You are on page 1of 2

KAJIAN KES - 1 Abad Nestle di Malaysia

Nestle Group telah diasaskan oleh Hendri Nestle pada tahun 1866 di Switzeland
merupakan syarikat yang mengeluarkan produk makanan dan minuman. Di Malaysia Nestle
memulakan operasi di Malaysia sejak tahun 1912 dengan kilang pertama nya di Petaling Jaya
Selangor. Kini terdapat 7 buah pusat pembuatan utama di Malaysia. Strategi pemasaran yang
berkesan merupakan factor utama kejayaan Nastle hingga ke hari ini.
Menggunakan hampir 5000 orang
tenaga kerja tempatan dalam semua aspek
pengurusan dan operasi pengeluarannya. Nestle juga menggunkan khidmat petani secara
kontrak sebagai pembekal bahan mentah kepada pengeluaranya. Pada tahun 2012 nestle telah
memperuntukan sebanyak RM180 juta perbelanjaan modal untuk menaikl taraf kemudahan
termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran.
Produk pertama yang di keluarkan di Malaysia ialah Susu pekat manis Cap Junjung di
ikuti dengan Milo, Maggi Mee, cili sos, dan sos tomato, makanan bijirin bayi . Selain itu Nestle
juga mengeluarkan Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo dan Milo
Breakfast. Pelbagai jenis aiskrim turut dihasilakan seperti Mat Kool, Nestle Drumstick, Le
Cremaria di samping coklat Kit Kat dan pelbagai jenis perisa yoghurt jenama Nestle. Nestle
sentiasa menekankan khasiat terhadap produk yang dihasilkan seperti mengurangkan
kandungan garam, gula, dan lemak. Semua 300 produk keluaran Nestle di Malaysia bagi
kegunaan domestic dan untuk tujuan eksport adalah halal.
Nestle tidak menaikkan harga produk yang ditawarkan walaupun harga komoditi meningkat
demi mengekalkan kesetiaan pelanggan. Nestle juga sentiasa melakukan kajian mencari
penyelesaian baru untuk tidak menaikkan harga melalui Nestle Continuing Excellence
Initiatives (NCEI). Nestle memperkenalkan Good Food, Good Life sebagai slogan untuk
menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan. Di samping itu, Nestle
memiliki 22 van milo yang digunakan sebagai medium promosi ke seluruh negara terutamanya
pada karnival ataupun kejohanan sukan di sekolah-sekolah. Kaedah promosi melalui media
elektronik seperti laman web, blog, television, radio dan media cetak seperti akhbar, majalah
dan risalah turut digunakan. Produk Nestle ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Tesco
dan Giant sehinggalah ke kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia.
OSK research meramalkan jumlah pendapatan Nestle untuk tahun 2012 sebanyak RM
504.9 juta dan RM553.1 juta untuk tahun kewangan 2013.
[sumber : Star Biz 27/4/2012. Malaysia Budiness 16/3/2012. Utusan Malaysia 27/4/2012]
Soalan
1. Berapakah usia syarikat Nestle di Malaysia
[2m]
2. Jelaskan factor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat Nestle .
[12m]
3. Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunaklan oleh syarikat Nestle untuk
meluaskan pasarannya.
[15m]
4. Huraikan lini produk syarikat nestle daripada aspek kedalaman dan kelebaran produk
[8m]

/Factor pengeluaran yang terlibat


i.
Tanah di Malaysia kilang pertama di lembah kelang
ii.
Modal insan buruh tempatan
- Pelbagai operasi pengeluaran
iii.
Usahawan -

You might also like