You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG YBA 1333

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Padawan,


Lorong 17 Off Jalan Kapor,
Sungai Maong Hilir,
93150 Kuching, Sarawak.

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TEMENGGONG


BILANGAN 1 TAHUN 2021

Tarikh : 02.10. 2021

Masa : 09.30-11.00 PAGI

Tempat : Google Meet

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Suhaimi Bin Haji Heep Guru Besar (Penasihat PIBG)


2. Laip Bin Kassim Yang Dipertua PIBG
3. Jamal Bin Aman Penolong Kanan Pentadbiran
4. Zeliha Binti Wahap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Dayang Fatimah Bt Awang Gobil Penolong Kanan Kokurikulum
6. Sharifah Syameem Bt Syed Saffi Setiausaha Kehormat PIBG
7. Saadiah Binti Abdul Rahman Bendahari Kehormat PIBG
8. Hafsah Binti Ariffin AJK PIBG
9. Hamilah Binti Mohd Masri AJK PIBG
10. Mordiah Binti Bujang AJK PIBG
11. Nur Sheila Nabila Lian Abdullah AJK PIBG
12. Hasanah Binti Daud AJK PIBG
13. Doris Ak Ganja AJK PIBG
14. Dyg Meganoraty AJK PIBG
15. Azelina Bt Seta Ahli
16. Widiawati Binti Kartawi Ahli
17. Hetty Kesuma Dewi Binti Iskandar Ahli
18. Muharabiah Bt Hassan Ahli
19. Nahdiah Binti Mahmud Ahli
20. Eleena Azeanie Bt A Hamblee Ahli
21. Faridah Binti Adil Ahli
22. Awgko Abdul Razak Bin Awg Shahrial Ahli
23. Nor Akmar Binti Saili Ahli
24. Haziah Binti Abdul Aziz Ahli
25. Nurqurul’ain Abang Bohari Ahli
26. Arabi Bin Hamzah Ahli
27. Marinei Bt Suli Ahli
28. Siti Fatimah Binti Abu Bakar Ahli
29. Normala Binti Zaini Ahli
30. Ismawatie Binti Othman Ahli
31. Hjh Norasidah Binti Mohamad Ahli
32. Mohd Naimi Bin Mohd Noor Ahli
33. Hany Ennora Binti Abdul Hamid Ahli
34. Siti Mastura Binti Bohari @Teng Ahli
35. Nor Afikah binti Samat Ahli
36. Anita Sari Bt Masli Ahli
37. Meriani Binti Bakawi Ahli

1
38. Mohamad Malik Bin Bolhi Ahli
39. Siti Khasumawati Binti Morni Ahli
40. Jamaliah Binti Ramlee Ahli
41. Dewi Binti Matali Ahli
42. Noormala Cahaya Binti Ismail Ahli
43. Nur Shafikah Bt Abdullah Ahli
44. Nurazziah Binti Zailani Ahli
45. Imelda Nur Ramadhani Binti Biding Ahli
46. Zunidah Binti Johari Ahli
47. Sabtuyah Binti Samsudin Ahli
48. Saidatul Razmin Binti Sabli@Sabili Ahli
49. Peatrica Anak Presin Ahli
50. Shartila Binti Ali Ahli
51. Saemah Binti Bolhassan Ahli
52. Niradia Binti Pi-Ramli Ahli
53. Shamsiah Jaini Ahli
54. Mohamad Fuad Bin Serah Ahli
55. Navillah Binti Bolhassan Ahli
56. Haliza Binti Saman Ahli
57. Norbaiti Mohd Ali Ahli
58. Norfazaliah Binti Samsudin Ahli
59. Siti Mariam Binti Sidik Ahli
60. Izzaidah Bt Mohd Yani Ahli
61. Watie Ahli
62. Salman Bin Duan Ahli
63. Sharifah Noorashitah Binti Wan Othman Ahli
64. Siti Mariam Binti Sidik Ahli
65. Shamsiah Jaini Ahli
66. Zulkipli Bin Bujang Ahli
67. Sadiah Binti Junai Ahli
68. Sharifah Julina Bt Wan Ibrahim Ahli
69. Siti Nazirah Binti Ariffin Ahli
70. Siti Rohani Bt Tukiman Ahli
71. Lizawati Abdul Hamid Ahli
72. Sabtuyah Binti Sepawi Ahli
73. Abdul Wahab Bin Kassim Ahli
74. Aida Binti Mazri Ahli
75. Hasimah Binti Ali Ahli

