You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

BIL 02/2022
SK KEMPADANG.

Tarikh : 20 April 2022


Masa : 12.10 tgh
Tempat : Makmal komputer

KEHADIRAN:
Semua ketua penasihat unit beruniform, kelab dan permainan.

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Encik Borhanuddin Bin Aziz mengucapkan ucapan aluan dan berterima
kasih atas kehadiran semua guru.Semoga dengan kehadiran semua
perancangan daripada unit Koko dapat berjalan lancar dengan jayanya.
1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT YANG LALU

2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum kali ke 1/2022.


2.2 Noor Adzdaliana binti Mohamed Zawawi mencadangkan Minit Mesyuarat
Kokurikulum kali ke 1/2022 disahkan. Norizan binti Bakar sokong minit
disahkan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru Penolong Kokurikulum memaklumkan masih guru penasihat yang


belum melengkapkan laporan, sow dan apa-apa berkaitan e-koko 2021.

3.2 Tahniah kepada guru yang telah menyelesaikan tugas dan menghantar
laporan e-Koko pada semester yang lepas

3.3 Terdapat beberapa perubahan guru penasihat dalam unit beruniform, kelab
dan permainan. Namun, ia hanya perubahan yang kecil.

3.4 Takwim Kokurikulum telah siap dan boleh dirujuk dalam drive.

3.5 Pemakluman lagi berkenaan pertambahan tiga kelab/persatuan iaitu kelab


pencegahan jenayah, persatuan bahasa arab dan kelab media dan fotografi. Ketiga-tiga
kelab ini baru dan perlu merangka perancangan kelab dalam e-koko dari mula.

3.6 Surat lantikan juga sudah diedarkan kepada semua guru.

Makluman dan tindakan


1
4. HAL-HAL LAIN

4.1 Encik Borhanudin bin Aziz memaklumkan pelaksanaan kokurikulum tidak


boleh masuk dalam jadual induk. Pelaksanaan perlu dibuat luar waktu
pembelajaran.
4.2 Terdapat tiga pilihan yang dibincangkan iaitu dilaksanakan pada hari selasa
(2.30-3.30 / permainan) dan rabu (12.30 – 1.30 / ub bergilir dengan kelab) atau hari
sabtu pagi (8.00 – 9.00 / permainan) dan hari rabu (12.30 – 1.30 / ub bergilir dengan
kelab) atau rabu (12.30 – 1.30 / ub, kelab dan permainan bergilir). Perbincangan ini
akan dibawa ke pihak atasan dan akan dimaklumkan kemudia setelah mendapat
keputusan.
4.3 Pengisian e-koko boleh merujuk video yang telah dimuat naik oleh Enzik
Zulkefli. Guru penasihat perlu melengkapkan keperluan unit dan pastikan laporan
mingguan setiap kali perjumpaan perlu diisi. Encik Borhanudin memberikan tempoh
sehingga selepas cuti raya untuk mengemaskini unit masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 pagi dengan bacaan surah Al Asr.

Disediakan oleh:

......................................................
NOR ELYANI BINTI ISMAIL
Setiausaha Kokurikulum
SK Kempadang

Disahkan Oleh :

.....................................................
BORHANUDIN BIN AZIZ
GPK Kokurikulum
SK Kempadang

2
3

You might also like