You are on page 1of 57

UJIAN DIAGNOSTIK

RAHMAH BT SALMI NOOR AZAINAB BT ABDULLAH FAUZIAH BT MUHIYUDIN NOR AZIMAH BT HANAFI NURSHUHAIDA BT MOHD SALLEH

UJIAN DIAGNOSTIK
Satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid Dapat membantu guru mengenal pasti kawasan kelemahan yang dihadapi oleh murid murid yang gagal menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran Matematik
Berdasarkan keputusan diagnostik guru dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Individu yang sesuai mengikut tahap pencapaian setiap murid

TUJUAN UJIAN DIAGNOSTIK


1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.

2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yangkhusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid

PELAKSANAAN
Ujian Diagnostik hendaklah dijalankan kepada muridmurid yang telah dikenal pasti.

Ujian ini dijalankan secara individu atau dalam kumpulan yang tidak melebihi 5 orang.
Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian. Ujian hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang murid yang diuji itu didapati gagal menjawab dengan betul TIGA item ujian secara berturut-turut.

1. PRANOMBOR

5. OPERASI TOLAK 1-10

2. KONSEP ANGKA

KEMAHIRAN YANG DIUJI

4. OPERASI TAMBAH 1-10

3. MENGENAL 1-10

KEMAHIRAN 1: PRANOMBOR
Diskriminasi yang sama Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

KEMAHIRAN 2 : KONSEP ANGKA


Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciriciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

KEMAHIRAN 3 : MENGENAL NOMBOR 1 - 10

Diskriminasi saiz
Tujuan :

Melatih murid supaya dapat


membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

KEMAHIRAN 4 : OPERASI TAMBAH 1 - 10


Koordinasi Motor mata tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

KEMAHIRAN 5 : OPERASI TOLAK 1 - 10

BORANG REKOD UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK


Nama:____________________________ Tahun(Darjah):_______________________ Tarikh Lahir:_______________________ Umur:______________________________ _____________________________________________________________________________ Catitan untuk Guru: 1. Tandakan bagi jawapan yang betul, X jika murid tidak dapat membuat sesuatu soalan. 2. Beri satu (1) markah bagi setiap jawapan yang betul dan tuliskan jumlahnya di dalam petak yang disediakan. NO KEMAHIRAN YANG DIUJI JAWAPAN MURID SKOR
1 Pranombor 1.1 Bentuk 2 Konsep Angka 2.1. 2.2. Himpunan yang banyak Himpunan yang sama banyak ( ( )( )( )( ) ( )( )( )( )( ) ) ( ( ) ) ( ) ( ) ( ) ( )

Mengenal nombor 1 hingga 10


3.1 3.1.1 Nilai nombor 1 hingga 5 Memadan angka dengan bilangan benda 3.1.2. Menulis nombor berdasarkan bilangan ( ) ( ) ( )( )( ) ( ) ( ) ( )( )( )

(
( ( ( ( (

)
) ) ) ) )

Operasi Tambah Lingkungan 10 4.1 4.1.1 Konsep tambah: Penyatuan himpunan ( ) ( ) ( )

Operasi Tolak Lingkungan 10 5.1 5.1.1 Konsep tolak Menulis ayat matematik operasi tolak melalui proses pengasingan. ( ) ( ) ( )

MEMERHATI POTENSI MURID DALAM SEMUA DOMAIN


Mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum dalam semua domain: domain kognitif ( Bahasa & Komunikasi, Kognitif )
domain afektif ( Pendidikan Islam dan Moral ; Sosioemosi ) domain psikomotor ( Perkembangan Fizikal; kreativiti dan Estetika )

MODEL PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN Merekod


Melaksanakan penilaian:
Pemerhatian tingkah laku Pemerhatian Interaksi/lisan Hasil Kerja Murid Tindakan susulan aktiviti pengayaan Ya

