You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN AKTIITI TAHUNAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN 2023

Tarikh : 8 JULAI 2023 (JUMAAT)


Masa : 3.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Seri Teja, Gopeng
Pengerusi : Encik Badrul Hisham b. Shamsudin
Kehadiran : 15 orang
Nama Yang Hadir :
1. En. Badrul Hisham B. Shamsudin (SMK Seri Teja)
2. Pn. Azmah Bt Abdul Hamid (SMK Sultan Yussuf)
3. Pn. Juliana Bt. Jamil (SMK. St Bernadette’s Convent)
4. En. Ahmad Faizal Bin Muhamad Zabari (SMK DBCM Yusuf)
5. En. Mior Muhammad Hanif B Zahari (SMK TIWA)
6. Pn. Suriyani Binti Ibrahim (SMK Seri Kampar)
7. Pn. Zuliatul Akmar Bt Mohd Zulkpli (SMK Tronoh)
8. En. Muhamad Hafiz Bin Ja’far (SBPI Gopeng)
9. Pn Kok Hui Yi (SMK Pei Yuan)
10. En. Mohamad Hariz B Zainol Abidin (SMK Sentosa)
11. Pn. Rohana Binti Abdullah (SMK Idris Shah)
12. En Che Muhammad Zawawi Bin Che Ibrahim (SMK Yuk Kwan)
13. En. Guna A/L Devardas Gandy (SMK Methodist (ACS))
14. Pn. Siti Hanisah Binti Mohd Darus (SMK Kampar)
15. Pn. Nurul Hanani Binti Yarahim (SMK Malim Nawar)

1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang terlibat dan wakilnya.
Pengerusi juga memaklumkan yang En. Mior Muhamad Azlan selaku wakil PPD
Daerah Kinta Selatan tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain
walaupun tarikh mesyuarat di tukar atas permintaan beliau. Beliau meminta
maaf kerana beliau merancang untuk hadir dan berbincang mengenai program
daerah yang akan dilaksanakan untuk sesi tahun ini.

Tindakan: Makluman

2 Pengesahan Minit Mesyuarat 2022


Pencadang: Pn. Kok Hui Yi
Penyokong: Pn Azmah Bt Abdul Hamid
Tindakan: Makluman

3 Perkara berbangkit
3.1 Pengerusi memaklumkan atas nasihat En Mior Muhamad Azlan, akaun KRS
daerah yang dibuka dahulu, akan ditutup. Ini kerana mulai tahun 2020,
pembayaran untuk aktiviti ko-kurikulum hanyalah melalui akaun rasmi sekolah
atau akaun PIBG sekolah yang menjadi tuan rumah sahaja. Cek dan bayaran
tidak boleh dibuat ke akaun lain untuk segala aktiviti sekolah. Dengan ini akaun
ini tidak lagi diperlukan kerana tujuan asal dibuka adalah untuk memudahkan
pembayarann yuran untuk program KRS daerah Kinta Selatan. Oleh itu
pengerusi memaklumkan agar Pengerusi Teknik dan Bendahari yang membuka
akaun akan menguruskan penutupan akaun tersebut kerana seorang lagi guru
KRS yang terlibat telah bertukar ke negeri lain.

Tindakan: Makluman

4 Perlantikan Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Selatan 2023

4.1 Pengerusi mencadangkan perlantikan Sekretariat Daerah dan dipersetujui


oleh ahli mesyuarat seperti berikut:
Pengerusi Teknik : Kapten KRS Badrul Hisham Bin Shamsudin
Ketua Jurulatih Daerah : Mejar KRS Azmah Binti Abdul Hamid
Penolong Jurulatih &
Pegawai Istiadat : En. Muhamad Hafiz Bin Ja’afar
Pegawai Laksana : Pn Suriyani Binti Ibrahim
Bendahari : En. Ahmad Faizal Bin Muhamad Zabari
Pegawai HELWA : Kapten KRS Juliana Binti Jamil
Pegawai Data : En. Mior Muhammad Hanif Bin Zahari

Pegawai Dokumentasi :
Pegawai Protokol :
Pegawai Bantu Mula :
Pegawai Pendidikan Moral :
Pegawai Teknikal :
Pegawai Pendaftaran :
Pegawai Kerohanian :
Pegawai Keselamatan :

Tindakan: Makluman

5 Pencapaian KRS Daerah tahun 2022


Rujuk Lampiran 1
6.1 Laporan telah dibentangkan oleh Puan Azmah Bt Abdul Hamid sebagai Ketua
Jurulatih Daerah.

