You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat ALK SMK Chenderiang Berhad Kali KeduaTahun 2018

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENDERIANG BERHAD


35350 TEMOH, PERAK

Minit Mesyuarat ALK Koperasi SMK Chenderiang Berhad


Kali Kedua Tahun 2018
Hari : Khamis
Tarikh : 20 Julai 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SMK Chenderiang, Temoh, Perak.

Kehadiran : 1) Tn. Hj Ahmad Masri bin Abdul Rasid (Pengerusi)


2) Che Zuriyah bte Ismail (Naib Pengerusi)
3) En. Norazinidham bin Mohd Rapinge (Setiausaha)
4) En Mohd Saharani Bin Omar (Bendahari)
5) Pn. Sabrina bte Khir Bahari
6) Cik Norhusna Binti Alias
7) Pn Shafina bte Mohamed Sahar
8) En. Mohamad Ramdan bin Ibrahim
9) Pn. Rohayu binti Ngah
10) Cik Munirah Binti Mohd Noor (Pengurus)

Tidak hadir bersebab : Tiada

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi Koperasi SMK Chenderiang Berhad

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua Ahli Lembaga pada
mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi mahukan perkembangan perniagaan koperasi diperluaskan dengan cara
memasuki perniagaan runcit yang baharu.
(Makluman : ALK)
2.0 Penetapan tarikh sambutan Hari Koperasi
2.1 Mesyuarat menetapkan cadangan tarikh pelancaran pada 29 Ogos 2018 pada jam
12.30 tengahhari.
2.2 Tarikh sambutan Hari Koperasi dicadangkan pada 30 Ogos 2018 bermula jam 8.00
pagi.

(Makluman: ALK)

1
Minit Mesyuarat ALK SMK Chenderiang Berhad Kali KeduaTahun 2018

3.0 Pertukaran Penandatangan Cek.

3.1 Mesyuarat bersetuju untuk membuat pertukaran penandatangan cek diantara


pengerusi koperasi yang baharu dengan pengerusi koperasi yang lama dan juga
dilakukan atas sebab pertukaran jawatan di dalam koperasi.
3.2 Antara syaratnya ialah salah seorang dari penanda tangan cek adalah dari pihak
pentadbir iaitu samada Pengerusi (Ahmad Masri bin Abdul Rasid ) atau Naib
Pengerusi (Pn. Che Zuriyah bt Ismail) yang berada dalam Kumpulan A.
3.3 Tandatangan kedua mestilah melibatkan tandatangan daripada Bendahari ataupun
Setiausaha yang berada dalam Kumpulan B. Penanda tangan cek masih lagi
dikekalkan dengan 2 tandatangan.
3.4 Pn. Che Zuriyah binti Ismail dilantik sebagai Naib Pengerusi baharu manakala En.
Ahmad Masri bin Abdul Rasid dilantik sebagai Pengerusi baharu menggantikan Pn.
Rohayati bt Ali yang telah bersara.

3.5 Jadual dibawah menunjukkan beberapa perubahan yang dilakukan.

PENANDA TANGAN BARU


KUMPULAN
Nama Jawatan No.kad pengenalan
AHMAD MASRI BIN ABDUL RASID PENGERUSI 680319085117
A
CHE ZURIYAH BINTI ISMAIL NAIB PENGERUSI 660911025158
MOHD SAHARANI BIN OMAR BENDAHARI 820424085591
NORAZINIDHAM BIN MOHD SETIAUSAHA 780528085891 B
RAPINGE

PENANDA TANGAN LAMA


KUMPULAN
Nama Jawatan No.kad pengenalan
CHE ZURIYAH BINTI ISMAIL PENGERUSI 660911025158
A
ROHAYATI BT ALI PENASIHAT 570611086072
MOHD SAHARANI BIN OMAR BENDAHARI 820424085591
NORAZINIDHAM BIN MOHD SETIAUSAHA 780528085891 B
RAPINGE

(Tindakan : Setiausaha)

4.0 Pengemaskinian wang simpanan Bank Rakyat

4.1 Koperasi bersetuju untuk meningkatkan kecairan tunai untuk Kumpulan Wang Rizab
Subsiditori mengikut kehendak juruaudit.
4.2 Perkara ini perlu dilakukan sebelum tutup tahun kewangan 31 Ogos 2018.

(Tindakan : Bendahari)

2
Minit Mesyuarat ALK SMK Chenderiang Berhad Kali KeduaTahun 2018

5.0 Pengurusan ”water cooler”

5.1 Mensyuarat memutuskan untuk memindahkan lokasi kedudukan water cooler ke


tempat baru iaitu di hadapan koperasi.
5.2. Water cooler yang lama akan dinaik taraf dengan meningkatkan kapisiti air serta
bilangan penapis dan akan diselenggara sepenuhnya oleh koperasi.

(Tindakan : ALK)

6.0 Hal – hal lain

6.1 Pelancaran sumbangan kismis oleh koperasi kepada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan
3 akan dilakukan pada hari rabu 25 Ogos 2018.
6.2 Koperasi bersetuju untuk membiayai kos selenggara lampu dalam bilik pengawas
serta laluan kaki lima berhampiran koperasi.
6.3 Pihak sekolah melalui Cikgu Mazli mendapat aduan dari pihak kantin bahawa jualan
kantin terjejas kerana koperasi turut menjual makanan dan minuman.
6.4 Aduan juga diterima daripada pihak pembersihan bahawa sampah semakin banyak
hasil dari jualan koperasi.
6.5 Pengurus, Cik Munirah mencadangkan agar pihak kantin mempelbagaikan jualan.
Selain itu, majis-majlis yang diadakan di sekolah haruslah menggunakan khidmat
kantin untuk tujuan jamuan.
6.6 Naib pengerusi Pn.Zuriyah menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak menggunakan
khidmat kantin untuk jamuan kerana perkhidmatan yang tidak memuaskan.
6.7 En. Saharani mencadangkan agar koperasi ditutup satu minggu untuk memberi
peluang kepada kantin membuktikan kemampuannya menyediakan makanan yang
mencukupi untuk semua pelajar dan guru.
6.8. Pengerusi, Tn Haji Masri bin Abdul Rasid memutuskan supaya hal berkaitan kantin
dibawa ke mesyuarat pengurusan untuk diputuskan.

(Tindakan : ALK)

7.0 Ucapan penangguhan

7.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dan berharap semua ALK dapat meneruskan
tugas mengurus koperasi dengan lebih baik lagi pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………........ ...........………….………………….......
(NORAZINIDHAM BIN MOHD RAPINGE) (TN.HJ AHMAD MASRI BIN ABDUL RASID)
Setiausaha , Pengerusi ,
Koperasi SMK Chenderiang Berhad, Koperasi SMK Chenderiang Berhad,
SMK Chenderiang, SMK Chenderiang,
35350 Temoh, Perak. 35350 Temoh, Perak.

3
Minit Mesyuarat ALK SMK Chenderiang Berhad Kali KeduaTahun 2018

You might also like