You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS/ HIP/ BAHASA
CINA
BIL 2 2022/ 2023

Tarikh : 27 Julai 2022 (Rabu)


Tempat : Bilik Guru, SKS
Masa : 2:00 Petang
Pengerusi : Pn. Mazurawati binti Saidin
Kehadiran : 6 Orang
1. Pn. Mazurawati binti Saidin (Ketua Panitia)
2. Pn. Siti Nuratiqah binti Abdullah (Setiausaha)
3. Pn. Azlina binti Atan (AJK)
4. Pn. Nori binti Nan (AJK)
5. Cik Norashikin binti Ludin (AJK)
Turut Hadir (Jika Ada) :
1. En. Syed Ariff Manja bin Syed Yaziz
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan Pengerusi
Pn. Mazurawati selaku pengerusi mesyuarat mengalu – alukan kehadiran semua AJK
Panitia Bahasa Inggeris, HIP dan Bahasa Cina bagi tahun 2022. Pengerusi juga
mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris, HIP dan Bahasa Cina kerana berjaya
mengadakan mesyuarat panitia kali kedua buat tahun 2022/2023.
Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Pencadang : Pn. Nori binti Nan
Disokong : En. Syed Ariff Manja bin Syed Yaziz
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


Program anjuran Panitia Bahasa Inggeris, HIP dan Bahasa Cina dibawa ke bulan Januari
2023
Tindakan: Makluman
4.0 Perancangan dan Pembentangan Program Tahunan Panitia 2022
Tiada perkara berbangkit
Tindakan: Makluman

5.0 Catch Up Plan Fasa 3 (CUP 3)


5.1 CUP 3 telah dilaksanakan bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022.
1.1.1 Setiap guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina diwajibkan untuk membuat
Catch Up Plan Fasa 3 (CUP 3) bagi murid yang mendapat Tahap Penguasaan
(TP) 1,2,3 dan murid yang belum ditaksir.
1.1.2 Terdapat peningkatan dalam tahap penguasaan PBD murid.
Tindakan: Makluman

6.0 Penataraan
6.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6.1.1 Pelan intervensi telah dijalankan kepada setiap murid yang bekeperluan
Tindakan: Makluman

6.2 Ujian
6.2.1 Ujian akhir tahun akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023
Tindakan: Makluman

7.0 Hal – hal lain


7.1 Kelas Bahasa Cina
7.1.1 Puan Siti Nuratiqah memaklumkan bahawa kelas Bahasa Cina Tahun 2
mempunyai penambahan murid baharu. Jumlah murid kekal seramai 17
orang.
7.1.2 Kelas Bahasa Cina Tahun 1 telah bermula. Jumlah murid seramai 20 orang.
7.1.3 Kelas Bahasa Cina Tahun 1 pada hari Selasa (1:00-2:00 petang) dan Khamis
(12:30 tengah hari).
7.1.4 Kelas Bahasa Cina Tahun 2 telah ditukarkan waktu pada hari Isnin (1:00-
2:00 petang) dan Rabu (12:30 tengah hari)
Tindakan: Makluman

8.0 Ucapan Penangguhan


8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam
mesyuarat pada hari ini.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 petang.
Disediakan oleh,

…………………………………………..
(SITI NURATIQAH BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris & Bahasa Cina,
SK Sanglang, Perlis

Disokong oleh,

…………………………………………..
(MAZURAWATI BINTI SAIDIN)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris & Bahasa Cina,
SK Sanglang, Perlis

Disahkan oleh,

…………………………………………..
(NAZRI BIN BAHARI)
Guru Besar,
SK Sanglang, Perlis

You might also like