You are on page 1of 2

Tarikh : 22 Mac 2023

Masa : 08:00 pagi


Tempat : Kelas Permata Al- Zahrawi
Kehadiran : 55 Orang
AGENDA PERKARA TINDAKAN
1. Ucapan Pengerusi Majlis Makluman

1.1 Pengerusi majlis, saudara Poon Thin Fook mengalu-alukan semua pelajar yang
hadir dan mengucapkan rasa berterima kasih kepada para hadirin kerana
menghadirkankan diri. Beliau juga berharap agar mesyuarat ini akan berjalan
dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua yang hadir.

Pengerusi majlis juga membacakan agenda mesyuarat dan memaklumkan


1.2 bahawa ahli jawatankuasa baru akan dilantik dalam mesyuarat ini.

2 Ucapan Pengerusi Persatuan Makluman

2.1 Pengerusi Pengakap PPKI Ahmad Razeq, mengalu-alukan kehadiran semua


pelajar PPKI yang hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023 ini.

Tuan pengerusi juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para
2.2 hadirin.

Tuan pengerusi menyatakan bahawa AJK Semasa telah melaksanakan


2.3 tanggungjawab yang diamanahkan oleh guru kepada mereka dengan sebaiknya.
Beliau juga berharap semua pelajar dapat memilih AJK Baru yang berkaliber
dalam menerajui Badan Beruniform Pengakap PPKI ini demi keselamatan dan
keselesaan yang berpanjangan.

Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
hadirin dan semoga semua pelajar akan memberikan kerjasama dan sokongan
2.4 mereka kepada AJK Baru yang akan dilantik.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2022 Makluman

3.1 Sofia Balqis meminta para hadirin agar mengambil sedikit masa untuk merujuk
kepada buku laporan bahagian minit mesyuarat dan sekiranya tiada sebarang
masalah, minit tersebut boleh diluluskan.

3.2 Muhammad Hariz mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan


disokong oleh Sufi Azfar. Tiada bantahan dan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
2022 diterima dan disahkan sebulat suara tanpa pindaan.

4. Pembubaran AJK sesi 2020-2022 Makluman

Ahmad Razeq selaku pengerusi bagi AJK sesi 2022 mengumumkan pembubaran
AJK semasa mengikut perlembagaan.

5. Perlantikan Pengerusi Sementara dan Pencatit Minit Makluman

Mesyurat seterusnya beralih kepada pemilihan pengerusi sementara dan pencatit


minit mesyuarat.

Cikgu Poon telah dilantik sebagai pengerusi sementara dan Cikgu Azlina Azma
dilantik sebagai pencatit minit.
6. Pencalonan dan Perlantikan AJK sesi 2023 Makluman

Perlantikan AJK baru dibuat berdasarkan cadangan, sokongan dan jumlah undi
yang diraih oleh calon mengikut jawatan-jawatan yang ada dalam AJK

Setelah proses penamaan calon dan undian yang dijalankan, berikut ialah nama-
nama ahli yang dilantik menganggotai AJK Badan Beruniform Pengakap PPKI
bagi sesi 2022:

Muhammad Nasrullah Harith Bin Nordin – Pegerusi


Muhammad Aiman Danial Bin Dinorshuhaidi– Timbalan Pengerusi
Sofia Balqis Binti Tengku Shahry – Setiausaha
Nur Khaira Munirah Binti Hamizan– Bendahari
Muhammad Adam Hayykal Bin Nor Rahmat– AJK
Muhammad Daniel Aqif Bin Mohd Rashdi– AJK
Muhammad Izz Haziq Bin Nor Faizul – AJK
Nurazreen Izwani Binti Izwan Fazil – AJK
Muhammad FArihin Adlan Bin Mohammad Naseer - AJK
Abdul Majid Bin Abdulhadi Jaru -AJK

Pengerusi seterusnya menyerahkan mesyuarat kepada AJK baru dilantik.

9. Ucapan Penangguhan Makluman

Muhammad Nasrullah Harith Bin Nordin selaku pengerusi baru mengucapkan


tahniah kepada barisan AJK yang dilantik. Beliau berharap pasukan baru ini
dapat meneruskan usaha AJK dahulu. Beliau juga berjanji akan cuba melakukan
yang terbaik untuk kesejahteraan semua. Beliau juga memohon kerjasama semua
penduduk terus memberi sokongan kepada AJK yang baru.

Mesyuarat ditangguhkan pada 09.30 pagi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ……………………………………
(SOFIA BALQIS BINTI TENGKU SHAHRY) (POON THIN FOOK)
Setiausaha Guru Penasihat Badan Beruniform
Pengakap PPKI

You might also like