You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WIRA JAYA KOD SEK: AEA2061

31350 IPOH TEL : 05-3114339


PERAK DARUL RIDZUAN FAX : 05-3114270
Mesyuarat Panitia Matematik
Minit Mesyuarat Kali ke-3 Sesi 2022/2023

Tarikh : 6 Jan 2023


Hari : Jumaat
Masa : 3:00 petang
Tempat : Lokasi masing-masing (Google Meet )
Pengerusi : Puan Rosliana Binti Roslee
Kehadiran : 6 orang
Nama Yang Hadir :
1) Encik Idin Firdaus Bin Mohamad Sopian
2) Encik Muhamad Hanifuddin Bin Abdul Halim
3) Encik Ahmad Azrani Bin Ramlee
4) Puan Lim Shih Theng
5) Puan Nor Shahidah Binti Hamid
6) Cik Lisa Binti Abu Bakar
7) Pn Hjh Sakinah Binti Omar

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan dan kata alu-aluan Pengerusi


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum
Bil 2 sesi 2022/2023
3. Perkara Berbangkit
4. Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2022
5. CIDS
6. Hal-hal lain.

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat Panitia Matematik kali ke-3 sesi 2022/2023 dipengerusikan oleh Puan
Rosliana Binti Roslee merangkap Ketua Panitia Mata Pelajaran Matematik.

1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi


mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru mata pelajaran
Matematik untuk mesyuarat kali ke-3 Panitia Matematik SMK Wira Jaya bagi
sesi 2022/2023 walaupun secara googlemeet.
Tindakan : Makluman

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Bil 2 sesi 2022/2023

Pengesahan minit mesyuarat bil 2 sesi 2022/2023 telah disahkan dengan cadangan
Puan Lim Shih Theng dan disokong oleh En Hanifuddin.

1/3
3. Perkara berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

4. Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2022

4.1 Puan pengerusi menyatakan Purata Gred untuk subjek Matematik dalam
Percubaan Spm 7.56 jauh dari sasaran iaitu 5.49.

4.2 Bilangan pelajar cemerlang hanya 7 pelajar kekurangan sebanyak 28 orang


sebagaimana percapaian dalam SPM 2021. Manakala 27 pelajar gagal dalam
subjek ini semasa percubaan berbanding 32 semasa keputusan Spm 2021.

4.3 Puan pengerusi mengingatkan kita kena berusaha keras dalam membantu
pelajar agar sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai.

4.4 Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan bagi membantu pelajar dapat
keputusan yang baik dalam subjek ini seperti

a.Intervensi kelas terancang yang di buat pada hari Sabtu dan Ahad.
b.Program Wiraku Sayang – Slot selama 3 jam
c. Gerak gempur semasa cuti sekolah
d. Teknik Menjawab dengan bimbingan guru pemeriksa Kertas iaitu
En Lee hong Huat semasa Perkampungan Ilmu di IPG Ipoh.

4.5 Puan pengerusi berharap program program di atas dapat sedikit sebanyak
menyubang kepada kecemerlangan keputusan dalam SPM 2022 nanti. Beliau
juga mengucapkan perhargaan atas usaha guru-guru selama ini.

Tindakan : Makluman

5. Cids

5.1 Puan pengerusi menyatakan pihak pertadbiran ingin mengingat kan guru guru
untuk menghantar Cids pada setiap minggu.

5.2 Beliau mengingatkan mana mana guru yang belum melengkapkan cids untuk
berbuat dengan segera dan hantar untuk dibuat semakan oleh pihak pentadbiran.

5.3 Memandangkan T4 ,T5 dan tingkatan tingkatan yang lain yang akan habis
UASA beliau mencadangkan agar guru membuat slot pemberitahuan tentang
aktiviti yang akan dijalankan sebagai gantian kepada refleksi.

Tindakan : Makluman

2/3
6. Hal-hal lain

6.1 Puan pengerusi menyatakan sebelum cuti baru ini beliau ada mengagihkan
marker, kertas A4 dan graf kepada semua guru di bawah panitia Matematik. Jika
ada mana mana guru yang masih belum mendapatkannya boleh berjumpa dengan
beliau.

Tindakan : Maklumam

Mesyuarat ditangguhkan pada 3:31 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

___________________________ _______________________________
(Ahmad Azrani Bin Ramlee) (Puan Rosliana )
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

3/3

You might also like