You are on page 1of 2

CATATAN MINIT

MESYUARAT MENENTUSAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-52

KOPERASI KENDERAAN DAN PENGANGKUTAN KEDAH TENGAH BERHAD

HARI/TARIKH : SABTU ( 05 OGOS 2023 )


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : THE JERAI HOTEL SUNGAI PETANI ( SP INNS)
N0. 427 JALAN KOLAM AIR
SUNGAI PETANI

KEHADIRAN : 9 ORANG

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi, Tuan Haji Ahmad mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir pada hari
ini. Mesyuarat Menetusahkan Minit kali ini diadakan di hotel yang sama dengan
Mesyuarat Agung yang lalu dan peruntukan untuk semua yang hadir adalah sebanyak
RM20 seorang untuk sarapan. Seramai 9 orang yang hadir untuk Menentusah Minit
Mesyuarat Agung Kali Ke 52 pada hari ini.

1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih pada Puan Norhasnah kerana menyediakan Catatan
Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 52.

1.3 Tuan Pengerusi memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada Mesyuarat Agung yang lalu
disebabkan adik beliau telah meninggal dunia pada hari berkenaan di Kuala Lumpur.

1.4 Tuan Pengerusi menyerahkan kepada Tuan Haji Roshade untuk meneruskan agenda mesyuarat.

1.5 Beliau memaklumkan bahawa Puan Norhasnah dilantik sebagai Pemangku Setiausaha Koperasi
buat sementara.

2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tuan Haji Roshade meminta semua yang hadir untuk menyemak Minit Mesyuarat Agung Kali Ke
52.

2.2 Beliau membaca dan membentangkan catatan minit mesyuarat tersebut.

2.3 Berkaitan isu kenaikan harga sewa bulanan stesen minyak PETRON, perkara tersebut akan
dibincangkan di dalam mesyuarat ALK akan datang. (TUAN HAJI AHMAD)

2.4 Pembelian syer anggota no.90, Zainol bin Kasim oleh ahli no.19, Puan Hajah Nor Asilah. Urusan
berkenaan perlu dimaklumkan kepada Pengerusi apabila sudah selesai. (TUAN HAJI AHMAD)

1
2.5 Encik Zainul Abidin bin Khalid masih kekal sebagai ALK cuma jawatan selaku Setiausaha
dilucutkan. (Tuan Haji Ahmad)

2.6 Berkenaan senarai 10 orang ahli Menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 52, ALK akan
membincangkan dan meminda semula senarai tersebut. (Tuan Haji Ahmad)

3.UCAPAN TUAN HAJI FADHIL

3.1 Memaklumkan bahawa senarai ALK perlu dihantar kepada SKM 2 minggu selepas Mesyuarat
Agung manakala Catatan Minit Mesyuarat perlu dihantar 1 bulan selepas Mesyuarat
Agung dilaksanakan.

4.UCAPAN TUAN HAJI AHMAD

4.1 Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah hadir. Diharapkan agar
dapat berjumpa semula di mesyuarat akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

You might also like