You are on page 1of 4

Seperti yang difahami secara meluas, teori birokrasi perwakilan menunjukkan bahawa kepelbagaian

dalam tenaga kerja awam terutamanya dari segi ciri-ciri seperti bangsa dan etnik akan membantu
memastikan bahawa kepentingan pelbagai kumpulan diwakili dalam perumusan dasar dan proses
pelaksanaan. Menurut Mosher (1968), konsep birokrasi perwakilan ini adalah untuk memenuhi dan
memberi perkhidmatan kepada kumpulan yang diwakili. Ini bertepatan dengan kenyataan daripada
Kingsley (1944) yang mengatakan adalah menjadi tanggungjawab perwakilan untuk memberikan
khidmat kepada kumpulannya. Birokrasi yang pelbagai tenaga kerja menjadi penting dalam
memastikan dan permasalahan kumpulan ditangani dalam dasar.
Dewasa ini, teori-teori birokrasi yang telah diperkenalkan oleh Max Weber (1864-1920) dianggap
sebagai mekanisme yang tidak sesuai dan merupakan punca ke arah kelembapan pentadbiran
sesebuah negara. Ini adalah kerana birokrasi sebenarnya telah mendorong dan mewujudkan
kepincangan dalam pentadbiran sesebuah negara akibat daripada amalan-amalan seperti favaritisme 1,
kronisme2 dan neptisme3 yang dilihat semakin berleluasa.

Ciri-ci birokrasi perwakilan


Ciri-ciri utama dalam teori ini ialah birokrasi mestilah digambarkan dengan kepelbagaian komuniti
yang berfungsi untuk bertindak balas terhadap kepantingan keseluruhan kumpulan dalam membuat
keputusan. Pada asalnya konsep birokrasi perwakilan ini dikembangkan untuk menerangkan tentang
golongan-golongan elit dalam birokrasi dan untuk melihat struktur yang menarik dibangunkan oleh
golongan-golongan elit tersebut ke dalam struktur kerajaan. Oleh itu, Krislov (1974) dan Selden
1
Amalan pilih kasih terhadap seseorang untuk memperoleh suatu kepentingan dan keuntungan dan keistimewaan itu berbeza
dan tidak diperolehi pada orang lain.
2
Suatu bentuk favoritism yang lebih khusus pada rakan sekutu yang mempunyai kepentingan dan boleh membawa kepada
keuntungan bersama.
3
Suatu bentuk favoritism yang lebih khusus pada ahli keluarga dan sanak saudara yang mempunyai pertalian kekeluargaan.
91997) seperti yang dipetik oleh Fredericson & Smith (2015), telah mengkalsifikasikan jenis-jenis
birokrasi perwakilan ini kepada tiga jenis iaitu birokrasi perwakilan sebagai kuasa, birokrasi
perwakilan sama peluang dan birokrasi sebagai pengurusan kepelbagaian. Walau bagaimanapun,
peranan dan sumbangan ketiga-tiga birokrasi tersebut ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah.

Jenis Peranan
Birokrasi Mengapa Siapa negara dan How
perwakilan warganegara
Peperiksaan
Kawalan, Warganegara Perkhidmatan
birokrasi Ketabilan
kestabilan, Ketetapan sebagai mata awam,
perwakilan politik dan
penembusan, golongan elit pelajaran meritokrasi,
sebagai kuasa kawalan
penginapan penginapan politik janji,
rampasan
Authoritative
birokrasi Ahklak, Warganegara Kuota,
distribution of
perwakilan kesahan, Penduduk sebagai sasaran, dasar
values Create
sama peluang demokrasi peserta politik sama peluang
community
Berkesan dan
cekap
perkhidmatan
Latihan
penghantaran,
birokrasi kepelbagaian,
Persembahan, kerajaan Warganegara
sebagai Pelanggan rangkaian
keberkesanan, sebagai sebagai
pengurusan dan pekerja program,
kecekapan perniagaan pelanggan
kepelbagaian bimbingan
dan
program
perkhidmatan
penyedia

