik . Kerajaan juga boleh menyediakan infrastruktur ekonomi
yang lengkap dan moden bagi memajukan ekonomi pelbagai sektor
. . Contohnya , tadbir urus yang baik akan dapat menarik lebih ramai
pelabur dalam dan luar negara untuk memajukan lagi ekonomi
negara

2 Meningkatkan Tadbir urus baik dapat meningkatkan penyampain perkhidmatan


kecekapan yang baik kepada pelanggan atau stakeholder . Kepuasan pelanggan
pentadbiran awam akan meningkatkan motivasi kakitangan awam untuk meningkatkan
kecekapan mereka . Sebagai contoh , tadbir urus yang baik dalam
Jabatan Imigresen membolehkan pelanggannya mendapat passport
mereka dalam beberapa jam sahaja .

3 Meningkatkan imej Tadbir urus baik akan dapat pujian daripada orang awam , pelabur
negara asing dan juga pelawat ke negara kita . Keyakinan dan kepuasan
pelanggan terhadap kecekapan pentadbiran agensi-agensi awam
dapat meningkatkan nama negara . Contohnya , pegawai imigresen
dan kastam yang mesra pelanggan akan mendapat pujian daripada
pelawat ke negara kita

4 Meningkatkan Penyediaan kemudahan infrastruktur yang moden dan cukup juga


kesejahteraan rakyat merupakan hasil pentadbiran yang baik . Pengangkutan awam ,
bekalan elektrik dan air dan juga perkhidmatan kesihatan yang baik
dan sempurna akan mensejahterakan kehidupan rakyat . Contohnya
, penyediaan klinik kesihatan kerajaan yang cukup dan sempurna
dapat menjaga kesihatan rakyat kita
5 Melahirkan modal Tadbir urus baik juga dapat melahirkan lebih ramai modal inan yang
insan yang berkualiti berpengetahuan , berkemahiran dan bermoral . Bermula dengan
pendidikan awal kanak-kanak , pentadbiran yang baik akan dapat
membentuk pelajar universiti yang baik dan berkaliber

6 Memperkasa daya Sekiranya tiada tindakan segera untuk meningkatkan kompetensi dan
saing negara produktiviti pekerja , negara akan kehilangan daya saingannya.
Oleh itu, kapasiti inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran
perlu dipertingkatkan untuk membolehkan negara berdaya saing
pada peringkat global

7 Mengurangkan kos Tadbir urus baik dapat menggalakkan perbelanjaan yang berhemah
perbelanjaan dalam agensi-agensi kerajaan . Perbelanjaan yang terancang dari
segi kepentingan dan keperluan akan dapat mengurangkan kos
perbelanjaan kerajaan . Sebagai contoh , perbelanjaan yang
berteraskan konsep “ value for money ” dan memuaskan dapat
membuktikan tadbir urus baik.

8 Memenuhi Sesuatu penyampaian perkhidmatan atau produk yang dapat


Ekspektasi memuaskan hati pelanggan menunjukkan tadbir urus baik.
pelanggan Kepentingan pelanggan yang diutamakan akan meningkatkan usaha
untuk kakitangan kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang lebih
baik .

9. Menerajui Tadbir urus baik dapat membawa kepada perubahan besar dalam
transformasi pengurusan , pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam
perkhidmatan awam ke
arah yang lebih cekap dan berkesan . Transformasi dapat
mengurangkan karenah birokrasi yang berperingkat-peringkat ke
arah perkhidmatan yang lebih segera dan efektif . Pihak yang
berkepentingan boleh mendapatkan kelulusan dan hasil yang lebih
berkesan .
5-Isu perpaduan dan integrasi nasional mampu menggugat kedaulatan negara.
Bincangkan implikasi jika isu tersebut tidak diselesaikan dengan baik. (5+0)

