You are on page 1of 6

Perniagaan Butik Pakaian

Butik, berasal daripada perkataan Perancis boutique, membawa maksud kedai, yang lazimnya
merujuk kepada kedai khusus untuk fesyen seperti pakaian dan perhiasan .
Terdapat dua konsep biasa dalam perniagaan butik pakaian, sama ada pelanggan boleh
melakukan jual beli ataupun secara sewa, yang kebiasaannya dilakukan oleh butik pakaian
pengantin. Ada juga butik yang dibuka secara francais, mengikut terma dan syarat pemberi
francais dan ada juga yang dibuka oleh syarikat persendirian. Semua ini bergantung kepada
konsep dan jenama pilihan empunya butik. Antara jenama butik yang terkenal yang terdapat di
pasaran negara adalah seperti butik First Lady, Ariani, Alfio Raldo, Mothercare dan Anakku.
Jika ditanya kepada setiap individu, tentunya ramai yang berminat untuk membuka butik
pakaian, tak kira pakaian wanita, kanak-kanak, menjual tudung ataupun jubah, butik pakaian
perkahwinan ataupun pakaian sukan. Sudah pasti mereka yang ingin mengusahakan butik-butik
ini mempunyai objektif yang sama, iaitu ingin menampilkan pelbagai koleksi terbaik mengikut
konsep butik, pakaian yang memenuhi cita rasa semasa, mempunyai rekaan yang terkini dan
menarik untuk pelanggan mereka.
Untuk memulakan perniagaan butik pakaian bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh terjadi
dalam sekelip mata. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum memulakan
perniagaan, di bawah ini hanyalah beberapa faktor penting yang akan kita bincangkan.
Pelan Perniagaan
Sediakan pelan perniagaan anda!
Pelan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh
tentang perniagaan yang ingin anda jalankan. Dianggap sebagai pelan induk, pelan perniagaan
ini akan menerangkan kajian dan langkah yang akan diambil untuk membangunkan perniagaan,
ramalan, jangkaan dan juga strategi perniagaan.
Pelan perniagaan memberi gambaran keseluruhan proses perniagaan dan juga garis panduan
dalam pengurusan perniagaan. Ia juga merupakan antara dokumen yang diperlukan untuk
meyakinkan firma kewangan terhadap idea-idea pelaksanaan perniagaan, sekiranya terdapat
keperluan untuk membuat pinjaman kewangan sebelum memulakan perniagaan.
Dengan adanya pelan perniagaan, saingan utama dalam perniagaan akan dapat dikenal pasti,
kekuatan dan kelemahan saingan dinilai dan strategi yang betul dalam menghadapi saingan
dapat ditentukan.
Mendaftarkan Perniagaan Butik Pakaian Anda
Permohonan penamaan perniagaan butik pakaian haruslah dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM). Badan ini akan menyemak dan memastikan nama yang dipilih tidak mempunyai
persamaan dengan mana-mana syarikat yang sedia ada sebelum permohonan itu diluluskan.
Terdapat dua jenis perniagaan utama yang terbuka untuk pendaftaran iaitu sama ada
perniagaan adalah hak milik mutlak / hak milik sendiri atau perkongsian perniagaan.
Bagi mereka yang memilih untuk mendaftar butik pakaian mereka sebagai hak milik sendiri,
maka syarikat tersebut akan dinamakan atas nama sendiri, dan anda bertanggungjawab
sepenuhnya dalam menanggung risiko yang terdapat dalam perniagaan.
Untuk perkongsian perniagaan, terdapat lebih daripada seorang pemilik dalam syarikat yang
memiliki perniagaan tersebut. Dengan pendaftaran lebih daripada seorang pemilik, segala risiko
dalam perniagaan dapat ditapis dan keseluruhan risiko tidak ditanggung secara bersendirian.
Terdapat juga pelbagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan
Bekalan dan lain-lain yang perlu dipatuhi. Pastikan perniagaan butik pakaian anda tidak
melanggar undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan.
Modal
Untuk memulakan dan menjalankan perniagaan butik anda, perlu ada modal yang mencukupi.
Modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis butik yang ingin dibuka, lokasi, modal
bahan dan jenis pakaian atau perhiasan yang ingin dijual kepada pelanggan.
Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan mungkin daripada hasil simpanan
peribadi ataupun pinjaman yang dibuat kepada pihak bank atau firma kewangan. Jika ingin
mendapatkan pinjaman daripada pihak bank atau firma kewangan, kebiasaannya pihak ini
memerlukan pelan perniagaan atau kertas kerja yang menceritakan secara terperinci tentang
perniagaan butik yang ingin dibuka. Pelan ini kemudiannya akan dinilai oleh pihak bank atau
firma kewangan sebelum kelulusan pinjaman dibuat.
Bagi mereka yang baru mula hendak berjinak-jinak dan kurang pengalaman dalam bidang
perniagaan, adalah digalakkan untuk bermula pada skala yang kecil, agar mudah untuk
dibangunkan serta senang untuk diuruskan. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan
modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan, terutama bagi mereka yang tidak
mempunyai pengalaman dalam pengurusan butik pakaian.
Jika tidak mempunyai modal yang mencukupi, atau masih banyak komitmen atau keutamaan
yang lain, anda boleh memilih untuk mencuba perniagaan dalam talian (online business). Tiada
kos sewa premis kedai, dan hanya bergantung pada pemasaran di internet dan perkhidmatan
pos untuk penghantaran produk kepada pelanggan. Laman web ini pula boleh dibangunkan
secara percuma jika menggunakan platform seperti BlogSpot atau WordPress. Sebagai
alternatif lain, anda juga boleh membuka satu akaun jualan butik yang baru dalam Facebook,
dan membuat pemasaran melalui aplikasi Facebook itu sendiri.
Permintaan Pasaran / Prospek Pelanggan
Ramai yang mempunyai minat untuk membuka perniagaan butik pakaian, malangnya tidak
pasti apakah barangan yang ingin dijual itu mempunyai permintaan pasaran yang kuat.
Membuat sedikit kajian tentang barangan dan permintaan pasaran adalah asas sebelum
