You are on page 1of 35

Tajuk 2:

MENTAKSIR
MURID DISLEKSIA

Disediakan oleh:
Lim Chu Ling, Loh Jia Ying, Ang Tian Wen, Anita Lau Wen Ping, Chiew Jing Wen
MENGENAL PASTI MURID DISLEKSIA

•Aspek Keturunan
•Aspek Pencapaian Akademik
•Aspek Keupayaan Fungsi Kognitif
• ASPEK KETURUNAN
Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa Disleksia
yang disebabkan oleh kromosom 15.1
Boleh diwarisi secara turun temurun (British Psychological
Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996)
Terdapat beberapa orang ahli keluarga yang mengalami
masalah yang sama
Makin besar bilangan ahli keluarga mempunyai simptom-
simptom yang sama, semakin besar kemungkinan faktornya
ialah disebabkan diwarisi secara turun temurun
CARA MENTAKSIR ASPEK KETURUNAN
• Senarai semak Disleksia Golongan Dewasa oleh M. D.
Vinegrad
• http://goo.gl/forms/gZCvkuY2eH
• Bawa berjumpa pakar perubatan iaitu Development
Pediatrician
• Rujuk kepada occupational therapist
• Rujuk pelaporan kesihatan keluarga
• ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK
Membaca
• cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
batu – tuba / gula – lagu

• pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:


pada masa yang sama – dapa masa yang masa

• Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan


Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu : Jam – jem
/ cat – cat
Mengeja
• kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
m – w , y – g – j, u – n, m – n, c – e, p – q, h – n,
b–d

• Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf


seperti:
t – h, f – v
Menulis
• mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat
ke atas kertas

• mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan


tidak dapat menulis mengikut garisan yang
disediakan.

• Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan


yang pelik-pelik
Penggunaan nombor
• kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan
matematik mental

• kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka


menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti
berikut :
•3 – 5 –8 /9– 6
CARA MENTAKSIR ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK
• Pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam
bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran
terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1
setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama
enam bulan
• Ujian pengamatan
• Senarai semak Disleksia
• Ujian diagnostik
• Aston Index Assessment
• Ujian-ujian binaan guru
• Ujian-ujian lain yang sesuai
• Ujian bacaan
• Ujian saringan
Mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid
• Ujian komprehensif
Mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik
dan kecerdasan, penglihatan, literaliti, urutan dan yang
berkaitan
• ASPEK KEUPAYAAN FUNGSI KOGNITIF
Lambat memberikan respon ketika ditanya soalan
secara lisan
Lemah dalam bidang kefahaman
Mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan
Menggunakan jari untuk mengira (tidak dapat
menggunakan kaedah congak)
CARA MENTAKSIR ASPEK KEUPAYAAN
FUNGSI KOGNITIF
• Pemerhatian di dalam kelas oleh guru-guru yang
dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun guru-guru
mata pelajaran
• Rujuk kepada pakar terapi klinikal
• Ujian Cognitive System (CoPS)
• Ujian kecerdasan (Intelligence Quotient, IQ)
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
• ASTON INDEX ASSESSMENT
INSTRUMEN LUAR • UJIAN COGNITIVE SYSTEM (CoPS)
NEGARA • LAPORAN PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
• UJIAN MENGESAN DISLEKSIA

• UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN


INSTRUMEN DALAM
NEGARA • SENARAI SEMAK DISLEKSIA
• UJIAN DIAGNOSTIK
ASTON INDEX ASSESSMENT
• Bertujuan mencari dan mendiagnostik tahap kesukaran
bahasa kanak-kanak dari 5 – 14 tahun.
• Mengandungi 17 subujian dan akan mengesan potensi
kanak-kanak.
• Guru boleh mengenalpasti tahap kesediaan untuk
belajar kanak-kanak serta kemahiran dan keupayaan
yang bagaimana yang memerlukan perhatian dalam
sesi pdp.
UJIAN COGNITIVE SYSTEM (CoPS)
• Menggunakan komputer lebih menekankan aspek
pengukuhan.
• Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti kanak-kanak
disleksia dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran
yang lain.
• Bertujuan mengenalpasti keupayaan kognitif kanak-
kanak.
• Boleh dilaksanakan oleh guru dan pembantu bukan guru.
LAPORAN PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
• Berkesan untuk mengenalpasti tahap Intelligence
Quotient (IQ) murid.
• Memastikan kanak2 tidak berada bawah atau atas
tahap sepatutnya.
• Selepas ujian dijalankan, satu laporan dibuat untuk
menentukan aspek yang perlu diberi perhatian dan
bantuan yang sewajarnya.
UJIAN MENGESAN DISLEKSIA (Ujian Awal
Mengesan Disleksia dan Ujian Mengesan Disleksia)
• Ujian awal mengesan disleksia dilakukan terhadap kanak2 yang
berumur 4-6 tahun.
• Ujian mengesan disleksia dilakukan terhadap murid berumur 6-16
tahun.
• Ujian ini menyediakan maklumat kekuatan dan kelemahan murid.
• Digunakan untuk membentuk prosedur pengengalpastian dan
panduan dalam merancang RPI murid.
• Ujian ini direka untuk memilih murid yang mempunyai risiko
kegagalan membaca pada peringkat awal serta intervensi yang perlu
dilaksanakan.
Instrumen Pengesanan Disleksia Dalam Negara
Ujian Diagnostik Pengamatan
• RASIONAL
• Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak,
kemahiran asas yang kukuh amat penting. Oleh itu, ujian
pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk
melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan
pengajaran bacaan.
Apa Itu Pengamatan?
 Pengamatan adalah satu proses yang menimbulkan makna
kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
pengalaman-pengalaman yang lalu. Pengamatan berkait
rapat dengan pemikiran kita.

