You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGONG KALI KE-2

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI SAINS TAHFIZ


KUALA LUMPUR BERHAD

Tarikh : 30 September 2019


Masa : 2.00 pm
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Gemilang SMISTA

Agenda mesyuarat :
1) Pelantikan pengerusi mesyuarat agong
2) Pengesahan minit mesyuarat agong koperasi kali pertama
3) Perbincangan perkara berbangkit
4) Pembentangan akaun berakhir 31 Mac 2019
5) Pembentangan laporan tahunan
5.1 Laporan aktiviti
5.2 Perancangan aktiviti 2019/2020
6) Belanjawan sesi 2019/2020
7) Pemilihan anggota ahli Lembaga koperasi 2019/2020
8) Menimbang dan meluluskan honorarium, persen dividen dan cara agihan
9) Menentukan had keberhutangan
10) Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada undang-undang kecil
koperasi
11) Melantik firma-audit cadangan SKM atau audit luar
12) Pembentangan usu(hanya usul daripada ahli sahaja)
13) Penyampaian cenderamata kepada ahli Lembaga koperasi 2018/2019
14) Hal-hal lain

1. UCAPAN PENGETUA DAN PELANTIKAN PENGERUSI


1.1 Pengetua mengucapkan syukur dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan
murid-murid ke Mesyuarat Agong Koperasi Kali ke-2
1.2 Pengetua memaklumkan dalam mensyuarat tentang kehaidran korum melebihi 2/3
ahli koperasi maka majlis dapat diteruskan sebagaimana yang dirancang.

1
1.3 Encik Abdul Rahman bin Hamat mencadangkan Encik Wan Jamaludin bin Wan Bidin
sebagai pengerusi koperasi sesi 2019/2020 dan disokong oleh Pn. Nur Atifah binti
Abu Bakar.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA


2.1 Pn. Nabilah binti Manshor mencadangkan minit mesyuarat koperasi kali pertama sesi
2018/2019 disahkan.
2.2 Encik Mohd Harith bin Md Radzi menyokong minit mesyuarat kali pertama sesi
2018/2019 ini disahkan.

3. PERBINCANGAN PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4. PEMBENTANGAN AKAUN BERAKHIR 31 MAC 2019


4.1 Pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Mac 2019 dilakukan oleh Pn. Najah
Nadiah binti Alias. Beliau membentangkan kunci kira-kira, akaun untung rugi dan
akaun perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
4.2 Laporan kewangan sepenuhnya belum boleh disahkan sebelum proses mesyuarat
koperasi khas dijalankan pada November 2019 atau Mac 2020. Encik Abdul Rahman
bin Hamat mencadangkan mesyuarat khas koperasi perlu dilaksanakan pada
November 2019. Sidang hadirin sebulat suara menerima cadangan Encik Abdul
Rahman bin Hamat.
4.3 Encik Azhar bin Abd Rahman bertanya tentang peruntukan zakat di halaman 17 yang
melebihi kadar zakat iaitu 2.5%. Encik Wan Jamaludin bin Wan Bidin selaku
pengerusi menerangkan tentang peruntukan zakat yang ditetapkan adalah daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan bukan ditetapkan oleh ahli Lembaga koperasi
sekolah.
4.4 Encik Mohammad Faez Bin Mohtar bertanya tentang honorarium sebanyak 10%
ditentukan oleh siapa dan Pn. Najah Nadiah selaku bendahari koperasi menyatakan
bawah 10% honorarium tersebut ditentukan dari jumlah modal syer bagi koperasi
SMISTA.
4.5 Mohd Zia’auddin bin Zahari dari kelas 4 Bukhari mencadangkan agar penyata
kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2019 diterima dan disahkan. Cadangan tersebut
disokong oleh Muhammad Daniyal Yutaka bin Mohd Yusri dari kelas 4 Bukhari
5. PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN

5.1 LAPORAN AKTIVITI


5.1.1 Setiausaha koperasi iaitu Puan Norashila binti Zulkifli membentangkan
aktiviti yang dijalankan pada tahun 2018/2019.
5.1.2 Terdapat 18 aktiviti/program sepanjang tahun 2018 dan awal tahun 2019.
(Rujuk Lampiran)

2
5.1.3 En Azhar bin Abd Rahman mencadangkan semua senarai aktiviti koperasi
yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018/2019 disahkan. Cadangan
tersebut disokong oleh En. Muhammad Harith bin Md Radzi.

5.2 PERANCANGAN AKTIVITI 2019/2020


5.2.1 Pn. Norashila binti Zulkifli membentangkan 12 cadangan aktiviti atau
perancangan program yang melibatkan pelajar yang akan dillaksanakan
sepanjang tahun 2019/2020. (Rujuk Lampiran)
5.2.2 Pengerusi memaklumkan ahli Lembaga koperasi diberi mandat bagi
menentukan dan merancang aktiviti yang sesuai bagi memenuhi tujuan dan
matlamat koperasi SMISTA. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh
semua ahli mesyuarat Lembaga koperasi.

