You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-38 Hari : Sabtu Tarikh : 31 Mac 2012 Tempat : Dewan Sultan

Ismail, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Masa : 8.30 Pagi Kehadiran : Ibu bapa (193 orang) Guru (80 orang) AGENDA 1 UCAPAN ALU ALUAN Ucapan Pengerusi mesyuarat (Yang Dipertua PIBG) 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan ahli jawatan kuasa PIBG ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-38. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Pengetua dan guru-guru di atas keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. 1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa sesi 2011 / 2012 merupakan sesi yang terakhir baginya sebagai YDP setelah menjawat jawatan tersebut tiga tahun berturut-turut. 1.4 Pengerusi menjemput Pengetua, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru yang juga sebagai Ex Officio PIBG untuk memberi kata alu-aluan sebelum meneruskan mesyuarat. Ucapan dan Laporan Pengetua 1.5 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir pada pagi, walaupun cuaca hujan, bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan SSI kali ke-38, Majlis Anugerah Cemerlang dan Karnival Kokurikulum. 1.6 Pengetua juga merakamkan jutaan penghargaan kepada semua AJK PIBG sesi 2011/2012 kerana telah membantu dalam pembangunan sekolah dan berharap kerjasama erat dapat diteruskan. 1.7 Pengetua memaklumkan bahawa YDP PIBG, En. Muhar Bin Murad, berhajat untuk tidak memegang jawatan YDP, memandangkan anak beliau sudah pun menamatkan persekolahan di Tingkatan 5. Walau bagaimanapun, sumbangan beliau terhadap pembangunan sekolah tetap akan dikenang. 1.8 Pengetua memaklumkan ketiga-tiga peperiksaan iaitu PMR, SPM dan SPM telah berjaya meningkat dengan cemerlang dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru. Beliau juga berharap SSI akan mencapai status SBT kelak.

AGENDA 2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-37 2.1 Pengerusi meminta semua ahli PIBG menyemak Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 37 di halaman 4-9 di buku Mesyuarat Agung yang disediakan. 2.2 Pengerusi meminta sebarang pertanyaan, bantahan atau cadangan daripada ahli PIBG berkenaan minit mesyuarat yang lepas. Tiada sebarang pertanyaan, bantahan atau cadangan daripada ssemua ahli. 2.3 Pengerusi meminta pengesahan minit mesyuarat daripada semua ahli. En Azman Bin Kamarudin mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan kali ke-37 dan disokong oleh En. Ahmad Shakir Bin Jaafar.

AGENDA 3 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2011/2012 3.1 Setiausaha memberi penerangan dan meminta semua ahli PIBG menyemak laporan aktiviti tahunan sesi 2011/2012 dan merujuk pada muka surat 11 di dalam buku Mesyuarat Agung yang sediakan. 3.2 Jurindran mengesahkan laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2011/2012 dan disokong oleh Cik Sheela Sher Habib.

AGENDA 4 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012 4.1 Bendahari memberi penerangan dan meminta semua ahli PIBG menyemak penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011 yang tercatat di muka surat 12-18 di dalam buku Mesyuarat Agung PIBG. 4.2 M. Rajiswaran meminta penjelasan berhubung sumbangan PIBG untuk baju batik guru, majlis persaraan guru dan sumbangan urusetia. Pengerusi memaklumkan duit yang disumbangkan adalah bagi menghargai jasa guru dan perbelanjaan baju batik bukanlah sepenuhnya daripada wang PIBG tetap hanya membayar subsidi sebanyak 1/3 daripada harga batik tersebut. Manakala sumbangan kepada urusetia PIBG juga hanyalah sumbangan kecil yang diberikan di atas sumbangan yang diberikan sepanjang menjawat jawatan tersebut.

4.3 Dr Joy Vimaladevi telah mengesahkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011 dan disokong oleh Dr Hong Yong Huat.

AGENDA 5 MEMBAHASKAN USUL-USUL 5.1 Pengerusi memohon semua ahli menyemak usul-usul yang telah diberikan oleh ibu bapa dan maklum balas daripada pihak sekolah di muka surat 19-21 di dalam buku Mesyuarat Agung PIBG. 5.2 Pengerusi memaklumkan usul-usul yang diberikan telah diklasifikasikan sebagai usul yang diterima dan dibahas, usul yang diterima tanpa bahas dan usul yang ditolak. Usul Cheng Yoke Siong dan Rosmizan Binti Hanafi tidak dibahaskan kerana mereka yang memberi usul tidak hadir. 5.3 Pn Yang Chee Wah mewakili AJK PIBG sesi 2011/2012 telah membentangkan usul; Pungutan bayaran RM 30 setiap pelajar Tingkatan 1 hingga 6 bagi bayaran lembaran kerja. Semua ahli PIBG sebulat suara menerima usul tersebut. Sehubungan dengan itu, semua ahli PIBG bersetuju pungutan bayaran RM30 dikenakan kepada setiap pelajar bermula pada tahun 2012 untuk lembaran kerja pelajar. 5.4 Pengetua, selaku Ex Officio PIBG, menjelaskan sekali lagi secara terperinci kepada semua ahli PIBG berhubung pungutan bayaran RM 30 setiap pelajar Tingkatan 1 hingga 6 bagi lembaran kerja pelajar. 5.5 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli PIBG bayaran yang perlu dijelaskan oleh ibu bapa adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 Perkara *Sumbangan PIBG *Yuran Penyelenggaraan ICT Bayaran Lembaran Kerja Jumlah Butiran Setiap keluarga Setiap pelajar Setiap pelajar Bayaran (RM) RM 50 RM 30 RM 30 RM 110

* Merujuk kepada usul yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung PIBG 2011/2012.

