You are on page 1of 4

3 I.

PERUTUSAN PENGERUSI
1. PK Kokurikulum selaku Pengerusi Mesyuarat memulakan mesyuarat kurikulum dengan
bacaan Ummul Kitab Al-fatihah. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat
dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kokurikulum Kali Ke-3 bagi tahun 2022 - 2023. Beliau juga mengucapkan
tahniah dan terima kasih atas komitmen semua guru yang telah menyumbang tenaga
dalam menjayakan semua program kokurikulum yang telah dijalankan untuk tahun ini.
Makluman : Semua Guru II.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2. Pn Nhung Nhut a/p Chuang selaku Setiausaha Kokurikulum membentangkan Minit
Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke-2/2022-2023 dan memohon semua guru untuk membuat
semakan dan seterusnya mencadangkan minit mesyuarat berkenaan diterima dan disahkan
serta disokong. 3. Pn. Normawati binti Hussain mencadangkan minit mesyuarat berkenaan
diterima dan disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh Pn.Salmah binti Sapar.
Makluman : Semua Guru III.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4. Tiada perkara berbangkit. Makluman : Semua Guru IV. PAJSK 5. En. Muhamad Nurjuwaidi
Jaafar memaklumkan bahawa PAJSK pada gelombang ketiga (PPPM 2021 – 2025) merupakan
elemen penting kepada kemenjadian murid dan laluan yang membuka peluang kepada murid
mendapat tempat yang lebih baik di peringkat menengah. Oleh sebab itu, guru-guru perlu
memainkan peranan mempromosikan keterlibatan murid dalam bidang kelab, badan uniform
dan sukan atau salah satu daripada ketiga-tiga elemen tersebut. Makluman : Semua Guru 5.1
Guru-guru diminta agar selalu prihatin dan mengemaskini data penyertaan, pencapaian dan
sumbangan murid dalam setiap pertandingan atau aktiviti yang disertai dan direkodkan dari
semasa ke semasa. Tindakan : Guru-guru Penasihat

4 5.2 Guru-guru Penasihat Unit Kokurikulum dan guru-guru tahun 4 , 5 dan 6 diingatkan agar
sentiasa memastikan murid merekodkan kehadiran mereka dalam aktiviti Kokurikulum yang
telah mereka hadiri. Tindakan : Guru-guru Penasihat

V. PENGURUSAN KOKURIKULUM 2022 6. Program 1Murid 1Sukan 6.1 PK Kokurikulum, En.


Muhamad Nurjuwaidi Jaafar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua guru yang terlibat dalam menjalankan semua program dan aktiviti sukan dan
permainan yang telah dijalankan dengan jayanya. Makluman : Semua Guru 6.2 Kejohanan
Olahraga Tahunan kali ke 21 telah diadakan pada 29 Oktober 2022 dengan jayanya. Jutaan
terima kasih kepada semua guru yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam
melancarkan aktiviti tersebut. Makluman : Semua Guru 6.3 PK Kokurikulum juga memberi
peringatan kepada AJK yang terlibat dengan dokumentasi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke
21 dapat menghantar laporan dan dokumentasi dengan kadar segera. Tindakan : Mohd Nahar
bin Din 6.4 Walau bagaimanapun, sekolah kita tidak sempat untuk menjalankan program
pertandingan sukan dan permainan antara kelas pada tahun ini. Beliau berharap pada penggal
persekolahan yang akan datang, program ini dapat dilaksanakan kerana ia merupakan
program yang penting dan termasuk dalam komponen pemantauan kokurikulum oleh pihak
JPN. Makluman: Semua Guru 7. Pengurusan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan
Permainan. 7.1 Ketua guru-guru penasihat diingatkan agar dapat menyiapkan laporan dan
analisis kehadiran serta melengkapkan buku aktiviti kokurikulum dengan kadar segera dan
hantar untuk disemak dan dibuat pengesahan sebelum akhir persekolahaan sesi 2022/2023 ini.
Tindakan : Semua Ketua Guru-guru Penasihat

