You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KHAS - BILANGAN 4

AJK SARAWAK TEACHERS’ UNION (STU)


BAHAGIAN MUKAH BAGI SESI 2021 - 2023

TARIKH : 26 MEI 2022 (Khamis)


MASA : JAM 0830 malam
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (SECARA GOOGLE MEET)

KEHADIRAN:

1. Muhammad Mahdzan Bin Hj Mohtar


– Pengerusi

2. Abdul Aziz bin Hj. Murni


– Timbalan Pengerusi

3. Mohd Nur Hifzhan bin Noordan


– Setiausaha

4. Annathasia binti Alexander Hanipah


– Penolong Setiausaha

5. Nurul Fareha binti Rosli


– Bendahari

6. Francesca Santa binti Dedo


– Penolong Bendahari

7. Jessie Chua Kim Yan


- Pengerusi Perhubungan Daerah Mukah

8. Dahlia binti Ahmad


- Pengerusi Perhubungan Daerah Dalat

9. Davern anak Dawi


- Pengerusi Perhubungan Daerah Daro

TIDAK HADIR BERSEBAB:

Tiada

1
1.0 Kata-kata aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi, Bro. Muhammad Mahdzan merakamkan ribuan terima kasih atas
kehadiran semua. Pengerusi mengharapkan agar segala agenda dapat
diselesaikan dalam mesyuarat khas ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dalam menjayakan


AGM ke-19 pada 21 Mei 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di Kingwood Hotel,
Mukah.

1.3 Beliau menyatakan bahawa tujuan mesyuarat pada malam ini adalah untuk
membincangkan perkara yang dikehendaki rentetan daripada sesi AGM yang
lalu dan untuk dibentangkan oleh Sis. Annathasia di Imperial Hotel, Miri pada
Jun kelak.

2.0 Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-19

2.1 Pengerusi menyatakan bahawa AGM ke-19 berjalan dengan lancar dan beliau
berterima kasih kepada semua EXCO yang bersama-sama menjayakan AGM
tersebut.

2.2 Minit mesyuarat AGM disediakan oleh Sis. Annathasia akan dirujuk bersama
Bro. Mohd Nur Hifzhan sebelum dimajukan kepada Sis. Karen Goh sbelum
dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat STU kelak.

3.0 Perbincangan Perjalan ke BDC bertempat di Kuching kelak.

3.1 Pengerusi memohon agar Bro. Mohd Nur Hifzhan untuk mendapatkan
keterangan tentang tempahan tiket penerbangan mahupun kaedah
pengangkutan ke BDC kelak.

3.2 Bro. Mohd Nur Hifzhan menyatakan bahawa beliau akan mengusulkan
perkara ini kepada Bro. Chang dan mendapatkan jawapan secepat mungkin.

4.0 Hal-hal lain

4.1 Pengerusi telah memberikan tiga usul kepada Sis. Annathasia untuk
dibekalkan ke Miri kelak dan Sis. Annathasia telah sedia maklum.

2
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(MOHD NUR HIFZHAN BIN NOORDAN) (MUHAMMAD MAHDZAN BIN MOHTAR)


Setiausaha Pengerusi
STU Bahagian Mukah STU Bahagian Mukah
Tarikh: 26 Mei 2022

You might also like