You are on page 1of 29

KOPERASI AUTOMOBIL KUCHING SARAWAK BERHAD

Sublot 16, 1st Floor, Jalan Setia Raja, Tabuan Stutong,


93350 Kuching, Sarawak.
Tel: 013-8165847,082-368649 / Fax: 082-363914,082-364206

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI

Tarikh : 16 Mei 2015 ( Sabtu )

Tempat : Pejabat Ko-Kas Bhd

Masa : 09.00 am – 12.30 Pm

Pengerusi : En. Mohammad Arrifin B. Han

No Tel : 082-368649 FAX 082-364206 , 082-363914

Disediakan Oleh : En. Mohammad Ali B. Han

SENARAI KEHADIRAN

HADIR :

Pengerusi Bendahari
En. Mohd Arrifin B. Han Pn Nur Najiha Abdullah

Timbalan Pengerusi Timbalan Bendahari


En. Suaidi B. Matahir Cik Nanti Jalil

Setiausaha Alk
En. Mohd Ali Han En. Failus B. Madli

Alk Alk
En Majelan Hasan En.Ahmad Firdauz Ja’afar

Alk Alk
En. Awang Ekhsaan Awang Bunsu Cik Nurul Illiana Bt Alias

Alk ALK
En. Wandy Juandyee Mohd Bowet Pn.Dayang Jamayah Awang Chee

JAD JAD
Pn. Suljirina Lucas Pn. Kornia Normah

JAD
Pn. Misnah Bt Suaidi

TURUT HADIR :

Pengurus Penyelia
En. Ramadzan B. Daud En. Ahmad Fazrul B. Ja’afar

Pn.Anita Udin En.Ibrahim Panot

Pn.Nyelia Tambi En. Louis Bin Johny

En. Zulkurnain Mohd Taufik


BIL PERKARA KETERANGAN TINDAKAN
MAKLUMAN

AGENDA
MESYUARAT 1.1 UCAPAN PENGERUSI

1.2 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

1.3 LAPORAN KEANGGOTAAN

1.4 CADANGAN PEMBELIAN KILANG

1.5 PROGRAM TUKAR DAN ATOM

1.6 PUSAT PENGEDARAN BARANGAN COOP.

1.7 PEMBORONGAN BERAS.

1.8 BANTUAN DAN TMP

1.9 HAL – HAL LAIN.

2.0 PENUTUP.
BIL PERKARA KETERANGAN
1. UCAPAN Pengerusi mengucapkan salam kepada semua MAKLUMAN
ALUAN yang dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat
PENGERUSI ahli lembaga kali kedua pada tahun 2015 ini
2. Agenda 1.2 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT MAJLIS
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan SEBULAT
mengesahkan minit mesyuarat yang terdahulu. SUARA
BERSETUJU
Pencadang:Cik Nanti Jalil
Penyokong:En. Failus Madli
3. 1.3 LAPORAN KEANGGOTAAN MAJLIS
Pengerusi memaklumkan bahawa keanggotaan SEBULAT
koperasi setakat bulan Mei 2015 adalah 261 SUARA
orang dan kemasukan anggota baru seramai 16 BERSETUJU
orang dengan modal syer diterima RM:7,450.00.

Pencadang : En. Majelan Hasan


Penyokong : Pn. Nur Najiha Abdullah
4. 1.4 CADANGAN PEMBELIAN KILANG MAJLIS
SEBULAT
Pengerusi memaklumkan cadangan pembelian SUARA
kilang di Lot 2078, Demak Laut Industrial Park, BERSETUJU
Kuching dengan harga RM:590,000.00.
Cadangan pertama pembelian adalah melalui
keadah pinjaman daripada Public Bank Berhad
yang menetapkan kadar faedah 6.85% setahun.
Dengan itu jumlah keseluruhan pinjaman akan
menjadi RM:857,741.57 dan keseluruhan
interest adalah RM:356,241.57.

Pengerusi memberitahu kadar interest yang


dicaj oleh pihak bank terlalu tinggi dan akan
merugikan koperasi untuk jangka waktu yang
panjang jika diteruskan. Maka dengan itu
pengerusi membantah dan meminta pandangan
dan persetujuan daripada semua Ahli Lembaga
yang hadir untuk mendapatkan wang
pendahuluan daripada anggota lembaga.Majlis
sebulat suara bersetuju mengunakan wang
pendahuluan dari ahli lembaga dan bersetuju
menerima bayaran balik berserta sedikit
imbuhan dan semua ahli lembaga bersetuju
Koperasi membayar sendiri deposit 10 peratus,
kos guaman (jika ada) dan semua kerja-kerja
ubahsuai adalah ditanggung oleh koperasi.

Pengerusi memberitahu setelah


berbincang,Setiausaha bersetuju membeli kilang
tersebut dan beliau memohon pinjaman micro
daripada koperasi sebanyak RM250,000.00
untuk menampung separuh daripada harga
jualan kilang tersebut dan akan hanya
membayar balik setelah kilang tersebut dijual
kepada kokas.

Pencadang : En. Wandy Juandyee Mohd Bowet


Penyokong: En. Awang Ekshaan Awg Bunsu.
5. Agenda 5. PROGRAM TUKAR DAN ATOM.
Pengerusi memaklumkan program Tukar dan
Atom sedang giat dijalankan dan setakat bulan
Mei 2015,
12 buah bengkel Atom telah diluluskan
permohonan mereka dan 4 buah Tukar. Status
pencapaian ini telah dimaklumkan kepada
semua agensi yang terlibat dan pihak kami
masih menunggu baki dana 2 juta yang masih
belum diserahkan oleh pihak SKM Ibu Pejabat
Kuala Lumpur.Pengerusi memberitahu baki dana
2 juta tersebut adalah untuk menyiapkan
program Tukar di kawasan Demak Laut seperti
yang telah Adun kawasan tersebut janjikan
kepada penduduk di situ.

