You are on page 1of 36

MAAHAD AL-UMMAH

JALAN JELAPANG
31200, CHEMOR
PERAK DARUL RIDZUAN
(AFT2002)

05-2012727

05-2012357

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


BADAN KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN
MAAHAD AL-UMMAH

16 MEI 2023
27 Shawal 1444 hijr

02.00 PETANG
Masa itu Emas

BILIK GERAKAN AS-SIDDIQ FADHIL


Maahad Al-Ummah

1
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 Notis Mesyuarat Agung BKGK SABK Maahad Al-Ummah Kali Ke-12 Sesi 3
2023/2025
3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan BKGK SABK Maahad Al-Ummah Kali Ke-12 4
Sesi 2021/20223
3 Minit Mesyuarat Agung BKGK SABK Maahad Al-Ummah Kali Ke-11 2020/2021 5

4 Ahli Jawatankuasa BKGK SABK Maahad Al-Ummah Sesi 2021/2023 15

5 Laporan Kewangan BKGK SABK Maahad Al-Ummah Bagi Tahun Berakhir 31 16


Disember 2022

6 Laporan Aktiviti BKGK SABK Maahad Al-Ummah 18

7 Usul dan Cadangan Guru dan Kakitangan 21

8 Jawatankuasa BKGK SABK Maahad Al-Ummah Sesi 2023/2025 22

9 Penghargaan 23

10 Lampiran – Perlembagaan BKGK 24

2
Ruj. Kami : BKGK/M/01/2023(01)
Tarikh : 08 Mei 2023

Assalamualaikum w.b.t

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)


SABK Maahad Al-Ummah
31200 Chemor
Perak Darul Ridzuan

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKGK SABK MAAHAD AL-UMMAH KALI KE-12 SESI 2021/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan BKGK SABK Maahad Al-Ummah Kali ke-12 Sesi
2021/2023 akan diadakan pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 16 Mei 2021 (Selasa)


2.2 Tempat : Bilik Gerakan As-Siddiq Fadhil
2.3 Masa : 2.00 petang

3. Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat berkenaan amatlah dialu-alukan

4. Bersama-sama surat ini disertakan borang usul (google form) untuk dicadangkan dalam mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

“AHLI DIDAHULUKAN, KEBAJIKAN DIUTAMAKAN”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HAKIMI BIN ABDUL HALIM)


Pengerusi BKGK
Maahad Al-Ummah

S.K 1. Penasihat

3
3
BIL. PERKARA

1 Pendaftaran Kehadiran Guru dan Kakitangan

2 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

3 Ucapan Pengerusi BKGK 2021/2023

4 Ucapan Penasihat

5 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

6 Perkara Berbangkit

7 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan

8 Perbahasan Usul

9 Pembubaran AJK BKGK SABK Maahad Al-Ummah Sesi 2021/2023

10 Pelantikan AJK BKGK SABK Maahad AL-Ummah Sesi 2023/2025

11 Hal-hal Lain

12 Ucapan Penangguhan Oleh Pengerusi BKGK SABK Maahad Al-Ummah Sesi


2021/2023

4
4
MINIT MESYUARAT AGUNG
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)
KALI KE-11

SABK MAAHAD AL-UMMAH, 31200 CHEMOR,


PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh : 16 Februari 2021


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing melalui aplikasi Google Meet

____________________________________________________________________________
BIL AGENDA

____________________________________________________________________________

1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat (Puan Mazni binti Abdul Kadir)

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Quran serta mengalu-


alukan kedatangan semua ahli mesyuarat.

1.2 Mengalu-alukan kedatangan semua ahli BKGK yang hadir dan berterima
kasih atas kehadiran mereka yang menunjukkan komitmen tinggi bagi
menjayakan perlaksanaan program BKGK di masa akan datang samada
secara normal mahupun norma baharu.

1.3 Mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh ahli
jawatankuasa serta semua ahli dalam melancarkan perjalanan program
yang telah dirancang sepanjang tahun 2019 hingga tahun 2020.

1.4 Mengharapkan agar ahli yang bakal dilantik untuk menerajui BKGK akan
dapat memantapkan lagi pengurusan BKGK dan dapat melaksanakan
tugas dengan penuh dedikasi serta amanah.

____________________________________________________________________________

2 Ucapan Penasihat BKGK (Tuan Hj Abdul Aziz bin Musa)

____________________________________________________________________________

2.1 Penasihat BKGK iaitu Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj Abdul Aziz
bin Musa mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir
ke mesyuarat pada kali ini dengan cara norma baharu iaitu melalui
aplikasi ‘google meet’ di mana dengan cara ini tidak menjadikan isu

5
5
bahawa apa jua mesyuarat tidak dapat dijalankan hanya kerana
pandemik melanda, namun dengan perkembangan teknologi, segala
kerja, tugas, amanah dan mandat dapat di teruskan.
2.2 Tuan Pengetua mengharapkan kerjasama semua ahli untuk
menyumbang idea ke arah memajukan lagi badan kebajikan ini pada
masa akan datang dengan mengutamakan 3R iaitu ‘Riadah, Rehlah
dan Rohani (Dakwah)’.
2.3 Beliau meminta supaya jawatan kuasa BKGK yang dilantik dapat
memperkemaskan lagi tugas masing-masing berdasarkan posisi
jawatan yang disandang selain sentiasa mencari idea untuk
mendapatkan dana bagi BKGK.
____________________________________________________________________________

3 Melantik Setiausaha/Pencatat Mesyuarat BKGK Kali ke-11


(Encik Fakhruddin bin Kamaruzailan)

____________________________________________________________________________

3.1 Ahli mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk melantik Puan
Munarizan binti Muin dan Encik Mohammad Khabib bin Zulbakri sebagai
Setiausaha/Pencatat Mesyuarat bagi menjalankan tugas mencatat minit
mesyuarat agung BKGK kali ini.

___________________________________________________________________________

4 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung BKGK Kali ke-10

(Puan Mazni binti Abdul Kadir)

___________________________________________________________________________

4.1 Setiausaha BKGK telah membentangkan minit mesyuarat kepada semua


ahli mesyuarat serta memohon pengesahan daripada ahli mesyuarat tanda
terima.

