You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT TRANSISI

2023-2024
SEKOLAH KEBANGSAAN GAS, SANDAKAN, SABAH

RUJUKAN SKG.600-3/1/4 (03)


TARIKH 19 OKTOBER 2022 (RABU)
MASA 11.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT BILIK PAK-21, SK GAS SANDAKAN
PENGERUSI ENCIK MOHD MISRAN BIN HJ MOHD ARFAN SALIM

KEHADIRAN
HADIR TIDAK HADIR
NATHANIEL BRENDAN CHURCHILL AFIZEE IZWAN BIN AG RAMAIN
NORWANI BINTI ZAINUDDIN
NAZIRUL IZZAT BIN ARBAIN MUSA BIN BEDDU
MADIHAH BINTI MD JUSOH ROMAWI BIN ASSI
JESSIKA DENIS NIK FAIZAL IBRAHIM
MOHD MISRAN BIN MOHD ARFAN SALIM
SITI NURSUHADA BINTI KIMLEH MUHAMMAD KHAIRI BIN JANOM
MUSLIHA JHAMAR
IMELDA BINTI JOHANIS
MUHAMAD FAZRI BIN HASSAN
SILVIA SURAH STEFANUS
ANDI SUDIRMAN A RAHMAN
MARIA BINTI OYONG
SIRUDI BIN SINRING
JULIATI BINTI JAMIL
SILVIAN SILVESTER
MOHD ZAKI BIN OMAR
MUHAMMAD RIZAL BIN ABDUL HAMID
JESSIE JOHN
HILDAH BINTI SIRAJUDDIN
ISKANDAR BIN KHALID
BIL. PERKARA MAKLUMAN/TINDAKAN

3.1 Ucapan alu-aluan Makluman :


 Ucapan terima kasih kepada rakan guru diatas komitmen hadir  Semua guru
dalam mesyuarat kokurikulum yang dijalankan pada hari ini.

3.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas Makluman :

 Disahkan : En Silvian Silvester  Semua guru

 Disokong : Pn Juliati Jamil

3.3 Perkara berbangkit Tindakan :

 Pengisian borang Pemilihan Unit Kokurikulum Sesi 2023  Guru Perdana, Guru

- En Mohd Misran bin Hj Mohd Arfan Salim memaklumkan bahawa Prasekolah

semua guru perdana dan guru pra mesti mengisi borang tersebut
selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
 Soal berkaitan dengan Kursus Kepimpinan
- Pn. Maria binti Oyong menyoal tentang tarikh bagi program
Kursus Kepimpinan.
- Pengerusi mengatakan bahawa program tersebut akan dijalankan
pada 2 November 2022.
- Pengerusi menyatakan bahawa para peserta Kursus Kepimpinan
ini adalah terdiri daripada murid-murid yang memegang jawatan
AJK dalam Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan
Permainan.
- SU Kokurikulum I mencelah dan menyatakan bahawa belum ada
murid-murid yang dilantik sebagai AJK kelab-kelab sukan dan
permainan kerana perjumpaan kokurikulum sukan dan
permainan belum lagi dijalankan.
- SU Kokurikulum I mencadangkan untuk membuat perjumpaan
Sukan dan Permainan pada 2 November bagi melantik murid-
murid untuk jawatan AJK bagi setiap kelab Sukan dan Permainan.
Seterusnya memindahkan tarikh pelaksanaan Kursus Kepimpinan
dari 2 November 2022 ke 9 November 2022.
- Pengerusi bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh SU
Kokurikulum I.
-
3.4 Pelaporan SU Kokurikulum & SU Sukan/Penyelaras utama kokurikulum Makluman :

