You are on page 1of 4

Contoh soalan peperiksaan (Kumpulan 5)

1.a) Nyatakan ciri-ciri kata dasar. (5m)


-Perkataan yang boleh berdiri sendiri
-Cth: lari, pukul, jalan...
-Boleh menerima imbuhan
-cth: makan = pemakanan
-Boleh berbentuk kata tunggal, kata terbitan,kata majmuk, kata ganda

1.b) Tuliskan satu contoh bagi setiap jenis kata majmuk. (10m)

Definisi kata majmuk : Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna yang tertentu.
(i) kata majmuk biasa - terdiri daripada rangkai kata bebas
(cth : alat tulis, kereta api, nasi minyak...)
(ii) kata majmuk gelaran
(cth: Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Duta Besar...)

(iii) kata majmuk istilah khusus -kata gandingan untuk istilah2 yang khusus dalam
pelbagai bidang. Kata yg dipilih utk digandingkan sama ada daripada kata2 umum
atau istilah khusus
(cth: urus setia, reka bentuk, atur cara...)
(iv) kata majmuk kiasan- mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya
(cth: masam muka, tebal muka, makan angin...)

2. Senaraikan 5 jenis kata adjektif dan berikan contoh ayat mengikut kata
adjektif yang dipilih.

Kata adjektif berfungsi utk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama
atau frasa nama.

1.K.adj.sifatan atau keadaan. Baik,


curiga,pandai,gopoh,lemah,kasar,berani,takut,sihat
- pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
2. K.adj.ukuran. Panjang,pendek,kecil,besar,tinggi,rendah,tebal,nipis,kerdil,renek
- jambatan panjang itu baru didirikan.
3. K.adj.pancaindera. Sedah,pahit,manis,lazat,masam,kelat,lemak,payau
- buah mempelam muda itu masam sungguh.
4. K.adj.cara. Cepat,deras,laju,lambat,perlahan,lincah,gopoh,jelas
- pengaliran air di sungai itu deras.
5. K.adj.rindu. Rindu,benci,segan,suka,gembira
- Dia amat rindu akan emaknya.

3. a) Jelaskan proses penerbitan ayat. (5m)


i. Pengguguran

- Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan


pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan pada peringkat
struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.
Contoh: Dia menangis. + Dia terjatuh ke dalam longkang.
Dia menangis kerana terjatuh ke dalam longkang.

ii. Penyusunan Semula

- Perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat dan pengguguran atau
penambahan beberapa unsur.
- Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Contoh: Kakak Ahmad memandu kereta itu. Kereta itu dipandu oleh kakak Ahmad.

iii. Peluasan
- Proses menambahkan unsur baharu ke dalam ayat.
Contoh: Pelajar itu teman saya. Pelajar itu comel.

Pelajar yang comel itu teman saya.

b) Huraikan jenis peluasan dalam menerbitkan sesuatu ayat. (10m)


Peluasan- Proses menambahkan unsur baharu ke dalam ayat.
- Terdapat empat jenis peluasan, iaitu:
a) Peluasan frasa nama sebagai subjek
~ boleh diluaskan melalui pemancangan ayat relatif
Contoh ayat:
1. Perempuan itu memakai cermin mata.
2. Perempuan itu merupakan adik saya.
(FN)
3. Perempuan yang memakai cermin mata itu merupakan adik saya.

b) Peluasan frasa predikat


~ frasa nama dalam predikat boleh diperluas dengan pemancangan ayat relatif
Contoh ayat:
1. Abang membeli kereta baru itu.
2. Kereta baru itu canggih.
(Subjek) (Frasa Predikat)
3. Abang membeli kereta baru yang canggih itu.

c) Peluasan dengan kata hubung


~ berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang
sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walau
bagaimanapun.
Contoh ayat:
1. Abang tidak bermain bola.
2. Abang sakit perut
3. Abang tidak bermain bola kerana sakit perut.

d) Peluasan melalui proses komplementasi

~ Proses komplementasi – proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa
nama, dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan
peluasan kepada ayat tersebut.

• Menggunakan ‘bahawa’ dan ‘untuk’

Contohnya:
1. Dr. Jaafar menegaskan sesuatu.
2. Kesihatan bapanya akan pulih.
3. Dr. Jaafar menegaskan bahawa kesihatan bapanya akan pulih.

You might also like