You are on page 1of 12

Aktiviti 1 : Dokumentasi (5 ms) (40%)

1.0 Pengenalan (0.5m)

1.1 Latar belakang organisasi tempat aktiviti dilaksanakan (1m)

1.2 Nama Aktiviti Khidmat Masyarakt (1m)

1.3 Tema (0.5)

1.4 Tarikh (0.5)

1.5 Masa (0.5)

1.6 Tempat (0.5)

1.7 Ahli-ahl/ ahli jawatankuasa yang terlibat (0.5)

1.8 Objektif Aktiviti Khidmat Masyarakat (1m)

1. 9 Anggaran Perbelanjaan (1m)

1.10 Perancangan dan Pelaksanaan Projek(2m)

1.11 Penghargaan (1m)

1.12 Kesimpulan

0
AKTIVITI 1: DOKUMENTASI
1.0 Pendahuluan
Khidmat masyarakat ialah ……… (definisi)

Laporan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai projek khidmat masyarakat


yang telah dilaksanakan di rumah Orang Tua Sri Harapan. Komposisi golongan warga tua
di Malaysia semakin meningkat. Pada tahun 2020, dijangka bilangan warga tua yang
berumur 60 tahun dan ke atas akan mencapai angka 3.3 juta orang (United Nation, 1994).
Sejajar pertambahan unjuran penduduk warga tua, Malaysia telah melancarkan Dasar
Warga Tua Negara pada 29 Oktober 2005 dan seterusnya merangka Pelan Tindakan Dasar
Warga Tua Negara. Aspek utama dalam mengendalikan warga tua ialah sokongan.
Sokongan kepada warga tua tidak terhad kepada anak dan ahli keluarga terdekat, tetapi
juga sokongan daripada masyarakat khususnya komuniti setempat. Sokongan diberikan
oleh jiran atau komuniti kepada warga tua adalah pelbagai (Wan Ibrahim, 1999).
Antaranya, sokongan fizikal seperti menolong membaiki kerosakan dalam rumah seperti
paip, atap, dan menggantikan dinding atau lampu yang tidak menyala.

Melalui kursus MPU3412 Khidmat Masyarakat, mahasiswa diberi pendedahan


secara teori dan praktikal untuk melibatkan diri dalam proses merancang dan
melaksanakan program khidmat sosial dalam masyarakat. Dalam tugasan ini, khidmat
sosial yang dirancang adalah program Jalinan Kasih Warga Tua Sri Harapan. Tujuannya
aialah untuk memberi sokongan terhadap pelaksanaan Dasar Warga Tua Negara. Program
yang dirancang dapat memberi pendedahan dan hebahan kepada masyarakat sekaligus
membantu untuk menanamkan sifat kasih sayang melalui interaksi dengan warga tua
nanti.

1.1 Latar belakang organisasi tempat aktiviti dilaksanakan (1m)

Projek yang telah dilaksanakan ialah lawatan ke rumah Warga Tua Sri Harapan,
antara rumah orang-orang tua yang diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada
warga tua yang memerlukan perlindungan, kesejahteraan hidup, kesihatan dan tempat

1
tinggal. Kira-kira…………. orang warga tua menjadi penghuni Rumah Warga Tua Sri
Harapan ………………pada tahun 2014 sehingga kini. Rumah ini terletak di ………..
(sejarah rumah orang tua ini)
Masyarakat dapat membantu warga tua melalui penglibatan dan sumbangan
mereka dan ianya secara langsung memberi keharmonian kepada warga tua, contohnya
sumbangan berupa wang atau benda dan perkhidmatan yang disalurkan dapat memberi
kesejahteraan secara menyeluruh.

