You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

KALI KE 3 / 2014



Tarikh : 9 Julai 2014
Hari : Rabu
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
SMK Puteri Wilayah, 50300 Kuala Lumpur.



Kehadiran :

1. Pn. Radhiah Bt Muhammad Pengetua
2. Datin Noor Hasimah Bt Mohd Taib PK Tadbir dan Kurikulum
3. En. Mazlan Bin Sharif PK Ko-ko
4. Pn. Norhayati Bt Mahmud PK Petang
5. Pn. Norhalma Bt Omar Guru Kanan
6. Cik Rohani Bt Roslan Guru Kanan / Audit Dalaman
7. Pn. Susilayati Bt Ehwan Guru Kanan
8. Pn. Habsah Bt Md Isa Guru Kanan
9. Pn. Rukiah Bt Husin Guru ICT
10. Pn. Kong Lai Mei Ketua Panitia-B.I
11. Pn. Teo Lay Bee Ketua Panitia-Matematik
12. Pn. Zakiah Bt Mohd Yusof Ketua Panitia-Mate Tambahan
13. Pn. Roziatul Akmal Bt Hasan Ketua Panitia-Sains Tulen
14. Pn. Maznah Bt Khazali Ketua Panitia-Sains
15. En. Mohd Firdaus Bin Mohd Zin Ketua Panitia-Sejarah
16. Pn. Siti Nor Azlina Bt Abdul Hamid Ketua Panitia-Geografi
17. Pn. Salmi Binti Manaf Ketua Panitia-Pend. Islam
18. Pn. Roslina Bt Samsi Ketua Panitia-P.A/E.A/Pdgangan
19. Pn. Wan Noordina Bt Hamzah Ketua Panitia-K.H/PP Aset
20. Pn. Intan Fazrini Bt. Adnan Ketua Panitia-P.Seni
21. Cik Masturi Bt Adam Ketua Panitia ERT
22. Pn. Raja Zamilah Bt Raja Yaacob Ketua Panitia-PJK
23. Pn. Masliza Bt Mohd Idi Ketua Panitia-L.K
24.
25.
Pn. Nur Fasiha Bt Abd Khalid
Pn. Fatimah Bt Ibrahim
Ketua Panitia-Sivik
Ketua Pembantu Tadbir
26.
27.
Pn. WanYusnida Bt W. Hamat Zawawi
Pn. Noor Shazwani Bt Abdl Halim
Pembantu Tadbir
Penyelia Asrama







1. Perutusan Pengerusi

1.1 Terlebih dahulu Pengerusi mengucapkan Salam 1 Malaysia dan ucapan
terima kasih atas kehadiran semua AJK yang hadir untuk Mesyuarat
JPKA kali ke tiga bagi tahun 2014.
1.2 Pengerusi mengingatkan supaya semua Ketua Panitia membelanjakan dan
merancang pembelian secara berhemah.
1.3 Pengerusi seterusnya menjemput Pn. Fatimah Bt. Ibrahim (KPT) untuk
membentangkan kewangan sekolah.

2. Penyediaan dan Pembentangan Penyata Kewangan & Laporan Kewangan
Suku Tahun Kedua/2014.

2.1 Pn. Fatimah memaklumkan baki peruntukan KWK sehingga 09.07.2014
(Rujuk Lampiran)
2.2 Bagi Peruntukan KWK, mestilah dibelanjakan dengan berhemah dan
dihabiskan dalam tahun semasa.
2.3 Pn. Wan Yusnida pula memaklumkan baki peruntukan KWS sehingga
09.07.2014. Peruntukan KWS banyak dibelanjakan bagi tujuan pembelian
perolehan pejabat seperti toner dan alat tulis.
2.4 Bagi Bayaran Majalah, hanya 109 pelajar yang baru membuat bayaran
sehingga 09.07.2014.

3. Pengurusan Aset dan Stor
3.1 Pn. Fatimah memaklumkan yang beliau telah mengemaskini pembelian
asset yang telah dibeli pada tahun semasa.

3.2 Pn. Fatimah juga memaklumkan setiap pembelian harta modal mestilah
diadakan mesyuarat pemilihan sebut harga. Sekurang-kurangnya 3 sebut
harga yang perlu dikemukan berserta dengan kertas kerja. Minit mesyuarat
dan kertas kerja ini perlu dikemukan ke Unit Akaun bagi mendapat
kelulusan.


4. Lain-lain Hal
4.2 Mesyuarat JPKA Kali Ke-4 dicadangkan pada bulan Oktober (suku tahun
ketiga/2014). Penekanan akan diberikan kepada baki bagi setiap panitia
setelah perbelanjaan dilaksanakan.
4.3 Pengerusi meminta kerjasama semua guru kanan supaya merancang bagi
membelanjakan peruntukan yang diberikan secara berhemah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.



Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :



(WAN YUSNIDA BT WAN HAMAT ZAWAWI (RADHIAH BT MUHAMMAD)
Pembantu Tadbir N17 Pengetua
SMK Puteri Wilayah SMK Puteri Wilayah
Kuala Lumpur Kuala Lumpur.

You might also like