You are on page 1of 53

EPPD1023 MAKROEKONOMI I

 Makroekonomi pada dasarnya adalah bidang ilmu yang


memberi tumpuan kepada hal yang berkaitan dengan isu
ekonomi pada peringkat agregat, seperti masalah kitaran
perniagaan, pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi,
pengangguran dan inflasi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Secara umum, ekonomi boleh dibahagikan kepada dua
bidang; mikroekonomi dan makroekonomi.
 Bidang mikroekonomi lebih tertumpu kepada kajian
mengenai kelakuan dan fungsi unit individu dalam sesebuah
ekonomi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Ilmu makroekonomi pula memfokus kepada:

i. Aspek agregat dengan memfokus kepada prestasi keseluruhan


ekonomi dan hubung kait antara pelbagai sektor yang
terdapat dalam sesebuah ekonomi.
ii. Penentuan output atau keluaran negara dan pertumbuhan
ekonomi melalui masa.
iii. Masalah atau isu ekonomi seperti kemelesetan, pengangguran,
inflasi, imbangan pembayaran, imbangan perdagangan, kitaran
perniagaan, tingkat harga agregat, perbelanjaan kerajaan,
percukaian, penawaran wang dan kadar pertukaran asing,
pendapatan benar, kadar upah dan penawaran buruh

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
iv. Dasar yang digunakan oleh kerajaan dalam mempengaruhi
dan menentukan prestasi ekonomi negara dan
keberkesanannya dalam menangani atau mengatasi masalah
ekonomi yang dihadapi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Bagi penggubal dasar, ilmu makroekonomi adalah penting
untuk mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi serta
memberi idea yang positif dan sesuai diaplikasikan untuk
mencapai matlamat makroekonomi yang ditentukan oleh
kerajaan.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Pemboleh ubah makroekonomi merujuk kepada maklumat
dan data statistik tentang aktiviti ekonomi.
 Antara pemboleh ubah penting dalam makroekonomi
adalah:
a) Pendapatan negara / keluaran negara
b) Tenaga buruh, gunatenaga dan pengangguran
c) Tingkat harga umum dan inflasi
d) Kadar bunga, kadar inflasi dan kesan Fisher
e) Imbangan pembayaran dan kadar pertukaran
f) Pertumbuhan ekonomi dan kitaran perniagaan

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
a) Pendapatan Negara / Keluaran Negara

 Keluaran negara adalah jumlah nilai semua barang dan


perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah
ekonomi dalam jangka masa tertentu, biasanya satu tahun.
 Terdapat 2 konsep keluaran yang paling biasa digunakan iaitu
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran
Negara Kasar (KNK).
 Umumnya, konsep KDNK digunakan untuk mengetahui
prestasi semasa aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara.
Manakala, KNK digunakan untuk mengukur kekayaan
sesebuah negara.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah nilai semua
barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh faktor
penge-luaran yang berada di dalam sesebuah negara dalam
satu tahun. Faktor pengeluaran ini dimiliki oleh rakyat
tempatan dan rakyat asing.

 Keluaran Negara Kasar (KNK) adalah nilai semua barang


dan perkhidmatan akhir yang dike-luarkan oleh faktor
pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara dalam
satu tahun. Faktor pengeluaran ini boleh berada di dalam
atau di luar negara.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Keluaran negara boleh dinyatakan dalam nilai semasa atau
benar.
 Keluaran negara nilai semasa (nominal) ialah keluaran negara
yang dinilai mengikut harga yang berlaku dalam pasaran pada
tahun berkenaan.
 Keluaran negara benar pula ialah keluaran negara yang dinilai
mengikut harga pada sesuatu tahun asas.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Hubungan antara nilai semasa dengan nilai benar dapat
ditunjukkan dengan persamaan berikut :

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Satu konsep lain yang berhubung rapat dengan keluaran
negara adalah keluaran negara potensi.
 Keluaran negara potensi ialah jumlah keluaran maksimum
yang boleh dicapai oleh sesebuah negara apabila semua
faktor pengeluaran dalam negara seperti buruh dan modal
digunakan sepenuhnya.
 Dengan perkataan lain, keluaran negara potensi ini tercapai
pada tingkat guna tenaga penuh.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
b) Tenaga buruh, gunatenaga dan pengangguran