4.2 Pengesahan minit mesyuarat BKGK Kali ke-10 :

4.2.1 Cadangan : Encik Amirul Asyraf bin Nasarudin

4.2.2 Sokongan : Encik Shariffuddin bin Mat Yunus

6
6
____________________________________________________________________________

5 Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2019 hingga Tahun 2020 (Puan Erma
Farida binti Abu Hassan)

____________________________________________________________________________

5.1 Bendahari BKGK telah membentangkan laporan kewangan bagi tahun


2019 hingga tahun 2020. (Rujuk lampiran penyata pendapatan dan
perbelanjaan berakhir Disember 2020)

5.2 Memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan dana BKGK bagi tahun 2019
hingga 2020 yang diperolehi melalui pembayaran yuran ahli, yuran parkir,
bayaran buku pendidik dan wang sumbangan adalah berjumlah RM
14,080.07.

5.3 Memaklumkan bahawa, segala perbelanjaan mulai Mei 2019 sehingga 31


Disember 2020 adalah sepertimana yang dicatatkan. (Rujuk lampiran
penyata pendapatan dan perbelanjaan berakhir Disember 2020)

5.4 Memaklumkan bahawa, BKGK telahpun selesai membelanjakan sejumlah


RM 11,607.54 bagi segala aktiviti yang dilakukan sepertimana lampiran
dan masih mempunyai baki di bank sebanyak RM 2,065.57 serta baki
tunai di tangan sebanyak RM 406.96.

5.5 Memaklumkan agar pembentangan laporan kewangan ini mendapat


pengesahan daripada ahli mesyuarat untuk diterima tanpa ralat.

5.6 Pengesahan laporan kewangan BKGK Kali ke-10 :

5.6.1 Cadangan : Encik Ahmad Ramzi bin Mohamad

5.6.2 Sokongan : Tuan Hj Suhaimi bin Latip

____________________________________________________________________________

6 Laporan Aktiviti Tahunan BKGK Sesi 2019 hingga 2020


(Puan Mazni binti Abdul Kadir)

____________________________________________________________________________

6.1 Puan Mazni binti Abdul Kadir, selaku Setiausaha BKGK sesi 2019/2020
membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan BKGK SABK Maahad Al-Ummah
tahun 2019-2020.

7
7
(Rujuk lampiran aktiviti BKGK tahun 2019-2020).

6.2 Setiausaha memaklumkan bahawa hanya beberapa program sahaja dapat


dijalankan sepertimana yang dirancangkan. Namun, apabila berlakunya
pandemik Covid-19 pada bulan Mac 2020 yang meminta semua dalam
kalangan kita menjalani kehidupan secara norma baharu, menyebabkan
aktiviti yang telahpun dirangka sehingga ke hujung tahun 2020 di
tangguhkan.

6.3 Walaupun begitu, segala sumbangan dan keraian kepada semua guru dan
staff sokongan/anggota kakitangan pelaksana (AKP) yang menerima
cahaya mata, berkahwin, di timpa musibah (ahli/keluarga ahli),
bersara/berpindah dapat di berikan mengikut kadar jumlah yang telah
dipersetujui dan termaktub dalam perlembagaan BKGK.

___________________________________________________________________________

7 Pembentangan Usul dan Cadangan Ahli/AJK BKGK


(Encik Fakhruddin bin Kamaruzailan)

___________________________________________________________________________

7.1 Encik Fakhruddin bin Kamaruzailan, selaku Pengerusi BKGK sesi


2019/2020 telah membacakan usul yang telah di utarakan oleh ahli
melalui ‘google form’ yang telah dimuat turun pada minggu yang lalu.

7.2 Memaklumkan agar ahli yang mengutarakan usul dapat membuat


pembentangan dan rasional usul tersebut untuk di terima atau di tolak
oleh ahli mengikut jumlah majoriti.

7.2.1 Usul 1 : Puan Haliza binti Ali membentangkan usul


berkaitan pengurangan sebanyak 50%
perlu diberikan kepada ahli yang membayar
yuran parkir memandangkan sesi
persekolahan masih belum bermula dan
tidak wajar jika dikenakan bayaran secara
penuh. Begitu juga halnya dengan bayaran
yuran tahunan kelab BKGK perlu difikirkan
untuk diberi pengurangan atas faktor yang
sama.

Persoalan Usul 1 : Encik Mohd Hafez bin Ardhi @ Ardzi


menyatakan persoalan berkaitan usul 1
iaitu sekiranya pengurangan sebanyak 50%

8
8
dikenakan kepada ahli bagi yuran tahunan,
menyebabkan pimpinan BKGK yang
seterusnya akan kekurangan dana dan
menyukarkan pengurusan untuk
melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Terima Majoriti : Ahli BKGK secara sebulat suara menerima


satu sahaja usul iaitu kadar bayaran parkir
ahli dikurangkan kepada 50%. Maka, ahli
yang membayar parkir hanya membayar
sebanyak RM 40.00 sahaja.

7.2.2 Usul 2 : Puan Mazni binti Abdul Kadir


membentangkan usul berkaitan dengan
pengurangan bayaran yuran tahunan
sebanyak 20% untuk ahli BKGK yang bukan
berjawatan kerajaan khusunya kepada guru
Azhari Dini.

Terima Majoriti : Ahli BKGK secara sebulat suara menerima


usul yang di utarakan iaitu kadar bayaran
yuran tahunan ahli dikurangkan kepada
20%. Maka, guru Azhari Dini tersebut
hanya membayar RM 80.00 sahaja.

7.2.3 Usul 3 : Encik Ibrahim bin Mohd Zamri tidak hadir


dalam mesyuarat ini. Maka, secara tidak
langsung usul yang di ketengahkan oleh
beliau iaitu 30% daripada dana tabung
BKGK dilaburkan ke dalam koperasi
sekolah untuk mendapatkan dana
tambahan bagi menampung aktiviti kelab
guru di tolak dan diterima sebagai
cadangan sahaja.