 Pelaporan oleh SU Kokurikulum I, En. Muhammad Rizal bin Abdul  SU Kokurikulum

Hamid
- Semua minggu perjumpaan unit beruniform bagi sesi akademik
tahun 2022/2023 telah dilaksanakan manakala minggu
perjumpaan bagi kelab dan persatuan sedang dilaksanakan.
Semasa mesyuarat ini berlangsung, perjumpaan kelab dan
persatuan telah memasuki minggu ke-8.
- Minggu perjumpaan bagi sukan dan permainan belum
dilaksanakan semasa mesyuarat ini berlangsung.
- Perhimpunan kokurikulum bulanan pula telah dilaksanakan
sebanyak 4 kali dan perhimpunan kokurikulum bulanan kali
kelima akan menjadi perhimpunan kokurikulum bulanan yang
terakhir.
- Perhimpunan bulanan unit beruniform yang terakhir akan
dikendalikan oleh Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah
(TKRS).
 Penghantaran fail kokurikulum
- SU Kokurikulum diminta untuk menghantar fail kokurikulum
kepada Pengerusi dan seterusnya kepada tuan Guru Besar, En.
Kamarulariffin bin Mohamed Zabil.
- Perkara yang harus ada dalam fail tersebut antaranya adalah
dokumentasi, carta organisasi, kehadiran dan takwim
kokurikulum.
 Isu Semasa Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform SK Gas Sandakan
- Pengerusi memberi pernyataan bahawa perhimpunan bulanan
unit beruniform SK Gas Sandakan mendapat markah yang
memuaskan iaitu sebanyak 76 peratus.
- Terdapat beberapa kekurangan yang telah diperhatikan oleh
pengerusi iaitu:
 Pakaian unit beruniform murid yang tidak lengkap (termasuk
aksesori).
 Pengerusi telah memaklumkan bahawa lantikan komandan
dan pembaca doa haruslah dilakukan sebelum perhimpunan
bulanan.
 Bendera juga tidak dinaikkan semasa perhimpunan kerana
tidak ada tiang bendera di tempat perhimpunan dilaksanakan
iaitu dewan terbuka SK Gas Sandakan.
 Tiada wakil pelajar yang membuat ucapan semasa
perhimpunan berlangsung.
 Guru penasihat unit beruniform harus melatih murid-murid
untuk mengendalikan majlis seperti perhimpunan bulanan
unit beruniform.
 Persembahan oleh murid-murid tidak dilaksanakan.
 Para pentadbir yang berucap tanpa menyentuh sebarang hal
kokurikulum.
- Pengerusi menyatakan pemantauan perhimpunan harus
dilengkapkan dengan naam murid-murid yang terlibat dalam
pengendalian perhimpunan bulanan unit beruniform.

 Pakaian unit beruniform murid-murid SK Gas Sandakan


- Pengerusi iaitu En Mohd Misran mengatakan bahawa majoriti
murid SK Gas Sandakan tidak memakai pakaian unit beruniform
(termasuk aksesori) yang lengkap.
- Menurutnya, ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
murid-murid gagal untuk menyertai acara unit beruniform
peringkat kebangsaan dan hanya dapat mencapai peringkat
negeri.
3.5 Pelaporan PAJSK & ikeps Makluman :

 Pembentangan hasil PAJSK disampaikan oleh Setiausaha Kokurikulum  Semua guru


1 , Encik Muhammad Rizal .  Penyelaras Unit Beruniform
- Penglibatan murid pada sesi akademik tahun 2022/2023 setakat  Penyelaras Persatuan
ini cukup baik kerana terdapat murid-murid yang telah  Penyelaras Sukan
melibatkaan diri mereka dalam acara sukan peringkat zon,
daerah, negeri dan kebangsaan.
 Makluman tentang pelaksanaan Ujian SEGAK
- Ujian SEGAK akan dijalankan selepas cuti Deepavali iaitu pada
awal bulan November 2022.
 Jadual Kokurikulum pada tahun 2023
- En. Muhammad Rizal bin Abdul Hamid menyatakan bahawa
perjumpaan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan dan Sukan
dan Permainan akan dijalankan secara berselang seli bermula
pada sesi akademik tahun 2023/2024.
 Cadangan untuk mengubah hari perjumpaan kokurikulum
- En. Mohd Misran bin Hj Mohd Arfan Salim telah mencadangkan
untuk mengubah perjumpaan kokurikulum pada hari Sabtu jika
ada keperluan.
- Pengerusi juga mengatakan bahawa perjumpaan kokurikulum
pada hari Sabtu hanya boleh dijalankan 2 kali sebulan.
- Para penyelaras diminta untuk membincang tentang cadangan
ini.
3.6
Pembentangan kertas konsep Jogathon Sekolah