memulakan perniagaan demi memastikan barangan yang ingin dijual di butik anda dikehendaki
oleh para pengguna. Membuat kajian juga dapat mengelakkan anda daripada mengalami
kerugian kesan daripada barangan yang tidak mampu dijual atau tidak laku.
Kajian boleh dilakukan secara menyeluruh atau menggunakan kaedah pencarian percuma yang
terdapat di Internet, salah satunya Google Ad words. Kaedah pencarian ini akan memberikan
anda gambaran pasaran dan permintaan produk menggunakan statistik carian pengguna di
internet. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, sudah tentu anda
boleh menggunakan khidmat firma penyelidikan profesional yang menawarkan perkhidmatan
berdasarkan kajian-kajian kepenggunaan yang lebih bersifat komersial. Hasil kajian
berkemungkinan adalah lebih terperinci dan tepat, dan disampaikan dalam bentuk yang lebih
profesional.
Lokasi Tempat Perniagaan
Memilih lokasi butik yang strategik dan sesuai, adalah penting bagi menjamin keuntungan
perniagaan. Perniagaan butik pakaian seharusnya dibuka di tempat yang mempunyai daya
kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan. Untuk menggalakkan jual beli, kawasan
perniagaan butik pakaian seharusnya berada di tempat tumpuan dan laluan orang ramai.
Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa,
persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain. Antara faktor lain yang
perlu dititik beratkan sebelum memilih lokasi butik adalah seperti kepadatan penduduk dan
pendapatan isi rumah masyarakat setempat.
Sumber bekalan / Stok Pakaian
Mereka yang mempunyai perniagaan butik pakaian perlu mengetahui sumber untuk
mendapatkan bekalan produk jualan dengan seberapa murah dan mudah juga perlu tahu
tentang pembekal yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. Bukan mudah
untuk mencari pembekal yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai agar pesanan barang
sampai ke tangan pada masa yang sepatutnya. Proses pesanan barangan perlu difahami dengan
betul dan pengiraan keuntungan yang akan diperoleh harus dilakukan sebelum pesanan dibuat.
Barangan yang diterima daripada pembekal hendaklah sentiasa dipantau dan diperiksa dengan
teliti, manalah tahu jika terdapat apa-apa perbezaan daripada segi warna, kualiti fabrik dan
material yang diterima berbanding dengan pada masa pesanan dibuat.
Disebabkan pembelian stok pakaian daripada pembekal selalunya dilakukan dalam kuantiti
yang besar, maka perlulah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kes penipuan. Anda perlu
pastikan syarikat pembekal, alamat dan nombor telefon yang diberikan adalah perniagaan yang
sah sebelum pesanan dibuat kepada pembekal.
Kesetiaan Pelanggan
Terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Jika
penjualan barangan dilakukan secara fizikal (face to face ), maka anda perlu berikan khidmat
pelanggan yang terbaik. Jika layanan yang diterima oleh pelanggan amat memuaskan hati
mereka, mereka pasti akan kembali ke butik pakaian anda, walaupun terdapat pesaing yang
menawarkan harga yang lebih rendah. Jangan sesekali melayan pelanggan anda dengan sikap
acuh tak acuh, ingat pada frasa Customers are always right!.
Jika internet adalah medium pemasaran anda, jangan lupa untuk mengintegrasikan laman web
anda dengan fanpageanda di Facebook. Anda juga boleh menggunakan e-mail untuk
mempromosikan produk pakaian anda. Gunakan kreativiti anda untuk menulis ayat yang
menarik dalam e-mail tersebut.
Kebiasaannya, peniaga juga akan memberikan produk percuma atau cenderahati kepada
pelanggan yang berbelanja lebih, namun pastikan produk percuma itu memberi manfaat dan
benar-benar boleh digunakan. Mintalah pelanggan anda untuk menyebarkan promosi
perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka yang lain. Hal ini boleh dijadikan sebagai medium
untuk menarik pelanggan-pelanggan baru ke butik perniagaan anda, seterusnya dapat menjana
penjualan barangan anda.
Adalah lebih baik jika terdapat pelanggan yang dengan sukarelanya ingin memberikan
pandangan mereka terhadap barangan yang diniagakan. Masukkan satu atau dua testimoni
daripada pelanggan yang berpuas hati dengan pembelian di butik perniagaan anda dan
letakkan pada halaman web butik perniagaan anda.
Sekiranya anda menerima sebarang aduan sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan
(bersemuka atau melalui telefon), kendalikan ia dengan cara yang berhemah dan sabar. Rekod
dan analisa aduan pelanggan. Seterusnya, fikirkan cara untuk memperbaiki mutu barangan
yang dijual, proses penjualan dan perkhidmatan anda. Balas sebarang aduan yang dilakukan
secara bertulis dengan kata-kata maaf dan kesalan.
Apabila anda dapat membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan menjadi rakan baik
mereka, berkemungkinan besar mereka akan menjadi pelanggan yang setia dan akan kembali
membeli di butik pakaian anda. Carilah cara yang terbaik untuk membina kesetiaan pelanggan
anda.
Kesimpulan
Beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan adalah seperti yang
dibincangkan iaitu persediaan pelan perniagaan, pendaftaran perniagaan, modal permulaan
perniagaan, lokasi yang bersesuaian, sumber bekalan atau stok pakaian dan juga bagaimana
untuk membina perhubungan yang baik dengan pelanggan anda.
Untuk nampak menarik, pelanggan ada kalanya sanggup mengeluarkan wang semata-mata
untuk tampil bergaya dengan busana ataupun pakaian yang berkualiti dan mengikut selera
mereka. Hargai pelanggan anda dengan memberikan barangan yang berkualiti, harga yang
berpatutan dan khidmat pelanggan yang baik. Tiada apa yang lebih mengembirakan, jika kunci
kira-kira anda setiap bulan ditutup dengan keuntungan!