1.2 Nama Projek


Nama projek ialah Jalinan Kasih Rumah Warga Tua Sri Harapan. Nama ini dipilih
bedasarkan projek dilaksanakan untuk kesejahteraan warga tua.
(boleh huraikan lagi)

1.3 Tema
Tema projek khidmat masyarakat ini ‘Jalinan Kasih, Sekalung sebab aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan ialah untuk bersosial bersama masyarakat warga emas Sri Harapan..
(kenapa pilih tema ini-explain)

1.4 Tarikh

Tarikh pelaksanaan projek ialah pada 16 Februari 2019, hari Sabtu dan hari ini
dipilih disebabkan ahli-ahli projek tidak bekerja. .
(jelaskan tentang pemilihan tarikh)

1.5 Masa

Masa pelaksanakan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari iaitu selama
empat jam. Jangkamasa tersebut perlu untuk memastikan semua aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
(boleh dihuraikan lagi)

2
1.6 Tempat

Tempat pelaksanaan projek ialah di Rumah Warga Tua Sri Harapan terletak di
………….. . Rumah ini memberi perlindungan kepada warga tua yang memerlukan
temapat tinggal dan perlindungan. Kira-kira…………. orang warga tua menjadi penghuni
Rumah Warga Tua Sri Harapan ………………pada tahun 2014 sehingga kini.

1.7 Ahli-ahl/ Ahli Jawatankuasa yang terlibat

Projek lawatan tersebut telah dilaksanakan oleh sekumpulan 8 orang sukarelawan


yang terdiri daripada rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajar Open University Malaysia
(OUM).
(Beri perincian tugas dalam bentuk jadual)

1.8 Objektif Aktiviti/Projek Khidmat Masyarakat


Objektif projek tersebut adalah seperti berikut: -
1.8.1 Mendedahkan mahasiswa kepada aktiviti khidmat sosial dalam masyarakat.
1.8.2 Memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
1.8.3 Mengeratkan hubungan antara generasi.
1.8.4 Menyokong Dasar Warga Tua Negara dan menghargai warga tua.

1.9 Anggaran Perbelanjaan


Oleh sebab projek tersebut ialah berimpak tinggi, jumlah perbelanjaan yang
diperlukan ialah RM900. Jumlah ini diperlukan untu membeli hadiah, barang=barang
untuk pembersihan dan keceriaan serta makan tengah hari.

Jadual 1.1 Perbelanjaan


Bil Perkara Pendapatan Perbelanjaaan
1 Sumbangan daripada CIMB Bank RM500
2 Sumbangan Sukarelawan RM500
3 Pembelian Hadiah RM400
4 Bahan-bahan untuk pembersihan & RM100
Keceriaan
5 Sarapan Pagi RM400

3
6 Sijil penghargaan disumbang oleh
OUM
7 Jumlah RM1000 RM900

1.10 Perancangan dan Pelaksanaan Projek/Aktiviti

Projek melewat Rumah Warga Tua Sri Harapan ini telah dirancang sejak bulan
Januari 2019. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti
dalam tema …………
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keizinan pihak
berkuasa Rumah Warga Tua Sri harapan dan sokongan pihak Open University Malaysia
(OUM) banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Sukarelawan yang terlibat
dalam projek ini ialah seramai ……… orang..
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan. Perlantikan AJK dan
agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan. Anggaran
pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek berimpak tinggi ini tidak melebihi
pendapatan yang ada. Berikut adalah jadual yang menunjukkan pelaksanaan projek
khidmat masyarakat yang telah dilaksanakan.
(Boleh huraikan lagi untuk pelaksanaan aktiviti atau sertakan jadual pelaksanaan)

Jadual 1.2 Pelaksanaan Aktiviti


Masa Aktiviti
7.30 pagi Bertolak ke Rumah Warga Tua Sri Harapan
8.00 pagi Ucapan dan Taklimat
Pegawai Rumah Warga Tua Sri Harapan
8.30 pagi * Sesi Perkenalan dengan staf
* Sesi perkenalan dengan Warga Tua Sri Harapan
* Sarapan Pagi dan Minum pagi bersama warga tua.
10.00 pagi Aktiviti pembersihan kawasan rumah warga tua:
* Gotong-royong membersihkan kawasan
12.00 tengah hari * Sesi bercerita