 Tenaga buruh merujuk kepada penduduk dalam lingkungan


umur bekerja 15-64 tahun.
 Tenaga buruh terdiri daripada mereka yang bekerja iaitu
guna tenaga dan mereka yang menganggur.
 Guna tenaga merujuk kepada golongan bekerja yang terdiri
daripada tenaga buruh yang bekerja untuk mendapatkan gaji
atau upah.
 Golongan penganggur pula merujuk kepada tenaga buruh
yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan
tingkat gaji atau upah tertentu.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Golongan penganggur pula merujuk kepada tenaga buruh
yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan
tingkat gaji atau upah tertentu.
 Ia juga terdiri daripada tenaga buruh yang tidak mencari
pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan pekerjaan
pada tingkat upah tertentu.
 Istilah guna tenaga penuh pula bermaksud keadaan apabila
kadar pengangguran kurang daripada 4 peratus. Kadar
pengangguran yang menyamai 4 peratus dikenali sebagai
tingkat pengangguran semula jadi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Mereka yang berada di luar tenaga buruh pula merujuk
kepada mereka yang berada dalam umur bekerja (15-64
tahun) tetapi tidak bekerja dan tidak pula menganggur.
 Mereka yang dikategorikan dalam kumpulan ini adalah
mereka yang:
a) Terus-menerus cacat anggota dan mental yang tidak
berkebolehan untuk bekerja
b) Bersara atau merasakan sudah terlalu tua untuk bekerja atau
sengaja tidak mahu bekerja
c) Tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan, dikenali
sebagai penganggur sukarela (tetapi bukan merupakan sejenis
pengangguran)
d) Terlibat dengan kerja rumah sendiri, contohnya suri rumah
tangga sepenuh masa

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Formula mengira kadar pengangguran:

Catatan: Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Jenis-jenis pengangguran & cara mengatasinya

 Secara umumnya terdapat 6 jenis pengangguran, iaitu:


i. Pengangguran Geseran
ii. Pengangguran Struktur
iii. Pengangguran Kitaran
iv. Pengangguran Teknologi
v. Pengangguran Bermusim
vi. Pengangguran Tidak Ketara

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
i. Pengangguran Geseran
 Pengangguran ini bersifat sementara dan berlaku disebabkan oleh
tindakan pekerja sendiri.
 Mereka berhenti kerja untuk mendapatkan pekerjaan baru yang
menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti gaji yang lebih tinggi
dan tempat kerja yang lebih sesuai.
 Untuk mengatasi masalah pengangguran jenis ini, maklumat
pekerjaan perlu dipertingkatkan dan mobiliti ke tempat kerja
dipermudahkan.

ii. Pengangguran Struktur


 Pengangguran ini wujud disebabkan perubahan kegiatan ekonomi
daripada satu sektor kepada sektor lain dalam ekonomi.
 Pengangguran jenis ini boleh diatasi dengan memberi latihan dan
kemahiran yang berkaitan dengan keperluan pekerjaan di sektor
baru.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
iii. Pengangguran Kitaran
 Pengangguran ini disebabkan oleh pengurangan kegiatan ekonomi yang
menyebabkan permintaan terhadap buruh berkurangan.
 Untuk mengatasi masalah pengangguran ini, dasar fiskal dan dasar
monetari mengembang yang meningkatkan permintaan agregat selari
dilakukan.
 Permintaan agregat akan mendorong firma meningkatkan pengeluaran
mereka. Ini bererti firma memerlukan lebih banyak buruh.

iv. Pengangguran Teknologi


 Pengangguran teknologi berlaku apabila teknik pengeluaran berubah
dari kaedah tradisi kepada kaedah moden.
 Pengangguran jenis ini boleh diatasi dengan menggalakkan buruh
bertukar kepada pekerjaan lain.
 Penganguran di sesetengah sektor yang tidak menguntungkan atau
ketinggalan teknologi boleh diatasi dengan menggalakkan buruh
bertukar atau berpindah dari sektor tersebut ke sektor yang semakin
berkembang.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
v. Pengangguran Bermusim
 Pengangguran jenis ini terjadi apabila tempoh pekerjaan sesuatu
kegiatan ekonomi berakhir.
 Pengangguran ini dapat diatasi dengan mewujudkan pekerjaan
sampingan.
vi. Pengangguran Tidak Ketara
 Pengangguran ini wujud bila mana terdapat terlalu ramai pekerja
dalam sesuatu pekerjaan sehingga menyebabkan produktiviti sut
lebihan tenaga buruh adalah sifar.
 Beberapa langkah lain turut boleh dilakukan bagi mengatasi
masalah pengangguran antaranya seperti:
a. Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
b. Membuka tanah baru di desa

