You are on page 1of 7

OUMH1103

780516125374001

SEMESTER JANUARY/ TAHUN 2017

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NAMA : LIM NYUK YEN

NO. MATRIKULASI : 780516125374001

NO. KAD PENGNEALAN : 780516125374

NO. TELEFON : 0168272729

E-MEL : yenleong81@live.com

NAMA TUTOR : PANG YUK YEN

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN

1
OUMH1103
780516125374001

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.0 PENGENALAN --------------------------------------------------------------------------------- 3

2.0 TIGA CABARAN MENGURUSKAN KOS SARA HIDUP YANG


TINGGI DAN CARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH
DISEBABKAN OLEH CABARAN ----------------------------------------------------------- 4 - 6

2.1 Kos Keperluan Harian


2.2 Kos Pengangkutan
2.3 Kos Perumahan

3.0 KESIMPULAN -------------------------------------------------------------------------------------------7

4.0 RUJUKAN ----------------------------------------------------------------------------------------------- 8

2
OUMH1103
780516125374001

1.0 PENGENALAN

Kos sara hidup adalah merupakan perbelanjaan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang, atau
satu keluarga (jika telah berkeluarga) terhadap barangan keperluan asas dan penting untuk
meneruskan kehidupan, keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan keperluan-
keperluan untuk keselesaan hidup.
Taraf hidup pula mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima
oleh seseorang atau satu keluarga yang tinggal serumah dengan kos sara hidup. Sekiranya
peningkatan pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup,
bererti taraf hidup seseorang dikatakan semakin merosot. Begitulah sebaliknya, sekiranya taraf
pendapatan meningkat pada kadar lebih tinggi dari kos sara hidup, taraf hidup dikatakan semakin
meningkat.
Hubungan kos sara hidup juga bersamping dengan taraf hidup. Taraf hidup adalah tahap
kemewahan hidup seseorang yang boleh diukur melaui jumlah pendapatan isi rumah, jumlah
barangan keperluan dan perkhimatan yang dapat dibelanja oleh isi rumah. Apabila harga umum naik,
kos sara hidup juga naik. Maka, kos sara hidup mempunyai hubungan songsang dengan taraf hidup.

3
OUMH1103
780516125374001

2.0 TIGA CABARAN MENGURUSKAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI DAN CARA
UNTUK MENGURANGKAN MASALAH DISEBABKAN OLEH CABARAN

2.1 Kos Keperluan Harian


Masalah harga barang naik bukan hanya menjadi fenomena yang hangat diperkatakan pada hari ini,
malahan menjadi mimpi ngeri yang semakin mempengaruhi kehidupan kita. Kenaikan harga barang
bagi keperluan harian, seperti petrol untuk kenderaan dan barangan keperluan harian seperti beras,
ayam, gula, minyak masak juga menaik harga mengikut lumrah menurut hukum pasaran.
Menurut Muhammad Hadi (2014) banyak faktor yang menjadi punca dan mempengaruhi
kenaikan atau penurunan harga barangan keperluan harian, seperti permintaan, bekalan barang dan
cuaca, di samping faktor yang disebabkan oleh musim perayaan. Ini akan menjadi bebanan selain
dilihat turut meragut “ketenangan” hidup golongan bawahan kerana kita tidak ada banyak pilihan,
ditambah pula dengan faktor pelbagai keperluan yang sangat mendesak, melainkan terpaksalah juga
membeli barang keperluan harian walaupun harganya mahal daripada biasa.

Cara untuk mengurangkan masalah cabaran kos keperluan harian:-


Sebagai pengguna, kita haruslah melakukan tinjauan harga di semua premis jualan dan
membandingkan harga barangan tersebut. Sebagai contoh, harga minyak masak di Premis A ialah
RM 13.90 manakala harga minyak masak di Premis B ialah RM 11.90. Harga minyak masak di
Premis B jauh lebih rendah berbanding di Premis A. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak kita
boleh membeli minyak masak di Premis B.
Dengan melakukan tinjauan harga kita dapat mengenalpasti Premis mana yang mempunyai
harga barang yang berpatutan. Kadang-kala sesetengah premis mengadakan jualan murah pada hari-
hari tertentu. Justeru itu, kita haruslah mengambil peluang membeli barang yang murah tersebut
dengan kuantiti yang banyak. Cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan pengguna pada masa
hadapan. Ini kerana harga barang yang diturunkan hanya sementara kemudiannya dinaikkan semula
oleh peniaga. Oleh itu kita sebagai rakyat yang prihatin harus sedar akan hak-hak kita sebagai
pengguna.

4
OUMH1103
780516125374001

2.2 Kos Pengangkutan


Jika isi rumah mempunyai dua kereta ke atas, ini juga merupakan bebanan yang besar bagi pemilik.
Selain daripada kos mengisi petrol untuk kenderaan, masalah kos penyelenggaraan untuk kenderaan
juga menjadi beban kita. Justeru itu, bayaran ansuran untuk kereta pada setiap bulan juga
menyebabkan kita hidup di bawah tekanan. Pada masa kini, kenaikan gaji yang tidak selari dikenal
pasti faktor utama peningkatan kos sara hidup. Jika kita masih ingin menanggung kos pengangkutan
yang melebihi kemampuan diri, ia akan semakin menekan kehidupan kita.