Pengerusi memberitahu bengkel di luar Bandar


iaitu dari Sri Aman hingga ke Limbang adalah
bengkel lantikan Kokas untuk memenuhi
permintaan dan yang telah di persetujui oleh
lembaga dan jawatankuasa, namun pinjaman
masih dalam pertimbangan.Beliau memberitahu
ko kas hanya akan mempertuntukan enam
puluh ribu untuk pengurusan menaikkan
signboard dan pelbagai kos terlibat, tetapi ini
bukan nya pinjaman peserta bayaran balik
adalah tanggungjawab kokas.

Pencadang: Pn.Dayang Jamayah Awang Chee


Penyokong:En. Majelan Hasan.

6. 1.6 PUSAT PENGEDARAN BARANGAN COOP


Pengerusi memaklumkan surat perlantikan
Koperasi sebagai Pusat Pengedaran (Distribution
Centre (DC) bagi produk Coop1 Malaysia telah
diterima dan surat maklum balas setuju terima
daripada kita telah dihantar ke SKM. Tempat
operasi untuk aktiviti ini adalah di Lot 2078
Demak laut Industrial Park,Kuching. Sebuah
Kilang milik koperasi. Pengerusi berharap
semua ALK mengambil peranan masing-masing
didalam aktiviti ini dan bersama-sama pihak
pengurusan memajukan aktiviti ini nanti.

Pencadang : Cik Nurul IIiana Alias


Penyokong: Cik Nanti Jalil
4. Agenda 1.7 PEMBORONGAN BERAS MAJLIS
Pengerusi memaklumkan mesin pemprosesan SEBULAT
beras sudah siap ditempah dan menunggu pihak SUARA
pengeluar menghantar ke kilang kita.Dengan BERSETUJU
adanya mesin ini kelak maka dapatlah koperasi
mengeluarkan beras jenama sendiri untuk
menambah keluaran melalui aktiviti ini.
Pengerusi juga memberitahu surat permohonan
penambahan kuota sudah dihantar ke
Kementerian Asas Tani untuk penambahan
kuota beras Nasional ST 15. Pengerusi berharap
pegawai penyelia SKM boleh membantu
koperasi mengembangkan aktiviti ini dengan
lebih maju lagi , dimana pegawai SKM
diperlukan untuk berhubung dan berbincang
bersama Kementerian Asas Tani keperluan dan
kehendak koperasi.

Pencadang : En. Mohd Ali


Penyokong : En.Failus Madli
8. 1.8 BANTUAN DAN TMP MAJLIS
Pengerusi memberitahu permohonan bantuan SEBULAT
pengukuhan untuk naiktaraf kilang di Demak SUARA
Laut Industrial Park ditolak oleh pihak SKM, dan BERSETUJU
surat rayuan kepada perkara tersebut telah juga
dihantar ke SKM untuk tindakan selanjutnya.

Pengerusi juga memberitahu bantuan untuk


menaiktaraf kilang untuk program DC telah
dihantar ke SKM untuk pertimbangkan. Saya
berharap sekali lagi Pegawai SKM mampu
membantu kita mendapatkan bantuan tersebut.

Pengerusi berkata perniagaan terpaksa


diteruskan, pelanggan tidak akan menunggu
kita, maka tindakan harus kita ambil demi untuk
mengaktifkan pergerakan koperasi kita.

Pengurus memaklumkan sudah mengambil 3


sebutharga untuk di nilai dan membuat
perbandingan,untuk membuat kerja-kerja
pendahuluan memandangkan kilang tersebut
terlalu daif dan berselerak.

Pengerusi memaklumkan memandang bantuan


Pembangunan dari SKM belum diterima maka
pendahuluan atau pinjaman dari akaun koperasi
Public Bank iaitu duit dana khas perlu di
gunakan dan akan dibayar balik setelah bantuan
diterima.
Pencadang: Cik Nurul IIiana Alias.
Penyokong:En. Suaidi Matahir.
9. Agenda 1.9 HAL – HAL LAIN

Pengerusi mengingatkan semua ahli


lembaga agar tekun dan amanah
menjalankan tugas masing-masing. Beliau
mengumumkan perletakan jawatan
Pembantu Pejabat En. Azzanur Azaren
Abdullah berkuatkuasa pada 01 April 2015.
Pengerusi memberitahu koperasi tiada
halangan jika ada kakitangan yang hendak
berhenti kerana mendapat kerja baru, kita
sokong.Beliau minta pihak pengurusan
untuk mengambil seorang lagi pekerja di
bahagian akaun dan mekanik kenderaan.

10. 2.0 PENUTUP

Memandangkan tiada lagi usul hendak


dibincangkan maka mesyuarat ditangguhkan ke
mesyuarat seterusnya. Pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir dan
berharap semua usaha kita untuk majukan
koperasi ini berjaya.
Minit Mesyuarat Disediakan oleh:

..............................
( MOHD ALI HAN )

Disahkan oleh :

.................................
( MOHD ARRIFIN HAN)
Minit Mesyuarat Disediakan oleh:

..............................
( MOHD ALI HAN )

Disahkan oleh :

.................................
( MOHD ARRIFIN HAN)
Agenda 1
8.
MAJLIS
SEBULAT
SUARA
BERSETUJU

You might also like