AGENDA 6 PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU BAGI SESI 2012/2013 6.1 Pengerusi membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2011 / 2012. 6.2 Tn Hj Abu Talib Bin Hj Alias mencadankan En Muhar Bin Murad sebagai pengerusi sementara bagi perlantikan AJK baru PIBG bagi sesi 2012 / 2013. Jawatan Yang Dipertua 6.3 Rajeswaran mencadangkan En Mohd Zin Bin Othman sebagai Yang Dipertua dan disokong oleh En Ahmad Shakir Bin Jaafar. 6.4 En. Azman Bin Kamarudin mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Cik Sheela Sher Habib. Jawatan Naib Yang Dipertua 6.5 Yusof Bin Ahmad mencadangkan Tn Hj Abu Talib Bin Hj Alias sebagai Naib Yang Dipertua dan disokong oleh Pn Noraisah Binti Ramlan. 6.6 Dr Gan Lian Guan mencadangkan Pn Hjh Roslina Binti Mat Aris sebagai Naib Yang Dipertua dan disokong Dr Joy Vimaladevi. 6.7 Pn Hjh Roslina Binti Mat Aris menarik diri daripada pencalonan memandangkan beliau telah memegang jawatan tersebut sebelum ini dan sebulat suara disokong oleh semua ahli PIBG. 6.8 En. Azman Bin Kamarudin mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh M. Rajeswaran. Jawatan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) 6.9 Pn. Yang Chee Wah mencadangkan M. Rajeswaran dan disokong oleh Pn. Hanizah Binti Mahfoz. 6.10 Rajindran mencadangkan Dr Joy Vimaladevi dan disokong oleh En Azman Bin Kamarudin. 6.11 Pn. Masnah Binti Atan mencadangkan Dr Gan Lian Guan dan disokong oleh Dr Hong Yong Huat. 6.12 Dr Gan Lian menarik diri daripada pencalonan dan menjelaskan bahawa beliau telah sekian lama di dalam AJK PIBG SSI dan memberi peluang kepada ibu

bapa yang lain. Semua ahli PIBG sebulat suara menerima penarikan diri Dr Gan Lian Guan daripada pencalonan AJK PIBG. 6.13 Pn Foh Chi Lan mencadangkan Pn Tan Keng Keng dan disokong oleh Pn Caroline. 6.14 Rajindran mencadangkan En Azman Bin Kamarudin dan disokong oleh Dr Hong Yong Huat. 6.15 Dr Gan Lian Guan mencadangkan Dr Hong Yong Huat dan disokong oleh Cik Sheela Sher Habib. 6.16 Tn Hj Abu Talib Bin Hj Alias mencadangkan En. Yusof Bin Ahmad dan disokong oleh M. Rajeswaran. 6.17 Dr Joy Vimaladevi mencadangkan Pn Hjh Siti Roslina Binti Mat Aris dan disokong oleh Pn. Yang Chee Wah. 6.18 En Azman Bin Kamarudin secara sukarela untuk menjawat jawatan sebagai Juruaudit dan sebulat suara disokong oleh semua ahli PIBG. 6.19 En Yusof Bin Ahmad secara sukarela untuk menjawat jawatan sebagai Pemegang Amanah dan sebulat suara disokong oleh semua ahli PIBG. 6.20 Pengetua selaku Ex Officio memaklumkan AJK PIBG di dalam kalangan guru.

Ahli Jawatan Kuasa (Guru) Setiausaha : Cik Nor Azliza Binti Othman Penolong Setiausaha : Cik Juriah Binti Johari Bendahari : Pn. Hannah Teng AJK : En. Ahmad Shakir Bin Jaafar Tn. Hj Minhad Bin Ramdzan En. Zamri Bin Nasiri Pn. Hanifah Binti Jamaludin Pn. Marlina Binti Omar En. Beh Chye Pin

Keputusan pemilihan 6.21 Berikut ialah senarai Ahli Jawatan Kuasa PIBG SMK Sultan Ismail Johor Bahru bagi sesi 2012/2013. Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan Kuasa : En. Mohd Zin Bin Othman : Tn Hj Abu Talib Bin Hj Alias : Cik Nor Azliza Binti Othman : Cik Juriah Binti Johari : Pn. Hannah Teng : Dr Joy Vimaladevi Dr Hong Yong Huat Tan Keng Keng En. M. Rajeswaran Pn. Hjh Siti Roslina Binti Mat Aris En. Ahmad Shakir Bin Jaafar En. Minhad Bin Ramdzan En. Zamri Bin Nasiri Pn. Hanifah Binti Jamaludin Pemegang Amanah :En. Yusof Bin Ahmad Pn. Marlina Binti Omar Juruaudit : En. Azman Bin Kamarudin En. Beh Chye Pin AGENDA 7 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli PIBG dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2011/2012 serta tahniah kepada AJK PIBG yang baru dilantik. Pengerusi berharap SSI akan mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun akan datang. 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi sehingga tarikh yang akan dimaklumkam kelak.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(FAKHRUR RAZI BIN AHMAD) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Ismail, Johor.

(MOHD ZIN BIN OTHMAN) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Ismail, Johor.

You might also like