You are on page 1of 11

KOPERASI AL-HIDAYAH SANDAKAN BERHAD

PETI SURAT 2181


90724 SANDAKAN
________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-5 TAHUN 2022

Tarikh : 31 Ogos 2022


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Daerah Sandakan

Bil Perkara/Agenda Tindakan


01. UCAPAN PENGERUSI : Semua anggota
Koperasi Al-Hidayah
Tuan Hj Abidin Latjatjo selaku pengerusi koperasi Al-Hidayah Sandakan Berhad
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran
semua anggota bagi menjayakan mesyuarat Agung Tahunan pada
kali ini. Beliau juga memberikan penjelasan tentang
perkembangan koperasi sepanjang tempoh 7 tahun
penubuhannya. Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat
kali ini bertujuan untuk menyusun dan merancang semula
perjalanan koperasi pada masa hadapan. Justeru itu beliau
menyeru agar semua anggota dapat menyumbang idea dan
tenaga dalam memperjuangkan kelangsungan Koperasi Al-
Hidaya Sandakan Berhad berlandaskan 3 asas utama :
1.1 IMAN DAN KEYAKINAN
1.2 UKHWAH / HUBUNGAN ERAT
1.3 KEFAHAMAN DAN KESELARASAN
02. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS : Setiausaha

Ahli mesyuarat bersetuju untuk minit mesyuarat lepas di sahkan.


Pencadang : En Abdullah Mohammad
Penyokong : Puan Suraya
03. PERKARA BERBANGKIT :

Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan


04. MENIMBANG LAPORAN TAHUNAN KOPERASI DAN
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN :

4.1 Pengerusi menjelaskan bahawa koperasi telah menjalankan


bebarapa aktiviti pada tahun-tahun lepas antaranya :

4.1.1. Katering
4.1.2. Permohonan tanah seluas 600 ekar di kawasan Telupid
4.1.3. Merancang usaha sama dengan pekebun kecil di Kawasan
Beluran
4.4.4. Subcontractor penanaman semula ladang sawit di kawasan
Kinabatangan.

Namun demikian semua usaha ini masih dalam proses dan ada
antaranya yang tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh
kekangan kewangan dan pengurusan peringkat kerajaan
tempatan.

4.2 Juru audit dalaman memaklumkan bahawa semua penyata


dan dokumen berkaitan telah disemak dan diserahkan pada pihak
SKM untuk proses pengauditan.
5.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN
TERAUDIT KOPERASI BAGI TAHUN BERAKHIR 2021,
BERSAMA LAPORAN TERAUDIT :

5.1 Bendahari Koperasi En .Mohd Rokimin telah memberikan


penjelasan dan membentang hasil laporan akaun koperasi yang
telah teraudit oleh Pihak SKM. Beliau juga memaklumkan
bahawa setakat ini akaun Koperasi telah “Dorman” dan tidak
aktif lagi kerana tiada sebarang transaksi sepanjang tempoh
2021 hingga 2022. Kewangan koperasi setakat hari ini telah
habis digunakan.

5.2 Semua kewangan koperasi telah digunakan bagi urusan-


urusan berkaitan seperti yang telah dinyatakan dalam perkara 4.1
06. MENIMBANG DAN MELULUSKAN PEMBAHAGIAN Semua anggota
KEUNTUNGAN :

Belum ada pembahagian keuntungan setakat ini.


07. MELULUSKAN PERLANTIKAN SUATU PANEL YANG Setiausaha
TERDIRI DARIPADA TIDAK KURANG DARIPADA 2 Pengerusi
FIRMA AUDIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN-AKAUN
KOPERASI BAGI TAHUN 2022-2023 :

Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan panel firma


sedia ada untuk mengaudit akaun-akaun koperasi bagi tahun
2022-2023 iaitu
1. Pihak SKM
2. Panel T. Kamil
08. MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN :

Semua ahli mesyuarat bersetuju mengekalkan had keterhutangan


koperasi iaitu sebanyak RM300K dan had pelaburan RM50K.

09. MEMILIH 8 ORANG ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI


BAGI MENGGANTIKAN ALK YANG GUGUR :

9.1 En. Abdullah Mohammad mencadangkan agar barisan ALK


yang sedia ada dikekalkan dan hanya gantikan mana-mana ALK
yang tidak aktif sahaja.
Cadangan ini dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat yang hadir.

