You are on page 1of 4

NOR HISAMMUDIN BIN RASIDI (827945)

BSMH5213 SAFETY MANAGEMENT

ACTIVITY 4: BASED ON ACTIVITY 2, CONDUCT SAFETY TRAINING


NEEDS ANALYSIS FOR YOUR COMPANY.

KURSUS MENGENDALI KEJADIAN BULI DAN STRESS DI TEMPAT KERJA


BAGI JABATAN PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM (AMLA) POLIS
DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Kursus Mengendali Kejadian Buli


dan Stress di Tempat Kerja
diperlukan bagi setiap kakitangan
AMLA berikutan tekanan serta
bebanan kerja yang semakin
tinggi dalam penugasan AMLA
dan PDRM.

Objektif kursus adalah untuk


Hasil daripada Kursus
mendedahkan kakitangan AMLA
Mengendali Kejadian
mengenai faktor-faktor yang
Buli dan Stress di
membawa kepada berlakunya
Tempat Kerja bagi
kejadian buli dan stress di tempat
Jabatan AMLA dinilai
kerja dan juga langkah-langkah yang
keberkesanannya.
diperlukan untuk menanganinya.

Kursus Mengendali
Kursus akan dijalankan
Kejadian Buli dan
secara bersemuka di dalam
Stress di Tempat
dengan kebenaran Ketua
Kerjabagi Jabatan
Jabatan AMLA.
AMLA dijalankan.

1
NOR HISAMMUDIN BIN RASIDI (827945)
BSMH5213 SAFETY MANAGEMENT

ANALSIS KURSUS MENGENDALI KEJADIAN BULI DAN STRESS DI TEMPAT


KERJA BAGI JABATAN PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM (AMLA)
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Kursus Kursus Mengendali Kejadian Buli dan Stress di Tempat Kerja


Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS),
Penceramah
Bukit Aman.
• Mendedahkan setiap kakitangan AMLA dengan faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya kejadian buli dan stress di tempat kerja.
• Memastikan setiap kakitangan AMLA memahami setiap langkah dan prosedur
keselamatan yang perlu diambil bagi menangani kejadian buli dan stress ini.
Objektif
• Memastikan setiap kakitangan AMLA sedar akan kepentingan pengurusan stress
dan kejadian serta cara untuk melaporkan kepada pihak pengurusan.
• Meningkatkan tahap keselamatan sewaktu bertugas dan melancarkan setiap tugasan
yang dijalankan.
Peserta Kesemua kakitangan AMLA

Tarikh 5 Januari 2021

Masa 9.00 Pagi sehingga 4.00 petang

Tempat Dewan Kuliah Masjid Bukit Aman.


• Peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut jantina lelaki dan
perempuan.
• Beberapa kajian kes akan diberikan dan perlu diselesaikan secara individu dan juga
Kaedah secara berkumpulan.
Pembelajaran • Beberapa individu akan dipilih untuk membentangkan hasil penyelesaian daripada
kajian kes yang diberi.
• Kuiz akan diadakan di akhir kursus bagi menguji kefahaman peserta.
• Peserta yang berjaya akan diberikan sijil penyertaan kursus.
• Kursus akan dijalankan secara bersemuka ini kerana ianya melibatkan latihan
Mod Program praktikal bagi memberi kefahaman kepada para peserta kursus.
Latihan • Penceramah akan menyediakan nota berkaitan bagi kursus dan juga kuiz akan
dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran.
Satu set borang kaji selidik perlu diisi oleh peserta selepas selesai kursus untuk menilai
Penilaian
keberkesanan kursus yang dihadiri.