Menyimpan dan Menganalisis Maklumat

Melapor
Tidak Sudahkah murid menguasai? Ya Tindakan susulan aktiviti bimbingan

Membina Indikator MERANCANG


Menentukan hasil pembelajaran berdasarkan senarai semak

Teruskan

Pelajaran/ Kemahiran Baru

MODEL PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN Merekod


Melaksanakan penilaian:
Pemerhatian tingkah laku Pemerhatian Interaksi/lisan Hasil Kerja Murid Tindakan susulan aktiviti pengayaan Ya

Menyimpan dan Menganalisis Maklumat

Melapor
Tidak Sudahkah murid menguasai? Ya Tindakan susulan aktiviti bimbingan

Membina Indikator MERANCANG


Menentukan hasil pembelajaran berdasarkan senarai semak

Teruskan

Pelajaran/ Kemahiran Baru

MERANCANG
Sebelum menilai murid, guru hendaklah merancang: i. Murid yang hendak dinilai ii. Domain yang hendak diberi tumpuan iii. Kaedah pemerhatian yang sesuai iv. Cara pelaporan
5 W + H = What, Why, Who, Where, When, How?

MEMBINA INDIKATOR Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran


seperti dalam komponen-komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Jelas tujuannya Menepati item yang hendak dinilai (satu kemahiran sahaja)

Item boleh diukur

PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN

KAEDAH PEMERHATIAN

Melalui:

1. Pemerhatian tingkah laku murid

2. Pemerhatian perbualan / interaksi murid


3. Hasil kerja murid

PEMERHATIAN TINGKAH LAKU MURID


Pemerhatian Aspek Tingkah Laku Murid semasa mereka:
- Bermain pondok-pondok - Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian - Berlari & melompat Mengambil wuduk Mendirikan solat Mengikat tali kasut Membuat kolaj dalam kumpulan - Makan - Berdoa

- Menyelesaikan masalah bersama rakan


- Mendengar dan bertutur

PROSES PELAKSANAN PENILAIAN


Perbualan/ interaksi/ lisan spt:
Interaksi murid dengan murid Interaksi murid dengan guru Interaksi murid dengan bahan Main peranan Bersoal jawab Bercerita

Bacaan
Nyanyian Puisi

Perkembangan kanak-kanak

Semasa membesar kanak-kanak Akan menjadi semakin bebas dari segi intelek dan moral

Kanak-kanak perlu membina asas pengertahuan fizikal

Kanak-kanak bersifat sosial

Penilaian Hasil Kerja Murid


Untuk memberi maklumat kepada guru dan membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai murni

Mengesan Kemajuan

Mengesan Pencapaian

PROSES PELAKSANAN PENILAIAN


Pemerhatian Hasil Kerja Murid spt:

Lukisan
Tulisan Buku skrap Kraf tangan Buku kecil Model

Merekod
Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secata bersistem barkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

PROSES PELAKSANAN PENILAIAN


MEREKOD PEMERHATIAN:

Mencatat maklumat secara sistematik perkembangan, kebolehan dan pencapaian


Kaedah merekod melalui: - Senarai Semak - Anekdot - Rekod berterusan - Skala Kadar

Penilaian Hasil Kerja Murid Bagi Mengesan Kemajuan


Merekod dan Melapor:
1. Guru membuat catatan terhadap kemajuan yang ditunjukkan 2. Maklumat digunakan untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid

PROSES PELAKSANAN PENILAIAN


MEREKOD DAN MENYIMPAN MAKLUMAT: Portfolio sebagai satu cara mengumpul dan menyusun maklumat dan data dari pelbagai sumber.

Portfolio mengandungi: - Rekod Peribadi Murid


- Rekod Kemajuan Murid - Hasil kerja murid.

Penyediaan Senarai Semak


Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat
Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas

Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi bukan menilai darjah kemajuan hasil P& P
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak

Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhati
Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau dua pemerhatian Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian Dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali supaya lebih tepat & tekal

Panduan Mengisi Senarai Semak


1. Guru Perlu menentukan perkara berikut dalam merancang senarai semak:. Tajuk

. Kemahiran/ petunjuk tingkah laku yang


hendak di nilai. . Aktiviti dinyatakan dengan jelas . Kemahiran disusun dari mudah kepada yang sukar 2. Guru boleh menggunakan senarai semak bagi murid secara individu, kumpulan atau kelas. 3. Hanya kemahiran penting sahaja yang dinyatakan dalam senarai semak.

