You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BILANGAN 1 TAHUN 2023


SK KAMPUNG JEPAK, BINTULU

Tarikh : 02 Februari 2023 (Khamis)


Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Makmal Komputer, SK Kampung Jepak, Bintulu

Hadir :

1. Ketua Panitia Matematik - Pengerusi


(Encik Ritchie Ryan Wee)

2. Penolong Ketua Panitia Matematik


(Encik Ong Seng Teck)

3. Guru Subjek Matematik


(Puan Nurhaliza binti Datu Ali Bangsa)

4. Guru Subjek Matematik


(Puan Asimah binti Angga)

5. Guru Subjek Matematik


(Puan Anis Ameera binti Roslan)

6. Guru Subjek Matematik


(Encik Martin anak Alo)

Hadir bersama :

1. Penolong Kanan Pentadbiran SK Kampung Jepak


(Cik Laila Suhana binti Morshidi)

Tidak Hadir (Bersebab) :

1. Guru Besar SK Kampung Jepak


(Encik Ibrahim bin Ismail)

Urus setia :

1. Setiausaha Panitia Matematik


(Cik Adilla Farhanie binti Junaidi)

2. Penolong Setiausaha Panitia Matematik


(Puan Juliza binti Yusuf Tambi)

1
1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Ucapan alu-aluan

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam sejahtera, salam


menjulang pendidikan negeri Sarawak dan ‘Fly Kenyalang Fly, Fly High’ serta
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bilangan 3 Tahun 2022 pada 20 Oktober 2022
dicadang sah oleh Penolong Ketua Panitia Matematik, Encik Ong Seng Teck dan
disokong oleh Guru Subjek Matematik, Puan Anis Ameera binti Roslan tanpa
sebarang pindaan.

3.0 Perkara-perkara berbangkit


Tiada perkara berbangkit memandangkan semua tindakan terhadap maklum balas
telah diselesaikan.

4.0 Perbincangan Mesyuarat

4.1 Pencapaian Murid pada Ujian Akhir Sesi Akademik 2023 bagi subjek
Matematik

4.1.1 Isu Murid Tahun 4 Kurang Mahir Operasi Bahagi dalam Ujian Akhir Sesi
Akademik 2023

4.1.1.1 Pengerusi memohon perhatian semua guru subjek Matematik mengenai


dapatan isu murid Tahun 4 kurang mahir operasi bahagi selesai Ujian Akhir Sesi
Akademik 2023 pada 19 Januari 2023.

4.1.1.2 Mesyuarat mengambil maklum analisis pencapaian murid Tahun 4 yang tidak
menguasai operasi bahagi dalam subjek Matematik pada Ujian Akhir Sesi Akademik
2023 seperti berikut:

Bil. Kelas Bilangan Murid Menguasai Tidak Menguasai Catatan


1. 4B 31 10 21
2. 4I 35 15 20
3. 4U 34 15 19
JUMLAH 100 40 60

2
Berdasarkan pelaporan, didapati lebih separuh daripada bilangan murid Tahun 4
dari setiap kelas belum lagi menguasai kemahiran operasi bahagi.

4.1.1.3 Guru Subjek Matematik Kelas 4I, Puan Anis Ameera mencadangkan agar
intervensi Bahagi Menggunakan Petak diperkenalkan dan dilaksanakan agar dapat
membantu dalam mengatasi isu murid kurang mahir operasi bahagi ini.

4.1.1.4 Cadangan Puan Anis Ameera disokong oleh guru subjek Matematik Tahun 4
yang lain iaitu Puan Asimah binti Angga dan Puan Nurhaliza binti Datu Ali Bangsa
memandangkan intervensi Bahagi Menggunakan Petak mudah difahami oleh murid
di samping efisien pelaksanaannya dari segi tenaga kerja dan kewangan.

4.1.1.5 Pengerusi bersetuju dengan cadangan mesyuarat dan memutuskan agar


intervensi Bahagi Menggunakan Petak dilaksanakan oleh semua guru subjek
Matematik Tahun 4 bermula 6 Februari 2023 sehingga 6 Mac 2023

Tindakan: Semua Guru Matematik Tahun 4

5.0 Pembentangan Kertas (jika melibatkan pembentangan kertas kerja)

6.0 Hal-hal Lain

7.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.32 tengahari. Mesyuarat Panitia Matematik


Bilangan 2 Tahun 2023 akan diadakan pada 18 Mac 2023.

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen dan perhatian semua
sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

Makluman

Disediakan oleh;
Cik Adilla Farhanie binti Junaidi
Urusetia,
Mesyuarat Panitia Matematik,
SK Kampung Jepak, Bintulu

Tarikh: 7 Februari 2023

You might also like