You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMK Chenderiang Berhad Kali Ke-16

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENDERIANG BERHAD


35350 TEMOH, PERAK

Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMK Chenderiang Berhad Kali Ke-16

Hari : Khamis
Tarikh : 1 December 2022
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Kejat, SMK Chenderiang, Temoh, Perak.

Kehadiran : 1) Semua Anggota Lembaga


2) 431 orang ahli

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi Koperasi SMK Chenderiang Berhad dan Perasmian

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli lembaga.
Pengerusi menyatakan bahawa antara objektif utama penubuhan koperasi adalah
kemenjadian murid dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi SMK
Chenderiang Berhad Kali Ke-16.
(Tindakan : Makluman)

2.0 Memilih Seorang Pengerusi Mesyuarat

2.1 Tn. Haji Ahmad Masri bin Abdul Rasid telah dipilih sebulat suara untuk
mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi SMK Chenderiang Berhad Kali Ke-16.
(Tindakan : Makluman)

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu

3.1 En. Norazinidham bin Mohd Rapinge selaku setiausaha membentangkan minit
mesyuarat agung yang lalu.

3.2 Minit mesyuarat agung yang lalu dicadangkan supaya disahkan oleh Loke Jia Min
dan disokong oleh Yip Jia Li.

(Tindakan : Setiausaha)

1
Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMK Chenderiang Berhad Kali Ke-16

4.0 Perkara-perkara Berbangkit

4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0 Membentang dan Menerima Laporan Lembaga Pengurus Tahun Kewangan Berakhir 31
Ogos 2022

5.1 Cik Munirah selaku pengurus koperasi membentangkan Laporan Lembaga Pengurus.
Mohd Farid Riduwan mencadangkan agar Laporan Lembaga Pengurus disahkan dan
disokong oleh Mohd Fahmi Kamarul Baharin
Tindakan : Pengurus Koperasi)

6.0 Membentang Laporan Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Ogos 2020

6.1 Moha Saharani bin Omar selaku bendahari membentangkan laporan


kewangan
berakhir 31 Ogos 2020.
6.2 Beliau menjelaskan bahawa faktor berlakunya kerugian dalam tahun kewangan
terbabit ialah kerana kurangnya jualan akibat penutupan sekolah atas sebab PKP .
6.3 Nazhan Faris mencadangkan agar Laporan Kewangan ini diluluskan dan disokong
oleh Nur Syazwani Aina.
Tindakan : Bendahari Koperasi)

7.0 Menerima dan meluluskan pembahagian honararium, dividen dan elaun pengurusan
koperasi

7.1 Cik Munirah selaku pengurus menyatakan bahawa untuk tahun kewangan semasa
tidak akan ada pembayaran dividen kepada pemegang saham dan tiada bayaran
honorarium. Perkara ini telah dinyatakan oleh SKM dalam laporan penyata
yang telah diaudit.
7.2 Cik Munirah mencadangkan untuk pemberian elaun pengurusan kepada ALK
Koperasi. Nur Rasyiqah mencadangkan cadangan ini disahkan dan disokong oleh
Iman Khaisara.
Tindakan : Pengurus Koperasi)

8.0 Menerima dan meluluskan penetapan undang-undang kewangan 2021/2022

8.1 Moha Saharani bin Omar selaku bendahari membentangkan penetapan undang-
undang kewangan sesi 2021 /2022 .Ianya dicadangkan untuk disahkan oleh Mohd
Syazwan Fitri dan disokong oleh Nurul Dzaibah Ahmad Jalil.
(Tindakan : Bendahari)

9.0 Memberi Mandat Kepada Anggota Lembaga Untuk Melantik Juruaudit Luar

2
Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMK Chenderiang Berhad Kali Ke-16

9.1 Ahli mesyuarat sebulat suara tanpa bantahan menyokong agar mandat diberikan
kepada anggota lembaga koperasi untuk melantik mana-mana juruaudit luar.
(Tindakan : Semua ahli)

10.0 Pembubaran Anggota Lembaga Sesi 2021/2022 dan Perlantikan Anggota Lembaga Sesi
2022/2023

10.1 Pengerusi koperasi Haji Ahmad Masri bin Abdul Rasid membubarkan ALK
2021/2022.
10.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan tugas melantik ALK murid baharu
kepada ALK guru sedia ada.

(Tindakan : Semua Ahli)

11.0 Membincangkan Usul-usul

12.1 Ariyati a/p Azrin mencadangkan agar pihak koperasi menjual getah rambut dan
plastik sampah untuk kelas. Untuk usul ini pengerusi bersetuju namun akan
dibincangkan semula dengan unit disiplin sekolah.
12.2 Mohamad Hazim Mujibur Rahman mencadangkan agar koperasi menyediakan
perkhidmatan air bertapis Coway. Cadangan ini dipersetujui ALK koperasi.
12.3 Ahmad Sharifuddin bin Alias mencadangkan agar koperasi membina Kafe
koperasi. Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini akan dipertimbangkan
selepas mengadakan perbincangan dengan pihak HEM.

(Tindakan : Semua Ahli)

12.0 Ucapan penangguhan

14.1 Pihak pengurusan koperasi mengucapkan tahniah kepada ALK dan ahli koperasi
yang bersama-sama menjayakan objektif koperasi. Pihak Pengurusan menyarankan agar
peranan dan fungsi koperasi diperluaskan untuk kemudahan ahli koperasi. Selain itu,
ditekankan juga fungsi koperasi sebagai penyumbang kepada kemenjadian murid di
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada 8.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………......... ...........………….…………………..
(NORAZINIDHAM BIN MOHD RAPINGE) (HAJI AHMAD MASRI BIN ABD RASID )
Setiausaha , Pengerusi ,
Koperasi SMK Chenderiang Berhad, Koperasi SMK Chenderiang Berhad,

3
Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMK Chenderiang Berhad Kali Ke-16

SMK Chenderiang, SMK Chenderiang,


35350 Temoh, Perak. 35350 Temoh, Perak.

You might also like