7.2.4 Usul 4 : Encik Mohd Shazali bin Osman


mengutarakan usul berkaitan dengan
tempoh lantikan Jawatankuasa Pimpinan
BKGK yang dilantik dapat dikekalkan
selama dua tahun/penggal. Rasionalnya
ialah AJK dapat menguruskan pengurusan
BKGK dengan baik dan teratur di samping

9
9
dapat menampilkan pimpinan yang matang
setiap ahli jawatankuasa yang dilantik
mengikut posisi masing-masing.

Terima Majoriti : Ahli BKGK secara sebulat suara menerima


usul yang di utarakan iaitu tempoh matang
bagi setiap pengurusan BKGK selepas ini
ialah dua tahun.

____________________________________________________________________________

8 Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) BKGK Sesi 2019/2020 dan Pelantikan Ahli
Jawatankuasa (AJK) BKGK Sesi 2021/2023 Di Pengerusikan Oleh Penasihat
BKGK (Tuan Hj Abdul Aziz bin Musa)

_____________________________________________________________________________

8.1 Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj Abdul Aziz bin Musa yang
berperanan sebagai Penasihat Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
(BKGK) memaklumkan tentang pembubaran dan akan menyenaraikan
senarai nama AJK BKGK yang baru untuk Sesi 2021/2023.

8.2 Kaedah pelantikan AJK BKGK yang baru ini adalah menerusi undian yang
di pilih daripada ‘google form’ yang telah disediakan terlebih dahulu.

8.3 Memaklumkan kepada semua hli mesyuarat bahawa undian melalui


aplikasi ‘google form’ ini melibatkan penyertaan seramai 59 orang guru
dan kakitangan Maahad Al-Ummah.

8.4 Lantikan AJK BKGK 2021/2023 ini berdasarkan jumlah pungutan undian
yang tertinggi.

8.5 Memaklumkan undian yang terbanyak daripada setiap kategori penilaian


ialah sebanyak 24/59

8.6 Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BKGK yang
memberikan kerjasama baik dalam undian secara norma baharu ini
kerana setiap calon yang menerajui pimpinan BKGK Sesi 2021/2023
adalah mendapat kelulusan sepenuhnya tanpa bantahan kerana nama-
nama tersebut merupakan nama yang layak untuk menerajui pimpinan
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) yang baru ini.

8.7 Memaklumkan agar semua ahli dapat bekerjasama dengan pimpinan


baru yang akan dilantik ini kerana ia melambangkan bahawa kelab ini
mempunyai kesatuan dan ukhwah yang padu yang boleh dijadikan
cerminan kelab-kelab lain.

10
10
8.8 Tuan Pengetua mengumumkan barisan pimpinan AJK BKGK Sesi
2021/2023 seperti berikut :

8.8.1 Penasihat : Tuan Hj. Abdul Aziz bin Musa

8.8.2 Pengerusi : Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim

8.8.3 Naib Pengerusi : Puan Nor Liyana binti Zulkufli

8.8.4 Setiausaha : Puan Munarizan binti Muin

8.8.5 Penolong Setiausaha : Encik Mohammad Khabib bin Zulbakri

8.8.6 Bendahari : Encik Muhamad Arifudin bin Mukhtar

8.8.7 Penolong Bendahari : Encik Muhamad Muaz bin Mokhtar

Ahli Jawatankuasa (P)

8.8.8 : Cik Halimatus Saadiah bt. Mohd Yaakob

8.8.9 : Puan Nur Maizan binti Mohd Amin

8.8.10 : Puan Suriawani binti Mahbob

8.8.11 : Puan Nor Hidayah binti Kasim

: Cik Nor Azilawati binti Tukiya

Ahli Jawatankuasa (L)

8.8.12 : Encik Mohd Asraf bin Alias

8.8.13 : Encik Ahmad Ramzi bin Mohamad

8.8.14 : Encik Hawari bin Wanik

8.8.15 : Encik Mohamad Fairul bin Mohd Nawawi

8.8.16 : Encik Mohammed Zamri bin Md Arifin

Pemeriksa Kira-kira 1

8.8.17 : Puan Afifah binti Mohd Rivai

Pemeriksa Kira-kira 2

8.8.18 : Cik Salwani binti Ali

11
11
____________________________________________________________________________
9 Hal-hal Lain

____________________________________________________________________________

9.1 Encik Mohd Shazali bin Osman mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pimpinan AJK Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
Sesi 2019/2020 kerana dapat menerajui kelab ini dengan baik
walaupun dengan cabaran secara norma baharu, setiap aktiviti dapat
jua dilaksanakan tanpa gagal.

9.2 Mengucapkan sekalung tahniah kepada pimpinan AJK BKGK Sesi


2021/2023 yang baru dilantik. Mudah-mudahan AJK Badan Kebajikan
Guru dan Kakitangan (BKGK) yang baru ini dapat meneruskan apa yang
telah dilaksanakan pimpinan terdahulu serta dapat melakar satu sejarah
terbaik daripada pengurusan yang baru ini. Kerjasama daripada semua
ahli bagi mendokong kelab ini perlu dimantapkan lagi.

9.3 Tuan Hj Suhaimi bin Latip turut mengucapkan terima kasih kepada AJK
BKGK Sesi 2019/2020 dan tahniah kepada lantikan pimpinan AJK
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) bagi Sesi 2021/2023
dengan harapan agar semua pelaksanaan untuk kebajikan semua ahli
diteruskan.

9.4 Mengingatkan juga agar pindaan di dalam perlembagaan kelab


berkaitan tempoh pengurusan BKGK selama dua tahun dapat di
kemaskini segera agar tidak berlaku kekeliruan yang boleh
mendatangkan masalah pada pimpinan yang seterusnya kelak.

9.5 Mengharapkan agar Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan


(BKGK) yang baru di lantik ini dapat merangka program yang
melibatkan jaringan dengan masyarakat setempat/luar agar aktiviti
mahupun program dua hala ini boleh menambah dana Badan Kebajikan
Guru dan Kakitangan (BKGK) itu sendiri.