IMPLIKASI

BIL ISI/ IDEA HURAIAN

1 Mewujudkan masalah Hubungan antara kaum menjadi renggang


perkauman dalam kalangan Tiada persefahaman
masyarakat Timbul sikap prejudis antara kaum
Menganggap bangsa sendiri lebih hebat
Mengutamakan budaya sendiri

2 Menggugat keamanan dan Matlamat negara tidak dikongsi bersama Berlaku


keharmonian negara perbalahan/ kacau bilau
Rakyat terkongkong/ aktiviti dijalankan terhad
Menjejaskan keselamatan awam

3 Menjejaskan pertumbuhan Ekonomi akan terganggu/ transformasi negara


ekonomi Negara sukar dilakukan
Alami kemunduran dan kemerosotan
Jurang ekonomi semakin besar
Aktiviti pembangunan terjejas/lambat

4 Menjejaskan sistem pendidikan Timbul ketidaksamaan matlamat dan pendapat


dalam bidang pendidikan
Sukar untuk membangunkan pendidikan
berkualiti dan bertaraf dunia
Menjejaskan pembangunan pendidikan di

negara ini

5 Menjejaskan pembentukan Tidak bersefahaman dan matang dalam


masyarakat yang demokratik menerima pandangan
Tidak berfikiran terbuka mewujudkan
diskriminasi bersuara dalam kebebasan
Melambatkan proses pembangunan negara

6 Menghakis semangat Mengurangkan semangat jati diri


patriotisme/ cinta akan negara Tidak bangga sebagai rakyat Malaysia
Kurang kesedaran terhadap kepentingan negara

7 Menjejaskan kestabilan politik Etnik mempertahankan hak masing-masing


sehingga menggugat kestabilan negara
Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan tergugat
8 Mengubah sistem nilai Menghakis semangat kejiranan
masyarakat Tidak mengenali antara satu sama lain
Wujud sikap mementingkan diri
Mewujudkan masyarakat anti sosial/ materialistic
akibat kurang bergaul/ tidak beretika

9 Menjejaskan imej negara Menjejaskan hubungan dengan negara jiran


Bilangan pelancong asing semakin berkurang
Pelaburan langsung asing berkurangan

Penutup
Perpaduan dan intergrasi kaum sangat penting bagi mewujudkan keharmonian negara.
Sehubungan itu, wajarlah semua pihak berganding bahu dan menyokong segala program
yang dilaksanakan.

6. Terdapat pelbagai aspek yang boleh menghalang perpaduan kaum di negara ini.
Oleh itu, kerajaan hendaklah melaksanakan pelbagai langkah untuk menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Jelaskan. (2+3/3+2)

Bil Idea Huraian


A Aspek yang boleh menghalang perpaduan kaum di negara ini
1 Politik • Wujudnya politik mengikut kaum.
• Setiap parti bebas menyuarakan pandangan
masing-masing.
• Semangat perkauman semakin menebal.

2 Ekonomi • Anggapan agihan ekonomi yang tidak seimbang


• Perasaan cemburu terhadap kekayaan kaum lain

3 Budaya • Kefahaman yang rendah terhadap cara hidup


kaum lain
• Kurang pendedahan mengenai kepelbagaian
kaum di Malaysia

4 Sosial • Wujud sikap prasangka/ prejudis


• Pendidikan di rumah/ sekolah

5 Media massa • Media elektronik – pemilihan rancangan tv


mengikut Bahasa ibunda
• Terdapat media yang meniupkan isu-isu
perkauman.
6 Pemisahan fizikal • Jarak antara wilayah yang jauh
• Pola petempatan mengikut kaum tertentu

B Langkah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum

7 Melalui Pendidikan • Menjalankan aktiviti kokurikulum


• Sukatan yang menyemai semangat patriotism
• Menerapkan unsur perpaduan adalam
pendidikan moral dan sivik
8 Melalui Sukan • Dapat memupuk nilai-nilai positif
• Semangat bekerjasama tanpa mengira kaum
9 Mengadakan Kempen • Kempen ini menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan perpaduan
kesedaran tentang
• Media massa menyiarkan rancangan berkaitan
perpaduan kepentingan perpaduan.

