You are on page 1of 4

Bab 2 Sorotan penulisan Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan mengemukakan kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam

dan di luar Negara di mana pencapaian pelajar didapati dipengaruhi oleh beberapa faktor faktor yang telah dikenalpasti oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Daripada sorotan-sorotan penulisan ini boleh membantu penyelidik meneliti dapatan kajian yang telah dijalankan dan seterusnya meneruskan kajian penyelidik yang mengkaji hubungan kemahiran menaakul dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik bagi pelajar aliran sains sekolah menengah daerah Johor Bahru Kajian-kajian berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Fizik di dalam negeri Terdapat enam orang pengkaji yang telah menjalankan kajian mengenai faktorfaktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Pengkaji-pengkaji tersebut ialah Nazaria (1996), Aishah (1999), Mohd Ali (2003), Azman (2003), Abu Aini (2004) dan Zaiton (2005). Nazaria (1996) telah menjalankan kajian tentang kemerosotan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains tulen di daerah Johor Bahru. Responden terdiri daripada 33 orang pelajar Tingkatan 4 aliran sains tulen dan 33 orang pelajar aliran sains tambahan. Alat kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi 25 soalan yang memerlukan jawapan dalam skala setuju dan tidak setuju. Soalan berkaitan minat pelajar dibahagikan kepada empat kategori iaitu, tanggapan pelajar, dorongan ibu bapa, faktor guru dan pengetahuan pelajar tentang kerjaya. Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data adalah dalam bentuk peratusan. Hasil kajian mendapati masih ramai pelajar yang menanggap mata pelajaran Fizik adalah sukar berbanding mata pelajaran sains tulen yang lain. Berdasarkan kajian ini juga mendapati penguasaan penyampaian konsep sains oleh guru-guru kurang memuaskan dimana hubungan konsep sains dengan kehidupan tidak difokuskan. Cadangan untuk mengatasi masalah ini termasuklah memupuk minat pelajar melalui pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Aishah (1999) menjalankan penyelidikan akan faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Fizik dalam kalangan pelajar Melayu, Tingkatan 4 di dua buah sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar melayu lelaki dan perempuan aliran Sains. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik minat dalam Fizik yang menggunakan skala likert lima mata dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS Window versi 7.5 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan nilai korelasi.

Antara hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam mata pelajaran fizik dengan pengajaran guru di dalam kelas. Azman (2003) telah membuat kajian berkaitan pencapaian dan jantina bagi 506 orang pelajar yang terdiri daripada 338 pelajar perempuan dan 168 orang pelajar lelaki yang mengambil mata pelajaran Fizik di kawasan felda. Data kajian diperolehi dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif yang terdiri dari min, peratusan dan sisihan lazim. Ujian t digunakan bagi mengetahui sama terdapat hubungan antara pemboleh ubah tersebut. Hasil kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan antara pencapaian dan jantina pelajar. Walau bagaimanapun pelajar perempuan menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Fizik berbanding pelajar lelaki. Abu ani (2004) telah menjalankan kajian akan kemahiran saintifik, pemikiran kritikal dan pencapaian mata pelajaran Fizik dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah batu pahat. Sampel kajian terdiri daripada 352 orang pelajar aliran sains dari empat buah sekolah di daerah batu pahat. Beliau telah menggunakan empat alat kajian bagi mengumpulkan maklumat iaitu Group Embeded Figure Test (GEFT) untuk menilai kognitif pelajar, Watson Glaser Critical Thinking in Physics (WGCTA-F) yang telah diubahsuai untuk menentukan status pemikiran kritikal pelajar, ujian kemahiran proses sains bersepadu dua untuk menentukan status penguasaan kemahiran saintifik pelajar dan Ujian pencapaian fizik bagi mengetahui penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Dapatan kajian mendapati wujudnya pertalian yang bererti di antara kemahiran saintifik, pemikiran kritikal dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik yang merupakan pemboleh ubah bersandar dalam kajian tersebut. Antara cadangan yang nyatakan bagi mengatasi masalah ini ialah pihak sekolah perlu memfokuskan tindakan bagi meningkatkan kemahiran saintifik agar menyumbangkan kea rah pencapaian dan penguasaan dalam mata pelajaran Fizik. Zaiton (2005) menjalankan kajian bagi mengenalpasti kaedah pembelajaran pelajar di dalam kelas dengan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah Fizik. Kajian telah dijalankan ke atas 312 orang pelajar yang terdiri daripada 170 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan tingkatan 4 daripada empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor bahru. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik cara penglibatan pelajar yang terdiri daripada 60 item soalan likert bagi mendapatkan maklumat tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam kelas. Untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah Fizik penyelidik telah menggunakan ujian pencapaian yang mengandungi soalan esei yang dinamakan Tinjauan Pencapaian Fizik.