9.6 Tanpa perancangan awal, segala perjalanan dan gerak kerja akan
kabur. Moga pimpinan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
Sesi 2021/2023 dapat bertindak pantas dalam segala urusan.

9.7 Kerjasama antara semua ahli Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
(BKGK) merupakan tunggak utama kejayaan Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan (BKGK) tahun 2021/2023

12
12
______________________________________________________________________________

10 Ucapan Penangguhan Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)


Maahad Al-Ummah Sesi 2019/2020

(Encik Fakhruddin bin Kamaruzailan)

______________________________________________________________________________

10.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi mandat dan
kepercayaan oleh semua ahli untuk menerajui BKGK bagi sesi
2019/2020.

10.2 Mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang dilantik dan agar semua
AJK dapat menggalas amanah yang diberi dengan penuh rasa
tanggungjawab.

10.3 Mengharapkan semua ahli BKGK dapat memberikan kerjasama dan


sokongan yang padu kepada jawatankuasa yang baru dilantik dan
mendoakan agar segala program yang akan dijalankan pada tahun
2021 hingga 2023 akan berjalan dengan lancar.

____________________________________________________________________________

11 Ucapan Aluan Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) Sesi
2021/2023 (Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim)

____________________________________________________________________________

11.1 Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim, Pengerusi BKGK bagi Sesi
2021/2023 ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
di atas kepercayaan yang diberikan dalam sesi pemilihan untuk
meneraju BKGK bagi tempoh dua tahun mulai tahun 2021 hingga
tahun 2023.

11.2 Mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan lalu yang diterajui
oleh Encik Fakhruddin bin Kamaruzailan kerana dapat menjayakan
beberapa aktiviti dan program yang berbentuk kebajikan dan prihatin
terhadap semua maslahat ahli BKGK samada dalam bentuk sumber
mahupun sokongan.

11.3 Mohon tunjuk ajar dan pandu arah daripada rakan ahli yang telah
menjadi mantan pimpinan BKGK agar BKGK ini menjadi imej dan
penanda aras sekolah-sekolah lain pula.

11.4 Mengharapkan kepada semua ahli agar kekal dengan kerjasama dan
ukhwah kerana BKGK ini merupakan kelab secara bersama dan
bukannya individu. Oleh yang demikian, segala sumbangsaran dalam

13
13
bentuk idea, tenaga mahupun wang ringgit atau lain-lain sumber yang
boleh menjadi penggerak Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
(BKGK) amatlah di alu-alukan.

Mesyuarat Agung BKGK Kali ke-11 ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.

Disediakan oleh,

.................................................

(Puan Munarizan binti Muin)


Setiausaha
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
2021/2023

Disemak oleh,

..................................................................

(Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim)


Pengerusi
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
2021/2023

14
14
Penasihat : Tuan Hj. Abdul Aziz bin Musa
Pengerusi : Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim
Naib Pengerusi : Puan Nor Liyana binti Zulkufli
Setiausaha : Puan Munarizan binti Muin
Penolong Setiausaha : Encik Mohammad Khabib bin Zulbakri
Bendahari : Encik Muhamad Arifudin bin Mukhtar
Penolong Bendahari : Encik Muhamad Muaz bin Mokhtar
Ahli Jawatankuasa (P)
: Cik Halimatus Saadiah bt. Mohd Yaakob
: Puan Nur Maizan binti Mohd Amin
: Puan Suriawani binti Mahbob
: Puan Nor Hidayah binti Kasim
: Cik Nor Azilawati binti Tukiya
Ahli Jawatankuasa (L)
: Encik Mohd Asraf bin Alias
: Encik Ahmad Ramzi bin Mohamad
: Encik Hawari bin Wanik
: Encik Mohamad Fairul bin Mohd Nawawi
: Encik Mohammed Zamri bin Md Arifin
Pemeriksa Kira-kira 1
: Puan Afifah binti Mohd Rivai
Pemeriksa Kira-kira 2
: Cik Salwani binti Ali

15
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BKGK MAAHAD AL-UMMAH
16 FEBRUARI 2021 SEHINGGA 31 DISEMBER 2022

PENDAPATAN RM
Baki di bank 5,791.57
Baki tunai di tangan 406.96
Yuran tahunan guru 2021 6,480.00
Yuran tahunan guru 2022 7,740.00
Yuran parkir guru 2021 540.00
Yuran parkir guru 2022 1,250.00
Sumbangan daripada Pengerusi JPMU 500.00
Sumbangan daripada YDP PIBG 300.00
Sumbangan daripada orang perseorangan 610.00
Sumbangan daripada JPMU 1,500.00
Sumbangan daripada PIBG 500.00
Sumbangan daripada YB Asmuni 3,000.00
Sumbangan daripada KPIP 300.00
Sumbangan daripada Azwa Garage 1,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 29,918.53

PERBELANJAAN RM
Tempahan banner “Restu dan Doa Calon SPM/STAM” 155.00
Bayaran “Diari Pendidik” 1,159.50
Pelitup muka untuk semua ahli 675.50
Sumbangan program Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan 220.00
Cenderahati guru berpindah 459.30
Tajaan makanan ringan dan minuman 129.70
Sumbangan program kecemerlangan sekolah 500.00
Hadiah untuk semua ahli (payung, “fabric mask”, “sanitizer”) 3,020.90
Hadiah cabutan bertuah 309.20

16
Lencana BKGK (Button) 90.00
Hadiah untuk semua ahli (butang baju melayu, “mask 338.00
extender”)
Kek Hari Lahir 1,315.00
Sumbangan kepada ahli dijangkiti Covid 1,379.00
Sewa “PA system” 150.00
Bahan-bahan papan maklumat BKGK 265.00
Kismis untuk majlis bacaan Yassin 55.00
Hadiah untuk AKP berpindah 99.00
Buku perancangan rasmi 1,833.00
Sewa meja untuk jamuan Hari Raya 60.00
Cenderahati YB 40.80
Iftar Jamaie 1,000.000
Sumbangan banjir 100.00
Bayaran jamuan Hari Guru 900.00
Hadiah tiffin untuk semua ahli 2,592.00
Hamper Hari Guru 300.00
Air kotak 421.00
Sudu dan garfu 42.00
Kek sambutan Hari Guru 250.00
Barangan program Hari Guru 699.60
Gerai makanan BKGK 300.00
Bayaran jamuan persaraan Muallim Ibrahim 1.047.00
Hadiah persaraan Muallim Ibrahim 167.40
Hadiah ahli berkahwin 200.00
Hadiah ahli bersalin 200.00
Deposit bayaran Virgo Batik Resort 1.350.00
JUMLAH KESELURUHAN 21,821.90

