You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...................................................................................................1

2.0 PENJAWAT AWAM............................................................................................2

2.1 Nilai dan Etika Penjawat Awam......................................................................2

2.2 Pemasalahan Etika di Kalangan Penjawat Awam..........................................5

2.3 Program Pemantapan Nilai dan Etika Penjawat Awam..................................9

3.0 KESIMPULAN...................................................................................................11

4.0 RUJUKAN.........................................................................................................12
1.0 PENGENALAN

Istilah etika diambil dari bahasa inggeris iaitu ‘ethics’ yang berasal dari perkataan

Yunani ‘ethos’ yang bermaksud adat kebiasaan manakala ‘ethicos’ pula membawa

maksud moral (Encyclopedia of Americana, 1993). Etika juga membawa maksud

keperibadian atau akhlak seseorang yang juga merupakan satu sistem yang

memiliki set-set dasar akhlak, adat dan juga tingkah laku.yang memberikan

keperibadian yang baik mengikut budaya, agama, profisien dan organisasi masing-

masing. Collins (2009), juga bersetuju dengan kenyataan tersebut, menurutnya Etika

adalah merupakan satu set arahan atau peraturan yang perlu dipatuhi oelh semua

orang atau kumpulan dalam seseuatu bidang, sebagai contoh bagi etika perubatan

ialah satu arahan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap doktor atau individu

yang terlibat dalam bidang perubatan.

Agama Islam turut memberikan perspektif yang sama dengan kebudayaan lain

mengenai etika, iaitu etika berkait langsung dengan disiplin, kebenaran serta kualiti

ilmu yang dituntut. Malah Islam juga sangat menitikberatkan dalam etika

terutamanya dalam pengajian ilmu hadis, dan disebabkan terdapat satu cabang

khusus yang membincangkan kepentingan etika dalam ilmu hadis iaitu al-Jarh wa

alTa’dil. Ilmu ini secara dasarnya membincangkan dua aspek paling utama dalam

etika dari sudut keadilan perawi yang meliputi kepentingan sifat serta akhlak yang

baik dan juga sifat buruk iaitu al-Jarh. Disamping itu juga Islam menerapkan konsep

‘amar makruf nahi mungkar’ di dalam diri setiap muslim serta muslimah agar mereka

sentiasa berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran di dalam kehidupan seharian

mereka.

1
Oleh sebab itu, nilai-nilai etika ini amat penting untuk diterapkan di dalam setiap

kakitangan kerajaan samaada yang sedang berkhidmat atau sudah pencen daripada

perkhidmatannya. Penjawat awam disini ditakrifkan sebagai kakitangan awam yang

berkhidmat dengan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan seperti yang

diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 10, Perkara 132 dan

Perkara 133 yang mana menjelaskan bahawa penjawat awam ialah individu yang

berkhidmat dalam angkatan tentera, pasukan polis, perkhidmatan am Persekutuan,

perkhidmatan kehakiman dan perundangan dan juga perkhidmatan awam bersama.

2.0 PENJAWAT AWAM

2.1 Nilai dan Etika Penjawat Awam

Semua tahu bahawa penjawat awam merupakan wakil bagi kerajaan dan semua

dasar, program atau perancangan kerajaan akan dilaksanakan oleh penjawat awam

yang dilantik disetiap negeri atau jabatan. Penjawat awam yang berkualiti juga

seharusnya memiliki dua aspek keunggulan iaitu keunggulan peribadi yang

dizahirkan melalui sikap, pemikiran dan perilaku yang berasaskan nilai-nilai kearah

kebaikan seperti jujur, amanah, berdedikasi dan sebagainya. Manakala keunggulan

yang kedua ialah keunggulan kompentasi profesional iaitu memiliki tahap

profesionalisme yang tinggi seperti cekap, mahir, berilmu, inovatif, kreatif dan

sebagainya.