1
PROJEK USAHAWAN BUMIPUTRA DALAM BIDANG PERUNCITAN
PROSPER
RANCANGAN PERNIAGAAN
DISEDIAKAN OLEHTARIKH01/03/2007

2
SENARAI KANDUNGAN
1.

PENDAHULUAN DAN PENGENALAN


2.

LATARBELAKANG USAHAWAN / AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT

3.

LATARBELAKANG PERNIAGAAN

4.

ASPEK PENGURUSAN

5.

ASPEK PERKHIDMATAN
6.

ASPEK PEMASARAN

6.1

KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN6.2

PREMIS PERNIAGAAN6.3

SASARAN PASARAN6.4

SAIZ PASARAN6.5

SYER PASARAN6.6

RAMALAN JUALAN6.7

ANALISA PESAING6.8

PROMOSI & IKLAN6.9

STRATEGI PEMASARAN
7.

ASPEK KEWANGAN7.1

PERINCIAN ALIR TUNAI PROJEK 7.2

PENYATA ALIRAN KEWANGAN7.3

PENYATA UNTUNG RUGI7.4

CADANGAN PEMBIAYAAN PROJEK 7.5

CADANGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN


8.

BUTIR-BUTIR PENJAMIN
9.

KESIMPULAN / JUSTIFIKASI
10.
LAMPIRAN

3
1. PENDAHULUAN DAN PENGENALAN

.. ditubuhkan pada .. Melalui daftar perniagaan ini, kamimemulakan perniagaan pakaian dan
aksesori wanita atas nama ..bertempat di .Bersesuaian dengan nama Couture
couture bermaksud pusat rekaandan pembuatan - kami menawarkan pakaian-pakaian wanita yang telahdireka
mengikut piawaian kami dan juga pakaian-pakaian yang telah siapmengikut fesyen terkini. Apa yang kami
lakukan untuk mempromosikanproduk kami ialah menawarkan produk-produk yang boleh dikatakan
tidak terdapat dalam pasaran di . atau yang menjadi niche di pasaranserta meletakkan harga yang
sangat kompetitif.Strategi kami ialah jualan pada volume yang tinggi. Bagi kami, promosimelalui mulut (referral)
yang dicetuskan dari produk-produk yang berkualitidan harga yang disenangi pelanggan adalah cara terbaik
mendapat pasaranyang memberangsangkan.Walaupun kami telah memulakan perniagaan jenis ini secara kecil-
kecilanagak lama dan kini mempunyai premis sendiri, kami perlukan bimbinganPUNB dan juga bantuan
kewangan dalam bentuk pinjaman bagimemantapkan perniagaan kami. Kami optimis dan positif bahawa
denganstrategi yang betul dan komitmen yang tinggi boleh mengembangkanperniagaan ini.

You might also like