 Mengikut Ruth Strang dalam bukunya “Reading Diagnosis


and Remediation”, pengamatan merupakan satu proses
yang bergantung pada kognitif dan kederiaan. Proses ini
penting dalam aktiviti pembelajaran terutama dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
 Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “Children With
Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa
pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan
kuasa intelek.
Objektif Ujian Pengamatan
Melalui ujian ini guru boleh mengesan masalah yang
dihadapi murid dalam:
Mengecam orientasi kedudukan, persamaan atau
perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku
kata, dan perkataan.

Menentukan sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta


hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.
Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu
bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan , dan ayat.

Menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan khususnya


dari kiri ke kanan atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan.

Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan


sesuatu masalah.
Komponen Ujian Pengamatan
1. Diskriminasi yang sama. 6. Pertalian jarak.
2. Diskriminasi yang ganjil 7. Mencari jalan keluar.
dan tidak sama.
8. Turutan.
3. Diskriminasi saiz.
4. Diskriminasi kedudukan . 9. Rajah latar belakang/benda
5. Koordinasi Motor-Mata- tersebunyi.
Tangan. 10. Menyalin
Panduan Melaksanakan Ujian Pengamatan
1. Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai
konsep yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2. Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.
3. Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4. Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum
memulakan ujian.
5. Arahan diberikan kepada murid dengan terang dan jelas.
6. Pastikan murid menunjuk dengan jari sebelum menjawab
dengan pensel.
Senarai Semak Disleksia
Apa itu instrumen Senarai Semak Disleksia
(ISD)?
Instrumen senarai semak disleksia (ISD) merupakan
ujian saringan bagi mengenal pasti kebarangkalian
seseorang murid itu mengalami masalah pembelajran
spesifik disleksia.
Ilustrasi pentaksiran ISD
ISD terdiri daripada tahap penguasaan kemahiran mengeja,
membaca, dan menulis kanak-kanak disleksia.

Kemahiran Mengeja
Antara senarai semak kemahiran mengeja yang boleh diuji:
Mengeja perkataan mudah
Mengeja perkataan tidak sebagaimana yang dikehendaki
 menyusun abjad tidak mengikut ejaan yang sepatutnya
Kesilapan meletakkan suku kata dalam perkataan
Tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi abjad
yang hampir sama yang terdapat dalam suku kata.
Kemahiran Membaca
Antara senarai semak kemahiran membaca yang boleh
diuji ialah:
 Masalah membaca teks panjang.
 Membaca perkataan yang mengandungi vokal
berganding, diftong, dan digraf/konsonan berganding.
 Membaca ayat panjang.
Kemahiran Menulis
Antara senarai semak kemahiran menulis yang boleh
diuji ialah:
 Menulis perkataan atau ayat di atas garisan.

 Menyalin semula maklumat yang disebut oleh guru.

 Menyalin semula maklumat yang ditulis pada papan


tulis.
Ujian Diagnostik

Definisi Ujian Diagnostik


• Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang
membolehkan guru pemulihan khas atau guru disleksia
mengesan punca dan kawasan kelemahan secara
terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Tujuan Ujian Diagnostik
Membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang
dihadapi oleh murid.
Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai
sesuatu kemahiran.
Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan
dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
Membantu guru merancang program khusus terhadap individu atau
kumpulan dengan tepat dan sistematik.
Membolehkan guru merancang, membina program serta bahan bantu
mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian
Diagnostik
Ujian diagnostik dilaksanakan setelah guru mengenal pasti
murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa
Melayu.

Ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak


melebihi empat orang dalam satu-satu masa.

Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang


paling rendah kepada yang paling tinggi, maka hendaklah
dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.
Ujian ini hendaklah dihentikan sekiranya seseorang yang diuji itu
didapati gagal menjawab dengan betul semua item dalam 3
kemahiran secara berturut-turut.

Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

Keputusan ujian diagnostik akan memberi panduan kepada guru


untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan


supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
Markah ujian yang diberikan tidak penting, tetapi yang
penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang
diberi dapat memandu murid menjawab.

Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru


tahu apa yang murid tidak tahu dan mengenal pasti
kesilapan mereka.

Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah


direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru suatu
masa yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
• Maklumkan pada pihak sekolah
• Maklumkan kepada ibu bapa murid
• Menyediakan borang pemeriksaan pakar kesihatan
• Rujuk pakar kesihatan
• Berbincang dengan ibu bapa
• Uruskan perpindahan murid ke sekolah khas

You might also like