Penjawat awam yang berkualiti tinggi adalah aset yang paling penting dalam

menentukan kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Oleh itu Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu Panduan Perkhidmatan

Cemerlang sebagai rujukan setiap penjawat awam yang sedang berkhidmat.

2
Panduan ini telah menggariskan satu Etika Perkhidmatan Awam berteraskan tujuh

'Teras Perkhidmatan' iaitu:-

i. Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan

Setiap penjawat awam yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan

sesuatu tugas perlu sentiasa meningkatkan dan memperbaiki mutu

perkhidmatan mereka melalui latihan-latihan tertentu yang disediakan oleh

pihak kerajaan, menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan juga

dengan melakukan perbincangan ilmiah diantara rakan sejawat. Penjawat

awam yang memiliki sikap yang terpuji akan sentiasa bermotivasi serta dan

bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada dirinya sendiri

tanpa memerlukan sebarang arahan daripada ketuanya.

ii. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab

Setiap penjawat awam wajib untuk memastikan bahawa setiap

tanggungjawab kerjayanya dilaksanakan sebaik mungkin seperti yang

diharapkan oleh setiap jabatan atau agensinya berkhidmat.

iii. Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri

Setiap penjawat awam adalah wakil bagi pihak kerajaan dan juga penggerak

masyarakat. Oleh itu, mereka juga perlu membuang sifat bongkak dalam diri

dan menggantikannya dengan perasaan insaf dan sopan. Selain itu, penjawat

awam juga tidak boleh menggunakan kedudukan demi kepentingan dan

keuntungan kepada dirinya sendiri.

3
iv. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah Dan Kemesraan

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki pelbagai bangsa, agama,

budaya serta adat yang hidup harmoni di dalamnya. Oleh itu, setiap penjawat

awam perlu mempraktikkan amalan muhibah dan mesra semasa bertugas

tanpa bersifat bias kepada kaum yang berlainan dan sebagainya.

v. Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat

Sebagai wakil kerajaan dalam melaksanakan setiap dasar, program dan

rancangan kerajaan, ianya menjadi satu kewajipan kepada setiap penjawat

awam untuk membantu masyarakat dalam memberi mereka kefahaman

mengenai setiap dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan agar

setiap pembangunan, perubahan serta hasrat kerjaan untuk memajukan

negara dapat dijalankan dengan lancar.

vi. Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan Dan Musuh-musuh

Negara

Bagi membanteras setiap kelemahan yang ada dalam negara Malaysia

seperti rasuah, kejahilan, kemiskinan dan sebagainya. Semua pihak daripada

pelbagai sektor seperti sektor awam dan sektor swasta perlu berganding

bahu dan bekerjasama untuk memastikan keamanan negara terjamin

daripada musuh-mush dari luar serta pembangunan negara dapat dicapai.

vii. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

Tiada satu pun ajaran agama samaada Islam, Kristian atau Budha yang

membenarkan setiap penganutnya untuk berbuat keburukan kepada orang

4
lain serta perskitaran. Oleh itu aspek agama perlu dipegang dengan kuat oleh

setiap penjawat awam agar nilai-nilai baik ajaran agama tersebut dapat

membentuk seorang penjawat awam yang jujur, cekap, efektif dan berkesan

sewaktu menjalankan penugasan.

Dengan adanya panduan serta teras-teras ini, penjawat awam akan sentiasa

meningkatkan dan menambahbaik mutu perkhidmatan mereka dari semasa ke

semasa, mengekal serta memelihara kepercayaan dan tanggungjawab yang

diberikan kepada mereka. Selain itu, ianya juga dapat memupuk semangat

kerjasama serta mengeratkan perhubungan diantara rakan sejawat dalam

perkhidmatan, samaada dalam jabatan yang sama atau berlainan jabatan.