10 Aktiviti kemasyarakatan • Setiap anggota masyarakat digalakkan


menyertai program yang dianjurkan oleh
pelbagai pihak
• Anggota masyarakat dapat saling berinteraksi
dengan peserta pelbagai kaum.
11 Dasar-dasar kerajaan • Pelaksanaan dasar kerajaan yang menggalakkan
perpaduan
• Mengamalkan prinsip Rukun Negara
12 Keadilan ekonomi dan sosial • Pengagihan kekayaan bumi sama rata dan adil
memupuk perpaduan
• Menghapuskan jurang ekonomi antara kaum.

7-Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi negara. Oleh itu, masyarakat
perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung keadaan ini.
Bincangkan(2+3/3+2)

KESAN +TINDAKAN MASYARAKAT

Pengenalan :

Kenaikan harga umum barangan atau perkhidmatan secara berterusan telah


menyebabkan inflasi. Keadaan ini telah meninggalkan kesan terhadap ekonomi negara.
BIL ISI/IDEA HURAIAN

A. Kesan inflasi

1. Pertumbuhan ekonomi terjejas Inflasi yang tidak terkawal menyebabkan


pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK)
terjejas.
Pengurangan perbelanjaan pengguna.

2. Pelaburan merosot Pendapatan eksport menurun.


Mengurangkan pelaburan dalam industri.

3. Daya saing eksport terjejas Eksport menurun dan pendapatan menurun


Pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang
dieksport kehilangan daya saing.
4. Kenaikan harga barang Peningkatan kos disebabkan kelemahan nilai ringgit
berbanding dolar Amerika Syarikat
Kuasa beli pengguna menurun

5. Nilai mata wang terjejas Nilai wang menurun.


Fungsi wang sebagai alat pengukur dan penyimpan
nilai terjejas
Penghutang mendapat keuntungan dan pemiutang
mengalami kerugian.
B. Tindakan masyarakat
Pengguna merancang perbelanjaan
6. Amalan berjimat cermat Membeli mengikut keperluan bukannya mengikut
nafsu.
Dapat mengurangkan permintaan sesuatu barang.

7. Bijak berbelanja Membeli ketika harga rendah


Membandingkan harga dan tawar menawar

Menilai keperluan berbanding kemahuan setiap kali


berbelanja
8. Mengubah gaya hidup Mengelakkan membeli barangan yang mahal
walaupun berkemampuan
Membeli barangan tempatan berbanding barangan
import
9. Amalan menabung Dapat membantu ketika menghadapi masalah
kewangan.
Menabung dapat mengurangkan pengaliran wang di
pasaran.
Kesimpulan :

Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat. Justeru, rakyat perlu
memainkan peranan sebagai pengguna yang bijak supaya tidak terkesan dengan keadaan ini.
8- Kepentingan E-dagang kepada rakyat dan negara tidak dinafikan lagi. Namun
begitu terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha tempatan.
Bincangkan. (2+3/3+2

Bil Isi/ Idea Huraian


A. Kepentingan E-dagang kepada rakyat dan negara

Memudahkan / • Urus niaga dan perkhidmatan e-dagang boleh diakses


1 mempercepatkan urus dengan mudah setiap masa dan di mana sahaja sama ada di
niaga pejabat, rumah, atau di mana-mana saja.
• Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui
internet atau talian elektronik

2 Memudahkan pengeluar / • Memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk


pengguna mendapatkan menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk
maklumat kepada pengguna multinasional di seluruh dunia melalui
internet
• Ketepatan maklumat membolehkan pengeluar dan pengguna
membuat keputusan dengan betul dan akan membawa
keuntungan kepada syarikat dan negara
• Orang ramai berpeluang mengikuti keadaan dan
perkembangan ekonomi dunia dan pasaran saham dalam dan
luar negeri dengan cepat dan mudah.
• Dapat menjimatkan kos