9.2 Hjh Siti memaklumkan untuk menarik diri sebagai ALK


sementara En. Ahmad Ludin merupakan ALK yang tidak aktif.
Cadangan lantikan penggantian ALK ialah

9.2.1. Puan Raudah menggantikkan Hjh Siti


9.2.2. En Fakir menggantikan En.Ahmad Ludin

9.3 Senarai Ahli Lembaga Koperasi sesi 2022-2023 :

1. Hj. Abidin Latjatjo – Pengerusi


2. En. Sohaimi Hj.Ramli – Timbalan Pengerusi
3. En. Tasman Abd Rahman – Setiausaha
4. En. Mohd Rokimin – Bendahari
5. En. Salam – ALK
6. En. Darwis Paddu – ALK
7. En. Fakir – ALK
8. Puan Raudah - ALK
10. MELANTIK SUATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI
DARIPADA 6 ORANG ANGGOTA DAN 4 ORANG ALK
UNTUK MENENTUSAHKAN DERAF MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN :

Penama tersebut terdiri daripada :


4 orang ALK :
1. Hj Abidin Latjatjo
2. En. Sohaimi Hj Ramli
3. En. Mohd Rokimin
4. En Tasman Abd Rahman

6 orang anggota :
1. En. Abdullah Mohammad
2. En Baharun
3. En. Kimlee
4. Puan Suraya
5. Puan Rupinah
6. Puan Zaharah Mabin
11. MENIMBANG DAN MELULUSKAN PENAMBAHAN
AKTIVITI KOPERASI DALAM PINDAAN UNDANG-
UNDANG KECIL

Semua ALK dan ahli mesyuarat yang hadir bersetuju dengan


penambahan beberapa aktiviti Koperasi bagi membolehkan
permohonan lesen berkaitan agar Koperasi Al-Hidayah Sandakan
Berhad dapat menceburkan diri dalam banyak bidang
perniagaan. Antara cadangan penambahan aktiviti tersebut ialah :
i. Perladangan / Pertanian
ii. Kontraktor pendawaian elektrik
iii. Hiasan dalaman/ pembersihan bangunan/jalan/kawasan
iv. Pembekalan bahan binaan / jubin
v. Kontraktor kejuruteraan awam
vi. Kontraktor pembinaan bangunan am
vii. Kontraktor penyelenggaraan sistem
kebersihan/pengecatan/baik pulih bangunan
ix. Kontraktor jalan raya
x. Kontraktor perparitan
Kontraktor pemasangan dan pembaikan paip
xi. Pembekal makanan bermasak islam
xii. Ejen makanan mentah dan basah
xiii. Ejen makanan mentah kering
xiv. Ejen barang kawalan/beras/gula/tepung/minyak masak
xv. Ejen ibadah Umrah dan Haji
xvi. Penternakan
xvii. Pelancongan
12. HAL-HAL LAIN :

12.1 En. Abdullah Mohamad mengesyorkan agar kehadiran ahli


mesyuarat hendaklah menepati masa yang ditetapkan agar
mesyuarat dapat dijalankan mengikut masa yang sepatutnya. Ini
juga menunjukkan komitmen semua anggota dalam menjayakan
Koperasi Al-Hidayah.

12.2 Beliau juga meminta agar semua anggota untuk terus


berusaha serta menyokong dan memberikan kepercayaan kepada
barisan ALK dalam mencari peluang-peluang baru bagi
memajukan Koperasi Al-Hidayah Sandakan Berhad untuk
kepentingan bersama.

12.3 Hj. Abidin Latjatjo mengesyorkan semua lesen perniagaan


Koperasi perlu diaktifkan semula agar dapat digunakan untuk
pengaktifan semula akaun bank koperasi serta mencari peluang
dalam perniagaan berkaitan. Syor ini telah dipersetujui sebulat
suara oleh ahli mesyuarat yang hadir.

12.4 En. Fakir mencadangkan agar semua anggota memainkan


peranan aktif bagi memastikan Koperasi Al-Hidayah dapat terus
berkembang seterusnya menjadi platform dalam pembangunan
ekonomi semua anggota Menurut beliau tanpa kerjasama dan
sokongan yang jitu perkara ini sukar untuk dicapai. Oleh itu
beliau mengesyorkan pengwujudan sumber ekonomi
berlandaskan “Halalan Toyibbah”.

12.5 En.Fakir juga mencadangkan agar Koperasi menjalin


kerjasama dengan agensi-agensi terpilih untuk menjadi agen
pengurusan Haji dan Umrah. Ini bersesuaian dengan Koperasi
Al-Hidayah yang berkonsepkan dakwah.