2
NOR HISAMMUDIN BIN RASIDI (827945)
BSMH5213 SAFETY MANAGEMENT

LAPORAN KURSUS MENGENDALI KEJADIAN BULI DAN STRESS DI TEMPAT


KERJA BAGI JABATAN PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM (AMLA)
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Peningkatan bebanan kerja yang diterima oleh setiap kakitangan PDRM dan juga Jabatan
AMLA dilihat semakin membimbangkan kerana ianya memberi kesan kepada peningkatan
kejadian buli, tahap stress dan psikologi kakitangan AMLA. Bagi memastikan tahap
psikologi dan stress setiap kakitangan AMLA berada pada tahap yang baik serta
mengelakkan daripada berlakunya kejadian buli di kalangan kakitangan AMLA, penulis
bersama Bahagian Kebajikan serta pihak pengurusan AMLA telah menganjurkan Kursus
Mengendali Kejadian Buli dan Stress di Tempat Kerja selama satu (1) hari di Dewan Kuliah,
Masjid Bukit Aman dan dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan,
pegawai rendah dan juga kakitangan awam Jabatan AMLA.

Penguasa Polis (SUPT) Hamzah bin Kamaruzzam daripada Bahagian Agama dan
Kaunseling, Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman yang juga
merupakan Iman kedua bagi Masjid Bukit Aman telah dijemput sebagai penceramah bagi
menjayakan kursus ini. Dalam kursus ini, penceramah akan menerangkan mengenai bentuk-
bentuk kejadian buli yang sering berlaku di tempat kerja, faktor-faktor yang membawa
kepada kejadian buli ini dan juga langkah-langkah untuk mengatasinya. Selain daripada itu,
penceramah juga akan menerangkan mengenai stress yang wujud ditempat kerja seperti
pengenalan kepada jenis-jenis stress, faktor-faktor terjadinya stress, langkah-langkah
mengatasinya dan juga cara untuk melaporkan sebarang kejadian atau insiden buli, stress dan
sebagainya kepada pihak pengurusan jabatan.

Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan setiap kakitangan AMLA dengan faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya kejadian buli dan stress di tempat kerja, memastikan setiap
kakitangan AMLA memahami setiap langkah dan prosedur keselamatan yang perlu diambil
bagi menangani kejadian buli dan stress, memastikan setiap kakitangan AMLA sedar akan
kepentingan pengurusan kejadian buli dan stress serta cara untuk melaporkan kepada pihak
pengurusan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sewaktu
melaksanakan tugas-tugas yang kritikal, mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat dan
harmoni serta bagi melancarkan setiap
tugasan yang diberikan.

3
NOR HISAMMUDIN BIN RASIDI (827945)
BSMH5213 SAFETY MANAGEMENT

Peserta kursus akan dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut jantina lelaki dan perempuan
yang mana mereka akan membincangkan perkara-perkara yang akan menyebabkan kejadian
buli dan stress berlaku mengikut jantina masing-masing serta langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengatasinya. Peserta juga akan diberikan beberapa kajian kes yang perlu
diselesaikan secara individu dan berkumpulan sebelum dipilih dan membentangkan hasil
penyelesaian mereka dengan peserta yang lain. Selain daripada itu,, ia juga bertujuan untuk
melatih daya pemikiran dan pemahaman setiap peserta yang hadir sebelum mereka diberikan
kuiz diakhir ceramah. Peserta yang hadir akan diberikan sijil penyertaan kursus dan diharap
dapat menjadi rakan pembimbing bagi rakan-rakan sekerja yang lain dalam memberi nasihat
untuk menguruskan stress dan sebagainya.

Keberkesanan kursus yang dijalankan akan dinilai dengan memberikan satu set borang kaji
selidik untuk menilai tahap kefahaman setiap peserta yang menghadiri kursus ini dan
daripada hasil borang kaji selidik tersebut didapati kursus ini berkesan dalam memberikan
peserta kefahaman dalam menangani stress sewaktu mereka bertugas atau sewaktu berada di
rumah. Kefahaman ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan,
kemalangan dan sebagainya sewaktu bertugas, malah ianya penting untuk memastikan tahap
keselamatan dan kesihatan psikologi kakitangan AMLA sentiasa berada pada tahap optimum
serta mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian buli di tempat kerja. Oleh itu,
kursus-kursus lanjutan seperti ini akan dilaksanakan lagi di lain waktu mengikut keperluan
jabatan dan tugas.

You might also like