2.2 Pemasalahan Etika di Kalangan Penjawat Awam

Walaupun pihak JPA telah menyediakan panduan Perkhidmatan Cemerlang yang

memiliki tujuh teras perkhidmatan sebagai rujukan penjawata awam. Masih terdapat

segilintir penjawat awam yang menyalahi nilai-nilai etika tersebut dengan pelbagai

sebab. Diantara masalah-masalah etika tersebut ialah:-

i. Rasuah

Rasuah adalah satu kesalahan etika yang melibatkan penyalahgunaan kuasa

kepada tugas yang diamanahkan kepada seseorang penjawat awam

tersebut. Budaya rasuah ini merupakan duri dalam daging dalam

perkhidmatan awam di Malaysia dan ianya turut menjadi kayu ukur untuk

melihat sejauh mana keberkesanan perlaksanaan akauntabiliti serta

ketelusan yang diamalkan oleh setiap penjawat awam dalam jabatan dan

5
agensi awam masing-masing. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) telah menjalankan satu kajian mengenai rasuah dalam agensi

kerajaan dan mendapati peratusannya agak tinggi dimana 31.6 peratus

daripada respondan telah melaporkan berlakunya amalan rasuah di

organisasi mereka (SPRM, 2003).

Malah keadaan ini diburukkan lagi apabila kedudukan Malaysia berada di

kedudukan yang ke-37 dengan skor sebanyak 5.2 pada tahun 2003 dalam

Transparency International Corruption Perceptions Index (CPI). CPI

merupakan sebuah mekanisme yang digunakan terhadap sistem pengurusan

dan tadbir urus sesebuah kerajaan yang memerintah dan ianya juga menjadi

kayu ukur di peringkat antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. Selain

daripada itu, kedudukan sesebuah negara dalam CPI memainkan faktor yang

penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, dimana kadar perlaburan asing

di dalam negara amat berkait rapat dengan CPI. semakin rendah kedudukan

nombor dalam CPI menunjukkan kurangnya berlaku rasuah di sesebuah

negara tersebut dan ini akan menarik minat pelabur asing untuk melabur di

negara-negara tersebut.

Kedudukan negara dalam menangani rasuah semakin menurun apabila

mendapat kedudukan ke-43 daripada 179 negara dengan skor sebanyak 5.1.

Walaubagaimanapun kedudukan negara semakin baik pada tahun 2019

dimana Malaysia mencapai kedudukan Kedudukan ke 51 Malaysia dalam CPI

2019 meningkat 10 tangga ke kedudukan ke-51 dalam jadual CPI. berbanding

tahun 2018 iaitu di kedudukan ke-61 daripada 180 negara yang mengambil

6
bahagian. Ini berikutan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi

mengurangkan gejala rasuah dalam pengurusan di Malaysia.

ii. Prestasi Kerja

Terdapat peningkatan aduan mengenai masalah-masalah yang diterima oleh

orang awam apabila berurusan dengan agensi awam menjadi petunjuk

bahawa masalah prestasi kerja penjawat awam semakin menurun. Menurut

Biro Pengaduan Awam (PCB), (2003) bentuk-bentuk aduan yang diterima

ialah mengenai perkhidmatan yang disediakan lambat dan tidak efisien,

keputusan atau tindakan yang tidak adil daripada sesetengah penjawat

awam, penyalahgunaan kuasa semasa menjalankan tugas, perlakuan yang

tidak beretika dan juga kegagalan penjawat awam dalam menguatkuasakan

peraturan yang sepatutnya. PCB turut menambah bahawa pada tahun 2004,

aduan yang diterima mengenai pegawai yang tidak cekap serta lambat dalam

melaksanakan penugasan paling banyak diterima. A. Bakar Sarpan, (2006)

menyatakan bahawa masalah etika dan prestasi kerja yang dialami oleh

kebanyakan agensi dan jabatan kerajaan adalah merupakan satu sindrom

individu lemah prestasi (SILAP).