1.11 Penghargaan

4
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti OUM di
atas tunjuk ajar tutor dan penawaran kursus MPU3412 Community Service. Kursus ini
memberi pendedahan secara teori dan praktikal tentang khidmat sosial dalam komuniti..
Terima kasih diatas sumbangan kalian. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak-
pihak tertentu yang banyak memberi sokongan agar program ini dapat dirancang dengan
jayanya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
( Boleh huraikan lagi)

1.1.2 Kesimpulan

Semua insan yang hidup di dunia ini akan melalui saat-saat menjadi warga tua.
Manusia berkembang bermula dari proses kelahiran, menjadi kanak-kanak, remaja,
dewasa, tua dan akan mati. Setiap kehidupan yang dilalui mempunyai keunikan yang
tersendiri dan masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza. Kebajikan warga
tua tidak pernah diabaikan dalam arus kemajuan. Aspek kebajikan warga tua turut diberi
perhatian dari sudut perlindungan dan kesihatan.

Program khidmat sosial perlu diperluaskan agar lebih ramai masyarakat pada hari
ini turut serta dalam program ini. Program ini sedikit sebanyak menunjukkan
keprihatinan masyarakat terhadap golongan minoriti ini. Semoga akan lebih banyak lagi
program khidmat sosial dilaksanakan dalam masyarakat hari ini serta meliputi golongan-
golongan yang memerlukan secara menyeluruh.

AKTIVITI 2

5
Untuk Rakaman Video , sila lawati pautan youtube di bawah ini:

https://youtu.be/OQVo6qJZeD8

AKTIVITI 3

6
JOURNAL REFLEKSI PROGRAM JALINAN KASIH
RUMAH WARGA TUA SRI HARAPAN
3.1 Refleksi Sebelum Pelaksanaan
Dalam kesibukan seharian kita meneruskan kehidupan dengan pelbagai gelagat ahli
keluarga, gelak ketawa dan kebahagiaan serta cabaran hidup, masih ada lagi segelintir
masyarakat seperti warga tua yang lebih memerlukan khidmat sokongan sosial daripada
masyarakat seperti kita. Dengan kesedaran itulah, projek khidmat masyarakat ini dipilih
untuk dilaksanakan.
Program Jalinan Kasih Rumah Warga Tua Sri Harapan ….. merupakan antara
program khidmat masyarakat yang dirancang dan dijalankan sebagai memenuhi
keperluan kursus MPU3412 Khidmat Masyarakat.
Perancangan program mengambil masa hampir 3 minggu sebelum pelaksanaan.
Beberapa perbincangan telah diadakan untuk menetapkan tempat yang perlu dikunjungi
untuk mengadakan program yang dirancang, anggaran kos dan perbelanjaan program,
termasuklah perancangan aktiviti yang sesuai untuk warga tua. Beberapa aktiviti terpaksa
digugurkan selepas perbincangan dengan pegawai kebajikan rumah warga tua atas sebab
kepentingan keperluan dan kesihatan warga tua.

3.2 Refleksi Semasa Pelaksanaan

Semasa program dijalankan, kami dapat melihat sendiri keadaan warga tua yang
dihantar ke rumah kebajikan Sri Harapan dari segi kehidupan seharian, pengurusan dan
sebagainya. Sangat memilukan hati apabila melihat sendiri keadaan tempat tinggal
mereka, dengan kemudahan yang tidak lengkap. Sangat menyedihkan apabila mereka
menceritakan tentang kisah hidup mereka dan ada yang anaknya tidak mengendahkan
mereka, dan ada juga yang lebih suka tinggal di rumah kebajikan berbanding tinggal
dengan keluarga sendiri.
Mereka gembira jika ada orang luar melawat mereka dan sebahagiannya meluahkan
rasa terubat kerinduan kepada keluarga sendiri dengan kehadiran kami dalam program ini
amat menyentuh perasaan. Warga tua memberi komitmen yang baik dan turut serta dalam
semua program yang dirancang. Mereka juga mempamerkan rasa gembira ketika dilayan