Cara untuk mengurangkan masalah cabaran kos pengangkutan:-


Untuk mengurangkan kos pengangkutan, Sebagai contohnya, jika dahulu perjalanan ke Ipoh dengan
memandu kereta mungkin memakan masa hingga tiga jam dan kadangkala meletihkan kerana
terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang perjalanan. kita seharusnya berterima
kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada
semua. Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan pengangkutan awam sebenarnya dapat
menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos
perjalanan seseorang dan tambangnya juga berpatutan. Oleh itu, kita boleh menaiki bas atau kereta
api elektrik (LRT) sebagai pengangkutan kita untuk pergi ke sesuatu destinasi.

2.3 Kos Perumahan


Rumah merupakan salah satu keperluan yang paling penting dalam kehidupan manusia. Rumah
adalah tempat berteduh sama ada dari elemen semula jadi seperti hujan, panas terik, dan juga dari
bahaya yang dilakukan oleh haiwan atau perbuatan jahat manusia itu sendiri. Rumah juga adalah
tempat untuk kita merehatkan fikiran dan meluangkan masa dengan keluarga selepas seharian
bekerja. Oleh itu, kita hendaklah berusaha keras untuk membayar kos bayaran ansuran untuk
membeli rumah.

5
OUMH1103
780516125374001

Cara untuk mengurangkan masalah cabaran kos perumahan:-


Seperti yang diutamakan oleh Shahrizan Salian (2016) kita yang berhasrat untuk membeli rumah
tetapi jangan membuat anggaran terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri dan bajet, ini untuk
mengelakkan kesilapan merancang kewangan pada masa hadapan. Walaupun untuk menyelesaikan
masalah perumahan mampu milik ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi gabungan
beberapa langkah-langkah yang melibatkan semua pihak yang berkaitan dapat menjadikan ia perkara
yang tidak mustahil untuk dilakukan.
Dari pihak pemaju, kita memerlukan mereka untuk melakukan perkara yang betul dalam
melaksanakan sistem jualan mereka dengan cara yang telus dan adil juga member keutamaan kepada
pembeli rumah tulen, bukan kepada pelabur atau spekulator. Dari pihak pengurusan kewangan, bank-
bank dan institusi kewangan boleh menyumbang dengan memperkenalkan pakej pinjaman bagi
pembeli rumah dan juga untuk mengutamakan permohonan untuk pembeli rumah.

3.0 KESIMPULAN
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku pada masa kini disebabkan faktor peningkatan pendapatan
yang rendah berbanding dengan kenaikan indeks harga pengguna. Bagi mengatasi isu tersebut,
peranan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan. Saya cuba hidup di bawah
kemampuan. Walaupun syarikat saya menjana pendapatan yang agak lumayan, namun saya cuba
hidup sesederhana yang mungkin.
Kehidupan perlu diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa yang serba mahal. Mengubah
gaya hidup perlukan disiplin diri untuk mengubah kadar perbelanjaan yang bersesuaian kemempuan
dan keperluan hidup. Sikap berjimat-cermat juga hendaklah diamalkan dalam keadaan kos sara hidup
yang meningkat. Nafsu perbelanjaan yang boros mesti di lawan untuk mengamalkan amalan
berjimat-cermat dengan menguruskan kos perbelanjaan yang berhemah dan bijaksana.
Sesungguhnya, kemajuan dalam mengurus kos sara hidup yang disokong sepenuhnya oleh
kita akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi
negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

(982 patah perkataan)

6
OUMH1103
780516125374001

4.0 RUJUKAN

Dr Zulkiply Omar(2015): Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup dicapai daripada


https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/DrZul21_12_2015.pdf

Salwani Md zain Salwani(2015): Tambang naik: Mahasiswa tertekan, jejas kos sara hidup dicapai
daripada http://www.sinarharian.com.my/kampus/tambang-naik-mahasiswa-tertekan-jejas-kos-sara-
hidup-1.464960

Nur Syahidah Abdul Jalil(2011): Menangani kenaikan kos sara hidup dicapai daripada
http://www.ukas.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=3e467683-fdfa-4527-b16a-
9258c1bea575&groupId=15223

Prof. Dr. Jamal Ali (2011): Taraf hidup dan kos sara hidup dicapai daripada
http://jamal7478.blogspot.my/2010/07/taraf-hidup-dan-kos-sara-hidup.html

Dr Abdullah Sudin Ab Rahman(2011): Mencari Solusi Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
dicapai daripada
http://www.haluan.org.my/v5/kolumnis/bicara-presiden/1976-mencari-solusi-menangani-
peningkatan-kos-sara-hidup

Dr Mona Isa(2016): Cabaran membeli rumah: Terus menanti atau beli? dicapai daripada
http://www.bharian.com.my/node/192014

Nuradilla Noorazam(2016): Gaji tidak setara faktor utama peningkatan kos sara hidup di Malaysia
dicapai daripada
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/gaji-tidak-setara-faktor-utama-peningkatan-kos-sara-
hidup-di-malaysia-117473

You might also like