You are on page 1of 2

Soalan Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
punca-punca kenaikan harga barang dan kepentingan kestabilan harga barang
kepada pengguna. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Walaupun pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) belum


dilaksanakan lagi, namun peningkatan harga kebanyakan barang sudah ketara.
Situasi ini mengundang keresahan pelbagai pihak terutama para pengguna yang
berasa amat terbeban apatah lagi setelah GST dilaksanakan sepenuhnya pada April
2014. Namun begitu kenaikan harga barang ini semakin berleluasa setiap kali
menjelang musim perayaan seperti bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Kenaikan harga barang-barang jualan terutama di bazar Ramadan adalah berpunca
daripada kenaikan harga barang basah di pasaran.

Kita sedia maklum bahawa faktor dominan kenaikan harga barang di pasaran
ialah sikap pemborong dan peniaga yang tamak mengambil kesempatan bagi
mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Implikasinya pengguna yang terpaksa
menjadi mangsa rakus pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini sehingga
menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin membebankan. Selain itu, kehidupan
rakyat semakin terhimpit, tambahan pula mereka terpaksa mengurangkan atau
mengeluarkan tabungan mereka untuk memenuhi keperluan hidup seharian.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa permintaan yang mendadak terhadap
sesuatu barang turut menjadi punca utama peningkatan harga barang ini. Misalnya,
permintaan terhadap daging ayam dan daging lembu meningkat secara drastik
menjelang musim perayaan. Kesannya, pembekal dan peniaga akan meningkatkan
harga dengan sesuka hati walaupun kerajaan sentiasa menetapkan harga siling.

Seperti biasa alasan klise yang sering diberikan oleh peniaga ialah pembekal
serta pemborong telah menaikkan harga bekalan, maka mereka tiada pilihan kecuali
menaikkan harga jualan. Kesannya, pengguna terpaksa membeli barang tersebut
walaupun harganya naik kerana secara realitinya pengguna tidak ada banyak pilihan
kerana hampir semua peniaga mengenakan harga yang sama. Lantaran itu, syor
untuk memboikot sesuatu barangan semakin tidak relevan. Tindakan
penguatkuasaan dan serbuan oleh pihak berkuasa juga belum menampakkan hasil
yang memberangsangkan dan peniaga masih tetap menaikkan harga barang.
Apatah lagi, pengamalan harga siling jualan kepada peniaga belum mampu
memberikan kesan baik bagi membendung masalah ini.

Pengguna sering merungut bahawa punca kenaikan harga barang adalah


disebabkan oleh tindakan pemborong dan pembekal yang terus memanipulasi harga
barang. Apakah tindakan terhadap kelompok pembekal dan pemborong ini? Andai
tindakan terhadap pembekal berkesan, sudah pasti harga barang tidak akan
meningkat. Dalam hal ini pihak berkuasa janganlah terlalu fokus kepada peniaga
sehingga terlepas pandang kawalan terhadap pembekal. Apa-apa pun harapan
pengguna hanyalah satu iaitu mahukan kerajaan lebih tegas dalam mengawal harga
barangan pada setiap rantaian bekalan.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Jangan Terus Aniaya Pengguna’
oleh Noor Mohamed Shakil Hameed
Utusan Malaysia, Mei 2015)

Soalan Pemahaman

Berdasarkan petikan, Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memenuhi keperluan.


[ 2 markah ]

(ii) Pengarang ada menyatakan bahawa sikap pemborong dan peniaga yang
tamak telah mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Nyatakan kemudaratan-kemudaratan tersebut.

[ 3 markah ]

(iii) Sebagai pengguna barangan, kita mempunyai banyak kaedah bagi


mengatasi kemelut kenaikan harga barang.

Apakah usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah


ini?
[ 4 markah ]

You might also like