 Penukaran nama program Jogathon Sekolah


Program Jogathon Sekolah ini telah ditukarkan kepada
- Makluman :
program Larian Amal Sekolah.
 Cadangan tarikh bagi program Larian Amal Sekolah.  AJK Larian Amal
- Pengerusi telah cadangkan tarikh pelaksanaan program Larian
Amal Sekolah iaitu pada 26 November 2022.
 Pembahagian dana yang dikumpul daripada kad jogathon
- Pengerusi mengatakan bahawa 80% dana yang dikumpul akan
digunakan untuk menaiktaraf aspek sukan dan kokurikulum SK
Gas Sandakan manakala 10% akan disalurkan kepada kelab
guru (Kekita SK Gas Sandakan) dan 10% lagi kepada Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gas Sandakan.
 Kawasan Larian Amal Sekolah
- Setiausaha Sukan I, En Sirudi telah memberi cadangan untuk
menggunakan kawasan Pusat Perindustrian Majulah sebagai
laluan untuk Larian Amal sekolah yang akan datang.
- Pengerusi mesyuarat memberi tugas jawatankuasa persiapan
tempat untuk mengamat-amati kawasan Pusat Perindustrian
Majulah dengan teliti bagi menentukan sama ada tempat
tersebut sesuai dan selamat untuk acara larian amal tersebut.
 Syarat untuk mengikuti acara larian amal dan cabutan bertuah
- Semua murid-murid haruslah mendapat dana sebanyak RM20
untuk mengikuti larian amal serta menyertai cabutan bertuah.
 Penaja dan sumbangan
- Pengerusi telah memberi tugas untuk mencari penaja untuk
memberi sumbangan hamper bagi program Larian Amal
sekolah.
- En Silvian dan En Muhammad Rizal telah diberi tugas oleh
pengerusi iaitu penulisan surat permohonan sumbangan
kepada syarikat K2 dan Yakult.
 Hal-hal lain
- Pengerusi akan menulis surat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Sandakan untuk meminta bantuan untuk memastikan
keselamatan murid-murid semasa acara larian berlangsung.
- Kad jogathon yang dihasilkan mestilah mempunyai nombor
siri.
3.7 Pembentangan kertas konsep kursus kepimpinan kokurikulum
 Murid-murid yang terlibat dalam Kursus Kepimpinan
Makluman/Tindakan :
Kokurikulum
 AJK Kursus Kepimpinan
- Pengerusi mengatakan bahawa murid-murid yang terlibat
Kokurikulum
dalam kursus ini ialah mereka yang telah dilantik pengerusi,
bendahari dan setiausaha bagi setiap unit beruniform, kelab
dan persatuan dan setiap kelab sukan dan permainan.
 Penceramah bagi Kursus Kepimpinan Kokurikulum
- En Mohd Misran telah menyatakan bahawa:
i. Pn Maria binti Oyong, Guru Akademik Prasekolah SK
Gas Sandakan dan;
ii. En Malin Manni, Guru Akademik dari SMK Muhibbah
akan menjadi pencermah bagi kursus kepimpinan
kokurikulum yang akan datang.
- En Mohd Misran perlukan murid-murid yang akan hadir
nanti tahu persediaan, peranan, ciri-ciri dan tugas seorang
pemimpin khususnya dalam bidang kokurikulum.
 Cadangan tarikh program Kursus Kepimpinan Kokurikulum.
- Tarikh bagi program Kursus Kepimpinan Kokurikulum ini
ialah pada 9 November 2022.
 Hal-hal lain
- Pengerusi mengingatkan para guru yang hadir untuk
membuat surat jemputan penceramah kepada penceramah
dengan kadar segera untuk memastikan penceramah
bersetuju untuk datang ke Kursus Kepimpinan Kokurikulum
di SK Gas Sandakan.
- Hal yang demikian melancarkan prosedur permohonan
pengeluaran duit daripada bendahari sekolah bagi kegunaan
kursus kelak.
3.8 Pembentangan kertas konsep perkhemahan UB sekolah Tindakan/Makluman:
 AJK perkhamahan UB
 Pengelola Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah sekolah
- Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) akan menjadi pengelola
bagi perkhemahan unit beruniform sekolah pada tahun 2022
manakala persatuan Pengakap akan menjadi pengelola bagi
perkhemahan unit beruniform pada tahun 2023.
 Kem Komandan dan Timbalan Kem Komandan
- Kem Komandan: Pn. Maria binti Oyong (Persatuan Puteri
Islam Malaysia)
- Timbalan Kem Komandan: En. Silvian Silvester (Persatuan
Pengakap)
 Cadangan tarikh Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah
- Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah dicadangkan akan
berlangsung pada 11 hingga 13 November 2022.
 Yuran bagi Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah
- Cadangan yuran bagi setiap peserta perkhemahan ini ialah
RM10.
- Guru dan AKP juga akan turut menyumbang dana bagi
menampung kos makanan guru dan AKP semasa
perkhemahan nanti.
 Bilangan peserta bagi setiap unit beruniform
- Pengerusi mencadangkan bahawa setiap unit beruniform
haruslah menghantar sekurang-kurangnya 15 peserta dalam
perkhemahan ini.
 Wakil jurulatih Pusat Kokurikulum Daerah Sandakan bagi Aktiviti
Orienteering