Data telah dianalisis menggunakan statistic deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Untuk mengenal pasti perbezaan dalam menyelesaikan masalah fizik merentasi jantina penyelidik telah menggunakan statistic inferensi ujian khi kuasa dua. Pertalian antara kedua dua pembolehubah tersebut ditentukan berdasarkan nilai pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran didalam kelas merentasi jantina. Hasil kajian ini memberi satu kesimpulan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang berkesan adalah melalui pemerolehan pengetahuan konsep dan penguasaan kemahiran saintifik yang tinggi. Kajian-kajian yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Fizik di luar Negara Penyelidik telah membuat tinjauan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di luar Negara. Terdapat seramai lima penyelidik yang menjalankan kajian berkaitan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di Negara masing-masing. Antarnya ialah chandravarkar dan Harpole (1986), Weinberg (1993), Mushasshu (1994) dan Anders Isnes (2002). Chandavarkar (1986) telah membuat kajian tentang mata pelajaran fizik di sekolah di Columbia, amerika syarikat dimana beliau meninjau amalan berfikir dalam bilik darjah dan pencapaiannya dalam mata pelajaran fizik. Data diambil daripada 2719 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam kajian sains IEA dan pelajar ini yang mewakili sampel pelajar yang mempelajari mata pelajaran Fizik bahagian selatan amerika. Data telah dikutip dan dianalisa menggunkan korelasi pearson, regresi dan partial least square ke atas pemboleh ubah yang dikaji. Hasil kajian mendapati amalan berfikir iaitu tugasan yang mengkehendaki pelajar berfikir secara kritikal mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar yang tidak mengira jantina. Harpole (1986) telah melakukan kajian bagi mengenal pasti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran fizik dan kimia di sekolah di Mississipi dan pemboleh ubah yang berkaitan ialah berkenaan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di dalam kelas. Ujian pencapaian mata pelajaran Fizik yang dinamakan MSU Physics Achievement test telah dijalankan kepada 616 pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik. Hipotesis kajian telah diuji dengan menggunakan korelasi mudah dan regresi gandaan. Hasil kajian menunjukkan korelasi positif di antara pencapaian pelajar dalam mata pelajaran fizik dengan pengajaran guru di dalam kelas.

Korelasi negative pula dilihat dengan pemboleh ubah iaitu penglibatan pelajar di dalam kelas. Hasil kajian memberi panduan kepada penyelidik adanya berbagaibagai faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran fizik. Weinburgh (1993) dari university Georgia menjalankan kajian mengenalpasti pencapaian pelajar mengikut jantina. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki mempunyai sikap positif berbanding pelajar perempuan dalam pembelajaran Fizik di sekolah. Mashashu (1994) dari university New Brunswick telah menjalankan kajian perbandingan jantina terhadap pencapaian mata pelajaran Fizik di sekolah menengah di Tanzania. Alat kajian terdiri daripada soal selidik yang diedarkan kepada 161 responden. Seterusnya penyelidik telah menjalankan temu bual dengan lima orang guru untuk mengkaji interaksi dalam bilik darjah dan satu tayangan vieo telah dirakamkan selama satu bulan. Di Tanzania di dapati pelajar lelaki lebih cemerlang dalam mata pelajaran sains dan Fizik di sekolah. Manakala pelajar perempuan pula menunjukkan sikap dan persepsi yang negatif terhadap mata pelajaran Fizik. Hasil kajian mendapati pelajar perempuan lebih bersikap negative dan persepsi serta keyakinan terhadap mata pelajaran Fizik adalah rendah berbanding dengan pelajar lelaki. Penyelidik telah mengemukakan cadangan dimana kurikulum dan pengajaran disekolah disema semula bagi memenuhi dan mengenalpasti kepentingan dan minat kedua-dua jantina agar persepsi negative pelajar perempuan dapat diatasi melalui kerjasama padu antara sekolah dan masyarakat. Anders Isnes (2002) telah melakukan kajian akan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Faktor- faktor yang dipilih antaranya ialah kemahiran menaakul pelajar. Alat kajian yang digunakan ialah soalan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar gred 12 hingga 13 yang mengambil mata pelajaran fizik. Nama khusus alat kajian ini tidak dinyatakan. Soalan soal selidik terdiri daripada gabungan soalan-soalan terbuka yang menggunakan skala likert satu hingga lima. Data data kajian dari responden dianalisis menggunakan program SPSS yang terdiri daripada nilai peratusan. Hasil dapatan kajian mendapati pelajar mempunyai kemahiran menaakul yang rendah. Sebanyak 65 peratus pelajar yang diuji mempunyai tahap kemahiran yang rendah.

You might also like