You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AGUNG

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


SK FAKEH ABD SAMAD
TAHUN 2023

Tarikh : 29 Mac 2023


Masa : 1.00 – 3.00 petang
Tempat : 5 DINAMIK

Kehadiran Guru
1. Zariani bt Zahari (Pengerusi)
2. Eley Yusnita bt Long (Setiausaha)
3. Kamilah binti Abdul Karim

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pelantikan AJK 2023
3. Kehadiran Murid
4. Buku Kokurikulum
5. Aktiviti 2022
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan
1. Ucapan Guru Penasihat
Ketua guru penasihat menyampaikan ucapan aluan kepada semua guru dan ahli Kelab
Pencegahan Jenayah yang hadir bagi menyuarat kali ini. Tujuan mesyuarat diadakan adalah
untuk memperkenalkan semua guru penasihat kepada ahli Kelab Pencegahan Jenayah sesi 2023
serta mengadakan pelantikan ahli jawatankuasa baharu.

2. Pelantikan AJK 2023


Puan Zariani memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat agung diadakan adalah untuk
melantik AJK bagi melaksanakan tugas sepanjang tahun. Ahli jawatankuasa tertinggi diberikan
keutamaan kepada murid-murid tahun enam.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa telah dipilih berdasarkan undian yang telah dibuat . Senarai AJK
yang telah dilantik adalah seperti berikut:
Pengerusi : Muhammad Rayyan Miqkhael Bin Mohd Rosdi ( 6C )
Naib Pengerusi : Shasa Alia Binti Ismail( 6P )
Setiausaha : Nurul Farisha Safiyya Binti Zakaria ( 6C )
Naib Setiausaha : Mohamad Adam Muslim Bin Husin ( 6A )
Bendahari : Muhammad Adam Raiyan Bin Mohammad ( 6A )
Naib Bendahari : Nuralis Saffiya Binti Mohd Padzlynnisham ( 6B )
AJK Tahun 6 : Mohamad Irfan Fahmi Bin Zulkifly ( 6B )
Saidatul Nur Syakira Binti Abdul Rahman ( 6D )
AJK Tahun 5 : Nadir Abdul Rahman Bin Norddin ( 5D )
Nurul Aina Syamimi Binti Rosmanizam ( 5D )
AJK Tahun 4 : Muhammad Muqri Harraz Bin Johar ( 4D )
Siti Nurul Balqis Binti Mohd Sabri ( 4 D )

Pengerusi berharap AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dalam menjalankan
aktiviti yang telah dirancang.
3. Kehadiran Murid
Penyelaras memaklumkan bahawa kehadiran murid bagi aktiviti kokurikulum adalah wajib.
Semua murid diingatkan supaya sentiasa menepati waktu perjumpaan pada tahun ini.

4. Buku Kokurikulum
Buku kokurikulum wajib dibawa setiap kali perjumpaan supaya murid dapat mengisi tarikh
kehadiran dan buku tersebut dan akan ditandatangani oleh guru penasihat aliran masing-
masing.Murid juga dikehendaki membawa buku log setiap kali perjumpaan diadakan .

5. Aktiviti 2023
Guru memaklumkan kepada murid-murid bahawa pelbagai aktiviti telah dirancang untuk
menjayakan lagi Kelab Pencegahan Jenayah pada tahun ini.

6. Hal-hal Lain
Pengerusi berharap agar semua ahli dapat memberikan kerjasama supaya aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar. Pengerusi mengingatkan semua ahli agar dapat berpakaian lengkap
pada setiap kali perjumpaan.

7. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………… ……………………………….
(ELEY YUSNITA BT LONG ) (ZARIANI BINTI ZAHARI)
Setiausaha Guru Penasihat Ketua Guru Penasihat
Kelab Pencegahan Jenayah Kelab Pencegahan Jenayah
SK Fakeh Abd.Samad. SK Fakeh Abd.Samad

You might also like