2
Urus Setia Mesyuarat :
Sh Syameem Sy Saffi Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru

1. Perutusan Pengerusi

1.1. Pengerusi mesyuarat iaitu En.Laip Bin Kassim mengalu-alukan kedatangan semua yang
hadir mesyuarat pada pagi ini.
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada semua barisan
ahli jawatankuasa PIBG sesi 2018/2020 untuk melaksanakan tanggungjawab.
1.3. Pengerusi juga memohon maaf andai ada kesalahan sepanjang memegang jawatan
sebagai Yang Dipertua PIBG SK Temenggong.
Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

2.1. Penasihat mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG SK Temenggong Sesi
2018/2020 yang telah banyak membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti. Hal
ini secara tidak langsung dapat menaikkan nama sekolah.
2.2. Beliau juga mengharapkan agar AJK PIBG bagi sesi yang seterusnya akan dapat
meneruskan kecemerlangan yang ditunjukkan.
2.3. Beliau menyampaikan hasrat KPM berkenaan pengoperasian semula sekolah pada hari
Isnin (4.10.2021). Sekolah Kebangsaan Temenggong antara yang terlibat memandangkan
sekolah ini mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
2.4. Beliau memaklumkan bahawa sekolah sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk menerima
semula kehadiran murid ke sekolah.
2.5. Beliau mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga untuk memastikan
Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dengan harapan agar
pembukaan sekolah ini dapat diteruskan seperti yang telah dirancang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
2.6. Beliau yang juga merupakan penasihat PIBG sentiasa memberikan nasihat yang terbaik
jika diminta. Dengan ini, beliau menasihati agar AJK PIBG sedia ada diteruskan sehingga
pemilihan AJK yang baharu pada tahun hadapan iaitu dijangka pada bulan Mac 2022.
Namun, beliau menyerahkan keputusan kepada ahli PIBG untuk menentukannya.
2.7. Akhir kata, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-10.
Tindakan: Makluman

3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-9 2018

3.1. Yang Dipertua PIBG, En. Laip bin Kassim membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-
9 untuk diteliti dan disahkan.
3.2. En Laip juga menjelaskan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
menyelesaikan usul yang telah diutarakan pada Mesyuarat Agung yang lalu berkenaan
tentang pencemaran bau oleh kilang ayam dan ladang sayur yang terletak berhampiran
dengan kawasan sekolah. Namun, tiada tindakan yang boleh diambil kerana ia melibatkan
tanah persendirian dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.
Beliau juga telah menjelaskan tentang pembinaan bumbung di tempat wuduk murid
perempuan yang sudah disempurnakan.
3.3. Minit mesyuarat ini dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Zeliha Binti Wahap dan
disokong oleh Puan Hafsah Binti Ariffin.
Tindakan: Makluman

3
4. Perkara berbangkit

4.1. Tiada perkara berbangkit.

5. Laporan Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2018/2020

5.1. Pn. Sharifah Syameem Bt Syed Saffi memulakan laporan berkenaan kekerapan mesyuarat
AJK PIBG yang telah diadakan sebanyak 9 kali sepanjang tahun 2018 hingga 2020.
5.2. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen yang diberikan oleh semua AJK
yang terlibat.
5.3. Seterusnya laporan berkenaan tentang aktiviti dan sumbangan PIBG sepanjang tahun 2018
hingga 2020 yang meliputi pelbagai aspek dari segi kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid
dan sebagainya.
5.4. Laporan ini telah disahkan sebulat suara oleh para hadirin.
Tindakan: Makluman

6. Laporan Bendahari Kehormat PIBG sesi 2018/2020

6.1. Cik Saadiah Binti Abdul Rahman membentangkan laporan dengan menerangkan tentang
jumlah pendapatan bagi tahun 2018 ,2019 dan 2020.
6.2. Beliau juga membentangkan tentang jumlah perbelanjaan bagi tahun 2018,2019 dan 2020.
6.3. Laporan ini telah disahkan sebulat suara oleh para hadirin.