8. Koakademik 10.1 GPK Kokurikulum, En. Muhamad Nurjuwaidi Jaafar juga mengucapkan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat dalam melatih
dan membimbing pasukan koakademik yang telah berjaya meraih kemenangan dalam pelbagai
pertandingan yang telah dianjurkan pada pelbagai peringkat. Tahniah dan syabas. Makluman:
Semua Guru 10.2 Beliau berharap semua guru-guru dapat meneruskan usaha dan memberikan
komitmen yang tinggi demi untuk anak didik di SKSU dengan merancang serta membuat
persediaan lebih awal dan intensif untuk memantapkan pasukan sekolah supaya dapat
diketengahkan bakat murid dan meraih kejayaan lebih cemerlang dalam pertandingan yang
disertai pada masa akan datang. Tindakan : Pengurus dan Jurulatih Koakademik 9. Stor Sukan
9.1 Buku rekod penggunaan telah disediakan tetapi penggunannya masih tidak mencapai
tahap yang memuaskan dalam perekodan penggunaan alatan oleh guruguru yang
menggunakan atau meminjam alatan dari stor sukan. Oleh demikian, beliau berharap semua
gur yang terlibat dapat memberikan kerjasama dalam merekod setiap penggunaanya dalam
buku rekod tersebut. Makluman: Semua Guru 9.2 Pastikan alatan yang telah digunakan,
disimpan dan disusun dengan baik agar stor sukan sentiasa kemas dan rapi. Guru-guru juga
diminta bersama dengan murid semasa alatan diambil dan dipulangkan. Makluman: Semua
Guru 10. Sijil Pengiktirafan Sekolah 10.1 En. Muhamad Nurjuwaidi Bin Jaafar memohon agar
guru pengurus dan jurulatih lebih prihatin terhadap sijil-sijil murid dan mengucapkan tahniah
kepada pengurus pasukan kerana telah menyediakan sijil bagi murid dalam setiap penyertaan
dalam pertandingan yang disertai. Terima kasih juga kerana menyampaikan sijil dalam
perhimpunan rasmi sekolah sebagai langkah memotivasikan murid-murid lain. Makluman :
Semua

VI. LAPORAN KEWANGAN KOKURIKULUM 11. Rujuk lampiran. Makluman : Semua guru

6 VII. LAPORAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM 12. Jadual di bawah merujuk kepada pencapaian
kokurikulum dan sukan murid bagi tahun 2022/2023. JADUAL LAPORAN PENCAPAIAN
KOKURIKULUM DAN SUKAN BAGI TAHUN 2022/2023 BIL ACARA PENYERTAAN DAERAH NEGERI
KEBANGSAAN ANTARABANGSA 1 KEJOHANAN CATUR MSSD KULIM BANDAR BAHARU 2022

TEMPAT KE-9 ✔2 PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA TAMIL SK PERINGKAT NEGERI KEDAH

SECARA DALAM TALIAN TEMPAT KE-4 TEMPAT KE-5 ✔ 3 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD ZON
SUNGAI ULAR 2022 EMAS 100M,PERAK LOMPAT JAUH, OLAHRAGAWAN PKG SG.ULAR PERAK
LARI 80M LARI BERPAGAR EMAS LONTAR PELURU GANGSA LONTAR PELURU 4 KEJOHANAN

OLAHRAGA MSSD KULIM BANDAR BAHARU 2022 PERAK 4x100 PERAK LONTAR PELURU ✔ 5
POETRY RECITATION TEMPAT KE-7 ✔ 6 STORYTELLING TEMPAT KE-10 ✔ 7 KEJOHANAN BOLING

MSSD KBB TEMPAT KE-4 TEMPAT KE-10 ✔ 8 KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON/DAERAH

JOHAN ZON PKG / KETIGA DAERAH ✔ 9 KALAM ARABY PENYERTAAN ✔ 10 LOMPAT TALI TAIWAN

CHALLENGE PENYERTAAN ✔ 11 MAHRAJAN AL-QURAN EHAFAZAN PERINGKAT DAERAH KULIM

PENYERTAAN ✔ 12 VIRTUAL SCRABBLE PERINGKAT DAERAH KULIM PENYERTAAN ✔ 13 TADARUS

DAN KHATAM AL-QURAN PPIM DKBB 2O22 PENYERTAAN ✔ 14 DAIE' CILIK PENYERTAAN ✔ 15

MAHRAJAN AL-QURAN ETARANNUM PENYERTAAN ✔ 16 KEJOHANAN BADMINTON MSSD KULIM

BANDAR BAHARU PENYERTAAN ✔ 17 PERTANDINGAN VIDEO KAD RAYA DIGITAL ANJURAN PPIM

DKBB PENYERTAAN ✔ 18 PERTANDINGAN BAHAS PENYERTAAN ✔

ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH 19 KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH

