You are on page 1of 4

Mengumumkan, ketibaan Yang BerBahagia, Dr Amin Bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Dasar Pembangunan

dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebentar tadi anda telah dipersembahkan dengan persembahan kalam Jamai, bertajuk .. .yang terdiri daripada 20 orang pelajar asrama perempuan SSI Tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala bacaan ayat suci al-quran, surah Al Imran ayat 33 hingga 39, beserta terjemahaanya, sebentar tadi, oleh saudara Naidatul Zamrizam Bin Arsad dan saudara Muhammad Hafiz Akbar Bin Abd Rahim daripada pelajar Tingkatan 5.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pamanis kata selamat datang Awal bismmilllah pembuka bicara

Bismmilahirahmanirahim

Asslamualaikum wbt,

Yang Berbahagia, Dr Amin Bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Dasar Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Yang dihormati, En Mohd Nor Bin Abd Ghani, Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Yang dihormati, En Md Hasidin Bin Zaini, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Yang dihormati, Tn Hj Shaharudin Bin Hj Sharif, Ketua sektor sektor Pembangunan Kemanusiaan

Yang dihormati Tn Hj. Bahrom Bin Ali, Pengawai Pelajaran Daerah Johor Bahru,

Ketua-ketua sektor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru,

Yang berusaha, Pn Hajah Halimah Binti Ali, Pengetua SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Pengetua-pengetua sekolah asrama harian

Gutu-guru, serta para pelajar asrama SSI sekalian.

Di majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran, ke hadrat illahi, kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya, kita diberikan kelapangan masa, untuk bersama-sama menjayakan majlis tadarus, berbuka puasa dan solat terawih asrama harian negeri Johor Bahru, seterusnya perasmian surau Al Rayyan tahun 2012/1433 H.

Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Ustaz Wan Bin Abd Aziz untuk bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan.

Amin. Ya rabbilalamin

Hadirin sekalian,

Majlis pada petang ini diteruskan, dengan mempersilakan, Pn Hajah Halimah Binti Ali, Pengetua SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi, ucapan oleh Pengetua, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Majlis diteruskan, dengan mempersilakan, Yang Berbahagia, Dr Amin Bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya, merasmikan surau Al Rayyan SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Amin Bin Senin,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Dr Amin Bin Senin,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi oleh Pn Hjh Halimah Binti Ali, Pengetua SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, serta tetamu jemputan untuk ke surau Al Rayyan bagi menandatangani plaque perasmian.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dalam surau

Majlis mempersilakan Dr Amin Bin Senin,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menandatangani plaque perasmian surau Al Rayyan.

Majlis mempersilakan Ustaz Wan Bin Abdul Aziz untuk membaca doa perasmian. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Hjh Halimah Binti Ali, Pengetua SMK Sultan Ismail, Johor Bahru untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dr Amin Bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan ini, berakhirlah sudah, majlis perasmian surau Al Rayyan, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, dan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Ketua-ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, pengetua-pengetua dan tetamu jemputan, yang hadir menjayakan majlis pada petang ini.

Majlis menjemput tetamu jemputan mengambil tempat dan bersedia bagi berbuka puasa.

You might also like