Contoh Senarai Semak


SENARAI SEMAK
KOMPONEN : Kurikulum Pendidikan Islam Nama Murid: ___________________ Kelas: ______________ Arahan: Sila tandakan ( ) dalam petak apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu.

Tanda ()

HASIL PEMBELAJARAN
1.Aqidah 1.1.1 Menyebut Rukun Iman 1.2.1 Menyebut sifat Allah

ULASAN / ULASAN / ULASAN / TARIKH TARIKH TARIKH

Contoh senarai semak


Tanda ()
HASIL PEMBELAJARAN 1.5.1 Menyebut nama rasul 1.5.4 Berselawat kepada rasul ULASAN / TARIKH ULASAN / TARIKH ULASAN / TARIKH

1.5.6 Menerangkan cara menghormati Al-Quran


1.6.3 Menyatakan balasan syurga untuk orang berbuat baik

REKOD ANEKDOT
Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan. Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

Langkah Penyediaan Rekod Anekdot


1. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. 2. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid. 3. Menuliskan selepas peristiwa itu.

4. Tulis apa yang dilihat secara objektif.


5. Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kejayaan-kejayaan.

Panduan Merekod Secara Anekdot


1. Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.

2. Pastikan nama, tarikh. Masa dan suasana dicatat dalam buku nota.
3. Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian. 4. Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid. 5. Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan. 6. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.

Contoh Rekod Anekdot


Nama: Roshdi bin Said Masa: 9.00 pagi Pemerhatian: Roshdi dan Danial sedang bermain pasir. Mereka cukup gembira. Roshdi meletakkan dan menyusun beberapa hidupan mainan plastik seperti ketam, udang, ikan dan sotong. Amir datang datang menghampiri mereka dan menyepak-nyepak mainan plastik tersebut. Roshdi menegur: kenapa kamu buat macam tu Saje, suka, kata Agus. berdosa.tau.Habis mati udang, ketam ni. pasir masuk kat mata Danial juga tau kata Roshdi lagi. Tak apalah.. , jawab Agus lagi. Kesian Danial tu Roshdi menepis pasir yang berada di Tarikh: 23.7.2007 Tempat: Di luar Kelas

Interpretasi: Roshdi menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi hidupan . Mempunyai sifat belas kasihan, pandai berkawan dan bertanggungjawab -mempunyai sifat tolong menolong - memiliki kecerdasan naturalis

Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 5 minit.

Panduan Menyediakan Rekod Berterusan


-Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid yang difokus satu persatu. -Rekod hendaklah tepat dan padat.Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku. -Rekod hanya perkara-perkara yang sebenar berlaku dan gunakan satu ayat untuk menerangkan setiap aksi. -Guna bahasa yang boleh difahami. -Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa. -Tentukan masa. -Mesti tulus dan ikhlas -Guna singkatan semasa merekod

Panduan Menulis Rekod Berterusan


Buat pemerhatian selama 10 minit atau kurang. Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgmental. Fokus terhad kepada murid yang ingin diperhati. Tulis dengan lebih terperinci selepas pemerhatian. Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

CONTOH REKOD BERTERUSAN


Nama: Amin
Guru: Ahmad Danish Awatif Roshdi

Umur: 5 tahun
Masa: 11.00 pagi

Tarikh: 5.12.2007

Pemerhatian
Amin masih berada saf hadapan. Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Ustaz Ahmad meminta murid mendengar penerangan untuk mendirikan solat. Latihan solat dimulakan. Amin bercakap dan mengeluh. Tiba-tiba dia beredar dan berada bersebelahan Saleha. Ustaz Ahmad menegur perbuatanAmin. Tadi Amin mengapa bercakap dan beredar ke tempat Saleha. Sewaktu sembahyang tak boleh bercakap dan bersentuh dengan org perempuan. Murid lelaki mesti sembahyang dalam kumpulan lelaki Amin menjawab ,Tadi ada orang tolak saya, Ustaz. Amin masuk semula ke saf hadapan.