17
KUNCI KIRA-KIRA BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
RM

PENDAPATAN 29,918.53

PERBELANJAAN 21,821.90

LEBIHAN 8,096.63

BAKI DI BANK PADA 31 DISEMBER 2022 7,686.63

BAKI DITANGAN PADA 31 DISEMBER 2022 410.00

8,096.63

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………..…………. ………………………….
Encik Muhammad Arifuddin bin Mukhtar Puan Afifah binti Mohd Rivai
Bendahari BKGK Pemeriksa Kira-kira 1

Disahkan oleh :

…………………………
Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim
Pengerusi BKGK
Sesi 2021/2023

LAPORAN AUDIT :

KAMI TELAH MEMERIKSA AKAUN BKGK MAAHAD AL-UMMAH YANG BERAKHIR 31 DISEMBER
2022 DAN MENGESAHKAN BAHAWA KESEMUANYA MENGIKUT PERATURAN.

………………………………………..…. ………………………….
Encik Muhammad Arifuddin bin Mukhtar Puan Afifah binti Mohd Rivai
Bendahari BKGK MUC Pemeriksa Kira-kira 1

18
LAPORAN AKTIVITI
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)
MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2021/2023
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) Maahad Al-Ummah ditubuhkan dengan matlamat sebagai
wadah ukhwah dan menjamin kebajikan bagi seluruh ahli yang melibatkan penyertaan guru dan Anggota
Kakitangan Pelaksana (AKP) seramai 78 orang. Kepimpinan silih berganti termaktub kepada perlembagaan
yang dirangka sejak dari sesi 1 sehinggalah kepada sesi 11 yang di terajui pimpinan 2021/2023. Setiap
barisan kepimpinan BKGK pasti sedaya upaya memastikan setiap dalam kalangan ahli BKGK memperoleh
manfaat melalui aktiviti yang dirancang mahupun apa jua maslahat yang dihadapi dengan berpandukan
sumber kewangan kelab. Pimpinan BKGK sesi yang ke 11 iaitu bermula tahun 2021/2023 meneruskan
agenda pimpinan sesi 10 (2019/2020) walaupun negara masih diselubungi masalah Covid-19. Namun
demikian, aktiviti tetap terus dilaksanakan dengan memenuhi Standard Operasi Pelaksanaan (SOP) yang
ditetapkan.
Syukur alhamdulillah, awal tahun 2022 segala aktiviti luaran dapat dilaksanakan. Jawatankuasa
BKGK sesi 2021/2023 mempunyai pelbagai rancangan melalui suara mesyuarat yang diadakan. Kekangan
kewangan menghadkan beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan. Namun demikian, beberapa aktiviti dapat
juga dijalankan sepanjang dua tahun pimpinan BKGK sesi 2021/2023 yang diterajui oleh Encik Mohd
Hakimi bin Abdul Halim.
Berikut adalah senarai aktiviti mulai 16 Februari 2021 sehingga 16 Mei 2023.

Bil. Aktiviti Sumber Bil. Aktiviti Sumber


Kewangan Kewangan

Kewangan
1 Sumbangan 18
BKGK

Kewangan
2 Kewangan BKGK 19
BKGK

Kewangan
3 Kewangan BKGK 20
BKGK

Kewangan
4 Kewangan BKGK 21
BKGK

Sumbangan
Kutipan Bayaran
5 22 Kewangan
Kewangan BKGK
BKGK

6 Kewangan BKGK 23 Sumbangan

7 Sumbangan 24 Sumbangan

Sumbangan
8 Kewangan BKGK 25 Kewangan
BKGK

9 Kewangan BKGK 26 Sumbangan


4

19
Bil. Aktiviti Sumber Bil. Aktiviti Sumber
Kewangan Kewangan

Kewangan
1 Sumbangan 18
BKGK

Kewangan
2 Kewangan BKGK 19
BKGK

Kewangan
3 Kewangan BKGK 20
BKGK

Kewangan
4 Kewangan BKGK 21
BKGK

Sumbangan
Kutipan Bayaran
5 22 Kewangan
Kewangan BKGK
BKGK

6 Kewangan BKGK 23 Sumbangan

7 Sumbangan 24 Sumbangan

Sumbangan
8 Kewangan BKGK 25 Kewangan
BKGK

9 Kewangan BKGK 26 Sumbangan

10 Kewangan BKGK 27 Sumbangan

17 Kewangan BKGK

20
USUL / CADANGAN DARIPADA AHLI BKGK

BIL. NAMA USUL

1.

USUL DAN CADANGAN DARIPADA AJK BKGK

BIL. NAMA USUL

1.

2.

3.

21
JAWATANKUASA BKGK SABK MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2023/2025
BIL. JAWATAN NAMA GURU/KAKITANGAN

1. Penasihat : Tn. Hj. Abdul Aziz bin Musa

2. Pengerusi : ____________________________________

3. Naib Pengerusi : ____________________________________

4. Setiausaha : ____________________________________

5. Penolong Setiausaha : ____________________________________

6. Bendahari : ____________________________________

7. Penolong Bendahari : ____________________________________

8. Ahli Jawatankuasa (P) : ____________________________________

9. : ____________________________________

10. : ____________________________________

11. : ____________________________________

12. : ____________________________________

13. Ahi Jawatankuasa (L) : ____________________________________

14. : ____________________________________

15. : ____________________________________

16. : ____________________________________

17. : ____________________________________

18. Pemeriksa Kira-kira 1 : ____________________________________

19. Pemeriksa Kira-kira 2 : ____________________________________

22
“SEKALUNG PENGHARGAAN &
KASIH DI JUNJUNG”