iii. Penyalahgunaan Kuasa dan Berkepentingan Sendiri

Menurut Hyppolite (2003), Perlakuan egoistik yang ada dalam diri seseorang

penjawat awam adalah merupakan penyebab utama penjawat awam tersebut

lebih mementingkan manfaat peribadi terlebih dahulu, dan ini akan

menyumbangkan kepada perlakuan yang tidak beretika. Montgomery (1996)

juga menyokong kenyataan ini kerana apabila ada sifat penting diri sendiri

7
yang maka keupayaan seseorang penjawat awam untuk bersikap tidak

berkepentingan atau berkecuali adalah rendah, di tambah pula jika penjawat

awam itu diberikan kuasa dan yang tanggungjawab yang besar serta memiliki

sokongan majoriti daripda kumpulan atau pengurus atasannya.

Adalah amat penting bagi seseorang penjawat awam unruk memegang

prinsip berkecuali dalam sesuatu perkara dan tidak memihak kepada mana-

mana kepentingan yang ada seperti ekonomi, politik, keluarga dan

sebagainya. Selain daripada itu, penjawat awam juga sepatutnya membuat

sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan dirinya sendiri berdasarkan

peraturan atau akta yang disediakan tanpa sebarang pengaruh luar seperti

pengaruh parti politik dan sebagainya.

iv. Tidak Bertanggungjawab

Kuppusamy Singaraveloo, (2006), menyatakan bahawa banyak keputusan

yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan tempatan hanya mengambil pendapat

daripada pentadbir-pentadbir yang tidak memiliki rasa tanggungjawab untuk

memenuhi kehendak masyarakat atau penduduk di bawah kawasan

pentadbiran mereka. Selain daripada itu perlaksanaan dasar-dasar awam

yang dibuat juga tidak dirunding terlebih dahulu dengan pihak awam.

Sebaliknya keputusan dibuat oleh wakil-wakil masyarakat atau penduduk

yang dikatakan mewakili suara bagi masyarakat di kawasan tersebut dan

perkara ini menjadi penyebab kepada projek-projek yang dilaksanakan tidak

mencapai matlamat yang diinginkan dan menjadi satu pembaziran bagi

sumber-sumber awam yang ada.

8
Masalah-masalah etika yang wujud ini telah menyebabkan banyak kerugian kepada

pihak kerajaan serta masyarakat ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan oleh

pihak kerajaan tidak dapat mencapai kumpulan yang disasarkan dan jikaianya tidak

diatasi, negara akan masalah yang teruk dari sudut sistem pengurusan pentadbiran,

sosial, ekonomi dan sebagainya.

2.3 Program Pemantapan Nilai dan Etika Penjawat Awam

Bagi mengatasi permasalah-permasalahan etika yang wujud dikalangan penjawat

awam di negara ini. Kerajaan telah mengambil inisiatif serta pendekatan yang lebih

baik untuk memastikan setiap penjawat awam sentiasa bertanggungjawab, cekap,

efisien dan sebagainaya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Diantara

program-program atau langkah yang diambil oleh kerajaan ialah:-

i. Penggunaan Kad Perakam Waktu

Melalui Surat Pekeliling Am Bil. 11181, penggunaan kad perakam waktu

dilaksana dan diselaraskan di semua agensi dan jabatan awam. Tujuan

perlaksanaan ini adalah untuk memastikan kesemua penjawat awam

daripada pegawai kerajaan sehingga kakitangan am hadir ke pejabat pada

masa yang ditetapkan. Disamping itu ia juga bertujuan untuk memastikan

penjawat awam bertugas dengan semangat yang tinggi dan berdedikasi

sewaktu masa pejabat kerajaan beroperasi. Sistem ini juga bertujun untuk

memupuk disiplin yang tinggi, amanah, sikap pentingkan masa serta

menghargai masa di dalam diri setiap penjawat awam

9
ii. Kempen Bersih, Cekap dan Amanah

Pada April 1982, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir telah melancarkan