Ulasan
Belum memahami tertib dan peraturan mendirikan solat berjemaah

Rekod Skala Kadar Murid


1. Skala Kadar digunakan utk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkahlaku murid. 2. Penilaian kemahiran atau amalan berdasarkan skala.Skala yang digunakan blh dinyatakan secara angka atau gred.

Panduan Mengisi Rekod Skala Kadar Murid


1. Penilaian kemahiran atau amalan berdasarkan skala. Skala yang digunakan blh dinyatakan secara angka atau gred.
A-Cemerlang B- Baik C-Sederhana D-Perlu bimbingan

1. Guru perlu menentukan perkara 2 berikut dalam merancang skala kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai/petunjuk tingkah laku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas. 2. Menggunakan borang skala kadar bagi murid secara individu, kumpulan atau kelas.

3. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang tepat.

Contoh borang skala kadar dalam pendidikan moral: Aspek Perlakuan Nama Normi
Menjaga Kebersihan diri B

Mematuhi Peraturan dan undang A

Catatan Bersopan-santun semasa berinterasi dengan rakan

Fauzi

Saleha

Wani

MENYIMPAN MAKLUMAT
SEGALA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARIPADA PEMERHATIAN YANG SISTEMATIK DIREKOD DALAM PORTFOLIO

Portfolio bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber. - adalah satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan perkembangan dan kemajuan murid dalam masa ditetapkan. - menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk pembelajaran dan perkembangan selanjutnya. - secara fizikal, ia merupakan satu fail, kotak atau disket yang menyimpan bukti dan maklumat murid. - Mengandungi Dokumen: I. Rekod Peribadi Murid 2. Rekod Kemajuan Murid 3. Hasil Kerja Murid

REKOD PERIBADI MURID

Mengandungi perkara berikut: 1. Maklumat diri murid 2. Maklumat keluarga murid

3. Maklumat kesihatan murid


4. Maklumat fizikal murid

REKOD KEMAJUAN MURID


REKOD KEMAJUAN MURID - Merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dari segi: a) Pengetahuan b) Kemahiran c) Komunikasi d) Sikap

MELAPOR
Pelaporan ialah proses menyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapian murid. Maklumat untuk pelaporan diperolehi dari rekod penilaian. Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan

pengayaan setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.
Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang.

Tindakan Susulan
Perlu tindakan seperti membimbing, menegur dan menasihat jika melakukan kesilapan
Pujian terhadap kebaikan yang dilakukan murid sebagai pengukuhan

ETIKA PENILAIAN
Semua maklumat yang berkaitan dengan diri
adalah sulit. Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja (ibu bapa/guru besar/pakar perubatan/pihak-pihak atau orang-orang yang berkenaan mengikut Akta Pendidikan 1996)

Rekod murid tidak boleh dipamerkan


Minta kebenaran ibu bapa/ penjaga murid untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa pada akhir tahun

KESIMPULAN

terdapat banyak cara menilai dan


menginterpretasi pembelajaran dan perkembangan murid

kebanyakan strategi yang kita gunakan


melibatkan pemerhatian dan penilaian terhadap apa yang biasa dilakukan oleh murid

strategi ini tidak memerlukan murid mengambil


bahagian dalam program yang lain daripada yang biasa dilakukannya atau melibatkan satu proses penilaian secara formal

proses yang kita laksanakan adalah


sebahagian daripada pendekatan dan perancangan harian yang dapat memberikan data deskriptif atau informasi yang boleh dianalisis bagi menunjukkan pembelajaran dan perkembangan murid

maklumat penilaian ini berguna untuk


situasi pengajaran dan pembelajaran akan datang

ROSELITA ALI @ YUSOF

You might also like