You are on page 1of 3

4.

0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah Memperoleh Data

4.1.1 Kaedah Keperpustakaan

Pengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan melalui bahan ilmiah di perpustakaan.


Bahan ilmiah yang menjadi rujukan pengkaji ialah Buku Teks Stpm Ekonomi Malaysia
Penggal 3 Keluaran Pelangi (2013) yang ditulis Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok
dan Safriza Abd. Hamid. Buku ini membantu pengkaji menghuraikan definisi dan konsep
serta jenis-jenis upah di Malaysia. Bahan kajian ini juga membantu pengkaji mengenal pasti
masalah yang timbul dalam perbandingan tingkat upah antara negeri Perlis dengan negeri
Selangor.

4.1.2 Sumber Internet

Pengkaji juga mendapatkan maklumat kajian melalui internet. Pengkaji memperolehi konsep
upah dalam https://ms.wikipedia.org/wiki/Upah dan latar belakang negeri Perlis dan Selangor
dalam https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlis dan https://ms.wikipedia.org/wiki/Selangor .
Selain itu, data diperoleh daripada laman sesawang rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
dalam https://www.dosm.gov.my.

4.2 Kaedah Analisis Data

a) arah aliran tingkat upah antara negeri Perlis dan negeri Selangor serta kedua-dua negeri
dengan Malaysia tidak sama malah turut mengalami penurunan, peningkatan dan tidak
konsisten bagi setiap tahun. Tingkat upah antara kedua-dua negeri dan Malaysia
menunjukkan perbezaan. Rumus untuk membezakan tingkat upah antara kedua-dua negeri
dan Malaysia adalah seperti berikut:

perbezaan tingkat upah = tingkat upah negeri Selangor – tingkat upah negeri Perlis

perbezaan tingkat upah = tingkat upah negeri Selangor – tingkat upah Malaysia

perbezaan tingkat upah = tingkat upah Malaysia – tingkat upah negeri Perlis
Jadual 1 menunjukkan upah bulanan pekerja negeri Perlis, Selangor dan Malaysia.

TAHUN /NEGERI PERLIS (RM) SELANGOR(RM) MALAYSIA(RM)


2011 1653 2126 1809
2012 1609 2308 1906
2013 1677 2450 2023
2014 2068 2590 2193
2015 2240 2853 2312
(Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia)

b) Perbandingan tingkat upah dikaji untuk mengetahui perbezaan tingkat upah bulanan
pekerja dan kadar upah antara negeri Perlis, negeri Selangor dan Malaysia mengikut tahun
iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Rumus untuk perbezaan tingkat upah bulanan
pekerja dan kadar upah mengikut tahun adalah seperti berikut:

perbezaan tingkat upah = tingkat upah negeri Selangor – tingkat upah negeri Perlis

kadar perubahan tingkat upah = tingkat upah tahun 2012 – tingkat upah 2011

x 100%

tingkat upah 2011

Jadual 2 menunjukkan perbezaan tingkat upah dan kadar upah antara negeri perlis dengan
negeri Selangor

TAHUN/NEGER PERLIS SELANGOR PERBEZAAN KADAR


I (RM) (RM) (RM) UPAH(%)
2011 1653 2126 473 -
2012 1609 2308 699 47.78
2013 1677 2450 773 10.59
2014 2068 2590 522 -32.47
2015 2240 2853 613 17.43
(Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia)
Jadual 3 menunjukkan perbezaan tingkat upah dan kadar upah antara negeri Selangor dengan
Malaysia

TAHUN/NEGER SELANGOR MALAYSIA PERBEZAAN KADAR


I (RM) (RM) (RM) UPAH(%)
2011 2126 1809 317 -
2012 2308 1906 402 26.81
2013 2450 2023 427 6.22
2014 2590 2193 397 -7.03
2015 2853 2312 541 36.27
(Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia)

Jadual 4 menunjukkan perbezaan tingkat upah dan kadar upah antara Malaysia dan negeri
Perlis

TAHUN/NEGER MALAYSIA PERLIS PERBEZAAN KADAR


I (RM) (RM) (RM) UPAH(%)
2011 1809 1653 156 -
2012 1906 1609 297 90.38
2013 2023 1677 346 16.50
2014 2193 2068 125 -63.87
2015 2312 2240 72 -42.40
(Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia)

You might also like