You are on page 1of 5

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK

BATU 8, JALAN SUNGAI PUSU, GOMBAK,


53100 KUALA LUMPUR

HARI KOPERASI
SBP INTEGRASI GOMBAK
TAHUN 2016
UCAPAN PERASMIAN OLEH
PENGETUA SBP INTEGRASI GOMBAK,
ENCIK SALLEH BIN ISMAIL

DIANJURKAN OLEH:
KOPERASI SBP INTEGRASI GOMBAK BERHAD

Teks ucapan Pengetua bersempena dengan


Hari Koperasi SBP Integrasi Gombak
Tarikh: 6 Ogos 2016
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SBP Integrasi Gombak
Bismillahhirrahmannirrahim
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha Pn Hjh. Sarimah bt Hj. Samuri,
Penolong Kanan Kokurikulum SBP Integrasi Gombak,
merangkap Timbalan Pengerusi Koperasi SBPI Gombak Bhd.,
Yang Berusaha Pn. Hjh. Noridah bt. Mohd Ramlan,
Penolong Kanan SBP Integrasi Gombak,
Yang Berusaha Pn Maimunah bt. Ismail,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
guru-guru Ahli Lembaga Koperasi,
guru-guru, Ahli-ahli Lembaga Koperasi murid,
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; dan Salam Sejahtera; Salam
1Malaysia; Salam Sehati Sejiwa.
1

Alhamdulillah, terlebih dahulu, bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke


hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama
hadir dalam Majlis Perasmian Hari Koperasi peringkat SBPI Gombak anjuran
Koperasi SBPI Gombak Bhd. Untuk makluman anak-anak pelajar, Hari Koperasi
Sekolah ini telah disambut oleh sekolah-sekolah seluruh Negara buat tahun ke-11
mulai 4 Januari hingga 19 Ogos 2016.

Tema Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini ialah Koperasi Sekolah Memupuk
Keusahawanan. Tema ini dipilih bagi menggambarkan kepada kita tentang
kepentingan koperasi sebagai ejen pembangunan ekonomi dan platform bagi
memupuk semangat keusahawanan dalam diri setiap warga sekolah. Murid-murid
juga perlu ingat, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita bukanlah
hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi terdapat nilai yang lebih
penting daripada itu iaitu kejujuran, keprihatin, kegigihan dan kualiti perkhidmatan
yang kita tawarkan. Perkara ini merupakan ciri terpenting dalam menjayakan hasrat
kerajaan untuk melonjakkan ekonomi Negara pada masa hadapan. Peranan yang
dimainkan oleh koperasi sekolah kini bukan sahaja untuk menerapkan prinsip-prinsip
dan jati diri koperasi tetapi perlu di selaraskan supaya anak-anak pelajar menjadi
insan yang seimbang dan sempurna.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan
aktiviti-aktiviti berasaskan pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei
dan berpantun. Sambutan Hari Koperasi di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan
2

untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan


kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik muridmurid supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan
amalan koperasi. Pihak ANGKASA menyediakan garis panduan sambutan ini
sebagai usaha memberikan panduan terbaik kepada pihak pengurusan koperasi
sekolah untuk menganjurkan sambutan Hari Koperasi dengan lebih mudah dan
teratur. Perkara ini terbukti, hasil daripada laporan yang diterima daripada pihak
koperasi sekolah, ahli-ahli lembaga koperasi telah berjaya melaksanakan Hari
Koperasi dengan jayanya.

Saya dimaklumkan bagi sambutan hari tahun ini pelbagai aktiviti telah diatur.
Antaranya

ialah

pertandingan

mencipta

logo

koperasi,

mencipta

backdrop

menggunakan VLE-Frog, STREAM Math-Bowland, dan lain-lain termasuklah


jualan/bazar. Saya berharap agar semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam
menjayakan semua aktiviti sepanjang Hari Koperasi Sekolah. Gunakanlah ruang dan
peluang yang ada untuk membina bakat keusahawanan, pengalaman berpersatuan,
dan bantu-membantu selaras semangat koperasi. Hal ini juga bersesuaian dengan
hasrat kerajaan untuk menggalakkan anak-anak pelajar menceburi bidang
keusahawanan apabila tamat pengajian dan menceburi sektor pekerjaan kelak. Saya
percaya, dengan pemikiran yang kreatif akan menjadikan anggota koperasi sebagai
seorang pengguna yang sentiasa peka terhadap aspirasi kerajaan dan bertindak
balas secara rasional kepada persekitaran kepenggunaannya.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli
Lembaga Koperasi SBP Integrasi Gombak Berhad kerana menjadi sebahagian
daripada statistik dalam kalangan sekolah yang berjaya menunaikan tanggungjawab
menganjurkan sambutan Hari Koperasi Sekolah seperti pada hari ini. Sambutan ini
secara tidak langsung telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu
entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi dalam
kalangan anggota.
Akhir sekali, dengan lafaz yang mulia dan ungkapan Bismillahhirahmannirahim, saya
merasmikan Hari Koperasi Sekolah peringkat SBP Integrasi Gombak.

Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like