12.6 En.Sohaimi Hj.Ramli mencadangkan agar Koperasi


membuat semakan dan pengemaskinian keahlian keanggotaan
bagi mengenal pasti waris bagi anggota yang telah meninggal
dunia.
12. UCAPAN PENANGGUHAN :

Pengerusi sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada semua anggota yang dapat menghadiri Mesyuarat Agung
Tahunan Koperasi Al-Hidayah pada kali ini. Beliau juga
memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesilapan dan
kekurangan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Dicadangkan oleh, Disokong oleh,

_______________________ _____________________ ____________________


(TASMAN ABD RAHMAN) ( ) ( )
SETIAUSAHA

Tarikh : Tarikh : Tarikh ;


SENARAI NAMA PENENTUSAH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

BIL NAMA NO. KP TANDATANGAN

1. HJ. ABIDIN LATJATJO

2. EN.SOHAIMI HJ.RAMLI

3. EN. TASMAN ABD RAHMAN

4. EN. MOHD ROKIMIN

5. EN. ABDULLAH MOHAMMAD

6. EN. BAHARUN

7. EN. KIMLEE

8. PUAN SURAYA

9. PUAN RUPINAH

10. PUAN ZAHARAH MABIN


KOPERASI AL-HIDAYAH SANDAKAN BERHAD
PETI SURAT 2181
90724 SANDAKAN
____________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT BULANAN AHLI LEMBAGA


BILANGAN 1/2022

Tarikh : 17 September 2022


Tempat : Restoran Zakaria, Mid Town Sandakan
Masa : 10.00 pagi

Kehadiran :
1. Hj. Abidin Latjatjo – Pengerusi
2. En. Sohaimi Hj. Ramli – Timbalan Pengerusi
3. En. Tasman Abd Rahman – Setiuasaha
4. En.Darwis Paddu – Timbalan Setiausaha
5. En. Mohd Rokimin – Bendahari
6. En. Abdul Salam – ALK
7. En. Fakhir Zaiedi – ALK
8. Puan Ropinah – ALK
9. En. Abdu Rahman Murdani – ALK (Tidak Hadir)

Bil Agenda/Perkara Tindakan Catatan


01. UCAPAN PENGERUSI : Semua ALK

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam dan


terima kasih di atas kehadiran semua ALK
pada mesyuarat bulanan ini. Beliau
mengingatkan bahawa mesyuarat ALK
hendaklah dijalankan setiap tiga bulan sekali
sepertimana yang termaktub dalam undang-
undang kecil Koperasi.

1.2 Tuan pengerusi juga menyentuh tentang


Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang
lepas, beliau mengharapkan pada masa akan
datang MAT akan dapat diperbaiki lagi dari
segi pengurusan dan persediaannya. Segala
teguran dan saranan daripada anggota perlu
diambil perhatian serius demi kebaikan
bersama.

02. PENGAKTIFAN AKAUN KOPERASI :

2.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa


akaun Koperasi yang dibuka di Bank CIMB
telahpun ditamatkan dan ditutup. Oleh yang
demikian beliau menyarankan agar satu akaun
aktif dibuka bagi membolehkan semua urusan
berkaitan kewangan dapat diurus dengan baik.
2.2 Tuan pengerusi mencadangkan Koperasi
Al-Hidayah Sandakan Berhad membuka akaun Semua ALK Cadangan ini
baru di Bank Muamalat Sejati Walk Sandakan. dipersetujui oleh semua
ALK yang hadir.
03. PENANDATANGAN CEK KOPERASI :

3.1 Semua ALK bersetuju melantik dan


memberikan kuasa empat orang penandatangan
cek Koperasi iaitu :

3.1.1. Hj. Abidin Latjatjo – Pengerusi


3.1.2. En. Sohaimi Hj. Ramli – Tim. Pengerusi
3.1.3. En. Mohd Rokimin Yusuff – Bendahari
3.1.4. En. Tasman Abd Rahman - Setiausaha
04. PENGEMASKINIAN KEANGGOTAAN : Perkara ini dipersetujui
oleh semua ALK.
4.1 En. Sohaimi Hj.Ramli meminta agar
pengemaskinian keanggotaan dibuat bertujuan
untuk mengenal pasti anggota yang telah
meninggal dunia bagi urusan tuntutan waris
serta mengenalpasti anggota yang menarik diri.
Beliau juga mengesyorkan agar pihak Koperasi
tidak membuka permohonan untuk menjadi
anggota buat sementara waktu dan
mengekalkan bilangan anggota sedia ada
memandangkan Koperasi kini dalam fasa
pemulihan semula.
05. HAL-HAL LAIN :

5.1 En. Abdul Salam mencadangkan untuk


mencari tempat / pejabat baru memandangkan
tempat yang ada sekarang telah diambil semula
oleh pemilik bangunan. Hal ini penting agar
pihak Koperasi mempunyai tempat atau pejabat
operasi yang tetap serta memudahkan urusan
berkaitan koperasi.