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
c) Tingkat harga umum dan inflasi

 Tingkat harga ini merujuk kepada tingkat harga umum bagi satu
bakul barang dan perkhidmatan.
 Kenaikan harga umum bermaksud kenaikan harga secara
keseluruhan ke atas kebanyakan jenis barang dan perkhidmatan
yang dijualbeli dalam ekonomi.
 Tingkat harga umum diukur dengan indeks harga pengguna (IHP).
 Pembinaan IHP ini pada asasnya adalah dari sekumpulan harga
barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh kebanyakan isi
rumah seperti makanan dan minuman, pakaian, tempat kediaman,
bahan api, pengangkutan, perubatan dan perkhidmatan lain.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Inflasi ialah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga pada
tahun semasa berbanding dengan harga purata tahun sebelumnya.
 Inflasi diukur dengan kadar inflasi.
 Kadar inflasi dalam negara dapat diukur dengan menggunakan
formula berikut:

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Jenis-jenis inflasi & cara mengatasinya

 Secara umumnya terdapat 3 jenis inflasi, iaitu:


i. Inflasi tarikan permintaan
ii. Inflasi tolakan kos
iii. Inflasi diimport

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
i. Inflasi Tarikan Permintaan
 Inflasi tarikan permintaan berlaku disebabkan oleh kenaikan
permintaan agregat (AD).
 Untuk mengatasi inflasi jenis ini, dasar fiskal menguncup dan
dasar monetari menguncup oleh diamalkan.
 Langkah-langkah dasar monetari mengucup:
 Meningkatkan kadar bunga
 Operasi pasaran terbuka
 Menaikkan nisbah rizab wajib, nisbah rizab mudah tunai dan kadar diskaun
 Mengawal pemberian kredit
 Pendanaan (funding)
 Pujukan moral

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Langkah-langkah dasar fiskal mengucup:
 Menaikkan kadar cukai
 Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

ii. Inflasi Tolakan Kos


 Inflasi tolakan kos adalah kenaikan harga barangan dalam ekonomi
yang disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran.
 Untuk mengatasi inflasi jenis ini, beberapa langkah kawalan
langsung berikut boleh dijalankan iaitu:
 Menetapkan harga barang-barang tertentu
 Mengawal kenaikan gaji dan upah

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
iii. Inflasi Diimport
 Inflasi diimport adalah berpunca daripada kenaikan harga barang
yang diimport.
 Barang diimport boleh terdiri daripada barang siap, barang
separuh siap dan bahan mentah untuk proses pengeluaran.
 Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi jika barangan
import mengalami kenaikan harga.
 Di samping itu, pengeluar biasanya memindahkan sebahagian
peningkatan kos bahan input yang diimport kepada pihak pengguna
dengan menaikkan harga jualan mereka.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Untuk mengatasi inflasi jenis ini:
 Barangan import yang mahal harus dikawal supaya ia tidak menyebabkan inflasi
yang diimport.
 Barangan yang dieksport perlu juga dikawal untuk memastikan bahawa
kekurangan tidak berlaku di pasaran tempatan.

 Hubungan kadar inflasi dengan nilai wang


• Apabila inflasi berlaku, nilai wang akan merosot.
• Nilai wang diukur dengan formula indeks nilai wang (INW)
berikut:

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Jika diandaikan tahun asas ialah tahun 2000, maka IHP pada tahun
tersebut mestilah 100.
 Oleh itu, indeks nilai wang (INW) pada tahun 2007 dan 2008
ialah:

Contoh Pengiraan Indeks Nilai Wang

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Hubungan antara pengangguran dengan inflasi
 Hubungan antara pengangguran dengan inflasi dapat
diterangkan oleh Keluk Phillips Jangka Pendek (SRPC).
 Keluk Phillips Jangka Pendek menunjukkan hubungan negatif
antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran.
 Terdapat hubungan negatif antara kadar pengangguran dengan
kadar kenaikan upah.
 Selain itu, keadaan stagflasi iaitu keadaan yang mana inflasi dan
pengangguran meningkat secara serentak boleh di terangkan
oleh Keluk Phillips Jangka Panjang (LRPC).