Kempen Bersih, Cekap dan Amanah dengan harapan nilai-nilai ini menjadi

amalan kepada semua penjawat awam dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Kempen ini dilancarkan dengan tujuan untuk menanam sikap etika kerja yang

profesional, cekap serta amanah kepada semua kakitangan awam dan juga

rakyat Malaysia. Ia juga dilaksanakn dengan memberi fokus untuk menaikkan

mutu kerja kakitangan dalam organisasi dan juga meningkatkan daya

pengeluaran organisasi. Ini kerana kunci kejayaan bagi pembangunan negara

adalah berpunca daripada nilai-nilai etika profesional yang diamalkan oleh

para pekerja.

iii. Dasar Pandang Ke Timur

Semasa konferens "Fifth Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di

Kuala Lumpur pada 8 Februari 1982, dasar ini telah diumumkan oleh Perdana

Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Dalam dasar ini kerajaan mengambil contoh

nilai-nilai etika profesional yang menyumbang kepada kejayaan

pembangunan ekonomi dan sosial daripada negara-negara asia seperti

Jepun dan Korea Selatan. Objektif utama dasar ini juga adalah untuk

meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini dengan

mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki nilai dan etika kerja yang

positif demi kemajuan negara.

iv. Penggunaan Tanda Nama

10
Melalui Surat Pekeliling Bil. 8/83, arahan yang mewajibkan semua penjawat

awam untuk memakai tanda nama yang bertujuan untuk menjadikan penjawat

awam lebih bertanggungjawab semasa berurusan dengan orang awam dan

juga untuk memudahkan perhubungan diantara penjawat awam.

v. Kepimpinan Melalui Teladan

Tun Mahathir melancarkan kempen ini pada bulan Mac 1983 yang bertujuan

untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan untuk

dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh semua penjawat awam. Kempen ini

juga bermatlamat untuk meningkatkan daya pengeluaran jabatan dalam

memyediakan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah kepada semua

orang tanpa mengikut pangkat, agama, budaya dan bangsa.

Program-program yang dilaksanakan ini menunjukkan beberapa perubahan yang

positif di dalam pengurusan dan pentadbiran awam di Malaysia. Perlaksanaan

dasar, program dan rancangan kerajaan juga didapati lebih lancar dan efektif serta

mencapai matlamat dan kumpulan sasaran.

3.0 KESIMPULAN

Walaupun masih ada sebilangan penjawat awam yang masih memiliki masalah-

masalah etika selepas kerajaan melaksanakan pelbagai program dan latihan,

bilangannya semakin berkurangan. Malah tindakan-tindakan tatatertib telah

dikenakan kepada penjawat awam yang masih berdegil selepas amaran berkali-kali

telah diberikan kepada mereka. Hukuman yang paling berat ialah dengan

menamatkan perkhidmatan mereka, ini bertujuan untuk mengekalkan kualiti

11
perkhidmatan awam yang cekap, telus dan amanah. Selain itu, kejayaan untuk

pembangunan sesebuah negara memerlukan kerjasama daripada seluruh lapisan

masyarakat dan bukannya hanya menjadi tanggungjawab penjawat awam sahaja.

4.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. 1993. Pentadbiran dan politik pembangunan: satu analisis

terhadap pembangunan masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

bahasa dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. 2002. Kerajaan Tempatan Teori dan peranan di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. 2004. Pengantar Pentadbiran Awam paradigma baru. Kuala

Lumpur: Utusan Publication.

Nazaruddin Hj. Mohd. Jali dan rakan-rakan. 2001. Pengajian Malaysia: kenegaraan

dan kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Osman Ayub. 1990. Etika kerja dan profesionalisme Islam. Kuala Lumpur: Sabha

Famdev. Robbins, S.P. 1991. Organizational behavior: concepts, controversies

and application. (4th edition). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

12

You might also like