You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERLIS

JALAN RAJA SYED ALWI, 01000 KANGAR, PERLIS

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM

1. NAMA :
1.1 Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform ini hendaklah dikenali dengan nama
OLAHRAGA

2. LAMBANG :
2.1 Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform ini hendaklah mempunyai satu lambing sendiri
serta cogan katanya.

3. ALAMAT :
3.1 Alamatnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis, Jalan Raja Syed Alwi, 01000
Kangar, Perlis

4. BAHASA PENTADBIRAN :
4.1 Bahasa Melayu

5. OBJEKTIF :
5.1 Menyatukan pelajar yang mempunyai minat yang sama dalam bidang yang sama.
5.2 Menambah, meluas dan meninggikan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang yang
berkenaan.
5.3 Membuat kajian, penyelidikan dan lawatan sambil belajar.
5.4 Menerbitkan penerbitan yang berkaitan dengannya.
5.5 Meningkatkan kemahiran dan latihan ikhtisas.
5.6 Menjalankan kegiatan-kegiatan yang sesuai.
5.7 Menanam semangat bekerjasama, toleransi, sabar, jujur dan berani.
5.8 Bekerjasama dengan lain-lain persatuan.
5.9 Melatih supaya mematuhi undang-undang dan ketua.
5.10 Melatih supaya mematuhi seseorang yang bertanggungjawab.
5.11 Meningkatkan disiplin diri ahli-ahli.
5.12 Bertukar-tukar pendapat dan memenuhi sesuatu keputusan yang dipersetujui oleh
ramai.

6. AHLI :
6.1 Ahli-ahli terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini.

7. PERMOHONAN MENJADI AHLI :


7.1 Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang pemilihan aktiviti kokurikulum yang
disediakan.
7.2 Pendaftaran keahlian akan dilakukan pada tarikh dan masa yang ditentukan oleh pihak
sekolah.
7.3 Keahlian yang memerlukan kelayakan tertentu akan diputuskan oleh badan induk
pertubuhan tersebut.
7.4 Unit Kokurikulum bebas melulus atau menolak sebarang pemilihan yang dibuat oleh
pelajar.

8. YURAN :
8.1 Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform ini menetapkan yuan ahli sebanyak RM TIDAK
BERKENAAN seorang semasa.
8.2 Yuran hendaklah disampaikan kepada Bendahari yang akan mengeluarkan resit rasmi.

9. KEWANGAN :
9.1 Wang yuran hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah kepada ahli-
ahli dan persatuan sahaja.

10. JAWATANKUASA :
10.1 Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada :
a) 1 Pengerusi
b) 1 Naib Pengerusi
c) 1 Setiausaha
d) 1 Bendahari
e) 9 Ahli Jawatankuasa – terdiri daripada ahli
10.2 Jawatankuasa bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja atau urusan persatuan/ kelab
mengikut dasar dan objektif yang telah ditetapkan.
10.3 Jawatankuasa boleh membuat sesuatu keputusan asalkan tidak terkeluar daripada dasar
dan objektif persatuan/ kelab.
10.4 Semua Ahli Jawatankuasa hendaklah menghadiri mesyuarat.
10.5 Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat J/K lebih daripada 3 kali berturut-turut
tanpa alasan yang munasabah gugur dengan sendirinya.
10.6 Jika berlaku kekosongan, calon kedua yang mendapat undi terbanyak hendaklah
dipanggil untuk mengisi kekosongan itu.
10.7 Semua Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih secara undi did dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.

11. MESYUARAT JAWATANKUASA :


11.1 Mesyuarat Jawatankuasa hedaklah diadakan 2 bulan sekali.
11.2 Korum mesyuarat J/K hendaklah ½ daripada jumlah ahli jawatankuasa.

12. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA :


12.1 Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat J/K dan Mesyuarat Agung serta
bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat itu
12.2 Pengerusi mempunyai undi pemutus dan sesuatu pertikaian yang tidak dapat
diselesaikan.
12.3 Pengerusi hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat setelah diluluskan pada
akhir mesyuarat yang diadakan.
12.4 Naib Pengerusi bertanggungjawab di dalam hal-hal dan urusan persatuan/kelab
mengikut undang-undang atas arahan pengerusi seperti mengadakan perjumpaan
dengan ahli-ahli dari semasa Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan.
Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat, membuat catatan atau
minit-minit mesyuarat yang diadakan.
12.5 Bendahari bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan kewangan dan harta
persatuan, menerima yuran-yuran ahli dan lain-lain sumber kewangan. Semua yuran
yang diterima hendaklah dikeluarkan resit rasmi dengan segera. Ia hendaklah
menyimpan wang persatuan serta perbelanjaan juga perlu disimpan resit rasmi. Adalah
menjadi tanggungjawab bendahari membentangkan penyata kira-kira kewangan
persatuan dan harta persatuan dalam mesyuarat agung tahunan, diperiksa dan
ditandatangani oleh pemeriksa kira-kira terlebih dahulu, iaitu 7 hari sebelum tarikh
mesyuarat agung.
12.6 Ahli-ahli jawatankuasa biasa hendaklah menghadiri mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa
apabila diadakan perjumpaan-perjumpaan, mesyuarat agung tahunan dan lain-lain
aktiviti yang diadakan. Ahli-ahli jawatankuasa hendaklah sentiasa membantu perjalanan
dan aktiviti-aktiviti persatuan/kelab dengan penuh komitmen.

13. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN :


13.1 Mesyuarat Agung hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun.
13.2 Korum Mesyuarat Agung ialah ½ daripada jumlah ahli atau 20 orang sekurang-
kurangnya.
13.3 Pengerusi hendaklah memanggil ahli-ahli ke Mesyuarat Agung Tahunan sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum diadakan secara bersurat.
13.4 Pengerusi hendaklah menyediakan laporan tahunan serta penyata kewangan untuk
disampaikan kepada ahli-ahli sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
13.5 Ahli-ahli juga diberi peluang untuk membuat usul-usul mereka ke Persidangan
Mesyuarat Agung Tahunan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................... ......................................................
(MOHD ZAMRI BIN MD ZIN ) ( )
Ketua Guru Penasihat/Pengurus Pengetua
SMK Perlis SMK Perlis
01000 Kangar, Perlis. 01000 Kangar, Perlis.

You might also like