3 Meluaskan pasaran • E-dagang telah memberi peluang kepada peniaga-peniaga


Malaysia memasarkan barangan mereka di dalam dan di luar
negeri dengan lebih luas lagi.
• E-dagang telah menggalakkan perdagangan antara sesebuah
negara dengan sebuah negara lain

4 Menjimatkan kos • Tidak perlu premis yang khusus


pengurusan • Kos buruh , promosi dan logistic

5 Meningkatkan •
Rakyat berpeluang meningkatkan pendapatan sampingan
pendapatan rakyat / dengan menjalankan perniagaan atas talian.
negara • Negara juga telah mencatat pertumbuhan sebanyak RM
29.28 billion dari nilai dagangan kasar (GMV) pada tahun
2021 dalam sector e dagang dan penghantaran makanan.
6 Meningkatkan peluang • Surirumah dan pelajar berpeluang untuk mencari
pekerjaan pendapatan sampingan dengan menyertai banyak perniagaan
atas talian.
• Sebagai contoh, Sabella dan Mamasab telah berjaya
melahirkan ramai jutawan daripada kalangan surirumah di
seluruh negara
B. Cabaran yang dihadapi oleh pengusaha tempatan
8 Mewujudkan pengurusan • Pengurusan mestilah terlatih dan berdaya tahan
/ pemasaran yang • Pengurusan kewangan yang cekap dan tidak berlaku
sistematik pembaziran
• Pengurusan teknologi canggih seperti peralatan
telekomunikasi dan internet
• E-dagang digerakkan untuk pasaran dunia dengan
menyediakan laman web
• Promosi yang agresif dijalankan

9 Meningkatkan kualiti • Teknologi canggih digunakan untuk meningkatkan kualiti


barang / perkhidmatan dan kuantiti barangan yang dihasilkan
• Pengusaha perlu peka dengan perubahan dan penggunaan
teknologi terkini
• Mutu barang tempatan ditingkatkan setanding dengan
barangan import
• Pusat latihan untuk melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai
bidang bagi menghasilkan barangan yang bermutu tinggi
• Barangan yang berkualiti mampu menembusi dan bersaing
di pasaran dunia

10 Penerokaan peluang • Para usahawan perlu berani melabur di luar negara


pasaran / pelaburan di terutamanya negara membangun yang mampu nenyediakan
luar negara tenaga buruh yang banyak dan murah
• Memastikan bekalan bahan mentah yang banyak dan murah
• Pihak kerajaan meneroka pasaran baharu terhadap barangan
keluaran negara
• Kerajaan membawa rombongan perdagangan melawat ke
luar negara untuk meninjau peluang dan potensi pasaran
barangan Malaysia
• Para usahawan juga harus agresif dalam memasarkan
barangan mereka

11 Memperoleh bantuan • Para usahawan dibantu dari segi kewangan untuk


kewangan meningkatkan kecekapan syarikatnya
• Modal yang besar mampu menggerakkan syarikat dengan
pembelian teknologi terkini
• Modal yang besar juga menyebabkan usahawan mampu
menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk
menghasilkan produk yang pelbagai dan bermutu tinggi

12 Membangunkan sistem • Meningkatkan keupayaan sistem maklumat dan data serta


telekomunikasi / ICT barang dan perkhidmatan
• Sistem transaksi yang moden dan memudahkan urusniaga,
cepat, dan cekap
• Sistem kewangan dan pengurusan elektronik – sebagai
contoh e-dagang, e-kewangan, dan e-perolehan yang cekap
dan berintegriti
9-Jenayah juvana kini kian membimbangkan. Justeru pelbagai pihak perlu
memainkan peranan masing-masing bagi menanangi masalah tersebut.
Jelaskan.(2+3/3+2)

Bil Idea Huraian


A Faktor jenayah juvana kian membimbangkan

1 Pengaruh negatif • Pergaulan dengan rakan sebaya lebih rapat berbanding


rakan sebaya dengan ibu bapa dan keluarga.Pengaruh negatif akan
menjadi ikutan.
• Sanggup menuruti kehendak dan kemahuan rakan
kerana tidak sanggup kehilangan rakan dan untuk
mendapat pengiktirafan sebagai rakan.
• Melakukan perkara jenayah seperti mencuri , bergaduh,
peras ugut dan terbabit dengan dadah bersama rakan.

