You are on page 1of 4

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 En. Ruslan bin Ahmad selaku Pengerusi KPPR Cawangan Pahang mengucapkan salam dan terima
kasih serta mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Mesyuarat Agung Kali ini dan berharap agar semua
ahli mengikuti perjalanan mesyuarat kali ke 28 ini sehingga akhir.

1.2 Pengerusi juga berharap semua ahli mesyuarat memberi kerjasama agar Mesyuarat Agung Kali Ke
28 ini berjalan dengan lancar.

1.3 Pengerusi memohon membuat semakan di peringkat Ibu Pejabat mengenai permohonan ahli yang
telah di isi bagi mendapat kepastian samada permohonan telah diluluskan dan tidak mempunyai
sebarang masalah.

1.4 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa usul tidak dapat dibahaskan kerana borang usul
dimasukkan sekali bersama borang undi. Pengerusi turut memohon maaf kerana kekhilafan semasa
pengedaran sampul undi kerana tidak disertakan sekali sampul bagi usul.

AGENDA 2 : MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG


KPPR CAWANGAN PAHANG KALI KE 27

2.1 Peringatan Mesyuarat Agung KPPR Cawangan Pahang Kali ke 27 pada tarikh 17 Julai 2019
dibentangkan oleh Sdr. Abdul Shukor bin Mohd Taib selaku Setiausaha KPPR Cawangan Pahang.

2.2 Peringatan Mesyuarat Agung KPPR Cawangan Kali ke 27 diterima dan disahkan oleh Tn. Hj. Karmidi
bin Hj Katam.

AGENDA 3 : MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KPPR


CAWANGANPAHANG BAGI PENGGAL 2017/2019

3.1 Laporan Ahli Jawatankuasa KPPR Cawangan Pahang Penggal 2017/2019 dibentangkan oleh
Sdr. Abdul Shukor bin Mohd Taib selaku Setiausaha KPPR Cawangan Pahang.

3.2 Laporan Ahli Jawatankuasa KPPR Cawangan Pahang Penggal 2017/2019 diterima dan disahkan oleh
En. Johari bin Ismail.

AGENDA 4 : MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN BAGI


PENGGAL 2017/2019 YANG BERAKHIR PADA 31 MAC 2018

4.1 Laporan Kewangan KPPR Cawangan Pahang Bagi Penggal 2017/2019 yang berakhir pada 31 Mac
2018 dibentangkan oleh Cik Sazaliza binti Ahmad Mokhtar selaku Bendahari KPPR Cawangan
Pahang.

4.2 Laporan Kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2018 diterima dan disahkan oleh Tn. Hj. Karmidi bin
Hj Katam.
AGENDA 5 : MELANTIK 3 ORANG PEMERIKSA KERTAS UNDI

5.1 Mesyuarat bersetuju melantik 3 orang pemeriksa kertas undi seperti berikut :-

1. Sdr. Mohd Saifullah bin Zamri - PRD Pahang Timur

2. Pn. Nor Asila - PRD Pahang Timur

3. Pn. Zaimoni binti Mohd Zahari - PRD Pahang Timur

AGENDA 6 : MELANTIK 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA

5.1 Mesyuarat bersetuju melantik 2 orang pemeriksa kira-kira seperti berikut :-

1. Sdr. Warizal - PRD Pahang Timur

2. Sdr. Fahmi - PRD Pahang Timur

AGENDA 7 : MENGISTIHARKAN KEPUTUSAN UNDI SULIT AHLI JAWATANKUASA KPPR


CAWANGAN PAHANG BAGI PENGGAL 2019/2021

7.1 Pengerusi : Sdr.

Setiausaha : Sdr.

Bendahari : Cik

Ahli : 1.

Jawatankuasa 2.

(7 orang) 3.

4.

5.

6.

7.

7.2 Ahli Perwakilan : 1.

(4 orang) 2.

3.
4.

7.3 Penandatangan cek bagi akaun Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Sem. Msia Cawangan Pahang bagi
Penggal 2019/2021 di Bank Muamalat Kuantan bernombor 060120002657716 adalah seperti
berikut :-

1.

2.

3.

4.

AGENDA 8 : MENCALONKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI KPPR KEBANGSAAN BAGI


PENGGAL 2019/2021

8.1 Mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru penggal
2019/2021 bagi mencalonkan 5 orang Ahli Majlis KPORSM bagi penggal 2019/2021.

AGENDA 9 : MEMBAHASKAN USUL

9.1 Usul daripada AJK KPPR Cawangan Pahang

1. Pencadang : Sdr. Johari bin Ismail

Membawa semula usul yang dibawa dalam Mesyuarat Agung Perwakilan KPPR Semenanjung
Malaysia seperti berikut :-

i) Menaikkan yuran ahli daripada RM5.00 kepada RM10.00


ii) Meminda Peraturan 11 Perlembagaan KPPR dengan menukar status EXCO pusat
daripada Setiausaha Cawangan kepada Pengerusi Cawangan

9.2 Usul daripada Ahli KPPR Cawangan Pahang

1. Pencadang : Sdr. Abdul Aziz bin Ismail - PRD Temerloh

Memohon supaya Pengurusan RISDA memberi token sebanyak RM80.00 kepada semua Ketua
Stesen/ PPK memandangkan kos penggunaan bil telefon yang agak tinggi bagi berhubung dengan
pekebun kecil.

2. Pencadang : Sdr. Amirul - PRD Bera

Memohon supaya pihak KPPR membawa usul beliau ke Bahagian Latihan berkenaan Permohonan
Kursus yang telah dipohon oleh kakitangan di dalam SKT Tahunan di ambil perhatian dan memberi
keutamaan kepada pemohon seperti yang diisi didalam SKT.
3. Pencadang : Pn Asmah - PRD Bentong

i) Memohon supaya Pihak Pengurusan RISDA memberi semula Elaun Khas Penyelia
Rangkaian.

ii) Beliau turut memohon agar Yayasan RISDA menaikkan kelayakan subsidi dari
RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sekeluarga.

4. Pencadang : Sdr. Faezal _PRD Bentong

Memohon supaya Pengurusan RISDA menyerap kakitangan Kontrak yang telah berkhidmat
melebihi 2 tahun menjadi kakitangan RISDA yang tetap.

AGENDA 10 : UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Sdr. Nordin bin Endol mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf kepada semua ahli
sepanjang perkhidmatan beliau dalam persatuan ini dan memaklumkan bahawa beliau akan
bersara pada tahun 2020.

10.2 Sdr. Mohd Fekri bin Mohd Salleh mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ahli yang
hadir dan bermesyuarat dan juga mengucapkan selamat bersara kepada ahli yang akan bersara.

Seterusnya Pengerusi menangguhkan mesyuarat Agung KPPR Cawangan Pahang Kali Ke 28 dengan
bacaan Surah Al Asr serta tasbih kifarah.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.00 petang

Disemak Oleh :……………………….. Disahkan Oleh :………………………………..

Abdul Shukor bin Mohd Taib Ruslan bin Ahmad


Setiausaha Pengerusi

You might also like