You are on page 1of 2

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kelab Guru dan Staf

SMK Tanjong Rambutan


Kali Ke-2 tahun 2020

Tarikh : 9 Jun 2020 (Selasa)


Masa : 3.00 pm
Tempat : Google Meet

Kehadiran :
1. Pn Wan Intan Suraya Binti Basaruddin (Pengerusi)
2. En Sivabalan Muniandy (Setiausaha)
3. Cik Siti Zubaidah Binti Md Saat (Bendahari)
4. Pn Guan Ngah Ginn (Naib Bendahari)
5. En Nazrie Bin Rahim (AJK)
6. En Mohd Ramli Bin Awang (AJK)
7. Pn Lim Poh Kooi (AJK)
8. Pn Faizah Binti Johari (AJK)
9. Pn Norsyuhadah Binti Mohd. Zawi (AJK)
10. Pn Norlain Binti Ramli (AJK)

1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa induk Kelab
Guru dan Staf SMK Tanjong Rambutan dan berterima kasih kerana dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ke-2 bagi tahun 2020.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana
menjayakan pemberian bantuan kepada pekerja swasta dan pekerja kantin
sekolah semasa Fasa 1 PKP.

1.3 Pengerusi juga berharap agar semua ahli akan menjelaskan yuran Kelab Guru
dan Staf secepat mungkin.

Makluman : Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Setiausaha telah membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Norsyuhadah Bt Mohd Zawi

2.3 Disokong untuk pengesahan oleh : En Nazrie Bin Rahim

Tindakan : Setiausaha

3. Pekara-pekara Berbangkit

3.1 Tidak ada perkara-pekara berbangkit yang dibincangkan


4. Pembentangan Kewangan Semasa Kelab Guru dan Staf SMKTR 2020

4.1 Bendahari membentangkan kedudukan kewangan semasa Kelab Guru dan


Staf SMKTR 2020.

4.2 Setakat tarikh 9 Jun 2020 jumlah kutipan yuran adalah sebanyak RM 6140.00

4.3 Perbelanjaan Kelab Guru dan Staf SMKTR sehingga tarikh 9 Jun berjumlah
RM 595.17
Tindakan: Bendahari

5. Hasil Perbincangan

5.1 Jawatankuasa Induk Kelab Guru dan Staf SMKTR bersetuju untuk membeli 2
unit ‘hands free sanitizer stand with foot pedal’ untuk diletakkan di bilik guru
dan pejabat sekolah.

5.2 Jawatankuasa Induk juga bersetuju untuk membeli ‘hand sanitizer’ untuk
kegunaan semua guru dan staf sekolah.

Tindakan; Cik Siti Zubaidah


Pn Lim Poh Kooi

6. Hal-hal Lain

6.1 Tidak ada hal-hal lain yang dibangkitkan

7. Penutup

7.1 Ucapan penangguhan Pengerusi.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 p.m.

Disediakan oleh,

………………………………
(SIVABALAN MUNIANDY)
Setiausaha
Kelab Guru dan Staf SMK Tanjong Rambutan

Disemak oleh,

………………………………
(WAN INTAN SURAYA BT BASARUDDIN)
Pengerusi
Kelab Guru dan Staf SMK Tanjong Rambutan

You might also like