You are on page 1of 10

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1 2014

PERAKAUNAN
Masa : 2 jam

Arahan : Jawab mana-mana empat soalan sahaja daripada lima soalan yang diberikan.

1. (a) Pada 1 Januari 2013, buku lejar Perniagaan Hijrah menunjukkan liabiliti semasa
seperti berikut:

Akaun Belum Bayar RM42,500


Sewa Belum Bayar RM5,600

Urus niaga bagi bulan Januari adalah seperti berikut:

Jan 1 Mendapat RM30,000 dari Bank Rakyat untuk pinjaman berbentuk Nota
Belum Bayar 6 bulan pada kadar faedah 10%.

Jan 1 Meminjam dari Bank Public RM15,000 tunai dengan menandatangani


Nota Belum Bayar 4 bulan pada kadar 12%.

Jan 2 Menerima hasil sewa sebanyak RM6,000 daripada Syarikat TST bagi sewa
sebahagian premis untuk tempoh setahun.

Jan 7 Membeli barang niaga daripada Perniagaan Afikah sebanyak RM25,500


secara kredit.

Jan 14 Menjelaskan sewa belum bayar.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal bagi semua urus niaga di atas. [5]

(ii) Sediakan catatan pelarasan pada 31 Januari 2013 untuk item berikut:
Nota Belum Bayar yang masih dipegang [3]

(iii) Sediakan petikan liabiliti semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan


Perniagaan Hijrah pada 31 Januari 2013. [2]

(b) Jelaskan dua ciri akauntan beretika. [2]

1
(c) Tatacara kawalan dalaman yang diamalkan oleh Syarikat Bonzai Berhad adalah
seperti yang berikut:

(1) Beberapa orang yang mengendalikan mesin daftar tunai menggunakan laci
berdaftar yang sama.

(2) Penyata penyesuaian bank disediakan oleh seorang kakitangan yang tidak
mempunyai tanggungjawab yang lain yang berkaitan dengan tunai.

(3) Pembantu akaun syarikat menulis cek dan merekodkan pembayaran tunai.

(4) Seorang kakitangan memesan inventori, manakala seorang kakitangan yang


lain meluluskan bayaran yang dibuat untuk pembelian.

(5) Invois jualan yang tidak bernombor bagi jualan kredit diserahkan kepada
Jabatan Akaun setiap empat minggu untuk perekodan.

(6) Kakitangan dikehendaki mengambil cuti mengikut giliran yang ditetapkan


oleh pihak pengurusan.

(7) Sesiapa sahaja kakitangan di Jabatan Jualan boleh meluluskan jualan kredit.

(8) Sistem keluar masuk kerja berkomputer digunakan untuk merekodkan masa
kerja kakitangan.

Dikehendaki:

Dengan menggunakan jadual format jawapan seperti yang diberikan di bawah,


nyatakan sama ada setiap tatacara di atas adalah tatacara kawalan dalaman yang baik
atau tatacara kawalan dalaman yang lemah. Bagi setiap tatacara dalaman yang baik,
nyatakan prinsip kawalan yang telah dipatuhi dan bagi setiap tatacara kawalan
dalaman yang lemah, nyatakan prinsip kawalan dalaman yang tidak dipatuhi.

Kawalan dalaman yang baik (B) Prinsip kawalan yang


Tatacara
atau lemah (L) berkaitan
1
2
.
.
.
.
.
8
[8]

2
2. Semasa menyemak buku buku akaun Syarikat Data Sdn Bhd ,baki baki yang berakhir
pada 31 Mei 2013 seperti yang berikut telah diperoleh.

RM
Baki kawalan pemuitang dalam lejar am 54,600
Baki bank dalam buku tunai 7,850
Baki bank dalam penyata bank 20,845
Setelah dilakukan pemeriksaan yang menyeluruh didapati bahawa perbezaan baki baki yang
ditunjukkan diatas disebabkan oleh perkara perkara yang berikut :

(1) Amaun sebanyak RM 530 di bahagian debit buku tunai merupakan pembayaran
dengan cek kepada pembekal .Amaun ini telah dicatatkan dengan betul dalam lejar
belian tetapi tidak ditunjukkan dalam lejar am .
(2) Cek cek yang berikut telah diposkan kepada pembekal ,tetapi tiada catatan
ditunjukkan dalam penyata bank
Nombor cek RM
00025 3,600
00028 6,350
00030 5,640

(3) Diskaun yang diterima bernilai RM 35 telah tidak dicatatkan dalam buku tunai
(4) Penyata bank menunjukkan pindahan kredit sebanyak RM 450 dan caj bank sebanyak
RM 75.Catatan kedua dua amaun ini tidak terdapat dalam mana- mana buku akaun .
(5) Di bahagian kredit penyata bank terdapat amaun sebanyak RM 350 yang sepatutnya
dicatatkan sebagai RM 530.
(6) Catatan untuk pembayaran dengan cek kepada pemuitang berjumlah RM 780 telah
dibuat dengan betul dalam buku buku akaun ,tetapi bank telah memulangkan cek
kerana amaun dalam perkataan yang ditulis pada cek tidak betul .
(7) Pembayaran RM 600 dengan cek kepada pembekal dan RM 50 diskaun yang diterima
daripada pembekal telah direkodkan sebagai RM 650 dibahagian kredit akaun bank
.Cek itu telah ditunaikan oleh pembekal .
(8) Cek cek berikut telah dibankkan pada 29 Mei 2013,tetapi tidak dicatat dalam penyata
bank pada 31 Mei 2013
BBMB 017245 RM 1,250
PHBM 648912 RM 760

