You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

KELAB DOKTOR MUDA 2020

Tarikh : 14 Januari 2020


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Abad / Bilik Swipe
Kehadiran :

1. Encik Adnan bin Mohamad


2. Encik Baharudin bin Ali
3. Encik Muhamad Ismail bin Saad
4. Puan Jamilah Bee binti Abdul Rahman
5. Puan Nurul Afzani binti Ismail
6. Puan Zuraida binti Ramzan

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi Mesyuarat iaitu Encik Adnan bin Mohamad mengucapkan selamat
datang kepada semua ahli Kelab Doktor Muda pada perjumpaan kali yang
pertama ini.
Tindakan : Makluman

1.2 Encik Adnan bin Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir pada hari ini di atas kerjasama yang telah diberikan. Beliau
mengharapkan kerjasama daripada semua untuk menjayakan program dan
aktiviti yang bakal dilaksanakan bersama murid setiap kali perjumpaan
kokurikulum nanti.

Tindakan : Makluman

2. Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa

2.1 Perjumpaaan kali pertama ini bertujuan untuk memilih dan melantik ahli
jawatankuasa Kelab Doktor Muda yang baru bagi sesi 2020.

Tindakan : Guru Penasihat


2.2 Berdasarkan undian yang telah dibuat, AJK untuk guru penasihat Kelab
Doktor Muda 2020 adalah seperti berikut :

Pengerusi : Encik Adnan bin Mohamad


N. Pengerusi : Puan Jamilah Bee binti Abdul Rahman
Setiausaha : Puan Nurul Afzani binti Ismail
N. Setiausaha : Encik Baharudin bin Ali
Bendahari : Encik Muhamad Ismail bin Saad
AJK : Puan Zuraida binti Ramzan

3. Rancangan Aktiviti Tahunan 2020

3.1 Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2020 iaitu :


 Buletin Kelab
 Sudut Info Kelab
 Buku Skrap
 Pertandingan mewarna
 Gotong-Royong menghias sudut Kelab Doktor Muda
 Kuiz
 Tayangan Video
 Explorace
 Melukis poster
 Menghasilkan kad Hari Raya bertemakan Sains
 Bijak Sains dan Matematik

4. Peraturan Kelab

4.1 Encik Adnan bin Mohamad menerangkan serba sedikit tentang peraturan
kelab iaitu :
 Kehadiran adalah diwajibkan pada setiap kali perjumpaan
 Setiap ahli diwajibkan berpakaian kokurikulum yang lengkap
 Setiap murid mestilah mempunyai buku log untuk catatan.

Tindakan : Guru Penasihat dan murid


5. Hal-hal lain

5.1 Encik Adnan bin Mohamad menerangkan serba sedikit tentang aktiviti yang
akan diadakan pada perjumpaan yang seterusnya.
Tindakan :Guru Penasihat

5. Penutup

5.1 Encik Adnan bin Mohamad mengingatkan sekali lagi tentang aktiviti yang
akan diadakan pada minggu berikutnya. Beliau berharap agar semua guru
dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap Kelab Doktor Muda.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh :

…………………………………...
(NURUL AFZANI BINTI ISMAIL)
Setiausaha,
Kelab Doktor Muda,
SK Sungai Nibong.

You might also like