Tindakan: Ketua Jurulatih KRS Daerah

6 Program KRS Daerah Kinta Selatan 2023


6.1 Pengerusi membentangkan program KRS peringkat kebangsaan dan negeri
serta tarikh yang dirancangkan untuk memudahkan Sekateriat menyusun
program peringkat daerah.
(Rujuk lampiran 2)

6.2 Pengerusi membentangkan cadangan aktiviti dan program untuk KRS 2023.

6.3 Karnival Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah 2023
Peringkat Kebangsaan secara atas talian.

6.3.1 Pengerusi berkongsi kertas konsep karnival melalui aplikasi telegram untuk
guru-guru penasihat KRS daerah.
6.3.2 Mesyuarat menetapkan untuk bermesyuarat dan melaksanakan penjurian
bersama untuk memilih video untuk dihantar je peringkat negeri.
6.3.4 Mesyuarat menetapkan tarikh penghantaran bahan secara atas talian adalah
pada 4 September 2023.

6.4 Pertandingan Kawad Kaki KRS Daerah 2023

6.4.1 Pengerusi memaklumkan Pertandingan Kawad Kaki yang dijadualkan telah


diubah konsep dan dilaksanakan secara atas talian kerana di peringkat
kebangsaan juga akan dilaksanakan secara atas talian.
6.4.2 Pertandingan kawad kaki daerah akan diadakan untuk kadet puteri sahaja
kerana tiada penyertaan lain untuk kadet putera kecuali dari SMK Sultan Yusuf.
6.4.3 Pertandingan kawad kaki secara atas talian akan dilaksanakan dan
penghantaran video ditetapkan sebelum 30 Ogos 2023.
6.4.4 Peserta yang ditetapkan adalah seramai 34 ahli iaitu ahli kawad seramai 30
orang, seorang ketua platun dan 3 simpanan.
6.4.5 Pengerusi memaklumkan yang daerah masih menunggu kertas konsep untuk
pertandingan atas talian tetapi bahan terdahulu telah dikongsi melalui teegram
untuk rujukan sekolah yang terlibat.

6.5 Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS 2023

6.5.1 Pengerusi Teknik memaklumkan berdasarkan takwim KRS negeri ketetapan


program adalah seperti berikut:
Tarikh program : 11 NOVEMBER 2023 – 14 NOVEMBER 2023
Tuan Rumah : KINTA UTARA
Tempat : IPG KAMPUS IPOH
Bilangan peserta : 25 ahli

6.5.2 Oleh itu kursus sarjan dan staf sarjan serta kursus kenaikan pangkat lain perlu
di adakan lebih awal.

Tindakan: Makluman

6.6 Kursus Kenaikan pangkat Lans Koperal dan Koperal KRS

6.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah yang berminat adalah SMK Toh
Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah dan SMK Sentosa Kampar. Sekolah-sekolah
lain dijemput untuk menghantar murid ke kursus kenaikan pangkat tersebut.
6.6.2 Jemputan dari sekolah akan membolehkan sijil peringkat daerah dikeluarkan.
6.6.3 Pengerusi memaklumkan kursus ini hanya boleh dilaksanakan pada minggu ke
2 dan minggu ke 4 sahaja. Disarankan sekolah terbabit berbincang dan
menetapkan tarikh yang sesuai agar sekretariat krs daerah dapat membantu
bersama pasukan Pegawai Waran dan Ketua Jurulatih Daerah.
6.6.4 Semua guru penasihat KRS sekolah digalakkan membantu dan belajar ilmu KRS
semasa kursus-kursus ini berjalan untuk memantapkan KRS sekolah masing-
masing.