(9) Terdapat satu amaun sebanyak RM 550 pada bahagian debit penyata bank .Amaun ini
merupakan arahan tetap kepada seorang pembekal tetap .Pihak Data Sdn Bhd masih
belum merekodkan urusniaga ini.

3
Dikehendaki :

(a) Bagi perkara 1 hingga 9,sediakan catatan jurnal bagi perkara perkara
yang memerlukan perlarasan pada jurnal [9]
(b) Kemaskini buku tunai dan sediakan penyata penyesuaian bank Syarikat
Data Sdn Bhd pada 31 Mei 2013. [8]
(c) Berikan tiga sebab mengapa penyata penyesuaian bank perlu disediakan [3]

3(a) Nyatakan empat dokumen yang biasanya disimpan oleh entiti perniagaan kecil yang
menggunakan sistem catatan tunggal [2]
(b) Berikan dua sebab mengapa masih banyak peniaga yang menyediakan catatan
perakaunan yang tidak lengkap [2]

(c)Encik Mandin ialah seorang pemborong kain yang tidak menyimpan buku akaun yang
lengkap .Maklumat berikut telah dipetik daripada buku rekod perniagaannya pada 31 Mac
2013.

RM
Ruang bangunan (kos) 100,000
Kenderaan bermotor (kos) 33,000
Peralatan (kos) 24,000
Pinjaman bank 60,000
Pemuitang dagangan 29,000

4
Penghutang dagangan 47,200
Inventori barang niaga 25,000
Belanja runcit terakru 900
Baki di bank 21,000
Tunai ditangan 6,800

Urusniaga yang melibatkan bank sepanjang tahun berakhir 31 Mac 2013 adalah seperti yang
berikut :

Akaun bank
RM RM
Baki awal 21,000 Belian tunai 53,000
Kutipan daripada 284,600 Ambilan 10,000
penghutang yang
dibankkan
Bayaran kepada 149,600
pemiutang
Gaji dan upah 9,000
Utility 3,000
Belanja pembaikan 8,040
dan penyelenggaraan
Belanja runcit 3,460
Bayaran pinjaman 16,900

Maklumat tambahan adalah seperti yang berikut :

(1) Kutipan daripada penghutang yang dibankkan adalah selepas membayar


gaji RM 3,000,belanja pembaikan RM 360,belanja runcit RM 540,dan
ambilan untuk kegunaan peribadi .
(2) Baki tunai di tangan pada 31 Mac 2014 berjumlah RM 6,800
(3) Encik Mandin mengeluarkan wang sebanyak RM 1,300 sebulan sebagai
ambilan
(4) Semua barang dijual pada tokokan 30% daripada kos kecuali barang
niaga yang dibeli dengan harga RM 6,000 dalam stok awal yang hanya
ditokok setengah daripada kadar tokokan biasa .
(5) Pokok pinjaman sebanyak RM 5,000 dibayar bersama dengan faedah
12% setahun atas baki pinjaman pada setiap 31 Disember dan 30 Jun .
(6) Gaji terakru pada 31 Mac 2014 ialah RM 1,000.
(7) Ruang bangunan ,kenderaan bermotor dan peralatan yang dimiliki telah
diperoleh pada 1 April 2011
(8) Kadar susutnilai tahunan adalah seperti berikut :
Ruang bangunan 5% daripada kos
Kenderaan bermotor 20% daripada nilai buku
Peralatan 10% daripada nilai buku

(9) Baki akaun pada 21 Mac 2014 adalah seperti yang berikut
5
RM
Inventori barang niaga 31,200
Penghutang dagangan 20,000
Pemuitang dagangan 38,600
Tunai di tangan 6,900

Dikehendaki

(a) Selaraskan buku tunai perniagaan Encik Mandin . [5]

(b) Penyata pendapatan untuk tahun berakhir 31 Mac 2014 bagi perniagaan Encik
Mandin [11]

4. (a) Berikan tiga sebab mengapa catatan pelarasan perlu dibuat pada akaun perniagaan.
[3]

(b) Nyatakan tiga kesilapan yang tidak menjejaskan imbangan duga. [3]

(c) Encik Chong, pemilik syarikat Maju Jaya Enterprise, memaklumkan bahawa beliau
sendiri yang mengimbang dan menutup akaun kerana kerani akaun syarikat itu telah
meletakkan jawatan pada penghujung tempoh perakaunan syarikat. Encik Chong
mendapati bahawa beberapa kesilapan perekodan telah berlaku. Pemeriksaan buku
syarikat menunjukkan yang berikut:

(1) Bayaran sewa kedai sebanyak RM4,800 masih belum direkodkan dalam
akaun.