Tindakan: Makluman

7. Laporan Juruaudit

7.1. Puan Dayang Fatimah Binti Awang Gobil selaku juruaudit dalaman mengesahkan
perbelanjaan PIBG telah dibuat dengan berhemah dan telus.

Tindakan: Makluman

8. Membahaskan Usul

8.1. Yang Dipertua PIBG, En Laip Bin Kassim mencadangkan agar bantuan persekolah secara
bersemuka perlu diberikan kepada pihak sekolah bagi memastikan SOP dapat
dilaksanakan dengan baik. Sebagai contoh, bantuan pelitup separuh muka dan cecair
pembasmi kuman untuk guru dan juga murid.

8.2. Puan Zeliha menyambut baik perkara tersebut dan menambah agar bantuan juga dapat
diberikan untuk belian penyukat suhu yang akan digunakan di pintu pagar utama sekolah.
Puan Zeliha juga mewar-warkan kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa
membekalkan lebih pelitup separuh muka kepada anak masing-masing untuk dibawa ke
sekolah bagi memastikan SOP dapat dijaga secara optimum. Beliau juga berpesan agar
sentiasa peka dengan tahap kesihatan anak masing-masing. Jika bergejala, jangan
dihantar ke sekolah kerana akan menimbulkan pelbagai kesulitan. Puan Zeliha juga
mencadangkan agar AJK PIBG sesi 2018/2020 dikekalkan sehingga Mesyuarat Agung
Tahunan 2022 diadakan kelak.

4
8.3. YDP membalas akan mencuba sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat daripada pihak
sekolah jika beliau memegang lagi jawatan YDP untuk sesi seterusnya.

8.4. Encik Abdul Wahab Bin Kassim pula mencadangkan agar pihak sekolah dapat
melaksanakan aktiviti nyah kuman di sekitar kawasan sekolah seminggu sekali kerana Virus
Covid-19 ini bukan hanya berjangkit melalui sentuhan. Malah, boleh berjangkit melalui
udara. Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengenalpasti ibu bapa murid
yang belum divaksin atau yang masih belum lengkap vaksin.

Tindakan:AJK PIBG

9. Pembubaran dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2022

9.1. AJK PIBG yang lama telah dibubarkan dan pengacara majlis telah menyerahkan tugas
pemilihan AJK PIBG Sesi 2020/2022 kepada Puan Zeliha Binti Wahap selaku pengerusi
sementara.
9.2. Puan Hasanah Binti Daud telah mencadangkan agar AJK PIBG sesi 2018/2020 dikekalkan
sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun 2022 diadakan. Dijangka mesyuarat
tersebut berlangsung bulan Mac 2022.
9.3. Cik Haziah Binti Abdul Aziz menyokong cadangan tersebut disusuli sokongan secara
majoriti oleh semua ahli.
Tindakan: Makluman

10. Ucapan penangguhan YDP PIBG SK Temenggong Sesi 2020/2022

10.1. YDP PIBG En. Laip Bin Kassim mewakili semua barisan AJK PIBG sesi 2018/2020
mengucapkan terima kasih atas pelantikan ini.
10.2. Beliau juga memohon agar semua barisan AJK PIBG memberikan kerjasama dan
komitmen yang jitu untuk melancarkan segala aktiviti sekolah.
10.3. Akhir kata, beliau menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-10.

5
Kawalan Dokumen

Pencatat Minit:

.............................................
FARIDAH BINTI ADIL

Pencatat Minit:

................................................
AZELINA BINTI SETA

Pencatat Minit :

................................................
MARINEI BINTI SULI

Disediakan Oleh:

................................................
SHARIFAH SYAMEEM BINTI SYED SAFFI
SETIAUSAHA PIBG SK TEMENGGONG
SESI 2020/2022

You might also like