Tindakan: Guru Penasihat KRS sekolah daerah Kinta Selatan

6.7 Kursus kenaikan Pangkat Sarjan dan Staf Sarjan KRS 2023

6.7.1 Pengerusi mencadangkan KRS untuk menjalankan kursus sarjan dan staf sarjan
pada 27 Oktober 2023 – 29 Oktober 2023
6.7.2 Yuran dan tentatif program akan dirangka kemudian.
6.7.3 Pengerusi memaklumkan semua guru penasihat KRS sekolah perlu turut sama
membantu perjalanan program kursus kenaikan pangkat ini dan dapat belajar
ilmu KRS untuk digunakan di sekolah.

Tindakan: Semua Guru Penasihat KRS sekolah daerah Kinta Selatan

6.8 Kursus Pegawai KRS dan Majlis Pentauliahan Pegawai Pendidikan Daerah

6.8.1 Pengerusi memaklum atas permintaan Encik Mior Muhammad Azlan, kursus
perlu diadakan untuk guru-guru penasihat KRS dan juga pentauliahan untuk
Pengetua, Penolong Kanan sekolah-sekolah daerah Kinta Selatan yang baru.
6.8.2 Pengerusi memaklumkan akan merangka program dan masa kerana semasa
pentauliahan perlu diadakan ceramah sebelum majlis pentauliahan
berlangsung.
6.8.3 Sekretariat Daearah akan dipanggil bermesyuarat untuk program di atas yang
dirancang pada bulan September 2023.
6.8.4 Guru Penasihat KRS diminta bersedia terutama uniform lengkap no 2 atau no 3
untuk program dan majlis tersebut

Tindakan: Sekretariat KRS Daerah Kinta Selatan 2023

6.9 Perkhemahan Perdana KRS dan tKRS Daerah Kinta Selatan 2023

6.9.1 Atas permintaan KPPD, perkhemahan ini dirancang pada dengan ketetapan
berikut:

Tarikh : 24 November 2023- 26 November 2023


Tempat : Komplek Rakan Muda Kampar
Anjuran : Sekretariat KRS dan tKRS Daerah Kinta Selatan

6.9.2 Setiap sekolah diwajibkan menghantar 8 orang ahli KRS dan 2 orang guru
pengiring.
6.9.3 Sekretariat akan bermesyurat untuk program di atas bersama sekretariat tKRS
pada satu tarikh lain.

Tindakan: Sekretariat KRS Daerah Kinta Selatan 2023 dan semua guru penasihat KRS
sekolah Daerah Kinta Selatan

7 Hal-hal Lain

7.1 Program Perkhemahan Ikhtiar Hidup akan dijalankan atas tajaan Jabatan
Perpaduan Perak. Penglibatan semua kaum diwajibkan dan memerlukan wakil
murid seramai 40 orang setiap daerah. Tarikh akan dimaklumkan kemudian dan
diharap guru-guru boleh mendapatkan wakil dari sekolah masing-masing.

7.2 Koperasi KRS Perak Berhad telah dilancarkan dan semua guru penasihat KRS
merupakan ahli koperasi. YB Khairuddin telah merasmikan koperasi KRS dan
telah menyumbang sebanyak RM 3000. Koperasi ini akan berfungsi untuk
penjualan t-shirt dan uniform KRS serta peralatan lain. Akaun koperasi masih
dalam proses dan syer minimum adalah sebanyak RM100.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................... ...........................................
(Puan Juliana Binti Jamil) (Encik Badrul Hisham Bin Shamsudin)
Setiausaha, Pengerusi Teknik KRS,
Kadet Remaja Sekolah (KRS), Daerah Kinta Selatan 2023.
Daerah Kinta Selatan 2023

You might also like