7
bercerita, makan bersama dan semua aktiviti lain yang telah dilaksanakan.
Terdapat beberapa perkara amat menyentuh perasaan,. contohnya, seorang warga tua
tidak ada selera makan disebabkan kawan baiknya sedang dalam keadaan uzur, terbaring
dan tidak dapat ikut serta dalam program yang dijalankan. Jelas menunjukkan sensitiviti
warga tua dalam kehidupannya. Perkara ini memberi kesedaran pada kami tentang aspek
penjagaan warga tua ini bukan sahaja dari segi fizikal dan keperluan sosial tetapi juga
penjagaan dari aspek emosi juga perlu diberi perhatian.
Terdapat warga tua yang boleh berinteraksi dengan beberapa bahasa yang lain selain
daripada Bahasa Melayu. Terdapat penghuni Sri Harapan boleh menuturkan Bahasa
Inggeris dengan baik, dan ada yang boleh berbahasa Mandarin dan ada yang boleh
berbahasa tamil. Perkara ini menunjukkan bahawa warga tua ini mempunyai pengalaman
hidup yang banyak dan mempunyai latar kerjaya masing-masing sebelum memutuskan
diri untuk tinggal dalam rumah jagaan orang-orang tua Sri Harapan ini. Daripada isu ini,
saya berpendapat bahawa isu-isu menghantar warga tua ke rumah kebajikan perlu diberi
pertimbangan sewajarnya agar kehidupan mereka lebih memuaskan hati dari segi fizikal
dan mental.

(boleh ceritakan juga aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan)

3.3 Refleksi Selepas Pelaksanaan

Selepas program, realitinya sumbangan sedikit kami ini sememangnya masih


tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian warga tua Sri Harapan Sandakan.
Program ini banyak menginsafkan kami tentang kasih sayang dan lebih menghargai orang
tua masing-masing. Bak kata seorang warga tua di rumah Sri Harapan, seorang ibu dapat
menjaga sepuluh orang anak, tapi seorang anak tidak mampu untuk menjaga seorang tua
seperti mereka. Kami juga belajar tentang jangan mudah menilai seseorang tetapi kenali
mereka lebih dekat. Orang tua walaupun nampak pendiam, jika didekati dengan penuh
kasih sayang jelas akan memberi komitmen dan kerjasama yang baik.

Kekuatan program ini, dapat dilihat dalam merealisasikan objektif program dan pada

8
masa yang sama dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari secara teori dan dipraktikan
secara praktikal. Khidmat sosial merupakan usaha murni yang walaupun memenatkan
namun memberi kepuasan dan pengalaman berharga kepada semua peserta program.
Selaku warganegara Malaysia, selain menjalankan rutin kehidupan seharian kita juga
mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat disekeliling kita sama ada secara
langsung mahupun sebaliknya. Program ini dapat memberi kesedaran dalam kalangan
masyarakat untuk menghargai warga tua dan menyayangi mereka.
Daripada program ini, kami dapat mencungkit bakat diri yang belum dikenalpasti
iaitu nilai-nilai diri, dan juga kemampuan mengendalikan masalah. Termasuklah
keupayaan mengendalikan dan menguruskan kewangan untuk menjalankan sesebuah
program yang besar.
Kelemahan program ini ialah dijalankan dalam tempoh masa yang singkat dan
perkhidmatan sosial dengan warga Sri Harapan hanya dapat dijalankan dalam tempoh
masa yang terhad. Kami tidak dapat meluangkan masa yang lebih atas sebab komitmen
lain seperti tuntutan kerja, tuntutan sebagai pelajar, dan pada masa yang sama
tanggungjawab terhadap keluarga. Selain itu, kami kurang peka terhadap barang-barang
keperluan peribadi warga tua yang amat diperlukan untuk kegunaan seharian. Terdapat
barang-barang yang kami berikan tidak sesuai untuk segelintir warga tua Sri Harapan.
Cadangan penambahbaikan, program ini boleh dibuka penyertaan kepada orang ramai
yang hendak turut serta dalam program khidmat masyarakat. Kutipan sumbangan boleh
dihebahkan dalam komuniti setempat agar dapat dikutip dengan lebih banyak untuk
warga tua. Sumbangan boleh sahaja berupa wang ringgit, atau barang-barang keperluan
harian seperti pampers dewasa, sabun mandi, syampu, ubat gigi dan berus gigi, losyen,
ubat-ubatan dan sebagainya. Sumbangan juga boleh dalam bentuk makanan dan minuman
sesuai untuk warga tua. Pada masa akan datang, saya cadangkan agar diadakan program
outdoor bersama warga tua. Program Ronda-Ronda Warga Tua Sri Harapan boleh
dirancang dan dilaksanakan bagi warga tua yang mempunyai kesihatan yang baik.
Tujuannya, membawa warga tua untuk melawat tempat-tempat yang menarik yang berada
di kawasan setempat.
Kesedaran masyarakat tentang pentingnya memberi kasih sayang, perlindungan,
penjagaan, dan memenuhi keperluan orang tua perlu sentiasa diwar-warkan kepada

