You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN MATEMATIK BIL.

1/200
SK KAMPUNG MASJID, SUBIS

Tarikh :04 Mac 2020(Rabu)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Pengerusi :Pn Lita Binti Anggas ( Guru Penasihat MT)

Kehadiran:
1. Pn. Lita binti Anggas Guru Penasihat
2. Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6

1. UCAPAN GURU PENASIHAT


Guru Penasihat dan juga Ketua Panitia Matematik, Pn. Lita binti Anggas mengalu-alukan
kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
yang menghadiri Mesyuarat AJk Persatuan Matematik kali pertama bagi tahun 2020.

2. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN


Naim Zulmahmud selaku Pengerusi Persatuan mengucapkan terima kasih kepada Guru Penasihat
dan rakan-rakannya yang hadir dari kelas Tahun 3 hingga Tahun 6.

3. MERANCANG AKTIVITI
3.1 Guru Penasihat , Pn. Lita memaklumkan yang setiap aktiviti perlu mengandungi
elemen kemahiran berfikir Aras Tinggi dan memasukkan-peta I-Think untuk aktiviti
yang sesuai.
3.2 Azmina mencadangkan aktiviti berkaitan menguji minda dan elemen bekerja perlu
juga dijalankan seperti Permainan Soduko.
3.3 Mohammad Nazrin mencadangkan mengadakan kuiz Matematik . Cadangan di sokong
oleh semua yang hadir.
Tindakan: Makluman

4. MENENTUKAN TARIKH PERTANDINGAN


Hafalan sifir dipersetujui pada bulan Mac, Permainan Soduko bulan April, Membina kad
permainan bulan Mei dan Jun, Bermain kad Matematik bulan Julai dan Kuiz pada bulan Ogos.
Semua aktiviti dijalankan di Dewan Ibnu Sina.

Tindakan: Makluman

5. KEWANGAN
Tiada yuran dikenakan. Guru penasihat memaklumkan yagn hadiah pertandingan akan ditaja
oleh pihak sekolah.
Tindakan: Makluman

6. PENETAPAN WAKTU PERJUMPAAN


Setiap hari Rabu jam 2.00 hingg 4.00 petang di Dewan Ibnu Sina.
Tindakan: Makluman
7. HAL-HAL LAIN
Tiada hal-hal lain yang dibincangkan
Tindakan: Makluman

8. PENANGGUHAN MESYUARAT
8.1 Mohd Hafiz mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan disokong
oleh Syazwani . Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Disediakan Oleh,

_________________________ Tarikh: 10 Mac 2020


(MOHAMMAD NASRIN BIN SAFUDDIN )
Setiausaha,
Persatuan Matematik

Disemak Oleh,

______________________
(LITA BINTI ANGGAS)
Guru Penasihat Persatuan Matematik
Sk Kampung Masjid, Subis
Saudara/saudari,
Ahli Kelab Matematik,
SK Kampung Masjid,

Saudara/saudari,

Mesyuarat agung Tahunan Kelab Matematik

Suka cita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Matematik SK Kampung


Masjid akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 04.Mac 2020 (Rabu)


Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Ibnu sina, SK Kampung Masjid

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

2.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Persatuan


2.2 Ucapan pengerusi Kelab
2.3 Merancang aktiviti sepanjang tahun
2.4 menentukan tarikh pertandingan
2.5 Kewangan
2.6 Penetapan waktu perjumpaan
2.7 Hal-hal Lain

4. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian Terima Kasih.

Saya yang menjalankan Amanah,

….…………………………………………….
( MOHAMMAD NASRIN BIN SAFUDDIN )
Setiausaha Kelab Matematik
Sk Kampung Masjid

Sk 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Guru Penasihat Kelab Matematik
4. Pengerusi Kelab Matematik

You might also like