(2) Bayaran sebanyak RM1,800 atas belian perabot pejabat yang baharu telah
tersalah didebitkan ke dalam akaun belanja pelbagai. Perabot itu telah dibeli
pada 27 Disember 2013.

(3) Komisen jualan kepada pegawai pemasaran bagi bulan Disember 2013
sebanyak RM1,200 telah tidak direkodkan kerana borang tuntutan hilang dan
hanya dijumpai semula pada awal Januari 2014.

(4) Belanja penyenggaraan kereta peribadi Encik Chong sebanyak RM1,640 telah
didebitkan ke dalam akaun belanja kenderaan.

6
(5) Bayaran sebanyak RM3,200 pada 1 Januari 2013 untuk membesarkan
bangunan telah direkodkan dalam akaun pembaikan dan penyenggaraan.

(6) Insurans kebakaran bangunan sebanyak RM1,440 yang diambil pada 1


Oktober 2013 bagi tempoh setahun telah dibayar pada tarikh tersebut dan
didebitkan ke dalam akaun insurans prabayar.

(7) Jualan kredit sebanyak RM2,500 telah dicatatkan sebagai belian kredit dengan
mendebitkan akaun belian dan mengkreditkan akaun pemiutang.

(8) Seorang pelanggan Encik Chong yang berhutang sebanyak RM1,300 telah
meninggal dunia. Hutang itu masih tercatat dalam akaun. Encik Chong
memutuskan untuk melupuskan hutang itu tetapi masih belum berbuat
demikian. Peruntukan hutang ragu bagi tahun berkenaan sebanyak RM1,600
juga belum direkodkan.

(9) Susut nilai aset tetap untuk tahun berkenaan belum lagi diambil kira. Draf
kunci kira-kira syarikat ditunjukkan seperti yang berikut:

RM RM
Bangunan (kos tidak termasuk kos ubah suai) 96,000
Susut nilai terkumpul 19,200 76,800

Perabot dan kelengkapan pejabat 12,600


Susut nilai terkumpul 7,800 4,800

Maju Jaya Enterprise menetapkan susut nilai bangunan dan perabot masing-masing
pada kadar 2% dan 10%.

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal pelarasan yang diperlukan untuk setiap urus niaga itu. [14]

7
5. (a) Maklumat maklumat yang berikut mengenai urusniaga seorang peniaga elektrik .

(1) Baki baki akaun pada 1 Januari 2013

RM
Kenderaan 25,000
Susutnilai terkumpul 10,000

(2) Untung kasar yang telah ditetapkan ialah 30% lebih tinggi daripada harga kos ,dan
susutnilai kenderaan ialah 10% setahun atas harga kos

(3) Semua belian inventori dibuat pada awal setiap tempoh urusniaga seperti ditunjukkan
pada kad stok dibawah

KAD STOK
Tempoh Item Unit Kos Unit
dibeli seunit dijual
(RM)
Baki 1 Jan 1201 2 450 -
2013 1202 4 600 -
1203 4 720 -
Setengah 1201 8 480 6
tahun 1202 12 630 8
pertama 1203 6 740 8
2013
Setengah 1201 4 500 5
tahun kedua 1202 - - 6
2013 1203 8 750 6

(4) Kenderaan yang dimiliki telah ditukar beli dengan kenderaan baru pada 1 Julai 2013
.Kenderaan baru yang berharga RM 30,000 dijelaskan dengan tunai RM 15,000 dan bakinya
dijelaskan melalui tukar beli kenderaan lama .

Dikehendaki :

(a) Sediakan akaun kenderaan dan akaun susutnilai terkumpul


(b) Hitung untung kasar dengan menggunakan kaedah masuk dahulu keluar dahulu
(MDKD) dan kaedah masuk kemudian keluar dahulu (MKKD) bagi tahun berakhir 31
Disember 2013. [10]
8
(c) Maklumat yang berikut telah diterima daripada seorang peniaga .

(1) Baki pada 1 Januari 2013


RM
Akaun peruntukkan hutang ragu 600
Akaun kawalan penghutang 29,500

(2) Baki pada 31 Disember 2013


RM
Akaun kawalan penghutang 30,000

(3) Urusniaga sepanjang tahun 2013


RM
Jualan kredit 70,000
Hutang lapuk 1,500
Diskaun diberi 800
Hutang lapuk dipulih 150

(4) Kadar kadar yang telah ditetapkan untuk tahun 2013


Peruntukkan hutang lapuk 5% atas baki akhir penghutang

Dikehendaki :

(a) Sediakan catatan jurnal untuk menunjukkan pelarasan pelarasan yang terlibat
dalam peruntukkan hutang lapuk,hutang lapuk ,hutang lapuk pulih dan
diskaun diberi.
(b) Sediakan akaun kawalan penghutang [10]

9
10

You might also like