You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SITIAWAN 32000 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN TEL: 05-6923754 email: sksitiawan@yahoo.

com

MINIT MESYUARAT PERSATUAN BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2014 Tarikh Hari Masa Tempat KEHADIRAN: 1. PUAN IRDAWATI BINTI SHUIB 2. PUAN SALMAH BINTI BAHRI 3. PUAN SALINA BINTI ABD HAMID AGENDA: 1. UCAPAN PENASIHAT 1.1 Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris bagi sesi 2014 iaitu Pn Irdawati binti Shuib mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru penasihat dan ahli persatuan yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini buat pertama kalinya pada tahun 2014. 1.2 Beliau juga mengharapkan agar segala perancangan aktiviti pada tahun ini dapat dijalankan dengan jayanya. 1.3 Beliau menyarankan agar semua ahli persatuan Bahasa Inggeris dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap segala aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun 2014 ini. Tindakan:Makluman 2. PERLANTIKAN AJK PERSATUAN BAHASA INGGERIS BAGI SESI 2014 2.1 Guru penasihat mencatat kehadiran murid pada perjumpaan kali ini. 2.2 Perlantikan AJK Persatuan Bahasa Inggeris bagi sesi 2014 telah dijalankan dengan jayanya. 2.3 Berikut adalah senarai rasmi AJK Persatuan Bahasa Inggeris bagi sesi 2014
1

: 15 Januari 2014 : Rabu : 1.30 petang : Kelas 5 Nilam

2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.3.6 2.3.7 2.3.8 2.3.9

Pengerusi: Nureen Alia binti Yusry Naib Pengerusi: Amira binti Abdullah Setiausaha: Nur Aina Farihin binti Mohd Farizal Naib Setiausaha: Nur Zarith Sofea binti Azman Bendahari: Nur Syafiqah Arissa binti Daud AJK Tahun 6: Muhamad Fikri Hizami bin Hasan AJK Tahun 6: Nazira binti Yusob AJK Tahun 5: Muhammad Muzakkii bin Mohamad Murazkhi AJK Tahun 5:Nor Eliyana Balqis binti Mohd Nasir

2.3.10 AJK Tahun 4: Harresh a/l Manimaran 2.3.11 AJK Tahun 4: Nur Ain Syakirah binti Amir Mohd Tindakan: Makluman 3. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 3.1 Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris juga menerangkan tentang perlembagaan Persatuan Bahasa Inggeris kepada semua ahli yang hadir. 3.2 Selain itu, Guru Penasihat juga menerangkan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan sepenuhya pada tahun 2014. 3.3 Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah Craft, Origami, Puppets Show, Crossword Puzzles, Word Search/ Wordmaze, Hi-Tea session, etc. Tindakan: Makluman 4. HAL-HAL LAIN 4.1 Guru Penasihat juga memaklumkan bahawa aktivit Persatuan Bahasa Inggeris ini bakal diadakan pada 22 Januari 2014 iaitu pada hari Rabu. 4.2 Jadual Persatuan Bahasa Inggeris telah ditampal di papan kenyataan dan kelas masing-masing. 4.3 Setiap ahli juga diingatkan supaya memakai pakaian yang sesuai bagi menjalankan aktiviti Kokurikulum ini. 4.4 Setiap ahli juga diingatkan supaya menyediakan sebuah buku tulis bagi tujuan aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris ini. Tindakan: Makluman

5. PENUTUP 5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang. Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, . (NUR AINA FARIHIN BINTI MOHD FARIZAL) SETIAUSAHA PERSATUAN BAHASA INGGERIS 2014 SK SITIAWAN Disemak oleh, (PUAN IRDAWATI BINTI SHUIB) JURULATIH UTAMA PERSATUAN BAHASA INGGERIS 2014 SK SITIAWAN

You might also like