2 Naluri ingin tahu • Sifat remaja bawah umur gemarkan sesuatu perkara
yang tinggi yang mencabar tanpa berfikir perkara tersebut baik atau
buruk.
• Sifat ingin tahu, meneroka atau berbuat sesuatu.
kelainan tanpa memikirkan kesan akan datang
• Sifat ingin mencuba dan ingin menunjukkan kehebatan
diri.

3 Persekitaran yang • Kawasan kediaman yang tidak menyokong kepada


tidak sihat perkembangan peribadi anak-anak yang sihat.
• Kekurangan sokongan dari komuniti setempat.
• Sarang penagih dadah, Kawasan melepak, Kawasan
setinggan.

4 Pengambilan bahan • Ketagih dengan dadah, arak dan ubat-ubat terlarang.


terlarang • Remaja menjadi khayal, mabuk dan tidak dapat berfikir
secara waras.
• Mencuri, meragut atau melakukan apa sahaja asalkan
dapat mencari wang untuk membeli bahan terlarang.

5 Pengaruh negatif • Banyak media memaparkan aksi-aksi ganas,


media massa pembunuhan, rompakan membangkitkan keinginan
remaja untuk melakukan kegiatan tersebut.
• Terdapat rancangan dalam media elektronik diselitkan
dengan unsur-unsur negative secara langsung telah
mempengaruhi minda remaja untuk melakukan
jenayah.
6 Kelalaian keluarga • Ibu bapa sibuk bekerja dan balik lewat kerana bekerja
melebihi masa untuk mencari wang tambahan.
• Menyerahkan tugas menjaga anak kepada pembantu
rumah atau pengasuh.
• Kurang kasih sayang daripada keluarga.

B Peranan pelbagai pihak

7 Pihak Ibu bapa / • Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
atau keluarga • Membimbing anak-anak melakukan perkara yang
positif.
• Memberikan sokongan dan motivasi kepada anak-anak
supaya mereka rasa dihargai.

8 Pihak Masyarakat • Menyediakan suasana kehidupan yang kondusif kepada


komuniti setempat.
• Melaksanakan program-program kemasyarakatan yang
sesuai dengan keperluan remaja.
• Sentiasa memantau perkembangan anak-anak muda di
kawasan setempat.

9 Pihak Kerajaan • Mewujudkan dasar atau pendekatan yang dapat


melahirkan pelajar holistik.
• Peka terhadap keperluan semasa atau perkembangan
Pendidikan global.
• Menyediakan prasarana yang sesuai dengan keperluan
pendidikan negara.

10 Pihak Media massa • Media massa bertanggungjawab melaporkan berita


yang sahih.
• Melapor dan mengemukakan strategi yang sesuai untuk
menjadi panduan masyarakat.
• Menjadi saluran masyarakat berkongsi pendapat dan
pandangan mengatasi masalah juvana.