5.2 En. Fakhir mengesyorkan sebuah pejabat


yang terletak dibahagian atas Tabung Haji di
Bandar Labuk. Beliau memaklumkan bahawa
sekarang beliau sendiri bersama pengerusi
dalam fasa perundingan tentang penyewaan
ruang pejabat tersebut. Beliau juga
menjelaskan bahawa Koperasi boleh memohon
dana pengurusan pejabat sebanyak RM50,000
daripada pihak SKM bagi tujuan tersebut dan
kertas kerja berkaitan perkara ini sedang dalam
proses untuk dikemukakan kepada pihak SKM.
5.3 En.Sohaimi Hj.Ramli mengusulkan agar
mulai tahun ini pihak koperasi cuba
memberikan tumpuan dengan projek-projek
kecil dan berdasarkan kemampuan kewangan
serta keboleh laksanaan. Mengambil kira
pengalaman sebelum ini, banyak wang
digunakan untuk mendapatkan projek-projek
bernilai besar tetapi semuanya tidak berhasil.

5.3 Cadangan ini disokong oleh En. Fakhir.


Beliau mencadangkan agar pihak koperasi
bermula dengan perniagaan-perniagaan kecil Semua ALK
yang bersifat “realistik” serta dapat
memberikan pusingan modal yang cepat.
Beliau mencadangkan antara perniagaan yang
boleh diusahakan berdasarkan kemampuan
Koperasi setakat ini antaranya :

5.3.1 Perikanan (memproses ikan bilis). Mesin


memproses (pengredan) ikan bilis telah sedia
ada.

5.3.2 Membekal / pengedar minyal masak, gula


dan beras. Kolabarasi dengan anggota yang
telah menjalankan perniagaan ini.

5.3.3 Membekal daging ayam segar halal.

5.3.4 Mengusahakan tanaman sayuran secara


hydroponic. Kepakaran sedia ada dikalangan
anggota sendiri yang telah menjalankan
perusahaan ini.

5.3.5 Introducer ibadah Umrah dan Haji.


Terdapat anggota yang telah menjadi wakil Pengerusi
Persada Oasis yang menjalankan perniagaan
ini.

5.4 En. Abdul Salam menyuarakan bahawa


perkara yang paling utama sekarang ialah
memperbaharui lesen perniagaan dan
mengaktifkan akaun Koperasi dengan segera
kerana Koperasi tidak boleh menjalankan
sebarang perniagaan selagi kedua-dua perkara
ini tiada.

5.5 Tuan pengerusi akan berusaha


menguruskan perkara ini secepat mungkin.

06. PENUTUP :
6.1 Tuan pengerusi sekali lagi mengucapkan
jutaan terima kasih di atas kerjasama yang
diberikan oleh semua ALK yang hadir.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00


tengahari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________
(TASMAN ABD RAHMAN) (HJ. ABIDIN LATJATJO)
SETIAUSAHA PENGERUSI
KOPERASI AL-HIDAYAH SANDAKAN BERHAD
PETI SURAT 2181
90724 SANDAKAN
________________________________________________________________________________
Rujukan Kami : KOPAHSB/001/22
Tarikh : 27 SEPTEMBER 2022

Kepada,

Tuan Pengurus,
Bank Muamalat Cawangan Sandakan,
Sejati Walk, Sandakan.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MEMBUKA AKAUN BANK KOPERASI AL-HIDAYAH SANDAKAN


BERHAD

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Koperasi telah bersetuju untuk membuka akaun di
Bank tuan/puan sepertimana yang telah diputuskan dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi
(ALK) bertarikh 17 September 2022.

03. Bersama-sama ini dikemukakan sesalinan minit mesyuarat tersebut untuk tindakan dan
makluman pihak tuan.

04. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

________________________
(HJ. ABIDIN LATJATJO)
PENGERUSI.

SK : 1. Fail

You might also like