AHLI JAWATANKUASA (AJK) BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK) MAAHAD
AL-UMMAH MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KHAS BUAT :

 TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN MUSA


PENGETUA CEMERLANG
MAAHAD AL-UMMAH
Merangkap Penasihat BKGK

 BARISAN PENOLONG KANAN


MAAHAD AL-UMMAH

 SEMUA AJK BKGK SESI 2021/2023

 SEMUA GURU DAN ANGGOTA KAKITANGAN PELAKSANA (AKP)


YANG TELAH SEDERAP DALAM MEMBERIKAN KERJASAMA TERBAIK SEPANJANG BARISAN
AJK BKGK MENERAJUI PIMPINAN SESI KE 11(2021/2023)

TIDAK LUPA BUAT RAKAN-RAKAN AHLI BKGK YANG TELAH MEMBANTU DALAM BENTUK
SUMBANGAN KEWANGAN MAHUPUN TENAGA DALAM MENJAYAKAN APA JUA AKTIVITI /
PROGRAM / MAJLIS SEPANJANG DUA TAHUN

SERTA
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM
MENJAYAKAN KELANCARAN PERJALANAN MESYUARAT INI.

23
LAMPIRAN
PERLEMBAGAAN
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
(BKGK)
MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2021/2023

24
PERLEMBAGAAN
BADAN KEBAJIKAN
GURU DAN
KAKITANGAN
(BKGK)
MAAHAD AL UMMAH

10
PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
(BKGK)
MAAHAD AL UMMAH
31200, CHEMOR
PERAK DARUL RIDZUAN

PERKARA SATU

Nama dan Alamat :


1.1 Persatuan ini dinamakan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
1.2 Alamat : Maahad Al-Ummah, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.

PERKARA DUA

2.1 Badan ini ditubuhkan sebagai sebuah persatuan dakwah, riadah dan
kebajikan untuk guru-guru dan kakitangan Maahad Al-Ummah,
Chemor, Perak.

PERKARA TIGA

Tujuan :
3.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk memupuk semangat
perpaduan, persefahaman dan persahabatan dalam kalangan ahli
tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama seperti mana yang
termaktub dalam Rukun Negara.
3.2 Sebagai perunding untuk menyelesaikan masalah guru dengan
pentadbir secara adil dan bijaksana.
3.3 Kebajikan ahli :
3.3.1 Bersama bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada ahli
yang ditimpa kesusahan atau musibah.
3.3.2 Membantu menyediakan kemudahan persekitaran kerja yang
kondusif.

11
PERKARA EMPAT

Keahlian :
4.1 Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat di Maahad Al-Ummah
secara automatik WAJIB menjadi ahli BKGK.
4.2 Keahlian akan terbatal apabila ahli meninggal dunia, bertukar tempat
perkhidmatan, bersara atau diberhentikan daripada perkhidmatan.

PERKARA LIMA

Kewangan :
5.1 Yuran BKGK :
5.1.1 Bayaran yuran secara tahunan untuk kakitangan kerajaan
= RM100
5.1.2 Bayaran yuran secara tahunan untuk kakitangan JPMU =
RM 80
5.2 Sebarang pindaan yuran BKGK sudah diputuskan semasa Mesyuarat
Agung Kali Ke-11 pada 16 Februari 2021.
5.3 Pembayaran yuran hendaklah diserahkan kepada Bendahari BKGK
atau wakil yang dilantik oleh AJK BKGK.
5.4 Yuran Parkir :
5.4.1 Bayaran Parkir berbumbung dikenakan bayaran sebanyak
RM 40 untuk tahun 2021 sahaja bagi setiap sebuah
kenderaan guru dan kakitangan mengikut tempat yang
dipilih berdasarkan pemilihan yang telah dibuat sebelum
ini.
5.4.2 Tahun yang berikutnya iaitu bermula 2022 dan
seterusnya, yuran parkir akan kembali kepada jumlah yang
asal iaitu RM 80 setahun (tertakluk kepada pindaan dalam
mesyuarat AJK).

PERKARA ENAM

Pentadbiran :
6.1 BKGK akan ditadbir oleh 16 orang AJK yang dipilih melalui undian
berdasarkan undian norma baharu (undian atas talian) yang telah
dilakukan sebelum Mesyuarat Agung Kali Ke-11.

12
6.2 BKGK yang dilantik akan meneraju selama dua penggal/tahun iaitu
bermula tahun 2021 hingga 2023.
6.3 Mereka yang dilantik berdasarkan pungutan undian yang diperolehi
daripada data undian atas talian terdiri daripada :
6.3.1 Pengerusi : Encik Mohd Hakimi bin Abdul
Halim
6.3.2 Naib Pengerusi : Puan Nor Liyana binti Zulkufli
6.3.3 Setiausaha : Puan Munarizan binti Muin
6.3.4 Penolong Setiausaha : Encik Mohammad Khabib bin
Zulbakri
6.3.5 Bendahari : Encik Muhamad Arifudin bin
Mukhtar
6.3.6 Penolong Bendahari : Encik Muhamad Muaz bin
Mokhtar
6.3.7 Ahli-Ahli Jawatankuasa :

(Perempuan) : Cik Halimatus Saadiah bt. Mohd


Yaakob
: Puan Nur Maizan binti Mohd Amin
: Puan Suriawani binti Mahbob
: Puan Nor Hidayah binti Kasim
: Cik Nor Azilawati binti Tukiya
(Lelaki) : Encik Mohd Asraf bin Alias
: Encik Ahmad Ramzi bin Mohamad
: Encik Hawari bin Wanik
: Encik Mohamad Fairul bin Mohd
Nawawi
: Encik Mohammed Zamri bin Md Ariffin

