You are on page 1of 2

Teks Ucapan : Perhimpunan Minggu

1. Assalamualaikum WKT dan selamat pagi

2. Yang Berusaha penolong kanan pentadbiran Puan Zaleha binti Abdullah, penolong kanan
hal ehwal murid Encik Razali bin Yusoh, penolong kanan kokurikulum Puan Hajah Maziahtul
Aliah binti Hj. Ismail, guru-guru dan murid-murid yang cikgu kasihi sekalian.

3. Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKBE. Untuk
makluman murid-murid guru yg bertugas pada minggu ini ialah guru kumpulan 2 iaitu cikgu
Fatin, cikgu hidayah, cikgu Tahiyyah,cikgu Ashraf, Cikgu Norlina dan ustazah Rusnani.
Sekiranya ada sebarang masalah bolehlah berjumpa guru-guru berkenaan.

4. Tajuk perhimpunan yang diberi pada minggu ini ialah masa. Masa itu emas. Setiap orang
mempunyai 24 jam sehari. Tidak terlebih atau terkurang walau sesaat. Pun begitu, masih
ramai yang kecundang dalam mengurus masa sendiri. Golongan pelajar terutamanya.
Contohnya dalam Islam surah al-asr Allah berfirman: Demi masa sesungguhnya manusia
benar-benar berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amalan
soleh serta saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Jadi di sini ckg nak
kongsikan beberapa perkara ataupun tips yg boleh kamu lakukan di sekolah utk menghargai
masa.

1. Datanglah awal ke sekolah,

2. fokus semasa pengajaran guru,

3. membuat kerja rumah tanpa bertangguh,

4. Sentiasa menepati waktu


5. membaca apabila ada kesempatan terluang,

6. amalan mencatat nota, dan elakkan bual-bual kosong.

4.  Hargailah masa, kerana masa hanya datang sekali sahaja dan masa yang sekali itulah
menentukan halatuju dan masa hadapan untuk kehidupan anda puluhan tahun akan datang.

“ An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”

You might also like