- 5 oragn wakil jurulatih dari Pusat Kokurikulum daerah
Sandakan akan datang untuk membimbing peserta semasa
aktiviti orienteering.
 Tindakan AJK BBQ sebelum perkhemahan
- Pengerusi meminta wakil AJK BBQ untuk memaklumkan
bahan-bahan yang diperlukan semasa aktiviti barbecue
seperti udang, ikan, ayam dan lain-lain.
 Penyediaan senarai maklumat peserta, jadual guru bertugas dan
jadual aktiviti:
- Pengerusi meminta kem komandan dan timbalannya
menyediakan senarai data peserta lelaki dan perempuan.
Data yang diperlukan dalam senarai tersebut antaranya
adalah nama, unit beruniform, bangsa, alergik, jumlah
peserta lelaki dan perempuan dan ketua unit berunifrom.
- Mereka juga diminta untuk menyediakan jadual guru
bertugas serta jadual aktiviti semasa perkhemahan bagi
rujukan semua yang ada semasa perkhemahan nanti.
 Hal-hal lain
- Sentri pada waktu malam:
1. Terdapat beberapa guru akan bertugas sebagai
sentri selama 2 malam semasa perkhemahan.
2. Guru-guru ini akan menjaga kawasan perkhemahan
secara berganti-ganti.
- Catatan nombor-nombor telefon penting :
1. Pengerusi menyatakan bahawa nombor-nombor
telefon yang penting seperti nombor telefon ibu
pejabat polis daerah Sandakan, klinik, hospital
Duchess of Kent Sandakan, Balai Bomba &
Penyelamat Sandakan, Ketua Kampung dan lain-
lain harus dicatat agar pihak-pihak berkuasa ini
dapat dihubungi dengan segera semasa
kecemasan.
3.9 Pembentangan kertas konsep sukan tahunan sekolah Tindakan/Makluman:
 Cadangan Tarikh  AJK sukan tahunan, sukan
- Tarikh yang dicadangkan oleh pengerusi ialah 7 Disember tara, sukaneka.
2022 bagi sukan tahunan, 5-6 Disember bagi sukan tara dan
sukaneka.
 Kategori Para Atlit Semasa Sukan Tahunan
- Pengerusi telah bertanya tentang pengelasan para atlit pada
sukan tahunan yang lalu.
- En. Sirudi bin Sinring menjelaskan bahawa para atlit sekolah
telah dikelaskan mengikut kategori berikut:
1. Kategori A: Para atlit yang berada pada tahun 6.
2. Kategori B: Para atlit yang berada pada tahun 4 dan
5
3. Kategori C: Para atlit yang berada pada tahun 3.
- Murid-murid pada tahun 1 dan 2 pula tidak akan menyertai
sukan tahunan dan akan menyertai sukaneka.
- En. Misran bersetuju untuk meneruskan pengelasan kategori
para atlit yang sedia ada.
 Tema bagi acara perbarisan sukan tahunan
- Pn. Juliati telah bertanya tentang tema acara perbarisan bagi
sukan tahunan SK Gas pada tahun 2022.
- Setelah beberapa cadangan tema diberikan oleh para
hadirin mesyuarat, pengerusi telah bersetuju dan
menetapkan tema stesen minyak sebagai tema acara
perbarisan sukan tahunan SK Gas.
- Setiap rumah sukan akan mereka perbarisan masing-masing
berdasarkan jenama petroleum yang mempunyai tema
warna sama dengan tema warna rumah sukan. Jenama
petroleum yang dipilih oleh setiap rumah sukan adalah
seperti berikut:
1. Rumah sukan Tiara (Merah) - Caltex
2. Rumah sukan Perdana (Hijau) – Petronas
3. Rumah sukan Wira (Biru) – Petron
4. Rumah sukan Satria (Kuning) - Shell
3.10 Lain-lain hal. Tindakan:
 Semua guru
- En. Misran mengingatkan bahawa peruntukan wang untuk  Penyelaras Unit
kegunaan program-program kokurikulum atau murid- Beruniform, Kelab dan
murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan Persatuan, Sukan dan
berkaitan kokurikulum di luar sekolah haruslah disokong Permainan.
dengan dokumen kertas kerja, dan kemudian laporan
harus dihasilkan sebelum dihantar kepada unit kewangan
sekolah.
- Pengerusi tanya tentang bilangan khemah dan kanvas
yang ada. Pertanyaan tersebut dijawab oleh En. Sirudi
dengan menyatakan terdapat 11 buah khemah dalam
keadaan baik dan 6 kanvas.
- Pengerusi menyatakan jika ada guru-guru yang mahu
meminjam peralatan sukan, sila beritahu Setiausaha
Kokurikulum, En. Muhammad Rizal terlebih dahulu.
- En. Mohd Misran memberitahu penyelaras unit
beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan
untuk menyelaraskan fail mereka dengan fail setiausaha
kokurikulum.
- Mesyuarat ditangguh pada jam 2:07 petang.
DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

......................................................... ................................................ ...............................................................


(NATHANIEL BRENDAN CHURCHILL) (MOHD MISRAN BIN HJ MOHD (KAMARULARIFFIN BIN MOHAMED ZABIL)
Setiausaha II, ARFAN SALIM) Guru Besar,
Unit Kokurikulum, PK Kokurikulum, SK. Gas, Sandakan.
SK. Gas, Sandakan. Unit Kokurikulum
SK. Gas, Sandakan.

DICADANGKAN OLEH DISOKONG OLEH

You might also like