PENYERTAAN ✔ 20 SAJAK ADAB DAN NILAI PENYERTAAN ✔ 21 FUTSAL CEO CILIK FIRST GRADE

2022 PENYERTAAN ✔ 22 SENI KHAT SIBER PENYERTAAN ✔ 23 KEJOHANAN BOLA BALING MSSD

KULIM PENYERTAAN LELAKI 12 ✔ 24 KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KULIM PENYERTAAN

PEREMPUAN 12 ✔ 25 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KULIM PENYERTAAN LELAKI 12 ✔ 26

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KULIM PENYERTAAN PEREMPUAN 12 ✔ 27 NYANYIAN SOLO

KEROHANIAN PENYERTAAN ✔ 28 BERCERITA TAHAP 2 PENYERTAAN ✔ 29 INTERNATIONAL

POLYCC OPEN ONLINE CHESS CHAMPIONSHIP 2022 PENYERTAAN ✔ 30 PERTANDINGAN

PIDATO " HARGAI SAWIT MALAYSIA" KATEGORI BAHASA MELAYU PENYERTAAN ✔ 31


PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2022

PENYERTAAN ✔ 32 PERTANDINGAN KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU PENYERTAAN ✔


33 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT

DAERAH KULIM BANDAR BAHARU TAHUN 2022 PENYERTAAN ✔ 34 JAMBORI ANTARABANGSA

PENGAKAP SEMPENA 100 TAHUN PENGAKAP KEDAH PENYERTAAN ✔ 35 TADARUS PAL -QURAN

PERDANA PERINGKATKEBANGSAAN 2O22 PENYERTAAN ✔ 36 Pertandingan " Video Based Short


Story Competition - Bahasa Cina Tempat ke - 5 ✔ 37 PERTANDINGAN SAINS CILIK KREATIF

PERINGKAT KEBANGSAAN PENYERTAAN ✔

8 (SARINGAN) 2022 38 CABARAN KOKURIKULUM TKRS/KRS PERINGKAT KEBANGSAAN

PENYERTAAN ✔ Makluman: Semua Guru VII. HAL – HAL LAIN 13. Pengerusi Mesyuarat
mempersilakan dan menjemput semua guru yang hadir dalam mesyuarat untuk memberi
pendapat dan pandangan tentang pengurusan Kokurikulum untuk menambah baik dan
menangani masalah yang timbul. Makluman: Semua Guru 14. En. Muhamad Nurjuwaidi Bin
Jaafar mengingatkan semua guru supaya dapat merancang aktiviti Kokurikulum yang lebih
menarik dan kreatif supaya dapat menarik minat murid untuk hadir pada hari aktiviti
Kokurikulum dijalankan. Makluman: Semua Guru 15. Beliau juga mengingatkan Jawatankuasa
Dokumentasi agar bertindak lebih efektif untuk menyiapkan dokumentasi seminggu selepas
program/aktiviti dijalankan. Makluman: Semua Guru Makluman: Semua Guru 17. Adakan
latihan dan persediaan lebih awal kepada murid dan elakkan persediaan di saat-saat akhir agar
hasil yang lebih baik dapat dicapai dalam setiap kejohanan atau pertandingan yang disertai.
Makluman: Semua Guru V.UCAPAN PENANGGUHAN a. En. Muhamad Nurjuwaidi Jaafar
berharap guru-guru terus komited dalam melaksanakan amanah serta tugas yang diberikan.
Beliau juga berharap semua guru dapat memberi kerjasama dan sama-sama turun padang dan
bersemangat melatih murid-murid yang menunjukkan minat mereka dalam bidang
Kokurikulum. Namun begitu, aspek keselamatan murid jangan diabaikan. b. Akhir kata, PK
Kokurikulum mengucapkan terima kasih atas perhatian yang telah diberikan oleh semua guru
dan sekali lagi beliau memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan yang wujud
dalam pengurusan Kokurikulum. Unit Kokurikulum sentiasa mengalu-alukan idea dan
cadangan guru untuk memantapkan lagi pengurusan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

c. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Disediakan oleh, (NHUNG NHUT CHUANG)
Setiausaha Kokurikulum.

......

You might also like