6. BELANJAWAN 2019/2020
Pn. Najah Nadiah binti Alias selaku bendahari membentangkan anggaran belanjawan bagi
tahun 2019/2020. Megat Muhammad Asri Bin Megat Shukri dari kelas 4 Bukhari
mencadangkan supaya anggaran belanjawan ini diluluskan. Cadangan tersebut disokong
oleh Muhammad Afiq bin Azha dari kelas 4 Bukhari.

7. PEMILIHAN ANGGOTA AHLI LEMBAGA KOPERASI 2019/2020


7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sebanyak 1/3 daripada ALK akan digugurkan atau
dibuka setiap tahun.
7.2 Senarai ALK adalah seperti di Lampiran.
7.3 Muhammad Naqiuddin Bin Nizam dari kelas 1 Bukhari mencadangkan agar senarai
ALK yang diberi itu diterima dan disahkan. Cadangan itu dipersetujui sebulat suara
oleh semua ahli mesyuarat Lembaga koperasi.

8. MENIMBANG DAN MELULUSKAN HONORARIUM, PERSEN DIVIDEN DAN


CARA AGIHAN
Pn Norashila binti Zulkifli selaku setiausaha mencadangkan agar dividen murid diberikan
dalam bentuk vaucer pembelian di koperasi. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara
oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi.

9. MENENTUKAN HAD KEBERHUTANGAN

3
Pengerusi mencadangkan agar had keberhutangan koperasi dinaikkan dari RM50 000
kepada RM100 000 bagi tujuan membeli asset-aset yang lebih besar bagi menjana
keuntungan. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga
koperasi.

10. MENIMBANG DAN MELULUSKAN APA-APA CADANGAN PINDAAN


KEPADA UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI
Pengerusi mencadangkan agar aktiviti koperasi tidak tertakluk kepada penjualan runcit
sahaja tetapi dimasukkan juga perkhidmatan. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat
suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi.

11. MELANTIK FIRMA-AUDIT CADANGAN SKM ATAU AUDIT LUAR


Pengerusi memberi cadangan agar ALK diberi mandat untuk melantik firma audit luar
untuk tujuan mengaudit akaun koperasi. Cadangan tersebut disokong sebulat suara oleh
ahli mesyuarat Lembaga koperasi.

12. PEMBENTANGAN USUL (HANYA USUL DARIPADA AHLI SAHAJA)

Bil Usul/cadangan Pencadang Tindakan


12.1 Mempelbagaikan jualan koperasi asrama En Azhar bin Akan
Abd Rahman dilaksanakan
12.2 Membuat pengagihan dividen bermula 2012- Akan
2017 dilaksanakan
12.3 Memaparkan aliran kewangan koperasi Selesai
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi
12.4 Meluluskan ALK yang sudah terpilih Cik Nurul Selesai
Nabilla binti
Mohammad
Khalipah
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi
12.5 Mengadakan Hari Keusahawanan mengikut Pn Nor Akan
Kelab dan Persatuan Hidayah binti dilaksanakan
12.6 Melantik secara rasmi ALK di kalangan murid Othman Selesai
12.7 Mengurangkan tugas-tugas lain bagi guru Akan
koperasi yang terlibat dengan jualan di dilaksanakan
koperasi setiap hari
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi
12.8 Menyediakan perkhidmatan fotokopi atau Pn Nur Azrah Akan
laminate bagi murid atau guru SMISTA binti Azriy dilaksanakan

4
12.9 Menjual pelbagai alat tulis seperti pen marker, Akan
kertas mahjong, kertas A4 dan lain-lain dilaksanakan
12.10 Menyediakan jualan makanan dan minuman di Selesai
bilik guru dan sediakan tabung duit
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi
12.11 Menambah tempoh operasi koperasi dan Nurin Auni Akan
memberi upah individu sebagai Nabila binti dibincangkan
pengurus/penjaga kedai Mohd dalam Mesyuarat
Fardzuli ALK
12.12 Semua tempahan cetakan baju murid diurus Akan
oleh koperasi dilaksanakan
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi
12.13 Meluaskan lagi Kawasan koperasi untuk Mohd Afham Akan
memudahkan urusan jual beli antara banin dan bin Mohd dibincangkan
banat Faisal dalam Mesyuarat
ALK
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi

12.14 Menjual air seperti Milo ais, Nescafe ais dan Muhammad Perlu semak
lain-lain seperti di kantin Daniyal semula
Yutaka bin Pekeliling
Mohd Yusri berkaitan
penjualan
makanan. Tetapi
akan
dipertimbangkan.
Semua cadangan/usul disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Lembaga koperasi

13. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA AHLI LEMBAGA KOPERASI


2018/2019
13.1 Cenderamata dan sijil disampaikan oleh Pengetua kepada semua Ahli Lembaga
Koeprasi sesi 2018/2019.

14. HAL-HAL LAIN


14.1 Tiada

15. PENUTUP
Mesyuarat agong kali ke-2 tahun 2019 diakhiri dengan tasbih Kifarah dan surah Al-‘Asr
dan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

5
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………. ……………………..……
Setiausaha, Pengerusi,
KOPERASI SMISTA KOPERASI SMISTA

You might also like