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
d) Kadar bunga, kadar inflasi dan kesan Fisher

 Kadar bunga juga merupakan salah satu pemboleh ubah


makroekonomi yang signifikan mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi.
 Ini kerana turun naik dalam kadar bunga akan mempengaruhi
tingkat pelaburan yang merupakan komponen suntikan bagi
pendapatan negara.
 Hubungan kadar bunga dengan tingkat pelaburan adalah secara
songsang seperti ditunjukkan oleh Rajah 1.5.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kewujudan kadar inflasi (π) menimbulkan dua konsep kadar
bunga, iaitu kadar bunga pasaran atau kadar bunga nominal (in)
dan kadar bunga benar (ir).
 Kadar bunga nominal boleh didefinisikan sebagai harga yang
dibayar oleh penerima pinjaman (peminjam atau Siberhutang)
kepada pemberi pinjaman (Si Piutang) sebagai imbuhan ke atas
pinjaman tersebut dan juga imbuhan kejatuhan nilai wang yang
disebabkan inflasi.
 Kadar faedah benar pula merupakan harga benar yang sebenar
dibayar oleh Siberhutang kepada Pemiutang sebagai imbuhan
kepada jumlah wang yang dipinjam, iaitu setelah mengambil kira
kadar inflasi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kadar bunga nominal cenderung menjadi tinggi apabila kadar
inflasi tinggi dan sebaliknya cenderung rendah apabila kadar inflasi
rendah. Kecenderungan ini dipanggil kesan Fisher.
 Hubungan dua konsep kadar bunga dengan kadar inflasi diberi
dalam persamaan berikut:

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
e) Imbangan pembayaran dan kadar pertukaran

 Imbangan pembayaran (IP) adalah satu penyata kewangan yang


menunjukkan catatan urusniaga perdagangan antara sesebuah
negara dengan negara asing dalam sesuatu tempoh, biasanya 1
tahun.
 Lebihan IP berlaku apabila jumlah bayaran yang diterima dari luar
negeri melebihi jumlah bayaran yang dibuat ke luar negeri dalam
tempoh tersebut.
 Sebaliknya kurangan IP bermaksud jumlah bayaran yang diterima
dari luar negara adalah kurang daripada jumlah bayaran yang
dibuat ke luar negara dalam tempoh itu.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Lebihan IP menyebabkan bekalan wang bertambah dalam
ekonomi dan kegiatan ekonomi dapat dipertingkatkan.
 Sementara kurangan IP menyebabkan bekalan wang berkurang
dalam ekonomi dan seterusnya mengurangkan kegiatan ekonomi.
 Kurangan IP berpunca daripada beberapa faktor, antaranya adalah:
 Defisit atau kurangan dalam akaun semasa
 Defisit atau kurangan akaun modal.

 Kurangan IP ini harus diperbaiki.


 Ini kerana kurangan IP membawa maksud berlakunya pengaliran
keluar mata wang ke negara asing.
 Semakin tinggi pengaliran keluar mata wang bermakna rendahnya
nilai mata wang dan akhirnya menyebabkan jatuhnya kadar
pertukaran antara negara.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membaiki
IP, antaranya adalah:
i. Menggunakan cadangan emas dan cadangan asing
ii. Menyekat import
iii. Menggalakkan eksport
iv. Mengawal tukaran asing
v. Menaikkan kadar bunga
vi. Melaksanakan dasar deflasi
vii. Menurunkan nilai mata wang (devaluasi)

 Dalam merangsang aktiviti ekonomi, kekukuhan mata wang dan


kadar pertukaran adalah penting dan sangat berhubung rapat.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kadar pertukaran di sini merujuk kepada harga mata wang antara
dua negara untuk membolehkan aktiviti urusniaga antara negara
dilakukan.
 Dalam urus niaga antara pedagang Jepun dengan Malaysia sebagai
contoh, pedagang Malaysia memerlukan mata wang Jepun (Yen)
untuk berurusniaga dengan pedagang Jepun dan sebaliknya apabila
pedagang Jepun ingin berurus niaga dengan pedagang di Malaysia,
RM akan diminta.
 Kadar pertukaran ini bergantung kepada kuasa permintaan dan
penawaran terhadap mata wang asing.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Terdapat 2 sistem utama yang menentukan kadar pertukaran
asing, iaitu:
• Kadar pertukaran terapung atau bebas
o Kadar pertukaran terapung atau bebas ditentukan sepenuhnya oleh
kuasa permintaan dan penawaran di pasaran pertukaran asing.
• Kadar pertukaran tetap
o Kadar pertukaran tetap pula berlaku dengan wujudnya campur tangan
kerajaan dalam pasaran tukaran asing atau mengikut standard emas.
o Campur tangan kerajaan adalah untuk menetapkan kadar pertukaran
pada suatu kadar yang dirasakan sesuai untuk suatu tempoh masa
tertentu untuk tujuan tertentu.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
f) Pertumbuhan ekonomi dan kitaran perniagaan

 Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan aktiviti


ekonomi yang menyebabkan peningkatan pengeluaran barang dan
perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.
 Pada kebiasaannya kadar pertumbuhan ekonomi digunakan untuk
mengukur prestasi perkembangan ekonomi sesebuah negara.
 Kadar pertumbuhan ekonomi diukur dengan persamaan berikut:

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Petunjuk taraf hidup pula diukur dengan dengan
persamaan berikut:

 Sekiranya pertambahan penduduk diambil kira, maka kadar


pertumbuhan kebajikan (pertumbuhan taraf hidup) dapat dihitung
dengan persamaan berikut:
 Sekiranya KDNK benar berada dalam keadaan turun naik, iaitu
meningkat, menurun, meningkat semula dan menurun semula,
ekonomi dikatakan berada dalam keadaan satu kitaran perniagaan.
 Umumnya terdapat lima (5) fasa dalam kitaran perniagaan seperti
dalam Rajah 1.6 iaitu:
i. Puncak - tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai pada sesuatu
tempoh itu.
ii. Penguncupan/Kemerosotan - tempoh apabila berlaku pengurangan
KDNK benar. Ketika ini kadar pertumbuhan adalah negatif.
iii. Jurang - tingkat terendah KDNK benar yang berlaku pada tempoh itu.
iv. Pemulihan - tempoh KDNK benar mula meningkat dan kadar
pertumbuhan adalah positif tetapi rendah.
v. Pengembangan - tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar
pertumbuhan sangat tinggi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Secara umumnya, kerajaan setiap negara memainkan peranan
penting untuk menentukan peruntukan sumber yang cekap, agihan
pendapatan yang saksama, kestabilan harga dan pertumbuhan
ekonomi yang mapan.
 Terdapat beberapa dasar yang penting dan sering dilaksanakan
oleh kerajaan, iaitu:
a) Dasar sebelah permintaan
i. Dasar fiskal/dasar belanjawan
ii. Dasar kewangan/dasar monetari
iii. Kawalan langsung seperti dasar upah, dasar harga dan dasar
perdagangan luar
b) Dasar sebelah penawaran

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
a) Dasar Sebelah Permintaan

i. Dasar Fiskal

 Dasar fiskal adalah dasar perubahan perbelanjaan kerajaan dan


pencukaian untuk mengawal perbelanjaan agregat/permintaan
agregat sesebuah negara supaya dapat mencapai matlamat guna
tenaga penuh dan kestabilan harga.
 Contoh perbelanjaan kerajaan ialah:
i. Upah dan gaji kepada kakitangan kerajaan
ii. Kos pembiayaan projek pembangunan kerajaan
iii. Perbelanjaan ke atas barang import
iv. Bayaran pindahan
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
ii) Dasar Kewangan / Monetari

 Dasar kewangan/monetari ialah dasar mengubah jumlah bekalan


wang (penawaran wang) dan kadar bunga dalam ekonomi untuk
mengawal permintaan agregat sesebuah negara supaya mencapai
objektif guna tenaga penuh dan kestabilan harga.
 Semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan bekalan wang supaya
permintaan agregat dapat diturunkan dan seterusnya harga barang
dapat dikawal.
 Semasa ekonomi meleset pula, bekalan wang akan ditambahkan
agar permintaan agregat bertambah dan ekonomi dapat
dipulihkan.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
iii) Dasar Langsung

a) Dasar Upah/Harga
 Dasar upah/harga ialah dasar perubahan tingkat upah/harga dalam
ekonomi yang bertujuan untuk mengawal permintaan agregat dan
inflasi.

b) Dasar Perdagangan Luar


 Dasarperdagangan luar ialah dasar kawalan perdagangan antarabangsa
dan kadar pertukaran wang asing untuk menjamin supaya imbangan
pembayaran negara selalu berada dalam keadaan yang stabil.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
b) Dasar Sebelah Penawaran

 Dasar sebelah penawaran dijalankan oleh kerajaan untuk


mempengaruhi penawaran agregat dalam negara.
 Ia bertujuan menambahkan keluaran negara untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.
 Antara langkah dasar sebelah penawaran yang dijalankan oleh
kerajaan ialah:
i. Mengubah cukai pendapatan
ii. Mengubah cukai faktor yang diimport
iii. Meningkatkan insentif pelaburan
iv. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

EPPD1023 MAKROEKONOMI I

You might also like