9
masyarakat dari semasa ke semasa. Sebagai anak kita tidak perlu menghantar ibu bapa ke
rumah kebajikan warga tua sebaliknya, jagalah ibu bapa selagi hayat masih ada. Perlu
fikir kembali mereka boleh menjaga kita, membesarkan kita, dan sebagainya seharusnya
kita lebih menghargai kehadiran mereka selagi mereka masih ada.
Projek Jalinan Kasih Rumah Warga Tua Sri Harapan berjaya dijalankan dengan
kerjasama semua pihak yang terlibat. Mengunjungi rumah Warga Tua Sri Harapan
merupakan pengalaman berharga yang tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila.
Diharapkan projek seperti ini akan dilaksanakan dengan berimpak lebih tinggi pada masa
akan datang dengan lebih banyak penyertaan.

Aktiviti 4
4.0 Factor-faktor yang memotivasikan sukarelawan
Factor-faktor yang memotivasikan sukarelawan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti khidmat masyarakat ialah menimba pengalaman berharga, menyedari kepentingan
berkhidmat untuk masyarakat dan mempertingkatkan kepimpinan diri.
Factor pertama ialah untuk menimba pengalaman berharga semasa menjalankan
program kemasyarakatan ini. Kami ingin menyaksikan sendiri realiti kehidupan warga
tua di rumah kebajikan ini, hubungan kasih sayang dalam kalangan penghuni rumah
warga tua serta kehidupan sebilangan kecil warga tua yang uzur. Perkara ini akan
memberi pengajaran tentang erti kehidupan sebenar. (huraikan)
Faktor kedua ialah menyedari kepentingan berkhidmat untuk masyarakat. Tidak
dinafikan program khidmat masyarakat ini amat meletihkan tetapi ia amat bermakna
secara peribadi kerana diberi peluang untuk lebih mengenali diri sendiri melalui aktiviti
membantu orang lain.
Motivasi untuk melibatkan diri dalam program khidmat masyarakat ini ialah
untuk disebabkan factor yang amat penting iaitu mempertingkatkan kepimpinan diri.
Kemahiran ini akan diperolhi melalui pengurusan prjek yang berkesan. Perancangan
perlulah rapid dan realistic untuk memastikan kejayaan projek ini.
(huraikan lagi dan gunakan rujukan dan petikan yang bersesuaian.)
Sebagai kesimpulan, banyak factor yang memotivasikan sukarelawan seperti saya
untuk melaksankan projek khidmat masyarakat. Di antaranya ialah untuk mendapatkan

10
pengalaman, meyedaru kepentingan berkhidmat untuk masyarakat dan untuk sebagai cara
untuk mempertingkatkan kepepimpinan diri.

11

You might also like