You are on page 1of 10

Nama : Tan Huan Sin

Kelas : K3S1
IC : 010712-12-0772

1. Apakah peralatan badminton?


i) bola
ii) raket
iii) shuttlecock
iv) roket

A. i and ii B. ii and iii C. ii and iv D. iii and iv E. all above

Jawapan:B

2. Berapakah tinggi jaring badminton?

A. 2m B. 1.5m C. 1.55m D. 1km E. 1.5cm

Jawapan:C

3. Apakah nama asal badminton?

A. Shuttlecock B. Battledore C. Poona D. Semua


Jawapan:D

4. Berapa banyak bulu yang terdapat di shuttlecock?

A. 16 B. 14 C. 24 D. 20 E. 23

Jawapan:A

5. Skor dalam permainan badminton sistem really poin

A. 20 B. 22 C. 2.2 D. 21 E. 2.1

Jawapan:D

6.  Apabila shuttlecock bergerak rata di seberang gelanggang, ia dikenali


sebagai apa?

A. Fly B. Drive C. Miss D. Runner

Jawapan:B
7. Apa yang berlaku sekiranya shuttlecock mendarat sentuh di garisan?
A.replay B. let C. dikira sebagai in D. dikira sebagai out

Jawapan:C
8. Apa yang tidak boleh anda lakukan dalam sukan badminton?
i) Pukul shuttlecock keluar dari gelanggang badminton
ii) Sentuh jaring badminton dengan raket atau badan
iii) bermain dengan gaya tennis
iv) Pukul birdie dua kali berturut-turut

A. i and ii B. ii and iii C. ii and iv D. iii and iv E. all above

Jawapan:B

9. Setelah satu pasukan mendapat satu mata, rakan sepasukan mesti ...

A. meraikan B. menukar raket C. tukar sebelah D. menjerit

Jawapan:C

10. Apakah sukan badminton?


Jawapan: Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket
dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain
bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan
(beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah
gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jarin.

11.  Berapakah ukuran gelanggang badminton?


Jawapan: Panjang 13.40meter, Lebar 6.10 meter

12. Pada Tahun Mana Badminton Menjadi Sukan Olimpik?


Jawapan: Tahun 1992

13. Apakah nama badan pentadbir antarabangsa untuk badminton


diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa?

Jawapan: Badminton World Federation (BWF)

14. Berapa banyak peraturan yang terlibat dalam sukan badminton?


Huraikan.

Jawapan: 10

 Undang-Undang Asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis.


Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua
lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain
badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk
mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara
berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki
dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala
Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

 Memulakan Permainan

(A) Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu
tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.

(B) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis


atau memilih petak gelanggang.

(C) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

 Sistem Pengiraan Mata

(A) Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best
of three games.

(B) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.

(C) Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan


diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang.
(D) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis
dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

(E) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan
membuat servis dan sebaliknya.

 Masa Rehat

(A) Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat
selama 60 saat akan diberikan.

(B) Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game
tamat.

 Servis

(A) Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.

(B) Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan
memijak garisan gelanggang.

(C) Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan


dalam keadaan tetap.

(D) Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat
servis.
(E) Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

(F) Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

 Servis Semula ( Let )

(A) Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.

(B) Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.

(C) Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.

(D) Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.

(E) Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.

(F) Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

 Larangan Untuk Pemain

(A) Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.

(B) Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk


menukar kelajuan.
(C) Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau
pemain menyentuh papan iklan.

(D) Tidak berkelakuan kasar.

(E) Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

 Berlaku Batal Sekiranya

(A) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau
pakaian.

(B) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.

(C) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan


isyarat tangan.

 Perlawanan Perseorangan

(A) Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya.
Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.

(B) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak
lawan.

(C) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis
dalam game berikutnya.
 Perlawanan Beregu

(A) Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis


dari gelanggang servis kanan.

(B) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan
lawan kekal dalam petak servis masing-masing.

(C) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada
pihak lawan.

(D) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima
servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak
menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.

(E) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya

15. Huraikan sejarah sukan badminton.


Jawapan:

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula


dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu
Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat,
badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di
udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di
India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan
versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia
dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan.
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House,
Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan
itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini
kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang


terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan
mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu
telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England
diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-
akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah
peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada
13 September tahun yang sama.Mereka juga mula menganjurkan
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton
pertama di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai


Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New
Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai
pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan
badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

You might also like