6.4 Dua orang pemeriksa kira-kira turut dilantik dalam kalangan ahli BKGK
melalui kaedah undian atas talian juga. Mereka yang terpilih ialah :
6.4.1 Pemeriksa Kira-kira 1 : Puan Afifah binti Mohd Rivai
6.4.2 Pemeriksa Kira-kira 2 : Cik Salwani binti Ali
6.5 Syarat-syarat pelantikan Jawatankuasa Pentadbiran :
6.5.1 Ahli Jawatankuasa Induk dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan melainkan berlakunya perubahan daripada aspek
keselamatan dan kesihatan seperti tahun 2020 yang

13
memerlukan semua perlu mematuhi penjarakan sosial dan
mengamalkan semua sistem secara norma baharu dan
pemilihan di buat secara undian atas talian.
6.5.2 Pegawai yang telah dilantik, tidak boleh dilantik semula
pada tahun berikutnya.
6.5.3 Ahli yang tidak hadir, boleh dipilih dan dilantik untuk
memegang jawatan.
6.5.4 Nama-nama jawatan di atas hendaklah dicadang dan
disokong. Pemilihan dijalankan dengan cara undian
terbuka oleh ahli-ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung
Tahunan. Calon yang mendapat undian majoriti akan
dipilih untuk menduduki jawatan.
6.5.5 Jawatankuasa terdiri daripada kalangan guru dan staf
seramai 10 orang. Hasil daripada undian dan lantikan,
ahli-ahli seramai 10 orang akan dipilih untuk menduduki
jawatan.
6.5.6 Pengerusi tahun berkenaan hendaklah mengumumkannya
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
6.5.7 Sekiranya berlaku kekosongan dalam Jawatankuasa Induk,
Jawatankuasa BKGK boleh melantik mana-mana ahli
Jawatankuasa yang dianggap layak untuk memangku
jawatan tersebut.

6.6 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa :

6.6.1 Pengerusi :
6.6.1.1 Hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
6.6.1.2 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah
menandatangani semua minit mesyuarat apabila
telah diluluskan.
6.6.1.3 Bertanggungjawab atas perjalanan BKGK secara
keseluruhan.
6.6.1.4 Hendaklah memerhati perjalanan setiap keputusan
mesyuarat yang dijalankan oleh jawatankuasa kecil.

14
6.6.2 Naib Pengerusi :
6.6.2.1 Memangku tugas-tugas pengerusi semasa
ketiadaan beliau.

6.6.3 Setiausaha :
6.6.3.1 Menjalankan urusan BKGK mengikut perlembagaan
dan melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung
dan Mesyuarat Jawatankuasa.
6.6.3.2 Menyimpan minit-minit mesyuarat, menguruskan
hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku-
buku termasuk buku daftar ahli dan rekod-rekod
lain.
6.6.3.3 Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
6.6.3.4 Menyediakan dan menghantar surat-surat.
6.6.3.5 Menyediakan agenda-agenda serta Minit Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
6.6.3.6 Mendapatkan tandatangan Pengerusi dan Naib
Pengerusi untuk semua surat-menyurat.
6.6.3.7 Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat
Agung Tahunan (atau tergempar).

6.6.4 Penolong Setiausaha :


6.6.4.1 Membantu tugas-tugas setiausaha.

6.6.5 Bendahari :
6.6.5.1 Diamanahkan untuk bertanggungjawab atas semua
hal berkaitan kewangan BKGK.
6.6.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
atas kebenarannya.
6.6.5.3 Menyediakan dan membentangkan penyata kira-kira
bagi setiap tahun kewangan bermula 1 Ogos dan
diserahkan untuk diaudit. Tahun kewangan BKGK
berakhir 31 Julai.
6.6.5.4 Sesuatu perbelanjaan yang tidak melebihi RM500
boleh diluluskan oleh 2/3 daripada Ahli

15
Jawatankuasa Induk iaitu : Pengerusi, Setiausaha
atau Bendahari.
6.6.5.5 Sesuatu perbelanjaan yang melebihi jumlah tersebut
perlu mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli
dalam Mesyuarat Agung Khas atau Tergempar.
6.6.5.6 Tidak dibenarkan menyimpan wang tunai melebihi
RM500 dalam satu-satu masa. Semua wang yang
melebihi jumlah tersebut hendaklah disimpan ke
dalam akaun BKGK.
6.6.5.7 Menyimpan akaun simpanan dengan selamat
sepanjang masa.

6.6.6 Jawatankuasa :
6.6.6.1 Mengelola dan mengatur kegiatan-kegiatan BKGK
dan membuat keputusan atas perkara yang
menyentuh perjalanan BKGK selagi tidak
bertentangan dengan Perlembagaan BKGK.
6.6.6.2 Mengemukakan pelbagai cadangan pindaan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa.
6.6.6.3 Melaksanakan keputusan-keputusan yang telah
diluluskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa.
6.6.6.4 Mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa
sekiranya dirasakan perlu.
6.6.6.5 Pengerusi atau sekurang-kurangnya tiga Ahli
Jawatankuasa boleh memanggil supaya diadakan
mesyuarat pada bila-bila masa yang diperlukan.

6.7 Kewajipan Ahli :


6.7.1 Setiap ahli wajib menjelaskan yuran bulanan.
6.7.2 Setiap ahli perlu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
Ahli yang tidak hadir perlulah menerima segala keputusan
mesyuarat.
6.7.3 Kemajuan BKGK menjadi tanggungjawab semua ahli.
6.7.4 Bekerjasama menjalankan semua aktiviti BKGK.
6.7.5 Memberi pandangan dan teguran terhadap perjalanan
BKGK.
6.7.6 Setiap aset BKGK yang dipinjam oleh ahli hendaklah
direkodkan dan sekiranya berlaku kerosakan semasa

16
pinjaman, aset tersebut hendaklah diganti oleh ahli yang
membuat pinjaman tersebut.

PERKARA TUJUH

Penyimpanan akaun-akaun pendapatan dan perbelanjaan BKGK :


7.1 Akaun BKGK hendaklah dibuat di mana-mana institusi kewangan yang
berdaftar atas nama BKGK dan akaun tersebut hendaklah diaudit pada
setiap tahun oleh pemeriksa kira-kira.
7.2 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk
kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan.
7.3 Akaun simpanan BKGK hendaklah ditandatangani oleh 2/3 daripada
Jawatankuasa Induk iaitu Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

PERKARA LAPAN

Kuorum :
8.1 Kuorum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada 1/3
daripada jumlah ahli (bilangannya tidak kurang daripada 3 kali jumlah
ahli-ahli jawatankuasa).
8.2 Kuorum bagi Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3
bilangan Ahli Jawatankuasa.