birokrasi perwakilan sebagai kuasa


Birokrasi ini boleh dikatakan untuk mewakili golongan-golongan elit. Sehubungan itu, birokrasi
perwakilan ini sebagai kuasa yang meluas terutamanya di masyarakat negara ini yang bersifat yang
heterogen4. Birokrasi perwakilan selalu menggambarkan kewujudan latar belakang kewarganegaraan
serta isu nilai dan kepercayaan yang sama untuk merasakan hubungan mereka dengan pemerintah.
Kemudiaan atas dasar tersebut, pemerintah memahami keperluan dan kehendak mereka yang
tercermin dalam bentuk tundakan nyata dalam aktiviti pemerintahan. Ini bersesuain dengan pendapat
daripada Kingsley (1944) yang melihat bahawa organisasi awam dalam perkhidmatan mereka harus
menyesuaikan diri dengan keadaan komuniti di mana mereka tergolong.

Selain birokrasi menentukan perolehan kumpulan elit, birokrasi juga mesti menjadi harapan orang
ramai atau mewakili kepentingan awam atau memberikan peluang kepada orang ramai menyalurkan
kepentingan mereka. Untuk memastikan kepentingan ini terlaksana, birokrasi ini perlu meningkatkan
peranan utama dalam membuat sebarang keputusan.
4
Terdiri daripada pelbagai jenis, kepelbagaian, Anekaragam
Factor-faktor yang mendorong Birokrasi Perwakilan
Birokrasi perwakilan ini menjadi sesuatu yang sangat penting disebabkan oleh beberapa factor iaitu:
1- Berlaku peningkatan kepelbagiana etnik, ras, bangsa, kaum dan gerontologi dalam
masyarakat
2- Berlaku peningkatan kepelbagianan jantina di tempat kerja
3- Pekembangan saling bergantungan antara masyarakat global
4- Peningkatan kepelbagaian teknologi di sebalik perkhidmatan awam dan pengedaran awam
Bagi factor yang pertama, kepelbagaian etnik ini mesti wujud atau dapat diramal semasa perumusan
dasar dibuat. Para birokrat awam perlu memahami setiap corak budaya yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat. Sebagai contoh, dalam melaksanakan dan menjayakan dasar Pendidikan kepada Orang-
orang pendalaman Sabah, kerajaan perlu memahami struktur budaya dan linguistik yang terdapat
dalam masyarakat/ etnik tersebut. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka lebih memahami Bahasa
ibunda dan mengamalkan budaya mereka sendiri. Oleh itu, menjadi penjawat awam atau birokrat
memahami budaya-budaya tersebut sebelum bertindak mensosialisasikan apa jua dasar kepada
golongan tersebut dan ini akan merapatkan jurang antara birokrat dan rakyat.

Bagi factor yang kedua pula ialah permaslahan gender atau jantina di tempat awam. Ini merupakan
antara permasalahan yang sangat penting dan perlu dilihat dengan serius oleh para-para birokrat. Jika
kita lihat pekerja lelaki dan wanita mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam kitara hidup mereka. Wanita
mempunyai sifat-sifat seperti kehamilan, melahirkan anak, menyusukan anak dan sebagainya. Ciri-ciri
tersebut tidak ada pada pekerja-pekerja lelaki. Pekerja wanita juga sinonim dengan mempunyai tahap
ketepatan dan ketabahan yang lebih tinggi dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab birokrat untuk memahami dan menyelesaikan permasalahan tersebut.

KONSEP BIROKRASI PERWAKILAN


Konsep birokrasi perwakilan ini melihat kepada pola pengambilan seseorang ke jawatan pentadbiran
awam, terutama pada isu peluang yang sama. Kebanyakkan sarjana menekankan kepentingan
melantik birokrat awam yang elemen sosial dan ekonominya menggambarkan watak orang di suatu
tempat.

You might also like