You are on page 1of 11

LAPORAN MINGGU BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR

TAHUN 2018

Tarikh : 07 Ogos 2017 – 11 Ogos 2017

Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris Skpl

Sasaran : Semua murid SKPL

Aktiviti :

i. Scrabble Games
ii. Spelling Bee
iii. Writing Essay Competition
iv. Word Search
v. Word Chain

Ringkasan Minggu Bahasa Inggeris SKPL

Minggu Bahasa Inggeris bagi Tahun 2017 telah diadakan pada 07 Ogos 2017 selama
seminggu. Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris telah diadakan pada hari Isnin dalam
perhimpunan rasmi Hari Isnin. Semasa pelancaran Minggu Bahasa Inggeris, Ketua
Panitia Bahasa Inggeris, Pn Nik telah memberi ucapan dan menerangkan mengenai
aktiviti – aktiviti yang akan diadakan sepanjang Minggu Bahasa Inggeris. Penolong
Kanan Pentadbiran, En. Shahrulzin Bin Ismail telah merasmikan pelancaran Minggu
Bahasa Inggeris. Ahli Panitia Bahasa Inggeris telah berusaha menghasilkan satu gimik
untuk menarik perhatian semua murid terhadap pelancaran Minggu Bahasa Inggeris.
Scrabble Games

Penyertaan dibuka kepada semua murid Tahap 2 bagi Permainan Scrabble.


Pertandingan Scrabble telah dijalankan pada hari Rabu, pada jam 2.30 petang. Hakim
bagi pertandingan ini adalah Puan Nik dan Cik Syahirah. Pertandingan Scrabble telah
diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini memberi peluang kepada murid
untuk mengaplikasikan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam bentuk permainan yang
menyeronokkan. Persaingan yang sihat juga dapat dilihat melalui pertandingan ini.

Kategori Tahun 5 & 6

Johan : Tahun 5

Naib Johan : Tahun 6

Kategori Tahun 3 & 4

Johan : Tahun 3

Naib Johan : Tahun 4

Spelling Bee

Spelling Bee telah diadakan bagi dua tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Semua murid
diberi peluang untuk mencuba mengeja perkataan yang dikemukan oleh guru Bahasa
Inggeris yang bertugas. Spelling Bee telah diadakan di dataran perhimpunan pagi.
Setiap murid yang berjaya mengeja perkataan dengan betul dan tepat akan diberi
hadiah pada hari terakhir Minggu Bahasa Inggeris. Aktiviti ini menguji murid untuk
mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

Writing Essay Competition

Pertandingan menulis karangan Bahasa Inggeris dibuka kepada semua murid Tahap 2,
iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6. Semua murid yang menyertai perlu menghantar karangan
mereka kepada guru Bahasa Inggeris mereka untuk dinilai. Pertandingan menulis
karangan ini memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan pembelajaran
membina ayat Bahasa Inggeris yang mereka pelajari sepanjang persekolahan.
Johan : Nur Umairah Syarmina Bt Armam

Naib Johan : Muhammad Aqil Mukhriz Bin Mohd Fakhruzzaman

Tempat ketiga : Nur Aisya Fatihah Bt Abdullah

Word Chain & Word Search

Semua murid Tahap 1 diberi satu lembaran Word Search untuk mencari perkataam
Bahasa Inggeris. Manakala semua murid Tahap 2 perlu menyambung membina
perkataan Bahasa Inggeris dalam kumpulan masing –masing. Aktiviti ini dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata murid dan memberi peluang kepada mereka
untuk meluaskan lagi pengetahuan mereka dalam membina perkataan dalam Bahasa
Inggeris. Murid juga dapat menerapkan nilai kerjasama dan bekerja secara berpasukan.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

Majlis perasmian penutupan Minggu Bahasa Inggeris telah diadakan pada hari terakhir,
iaitu hari Jumaat. Para pemenang bagi setiap aktiviti dan pertandingan telah diberikan
hadiah dalam majlis ini. Semua murid berasa gembira dan berjaya menyertai aktiviti –
aktiviti yang menyeronokkan sepanjang Minggu Bahasa Inggeris. Panitia Bahasa
Inggeris akan meneruskan program Minggu Bahasa Inggeris pada tahun akan datang
supaya dapat memberi manfaat kepada semua murid.

Disediakan oleh :

………………………………………………..
(NIK NUR FAKHIRA BT NIK MD SALLEH)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Padang Lebar

Disemak oleh :

……………………………………………
(SHAHRULZIN BIN ISMAIL)
PK Pentadbiran
SK Padang Lebar
LAPORAN BENGKEL BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR

TAHUN 2017

Tarikh : 14 April 2017

Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris SKPL

Sasaran : Semua Murid Tahun 5 & 6 (termasuk murid PPI)

Aktiviti : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan (Kertas 013 dan 014)

Ringkasan aktiviti :

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 14 April 2017,
jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Sasaran program ini adalah semua murid Tahun 5
dan Tahun 6. Penceramah jemputan merupakan JU Bahasa Inggeris Kuala Pilah iaitu
Puan Zurina Binti Makhtar dari SK Talang.

Penceramah menerangkan serba sedikit mengenai format baharu bagi kertas Bahasa
Inggeris Pemahaman(013) dan Bahasa Inggeris Penulisan (014). Semua murid juga
telah diberi pendedahan dengan teknik menjawab soalan oleh penceramah.

Semua murid menerima satu lembaran contoh soalan dan membincangkan cara
menjawab soalan tersebut bersama penceramah jemputan. Bengkel ini berakhir pada
jam 5.30 petang. En Shahrulzin Bin Ismail menyampaikan cenderahati kepada
penceramah jemputan.
Di akhir program semua murid dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai
format baharu UPSR terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mereka juga
didedahkan dengan teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan. Bengkel seperti ini
akan diteruskan pada masa akan datang bagi murid Tahun 3 dan juga Tahun 4 pula.

Disediakan oleh :

…………………………………………………..
(NIK NUR FAKHIRA BT NIK MD SALLEH)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Padang Lebar

Disemak oleh :

……………………………………………
(SHAHRULZIN BIN ISMAIL)
PK Pentadbiran
SK Padang Lebar
LAPORAN AKTIVITI HARI BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR

TAHUN 2018

Tarikh : Setiap hari Rabu (Januari)

Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris SKPL

Sasaran : Semua murid Tahun 1 – Tahun 6

Aktiviti : Reading,Vocab Attack, Singing

Ringkasan :

Setiap hari Rabu merupakan Hari Bahasa Inggeris ( English Day ) bagi Sekolah
Kebangsaan Padang Lebar. Satu aktiviti Bahasa Inggeris dipilih dan diadakan dalam
perhimpunan pagi setiap Hari Rabu selama 15 minit bermulajam 7.30 pagi. Aktiviti
disesuaikan mengikut tahap murid.

Murid menyanyikan lagu "Season in the sun" dan


"One moment in time"
Disediakan oleh :

…………………………………………………..
(NIK NUR FAKHIRA BT NIK MD SALLEH)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Padang Lebar

Disemak oleh :

……………………………………………
(SHAHRULZIN BIN ISMAIL)
PK Pentadbiran
SK Padang Lebar

You might also like