You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI-1

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BAKEGS)


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA
SESI 2022-2023

Tarikh : 26 April 2022

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Makmal Komputer SKSU

Pengerusi : Cikgu Hairul Nizam bin Ali

Kehadiran(Bilangan) : 10 orang
Turut Hadir (Jika ada) :

Agenda Mesyuarat :

1.0 Perutusan Pengerusi BAKEGS

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke mesyuarat kali pertama hari
ini.

1.2 Mengharapkan kerjasama yang padu dari semua ahli jawatankuasa untuk melaksanakan
program-program yang dirancang sepanjang tahun.

Makluman : Semua Ahli BAKEGS

2.0 Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Dicadangkan untuk disahkan : Pn. Noor Irzuana binti Ismail

2.2 Disokong untuk pengesahan : Pn Norulazela binti Rahim

3.0 Pengesahan Laporan kewangan

3.1 Cikgu Irzuana melaporkan baki terkini kewangan BAKEGS ialah RM9700.00

3.2 Kerjasama semua ahli BAKEGS untuk menjelaskan yuran sebanyak RM20 bagi
guru manakala yuran bagi AKP/ staf sokongan RM15 setiap bulan.

3.3 Bendahari juga memaklumkan BAKEGS akan mengeluarkan bayaran MPZ dalam
jangka waktu terdekat .

3.4 Laporan kewangan disahkan oleh Cikgu Norasyikin binti Mohd. Janudin.

Tindakan : Bendahari

1
4.0 Fokus Mesyuarat

4.1 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2022

4.1.1 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diputuskan akan diadakan pada
16 Mei 2022 yang bertemakan “ Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.
4.1.2 Rujuk Lampiran – Kertas Kerja Sambutan Hari Guru 2022

4.2 Ruang Rehat Guru

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ruang rehat di bangunan hadapan


sekolah telah di kemaskan dan perlu gotong royong dalam menceriakan
suasana bilik tersebut. Pengerusi juga memohon AJK dapat bersama-sama
berganding bahu demi keselesaan guru-guru sepanjang berada di sekolah.
4.2.2 Bendahari meminta bantuan AJK mencari sofa yang berpatutan harganya
untuk diletakkan di ruang rehat guru yang baru. Ustaz Zulkifli menawarkan
untuk mencari di kedai perabot berdekatan.
4.2.3 Ahli juga berbincang mengenai pemasangan sinki di bilik rehat dan Cikgu
Amirul menawarkan diri untuk menguruskannya dengan mencari tukang
paip dan membeli barang-barang bagi tujuan tersebut.

Tindakan: Ustaz Zulkifli dan CIkgu Amirul

5.0 Hal-hal lain

5.1 Jualan Makanan dan Minuman

5.1.2 Jualan roti, air mineral dan minuman dalam kotak akan dijual oleh
BAKEGS seperti biasa.
5.1.3 Pengerusi berharap semua AJK dapat mempromosikan barang makanan dan
minuman yang dijual di kelas-kelas.

Tindakan: Bendahari
5.2 Baju Batik Sekolah

5.2.1 AJK telah sebulat suara bersetuju supaya Bakegs untuk menyumbang rm20
kepada semua guru dalam pembelian baju batik sekolah dan selebihnya di
bayar oleh guru-guru sendiri.
5.2.2 Cikgu Noruazela menawarkan diri untuk menguruskan pembelian dan
tempahan baju tersebut dengan pembekal.

Tindakan: Cikgu Norulazela dan Bendahari

2
6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi berharap agar semua ahli dapat menyokong dan memberi kerjasama di
tahap maksimun dalam setiap program yang akan dijalankan oleh BAKEGS dan
segala yang dirancang diharap dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

DICATAT OLEH: DISEMAK OLEH:

ASMAA’ SYAHIDAH BT ABDULLAH HAZAWI HAIRUL NIZAM BIN ALI


Setiausaha BAKEGS sesi 2022/23 Pengerusi BAKEGS sesi 2022/23

DISAHKAN OLEH:

You might also like