You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL. 1/2021

Tarikh : 01.07.2021 ( Khamis )


Masa : 3:00 petang
Tempat : Kediaman masing-masing ( Google meet )

Senarai Kehadiran :
1. En. Balia Bin Mat ( PK Kurikulum )
2. En. Mohd. Shukor Bin Mohd. Amin ( PK Hal Ehwal Murid )
3. Pn. Arbaiyah Binti Nizamuddin ( PK Kokurikulum )
4. En. Mohd. Norismainie Bin Ismail
5. Pn. Janariah Binti Kamari
6. Pn. Siti Hasnah Binti Kusaseh
7. Pn. Hjh. Rosmawati Binti Shaharuddin

Tidak Hadir : Tn. Hj. Maulah Bin Ramli ( Telefon rosak )


Turut Hadir : Tiada
Urus Setia Mesyuarat : Siti Hasnah binti Kusaseh ( Ketua Panitia )

1 PERUTUSAN PENGERUSI ( En. Balia Bin Mat )


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan lafaz Bismillah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada hari ini.
1.3 Beliau berharap mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mengharapkan
semua guru dapat melakukan segala tugasan dengan ikhlas dan seronok.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pn. Siti Hasnah Binti Kusaseh membentangkan minit mesyuarat panitia
bilangan 2/2020;
Pencadang: Pn. Janariah Binti Kamari
Penyokong: Pn. Hjh. Rosmawati Binti Shaharuddin
Tindakan: Makluman

1
3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.
Tindakan: Makluman

4 PERBINCANGAN
4.1 Pn. Siti Hasnah membentangkan analisa PBD bagi murid-murid tahun 1
hingga 6 bagi tahun 2021 penggal pertama seperti berikut;
TAHUN/ TAHAP TAHAP TAHAP TAHAP TAHAP TAHAP
BIL. 1 2 3 4 5 6
MURID
TAHUN
1 ( 18 ) 1 7 10
TAHUN
2 ( 26 ) 2 8 11 5
TAHUN
3 ( 15 ) 3 3 2 7
TAHUN
4 ( 22 ) 2 3 4 11 2
TAHUN
5 ( 24 ) 1 7 7 9
TAHUN
6 ( 22 ) 2 2 11 7

Tindakan: Makluman

5. PEMBENTANGAN KERTAS

5.1 Tiada

6. HAL – HAL LAIN

6.1 Cikgu Balia mengingatkan panitia untuk mengemaskini fail panitia dan
melengkapkannya dengan segala perkara yang berkaitan seperti invois atau
nota minta, analisa PBD, intervensi murid tahap 1 dan 2 serta tarikh program
dan aktivti, perancangan program profesional dan lain-lain.
Tindakan: Pn. Siti Hasnah Binti Kusaseh

2
6.2 Cikgu Balia menyarankan panitia merancang program-program yang boleh
menarik perhatian murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dari rumah ( pdpr ).
Tindakan: Pn. Siti Hasnah Binti Kusaseh

6.3 Pn. Arbaiyah memaklumkan bahawa pelajar-pelajar Universiti Teknologi


Mara (UiTM ) akan melaksanakan Program STEM untuk Bahasa Arab secara
online dan mengharapkan panitia boleh bersedia dengan murid-murid.
Tindakan: Pn. Siti Hasnah Binti Kusaseh

6.4 Cikgu Shukor memaklumkan bahawa unit kaunseling sekolah akan


melaksanakan Program Anugerah Pelajar Aktif Pdpr bermula 1 Julai 2021
yang bertujuan untuk memberikan motivasi kepada murid untuk terus
mengikuti pdpr di mana program akan dilaksanakan sepanjang pdpr
berlangsung selama 10 minggu dan ganjaran hadiah berupa plak dan hamper
bernilai RM 10 akan diberikan kepada 2 orang murid yang berjaya setiap
minggu.
Tindakan: Makluman

6.5 Cikgu Balia mengingatkan ketua panitia untuk mengisi di dalam sistem
SPLKPM apabila melaksanakan PLC.

6.6 Cikgu Shukor menyampaikan pesanan daripada guru besar iaitu guru - guru
tidak memberikan kerja atau latihan terlalu banyak kepada murid pada satu-
satu masa semasa pdpr.
Tindakan: Makluman

8. PENUTUP

7.1 Cikgu Balia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana berjaya
menyediakan minit mesyuarat panitia bilangan 1/2021 dan analisa PBD dan
mengingatkan panitia untuk sentiasa mengemaskini fail panitia.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:19 petang.


Tindakan: Makluman

Disediakan oleh:

-----------------------------
( Siti Hasnah Binti Kusaseh )
Ketua panitia
Panitia Bahasa Arab
SK Kampong Banting,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.

3
4

You might also like