11 Pihak Sekolah • Sekolah perlu memainkan peranan utama membanteras


masalah yang kecil seperti buli, rokok dan vape
• Ini kerana pelajar yang terlibat dengan masalah begini
akan membawa mereka melakukan masalah yang lebih
besar dan membawa kepada jenayah juvana.
12 Pihak Badan Bukan • Badan bukan kerajaan ( NGO ) boleh berkerjasama
Kerajaan ( NGO ) dengan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
• Tumpuan perlu diberikan di kawasan perumahan flat,
setinggan dan yang padat penduduk.
• Ini kerana persekitaran kawasan yang tidak selesa
menyebabkan pesalah juvana sering melepaskan
tekanan dan melakukan jenayah apatah lagi jika ada
rakan yang turut berminat melakukannya.
10.Isu jenayah teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini amat sukar untuk
dibanteras. Oleh itu pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan untuk mengatasi jenayah ini.
Ulaskan. (3+2/2+3)
SEBAB SUKAR DIKESAN + INISIATIF YANG DILAKSANAKAN

Idea Huraian
Sebab sukar • Berkelakuan negatif dan mencuba-cuba ilmu komputer yang
dibanteras dipelajari
• Menipu untuk mendapatkan keuntungan secara mudah khususnya
1. Sikap manusia bagi peniaga atas talian
• Mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan perkara yang tular
• Kurang kesedaran sivik tentang kesalahan yang mereka lakukan

• Identiti terlindung dan boleh dipalsukan


2. Penjenayah sukar • Kaedah menyamar membolehkan seseorang bertindak diluar
dikenal pasti jangkaan
• Bukti susah untuk dikumpul bagi sebarang tuduhan dan pendakwaan

3. Pertambahan • Pertambahan penggunaan internet di Malaysia yang melebihi hampir


penggunaan internet 8 juta orang dalam tempoh tersebut menyebabkan pertambahan
kepada kes jenayah siber yang berlaku
• Bilangan pengguna internet semakin meningkat
• Kebolehcapaian internet yang semakin tinggi

4. Kekurangan • Malaysia masih kekurangan pakar forensik komputer termasuk pihak


kawalan forensik polis sendiri sedangkan penjenayah siber pula kian ramai dan mahir
komputer menggunakan teknologi canggih

5. Kepentingan • Jaminan tiada penapisan internet (Bill Of Guarantees) oleh Malaysia


ekonomi bagi membuka pintu pelabur luar melabur dalam bidang teknologi.
• Pengguna bebas mengakses internet yang membolehkan penjenayah
terdorong melakukan jenayah siber
• Pengguna yang tidak bertanggungjawab bertindak mengambil
kesempatan.

6. Kelemahan • Kekurangan tenaga dan kepakaran penguatkuasa menyebabkan


penguatkuasaan pesalah tidak dapat dihadapkan ke mahkamah
undang-undang • Tempoh siasatan yang lama, kes pendakwaan tertangguh
• Akta yang sedia ada tidak dapat menangani jenayah siber kerana
teknologi pengkomputeran yang terlalu pantas

Inisiatif • Pihak berkuasa membuat pemantauan di alam siber agar golongan


membanteras tidak bertanggungjawab dapat dikesan
• Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),
7. Pemantauan yang Cyber Security Malaysia dan Cyber Crime Bukit Aman.
berkesan • Usaha dapat membendung trend ugutan berbaur ancaman
8. Memperkasakan • Melatih kakitangan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
penguatkuasaan bidang forensik komputer
undang-undang • Forensik komputer digunakan dalam penyiasatan dan analisis
berkaitan jenayah mendapatkan bukti kukuh yang dilaksanakan penjenayah
siber
• Bukti yang diperoleh pihak berkuasa dapat digunakan untuk
mendakwa mereka yang terlibat

9. Meningkatkan • Hubungan diplomatik yang baik membolehkan perkongsian


kerjasama antara maklumat dan keselamatan
negara • Kerjasama dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain
• Perkongsian kepakaran bidang siber dan komputer
• Membentuk unit pencegahan jenayah siber

10. Meningkatkan • Menerapkan pengetahuan tentang jenayah siber melalui penerapan


kempen kesedaran awal sejak dibangku sekolah
jenayah siber • Penerapan melalui media massa dan media elektronik
• Memberi maklumat cara-cara mengelak menjadi mangsa jenayah
siber
• Memberi pendidikan, meluaskan kempen kesedaran akan bahaya
jenayah ICT

You might also like