You are on page 1of 3

Koperasi Inteligensia Selangor Berhad

No 2 Lot 3032-B Jalan Seroja,


Kampung Olak Lempit
42700 Banting Selangort

Tel : 012-3232854
Email : koperasiinteligensia@gmail.com

15 Januari 2023
B-9-6 Kuaters kakitangan Hospital
Ampang Selangor

Mula Mesyuarat 2.20 Petang

LAPORAN MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI INTELIGENSIA


SELANGOR BERHAD KALI KE 1/2023

Hadir:

Muhamad Shafiq Bin Md Zaid - Pengerusi Mesyuarat


Nur Izatie Amira Binti Mohd Tarmizi
Nurul Marliana Binti Md Zaid
Nurul Ezzaty Binti Md Zaid
Muhammad Amirun Azri Bin Mohd Tarmizi

Tidak Hadir Bersebab:

Muhammad Rafie Bin Khairija Azman - Urusan Pekerjaan

PERKARA 1: KATA-KATA ALUAN

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa dan merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua yang hadir di mesyuarat ahli lembaga koperasi untuk julung kalinya. Pengerusi juga
berharap mesyuarat ini akan dilaksanakan setiap 3 bulan untuk membincangkan perihal perniagaan dan
perihal berkaitan ahli koperasi.
TINDA
KAN
PERKARA 2: PEMBINCANGAN AGENDA KOPERASI DAN HAL-HAL
LAIN.

2. Korum Mesyuarat Dan Pengesahan Minit Mesyuarat. Pengerusi mesyuarat


memaklumkan bahawa korum mesyuarat telah dicapai dan mesyuarat boleh dijalankan . Makluman:
Pengerusi Membaca minit Mesyuarat yang lalu. Semua

3. Keputusan. Minit mesyuarat terdahulu telah dibaca oleh pengerusi majlis


dan mengesahkan minit mesyuarat lalu, tanpa sebarang pindaan, dan disokong oleh
kesemua yang hadir

1
TERHAD
4. Permohonan Menjadi Ahli Koperasi, Kutipan Fi Dan Syer. Fi dan
Syer koperasi boleh di bayar secara ansuran sebanyak 3 kali atau pembayaran penuh.
cara pembayaran adalah secara tunai atau pindahan dalam talian dan resit akan
diberikan oleh bendahari koperasi. Borang permohonan keahlian boleh didapati dalam
bentuk fizikal atau melalui atas talian blog koperasi. Platform media sosial seperti
Facebook dan Tiktok untuk koperasi diurus oleh setiausaha koperasi.

5. Keputusan. Ahli Mesyuarat yang hadir bersetuju dengan cadangan di agenda


ini dan berkehendakkan pengerusi koperasi mendapatkan sistem urus yang terbaik
untuk koperasi.
Makluman:
6. Projek Koperasi Perbincangan dan pembentangan dua projek untuk koperasi, Pengerusi
Projek Pertama dobi layan diri, cadangan membuka di kawasan banting baru dan Setiausha
Projek Kedua Mesin vending, cadangan untuk meletak dua jenis vending mesin yang Bendahari
berlainan model di beberapa kawasan seperti sekolah dan kilang.
Cadangan Pembelian Mesin vending melalui Syarikat Amiuya Gold Enterprise dengan
cara pembayaran ansuran sehingga selesai. Satu usulan untuk projek peternakan ayam
diusul oleh Nurul marliana.

. Keputusan . Ahli lembaga yang hadir bersetuju dengan projek dobi layan diri
dan vending mesin, projek ini di uruskan oleh Muhamad Shafiq Bin Md zaid dan
kertas kerja lengkap projek ini perlulah di siapkan dan disemak oleh pengerusi
koperasi.Projek peternakan ayam akan dikaji dan dinilai terlebih dahulu.

12. Hal Ehwal Pengurusan Koperasi. Dalam agenda ini, beberapa perkara telah
dibincangkan termasuklah,Pengagihan jawatan Penaung, Setiausaha dan Bendahari
kursus wajib bagi ahli dan pembukaan akaun bank di pelbagai bank.Pengurusan cop
koperasi.Cadangan untuk membuat dana simpanan khas diusul.

13. Keputusan. Ahli lembaga bersetuju untuk melantik Nur Izatie Amira sebagai
Penaung, Muhamad Shafiq sebagai setiausaha dan Nurul ezzaty sebagai Bendahari.
Penaung, setiausaha dan bendahari koperasi diberi kuasa untuk menurunkan
tandatangan dan cop mohor koperasi. Ahli lembaga yang hadir lturut bersetuju
koperasi membuka akaun bank Hong Leong Bank, Maybank, Affin Bank, Bank islam
dan Rhb Bank untuk urusan koperasi.Ahli lembaga turut bersetuju dana simpanan khas Makluman :Semu
koperasi diwujudkan. a

14. Jawatan kuasa Audit Dalaman. Ahli lembaga perlu mengusulkan cadangan
nama untuk audit dalaman koperasi, Tiga penama yang dilantik menjadi jawatankuasa
audit dalaman koperasi juga harus ke krusu wajib yang dijalankan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia.

15. Keputusan: Ahli lembaga bersetuju melantik tiga penama untuk jawatankuasa
audit dalaman koperasi,penama pertama Dr Hafeez Bin Senon, Penama kedua Nurul
Afiqah binti Md Zaid dan penama ke tiga Nurfitri Farahin Binti Mohd Tarmizi,dan
2
TERHAD
setiausaha koperasi perlu memaklumkan kepada penama yang dilantik.

16. Hal-hal lain: Dalam agenda ini, beberapa perkara telah dibincangkan dan
ditentukan termasuklah nama pegawai yang mewakili pihak koperasi, pengurusan sop,
Borang-borang dan sebut harga untuk insuran/hibah kelompok. Pekara berkaitan profil
koperasi dan memilih menyertai Federasi koperasi.

Makluman :
17. Keputusan: Ahli lembaga bersetuju setiausaha koperasi menetapkan satu sop Semua
untuk pengurusan koperasi termasuk borang-borang untuk koperasi. Profil koperasi
dan sebut harga untuk insuran/hibah kelompok serahkan kepada setiausaha dan
bendahari koperasi. ahli lembaga juga bersetuju meyertai Federasi Koperasi
Pemborong dan Peruncitan,Federasi Koperasi Perladangan Berhad dan Federasi
Koperasi Perkhidmatan Kewangan Malaysia

PENUTUP

14. Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir
dan berharap semua yang hadir dapat memberi kerjasama dengan baik terhadap perkara yang telah
dibincangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 Petang

MUHAMAD SHAFIQ BIN MD ZAID


Setiausaha Koperasi Inteligensia

3
TERHAD

You might also like