PERKARA SEMBILAN

Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas (tergempar) :


9.1 Kuasa BKGK hendaklah diserahkan kepada Mesyuarat Agung.
9.2 Mesyuarat Agung hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31 Ogos
tahun berikutnya.
9.3 Satu Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan diputuskan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa dalam masa 24 jam atau permintaan bertulis
tidak kurang 1/3 ahli dan mesyuarat tersebut hendaklah diadakan
dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan permintaan tersebut.
9.4 Sekurang-kurangnya notis 14 hari hendaklah diberikan kepada ahli
secara bertulis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau 7
hari bagi Mesyuarat Agung Khas atau 24 jam sekiranya difikirkan perlu
oleh jawatankuasa.
9.5 Urusan Mesyuarat Agung Tahunan :

17
9.5.1 Mengesahkan minit mesyuarat
9.5.2 Menerima dan meluluskan penyata kewangan tahunan dan
aktiviti tahunan
9.5.3 Memilih jawatankuasa baharu
9.5.4 Urusan mesyuarat agung hendaklah terhad kepada
maksud atau tujuan mesyuarat tersebut diadakan
9.5.5 Membincangkan usul-usul (usul-usul secara bertulis
hendaklah diserahkan kepada setiausaha selewat-
lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat agung).
9.5.6 Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah bahasa
Melayu.

PERKARA SEPULUH

Peraturan Kecil Peruntukan Kewangan :


Ahli-ahli berhak menerima sesuatu hadiah atau sumbangan daripada BKGK
berdasarkan kedudukan kewangan semasa.
Hadiah atau sumbangan yang diterima adalah seperti berikut :
10.1 Perkahwinan : Hadiah atau sumbangan tidak melebihi RM 100
untuk perkahwinan kali pertama semasa berkhidmat di
sekolah ini.
10.2 Kematian : Sumbangan tidak melebihi RM 100 kepada
ahli/keluarga ahli (kematian dalam kalangan keluarga terdekat
seperti ibu/bapa/anak/suami/isteri).
10.3 Kelahiran : Hadiah atau sumbangan tidak melebihi RM 50
semasa mendapat anak pertama semasa berkhidmat di sekolah
ini.
10.4 Masuk hospital : Hadiah atau sumbangan tidak lebih RM 50 jika
dimasukkan ke wad selama 3 hari dan lebih.
10.5 Pertukaran/berhenti/bersara : Hadiah atau sumbangan tidak
melebihi RM 50 (bagi yang bersara setelah berkhidmat lebih 5
tahun pengiraan dikira mengikut formula RM1 x bulan
berkhidmat tetapi jumlah maksimum ialah RM 200).
10.6 Perbelanjaan jawatankuasa atas urusan aktiviti BKGK yang
munasabah boleh dikeluarkan daripada akaun BKGK .

18
10.7 Kutipan tambahan : Sekiranya aktiviti memerlukan kutipan
tambahan, bendahari dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa
dibenarkan mengutip bayaran tambahan tersebut.

PERKARA SEBELAS

Pindaan Perlembagaan BKGK :


11.1 Perlembagaan BKGK tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan keputusan majoriti 2/3 ahli dalam Mesyuarat
Agung. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan dalam
Perlembagaan BKGK hanya berkuat kuasa mulai tarikh
perubahan-perubahan tersebut diluluskan.

PERKARA DUA BELAS

Penasihat BKGK :
12.1 Disandang oleh pengetua atau pemangku pengetua Maahad Al-
Ummah, Chemor.

PERKARA TIGA BELAS

Mengundi :
13.1 Ahli-ahli yang menjelaskan yuran boleh mengundi dalam
Mesyuarat Agung.
13.2 Undi akan dijalankan secara terbuka.
13.3 Jika keputusan seri, maka Pengerusi berhak menggunakan undi
pemutus.
13.4 Undi sulit boleh dijalankan dengan persetujuan 2/3 ahli
mesyuarat.

19
PERKARA EMPAT BELAS

Pemeriksa kira-kira :
14.1 Pemeriksa kira-kira yang bukan jawatankuasa hendaklah dilantik
daripada ahli BKGK semasa Mesyuarat Agung.
14.2 Pemeriksa kira-kira akan memeriksa penyata kewangan BKGK
pada bila-bila masa sekurang-kurangnya setahun sekali.
14.3 Pemeriksa kira-kira hendaklah menandatangani penyata
kewangan yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

PERKARA LIMA BELAS

Tafsiran :
15.1 Sekiranya timbul sesuatu perkara yang tidak jelas dalam
perlembagaan ini, perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada
Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan jawatankuasa mengenai
perkara tersebut adalah muktamad.

PERKARA ENAM BELAS

Pembubaran BKGK :
16.1 BKGK tidak boleh dibubarkan. Segala harta alih atau harta tidak alih
tidak boleh dilupuskan melainkan dengan keputusan Mesyuarat
Agung.

PERKARA TUJUH BELAS

Larangan :
17.1 BKGK tidak bergabung dengan Parti Siasah atau badan-badan
yang berhubung dengan siasah.
17.2 Ahli-ahli tidak boleh menubuhkan kelab selain BKGK.
17.3 BKGK tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang dilarang
oleh Perintah Am Kerajaan Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling
Ikhtisas dan pekeliling-pekeliling lain yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Perak.

20
17.4 Ahli-ahli BKGK tidak boleh membuat sebarang kenyataan di
media masa tanpa kebenaran bertulis daripada Penasihat
BKGK.

PERKARA LAPAN BELAS

Penghargaan :
18.1 Satu penghargaan dalam bentuk sijil penghargaan dan
cenderahati akan diberikan kepada setiap Ahli Jawatankuasa
yang akan dibubarkan dalam Mesyuarat Agung.

21

You might also like